Setelah menjalani latihan praktikal di sebuah ladang, tiga sahabat – Amirul, Roslan dan Malik – telah pergi ke sebuah hutan dan bertemu dengan sekor jembalang bernama Jack D dalam sebuah banglo mistik. Jack D menawarkan hidup yang gemilang kepada mereka bertiga dengan syarat mereka membuat perjanjian dengannya dan membawa seorang manusia untuk dikorbankan. Tujuh tahun kemudian: Setelah menikmati segala kesenangan dan impian masing-masing sebagai pengarah filem, pelakon dan novelis, salah seorang daripada mereka telah dilaporkan hilang dan isterinya mati dibunuh. Inspektor Hasbi pun muncul memulakan siasatan mencari lelaki hilang, dalang pembunuhan dan setan.
3 sahabat yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah ladang,Roslan, Amirul dan Mali, menemui sebuah banglo misteri ditengah-tengah hutan. Banglo tersebut diduduki seekor jembalang bernama Jack D, yang mampu menunaikan impian mereka bertiga untuk berjaya dalam hidup seperti yang diimpi-impikan. Namun, syaratnay mereka harus sediakan korban! 7 tahun kemudian, Roslan hilang dan isterinya, Rohani dibunuh. Inspektor Hasbi, pegawai penyiasat yang menyiasat kes itu mula membongka satu demi satu rahsia sehingga berkaitan kejadian 7 tahun lalu..
Berbanding #delirium, kali ini lebih straight foward dan jelas hala tujunya, tanpa ada pusing2 yang memeningkan dan plot twist yang tak dijangka. Dibahagikan kepada 3 bahagia :
Bahagia 1 - kejadian di banglo Jack D 7 tahun lalu
Bahagian 2 - kes kehilangan Roslan dan diselang seli dengan kehadiran Malik dan Amirul
Bahagian 3 - pertemuan antara Inspektor Hasbi dan Jack D
Bahagian 2 agak confusing mulanya, sebab part Amirul dan Malik lebih kepada kejadian sebelum kes kehilangan Roslan, diselang selikan dengan siasatan Inspektor Hasbi. Namun, semakin lama pembaca semakin faham rentak penulis dan arah tuju cerita ini.
Secara peribadi, saya suka dengan watak Jack D - jembalang moden yang suka mengusik mangsanya dan idea yang dibawakkan penulis. Seperti kisah2 perjanjian dengan syaitan yang lain, jalan ceritanya boleh diagak namun watak Jack D menimbulkan kelainan dalam naskhah ini. Terhibur juga dengan Jack D ni..
Overall, not bad - mungkin jalan cerita agak biasa berbanding #delirium, namun ada suntikkan elemen yang segar dalam naskhah ni.
"Anti matahari. Bulan dalam pelukan. Bimasakti mati..."
Satu adventur mistik yang super saspens. Ada hal jenayah dan penyiasatan, perjanjian jiwa yang tak sepatutnya berlaku serta persahabatan yang memulakan segalanya. Ideanya bagus-- gabungan tema mistik dan jenayah diselarikan dalam naratif yang kemas dibahagi ke tiga bahagian yang mencerita segala. Penceritaan dari awal ke akhir yang tanpa rush, tidak meleret malah seakan saya juga antara teammates Inspektor Hasbi. Ia buat saya berdebar juga tak sabar. Ada sisi seram di antara naratif-- perjanjian puaka dan hal pelancaran buku itu agak spooky. Saya suka bila watak-wataknya berdialog dalam bahasa Sabah. Ia nampak realistik dan lebih natural. Penggunaan bahasa dan susunan ayat juga bagus.
Saya suka bahagian ke-dua. Ia tentang hal yang saya gemar-- siasatan jenayah. Watak Hasbi antara yang saya suka (selain El Osman). Hasbi and his instinct. Hasbi and his sidekicks. Hasbi yang hmmm saya pun tak pasti kenapa dia gemar merokok di tempat kejadian (bukankah dia akan meninggalkan jejak abu rokok dan mencemar tempat kejadian?). Cara penyiasatannya tersusun dan melihat dia seakan obses dengan kehilangan Roslan kadang buat saya gementar kalau-kalau ada sesuatu hal buruk lain bakal berlaku.
Saya tak jangka bahagian ke-tiga jadi begitu. Tapi saya suka El Osman yang misterius. Sejak dari awal babak dia dan Marlina sudah buat saya rasa nervous. "Kau patut gerak sekarang. Besok kalau pergi ladang tu juga, cari nama L." Banyak rahsia terungkai di bahagian ke-tiga malah perangai sebenar sesetengah watak juga banyak diceritakan di sini. Unexpected-- 7 tahun dahulu, dan ia berputar semula.
