Jump to ratings and reviews
Rate this book

Misi Solat #1

Misi Solat Lima Waktu: Diari Solat Imran

Rate this book
Seumur hidup saya, saya hanya bersolat tidak sampai tiga kali. Kali pertama, adalah semasa solat Hari Raya Aidilifitri pada dua tahun lalu. Kali kedua, solat Hari Raya Aidiladha tahun lalu. Ketiga, solat jenazah nenek sayabeberapa bulan lalu. :’(

Sebelum ini, emak dan abah tidak pernah kisah saya solat ataupun tidak. Ustaz dan ustazah yang mengajar Pendidikan Islam sebelum ini pun tidak pernah kisah. Abang dan kakak saya pun tidak kisah kerana mereka juga tidak solat seperti saya. Tetapi, tiba-tiba sahaja Ustaz Azhar mahu ambil kisah. Aduhai.... :(

Sebab itulah buku conteng ini wujud. Saya mahu belajar solat, dan semua perkara berkenaan solat akan saya muatkan di sini. Saya hanya ada masa selama seminggu sebelum tibanya ujian amali solat. Walau apa caranya sekalipun,saya perlu pandai bersolat sebelum tiba waktu itu. Saya sanggup lakukan apa sahaja (kecuali menyentuh lipas) asalkan saya tidak dirotan oleh Ustaz Azhar! Serius!


"KREATIF, SANTAI, DAN LUCU! DALAM BUKU INI, PANDUAN ASAS SOLAT DISAMPAIKAN DALAM PENCERITAAN YANG MENARIK DAN BERSULAMKAN KARTUN YANG COMEL. SESUAI DIBACA OLEH MEREKA YANG MAHU BELAJAR SOLAT, KHUSUSNYA ANAK-ANAK."

USTAZ MOHD HARIRI MOHAMAD DAUD
Pengacara Forum Perdana Ehwal Islam TV1
Murabbi Rancangan Adik-Adikku Musim ke-5


“ADUNAN GAYA KREATIF KOMIK DAN ILMIAH FIKAH SOLAT MENJADIKAN BUKU INI BERNILAI DAN BERKESAN, BUKAN HANYA UNTUK MEMPELAJARI SOLAT, TETAPI MENCINTAINYA.

ILMU TENTANG SOLAT MENJADI MENARIK, MENGHIBURKAN, DAN AMAT MENGUJAKAN DARIPADA HALAMAN PERTAMA HINGGA AKHIR. SAYA MENAMATKAN KOMIK INI DENGAN MATA YANG BERKACA.

SEBUAH KOMIK YANG WAJIB DIHADIAHKAN OLEH IBU BAPA SERTA GURU YANG PRIHATIN KEPADA ANAK-ANAK.”

USTAZ ROHIDZIR RAIS
Pendakwah Bebas dan Penulis Buku Ensiklopedia Solat, dan Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat

128 pages, Paperback

First published November 20, 2017

1 person is currently reading
39 people want to read

About the author

Nazry Salam

52 books195 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
37 (72%)
4 stars
13 (25%)
3 stars
1 (1%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,107 reviews
May 11, 2020
Terbaik komik doodle ni!

Memang sesuai untuk kanak2 hatta semua golongan!

Gaya penyampaian dakwah yang santai bersama lukisan2 yang comel!

Pada umur 10 tahun, Imran tak solat sebab jenis famili tak solat so dia pun langsung tak terfikir nak solat! Jadi alhamdulillah Allah hantarkan Cikgu Azhar untuk bimbing Imran dan Imran akhirnya menjadi mukmin yang turut sama membimbing keluarganya!

Orang macam Imran wujud dalam dunia kita, ada yang berumur 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun waima 100 tahun pun. Mungkin kita boleh kata salah famili dia la tak ajar dia, salah dia la takde inisiatif sendiri.

Tapi bukan! Salah kita yang tak mengajak! Ayuh bertabligh!

Segan? Ko belila buku ni suruh dia baca.

p/s: kita bukan umat abid. Ibadat sendiri2 je pastu judge orang. (Sangka baik dgn abid, bukan semua abid camtu, tapi contoh sifat abid yg perlu dielakkan, jadilah sahabat, daie di siang hari, abid di malam hari)
Profile Image for Sha Mohamed.
2,518 reviews1 follower
October 29, 2021
Buku yang bagus untuk bacaan semua peringkat umur.. Cuma yang ini versi BI.. masih lagi mudah untuk difahami kerana penggunaan bahasa Inggeris yang mudah dan disertai dengan doodle yang comel serta berwarna warni..
Profile Image for Mohd Azly.
62 reviews
June 7, 2020
Cerita yang bersahaja disulami dengan lukisan yang sempoi serta bahasa kebiasaan amatlah sesuai bagi golongan remaja dan budak-budak untuk membacanya.