"Dengan matamu aku memandang, dengan telingamu aku mendengar, dengan lidahmu aku bicara, dengan hatimu aku merasa."
Selepas baca Pada Waktu-waktu Yang Terhapus saya memang pasang niat nak cari buku lain tulisan Saudara Sahidzan Salleh. Cadangnya nak beli Delirium. Bila ke booth Fixi di PBS hari tu saya pilih Puaka daripada Delirium memandangkan ia buku baharu. Berbanding buku yang saya baca sebelum ini Puaka lebih santai. Jalan ceritanya juga agak lurus dan mudah ditebak. Walaupun keliru di bahagian ketika kehilangan Roslan tapi cepat saja kita dapat jawapan di muka seterusnya. Tahniah penulis. Saya masih lagi simpan niat untuk cari naskah-naskah beliau yang lain. Watak paling cool - Jack D Watak paling annoying - Inspektor Samsol (dan entah kenapa terngiang-ngiang suara SY sebagai suara inspektor) lol
3.5/5 bintang Kalau dah puaka tu, memang puakalah juga kan.. Kerjanya menyesatkan manusia je.. Manusia pula mudah terpengaruh dengan kemewahan dan mudah menjerumuskan diri pada yang tak sepatutnya.. Cuma dalam Puaka ini, penulis berjaya membina perasaan berdebar-debar dengan siasatan oleh Inspektor Hasbi.. Dari bahagian dua (buku ini dipecahkan kepada 3 bahagian), kes kehilangan Roslan berjaya membongkar peristiwa 7 tahun dahulu dan memerangkap Inspektor Hasbi.. Momentum perasaan ingin tahu tu berjaya dibina penulis dari awal bahagian dua pada Sha.. Meneka dan terus meneka sehinggalah ke penamat.. Memang mengujakan.. Tahniah buat penulis..
Akibat nafsu dan ketamakan, tiga sahabat sanggup membuat perjanjian dengan syaitan. Namun, kemahsyuran dan kemewahan yang dikecapi tak kekal lama. Seorang pegawai polis bersama pasukannya hadir untuk merungkai misteri ini.
Penceritaan novel Puaka ini straight forward sahaja. Pace-nya juga agak laju. Tidak jemu dan mudah untuk dihadam oleh pembaca.
Walaupun tidaklah seseram mana, kekuatan novel ini bagi aku adalah pada SOP pihak polis dalam membongkar segala persoalan semasa kerja-kerja siasatan mereka. Satu lagi yang menarik adalah watak si puaka itu. Tidak stereotaip. Bagi aku lagi, ini adalah satu novel kepolisian yang disuntik dengan elemen mistik dan khurafat.
Kalau hidup berhambakan kepercayaan karut, nescaya hidup kita tidak akan tenang. Syaitan akan sentiasa terus menjanjikan bulan dan bintang untuk memperdayakan manusia.
Buku ni membangkitkan rasa minatku untuk membaca kembali, setelah sekian lama hiatus..
Aku ambil masa 2 hari untuk habiskan buku ni. Jalan ceritanya mudah difahami, tidak berbelit2 tapi cukup untuk membangkitkan rasa ingin tahu. Misteri kehilangan Roslan Seekerz. Aku suka watak Malik, aku suka kalau penilis dapat kembangkan lagi watak Malik ni. Dia macam watak psychopath sejati. Overall 4 star dari saya
“Anti matahari. Bulan dalam pelukan. Bima sakti mati. Jembalang turun dari kayangan”
Satu karya misteri penyiasatan yang digandingkan bersama hal-hal iblis dan ritual yang agak hip dan segar pada aku. PUAKA terbahagi kepada 3 bahagian yang merangkumi hal-hal yang berlaku 7 tahun dahulu, bahagian penyiasatan dan apa yang berlaku selepas penyiasatan.
Ceritanya agak straighforward - tak berapa misterius seperti Sepuloh Nama dan Pada Waktu-Waktu Yang Terhapus - tak berapa kompleks dan tak buat kau pusing. Ada bahagian suspens dan mendebarkan - bahagian boleh sign tak adalah scene paling celaka seram dalam buku ini, baca siang siang pun ia buat aku meremang. Bahagian bahagian pertemuan dengan Jack D sangat unik dan menyegarkan - yang sepatutnya jadi seram tapi jadi hip dan menghiburkan.