Walaupun jalan ceritanya bersahaja, diselitkan dengan lawak-lawak kebiasaan, namun pengisian yang ingin disampaikan oleh penulis dan pelukis amat jelas. Terutama pada sosial kritik yang disampaikan dalam selingan lawak yang bersahaja. Syabas. 👍👍👍👍👍
Profile Image for N0STALGEEK.
20 reviews
March 3, 2025
4.8/5
Membaca sebagai seorang kakak yang bosan sangat sampaikan dia pergi baca buku adik dia.

Suprisingly okay and well-written?
- Orang macam Imran memang wujud dalam kalangan kita. Menerima pendidikan agama yang pertama di sekolah kebangsaan, instead of di rumah atau di sekolah agama. Buku ni sedikit sebanyak boleh terapkan empati kepada kanak-kanak terhadap kawan seperti Imran.
- Selain belajar cara berwuduk dan solat semata, buku ni juga ada ajar sedikit topik-topik lain yang berkait yang possible untuk ditanya oleh seorang kanak-kanak. Kalau takde air, nak solat macam mana? Kalau bangun lambat sampai terlepas subuh, macam mana? Ada juga disentuh soal bacaan solat dan makhraj, soal pakaian terselak waktu solat.
- Buku ini juga ada indirectly tunjuk cabaran/hikmah berdakwah, dan untuk have faith in people. Hidayah itu milik Allah.
- Plot-wise, menarik dan tak mendatar. Boleh dikatakan seimbang sebab takde overshadow bahagian ilmunya.
- Secara fizikal, buku ini nipis and ringan sangat. Saya baca dalam satu jam setengah.

Bila saya tengok bloopers/draft lukisan kat halaman belah belakang, saya setuju, berpuas hati dan kagum dengan usaha yang diletak untuk lukisan final draft ini.

- Ada a few lawak dan kosa kata yang saya rasa budak-budak tak faham kot. Budak zaman sekarang ada ke yang kenal Doraemon? Saya terfikir juga. Mungkin saya yang terlambat baca kot, since buku ini terbitan tahun 2017.
- Terlalu kerap nama 'si dia' disebut. Walaupun saya tak berapa setuju dengan cinta monyet, tapi saya rasa lebih baik kurangkan dan saya percaya ada better ways untuk selitkan.

Despite its flaws, recommended sangat sebagai hadiah ke kanak-kanak, atau juga orang yang baru nak mula solat tanpa mengira umur.

Saya akan baca sambungan Diari Imran bila lapang nanti
Profile Image for Assila Adnan.
38 reviews1 follower
May 10, 2020
Syabas kepada pelukis dan penulis! Content yang bermanfaat dan comel sangat!

Komik ini ala-ala gaya penulisan Diary of Wimpy Kid sikit. Ia merupakan "buku conteng" Imran yang berusia 10 tahun yang nak belajar solat. Jadi ia penuh dengan panduan solat. Saya rasa cukup ringkas tapi amat padat. Sesuai untuk beginner.

Info-info penting seperti syarat sah solat, rukun solat dan cara bersolat & berwudhu dilukis satu per satu. Bagus untuk visual learner 👍 Author juga ada masukkan niat solat dan bacaan dalam solat dalam tulisan rumi. Pada saya bagus bagi pembaca yang sedang merangkak untuk menunaikan solat 👍😊 Author turut selitkan tentang solat khusyuk, perkara-perkara makruh, tayamum, qadha solat dan solat berjemaah 👍🥰

Saya amat syorkan untuk beri kpd anak-anak buah, adik-adik atau mualaf untuk baca. (Tapi jangan gunakan buku ni sbg absolute panduan solat!)

Apa yang bagus lagi pasal komik ni, mereka guna Bahasa Melayu yang sangat baku hahaha. kadang rasa unnatural sket bila baca sebab takkan budak 10 tahun cakap perkataan macam "proses" "insurans" etc tapi mungkin ia dapat mengukuhkan 'vocabulary' pembaca. Buku ni juga mendedahkan cara menyusun strategi untuk menjayakan misi. Peh ok its not that deep 😂

4 bintang sebab saya terperasan ada sedikit editorial error di m/s 99. Saya juga kurang berminat dengan drama selingan kisah cinta monyet Imran huhu tapi budak2 suka kot 😚
Profile Image for Faarihin Talip.
36 reviews2 followers
April 4, 2020
Dah lama dah beli buku Komik ni. Akhirnya hari ini baru berjaya habiskan bacaannya. Memang target saya membeli komik ini untuk anak menakan saya setiap kali mereka pulang ke kampung, ada juga bahan bacaan untuk mereka. Komik Misi ini sangat bagus untuk semua orang membacanya. Saya yang dewasa ini pun rasa tertarik nak membacanya. Alhamdulillah, suatu usaha yang bagus daripada Tim Misi untuk mendidik pembaca berkaitan dengan solat wajib.

Sesiapa yang masih tercari-cari untuk pendedahan yang ringkas berkaitan dengan solat 5 waktu, bolehlah juga membaca komik ini. Biarpun komik ini lebih untuk kanak-kanak, tetapi bagi saya tidak ada salahnya untuk orang dewasa membacanya juga. Secara tak lansung dapatlah juga kita mengulangkaji semula tentang syarat sah solat, rukun solat dan bacaan dalam solat.

Sungguh Buku Conteng-conteng (BCC) Imran ini sangat bermakna untuk kita semua menghayatinya. Terima kasih, Ustaz Azhar yang tidak putus-putus membantu Imran dalam memperbaiki solatnya.
102 reviews2 followers
June 26, 2025
Bacaan santai tapi penuh dengan maklumat. Diselangi dengan lukis komik yang comel. Bacaan yang amat sesuai untuk memperkenalkan tentang solat pada anak- anak.

Imran, berusia 10 tahun tapi tidak tahu untuk solat. Setiap kalu tiba waktu solat dia akan melarikan diri dan bersembunyi di dalam tandas.

Kehadiran ustaz baru telah mengubah segalanya. Ujian amali solat yang di adakan oleh Ustaz Azhar telah menyebabkan Imran bertungkus lumus menghafal dan belajar tentang solat kerna bimbing akan mendapat malu.

Dari kerana terpaksa lama - lama menjadi seronok. Macam - macam ilmu tentang solat telah Imran pelajari darilada Ustaz Azhar
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
Read
August 4, 2024
Bila dah tua ni, susah org muda nak tegur solat kita. So baca komik mcm ni satu cara juga untuk memperbaiki apa yang kurang pada diri sendiri. Buku ni jangan letak merata kat lantai ya. Letak kat tempat tinggi sikit. Ada tercatat full surah al Fatihah dan maknanya. Tak sangka boleh terrrr sebak pula bila Imran minta mak dia hantar dia ke masjid, bila Ustaz Azhar berpindah dan bila Imran ternampak abangnya mula bersolat 😭.
Profile Image for Khairunnadia Abdul Suhaimi.
79 reviews
March 4, 2020
Menarik! Pada masa yg sama agak touching ending cerita misi solat Lima waktu ni..saya hampir mengalirkan air mata di saat Imran tahu yg ustaz Azhar yg telah mengajarnya solat akan berpindah sekolah. Keseluruhannya, karya ini karya yg hebat dan unik..sy terfikir mungkin kalau untuk pengenalan, mualaf juga boleh belajar daripada buku misi solat lima waktu ini.Memang terbaik!
Profile Image for Nur Fathinah.
129 reviews6 followers
February 28, 2024
Bacaan yang santai dan bermanfaat. Orang dewasa baca pun boleh tergelak baca buku ni. Sangat sesuai untuk dibaca semua peringkat umur.

Kalaulah waktu kecik dulu ada komik ni, mesti lagi semangat nak belajar solat 🤣

Sambil baca, teringat waktu sekolah rendah dulu, setiap hari jumaat kena solat ramai² dan baca kuat² setiap bacaaan dalam solat. Penat tau.
Profile Image for aDaM.
45 reviews
June 11, 2025
Alhamdulillah.

Beli dalam PBAKL tahun ini. Berniat beli untuk anak saya.

Masa menunggu kereta saya siap diperbaiki dalam bengkel, saya baca dari muka surat yang pertama sampai yang akhir.

Isi buku amat bagus untuk belajar sambil rasa terhibur. Akan berinya kepada anak saya malam ini. InshaaAllah.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,518 reviews1 follower
May 1, 2021
Buku conteng yang sangat awesome.. Mendidik dengan cara yang paling sweet dan mengingatkan pembaca akan pentingnya solat..
31 reviews4 followers
October 4, 2020
Buku ini banyak manfaat tentang solat.
Rasa macam belajar asas solat balik..Mantap!
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.