Aku juga suka dengan dialog slang Sabah didalam buku ini - nampak natural dan tidak janggal (aku pernah komen dialog didalam PWWYT yang agak janggal bagi aku). Bahagian kegemaranku adalah bahagian kedua - bab yang bertukar tukar dari hal penyiasatan dan hal-hal yang berkaitan dengan kehilangan salah seorang dari tiga sekawan itu - mendebarkan dan tak sabar nak tahu apa sebenarnya yang terjadi.
Penulisan juga kemas dan fast-paced, tidak meleret-leret sesuai dengan tema misteri penyiasatan. Tapi sejujurnya, aku mengharapkan lebih lagi dari buku. Buku ini kurang kick bagi aku, rencah semua sudah ada tapi kurang kekuatannya. Apa apapun, penulisan yang baik dari saudara Sahidzan, teruskan menulis!
Sumpah rugi pada yang belum pernah baca buku PUAKA ni.
Tengok pada sinopsis mungkin ada yang beranggapan "Meh" atau "Nah" bila terbaca nama jembalang Jack D dan fikir jalan cerita sangat cliché, tapi percaya lah cakap aku, ni salah satu masterpiece terbitan FIXI dan Jack D is not your typical jembalang for sure.
Setiap watak terasa hidup dalam cerita ni dengan masing-masing mempunyai variasi personaliti yang tersendiri contohnya seperti psikopat Malik yang sentiasa cautious dengan setiap tindak tanduk dan persekitaran. Si penakut Amirul yang self doubt merupakan rakan baiknya. Perokok tegar crime scene, Inspektor Hasbi yang very fascinating cara minda dia mentafsir setiap perincian kes dan yang terakhir Joker untuk cerita ni, El Osman.
Siapa sangka watak yang hanya ada satu babak menjadi kunci utama kepada kes 7 tahun yang lalu. Aku sendiri ingatkan yang watak ni muncul sekadar random je untuk lengkapkan babak tu, rupa-rupanya....boom!
Favorite moment aku adalah acara pembukaan bagi tiap-tiap 'tetamu' Jack D yang datang ke Banglo 666. Entah lah, bagi aku tersangat iconic.
Susunan sebelum dan selepas kejadian Roslan Seekerz sedikit mengelirukan hinggakan aku tak sedar yang 'dia' lah pelakunya. Kudos to that 👍🏻
PUAKA memang sebuah kisah penyiasatan yang berpuaka. Saya usai membaca naskhah ini pada pukul 5 pagi, dan dua jam kemudian saya masih sukar untuk lelapkan mata.
Saya baru sahaja membaca koleksi cerpen Stephen King sebelum memilih PUAKA sebagai bacaan seterusnya. Keputusan ini saya kira sebagai keputusan yang agak berpuaka, tapi membuka kesedaran baharu buat saya dalam membaca dan menilai karya tempatan.
Berani saya katakan karya penulis tempatan seperti Sahidzan Salleh tiada kurangnya jika mahu dibandingkan dengan karya yang dihasilkan King. Ya, bandingkan karya—bukan bandingkan penulis. PUAKA penuh dengan adegan mistik dan saspen sama seperti It yang baru saya baca sebulan lepas. Manakala dalam adegan dan deskripsi melibatkan Jack D serta banglo mistiknya itu pula saya lihat sedikit pengaruh Murakami—aneh, tidak masuk akal, namun menggerakkan plot dengan baik sekali di sebalik keanehan tersebut.
Watak-wataknya senang diingati. Masing-masing unik dengan suara dan sikap tersendiri. Dialognya lancar dan enak dibaca, lebih-lebih lagi apabila realistik dalam penggunaan dialek tempatan berlatar belakangkan Sabah. Setiap motif watak ditulis dengan jelas, dan bagi sebuah kisah yang melibatkan penyiasatan serta unsur jenayah, saya suka bagaimana plotnya disimpulkan dengan kemas sekali.
Kalau berkesempatan menemui buku ini di mana-mana, bacalah. Hanya satu penyesalan saya selesai membaca buku ini. Saya tak dapat tidur. Bukan kerana takut. Tidak—ketakutan itu subjektif. Saya bukan takut hantu di dalamnya. Saya takutkan insan seperti Malik dan Amirul (dan mungkin juga Roslan) yang mungkin ada di dalam diri saya.
Naskah ini memang sangat-sangat menarik. Sukar untuk berhenti baca. Memang digarap dengan baik. Kalau istilah yang aku guna ni tak silap la 😂
Kekuatan? Erm 🤔 Persoalan tu dimainkan dengan sangat baik. Berteka-teki dan berdebar dibuatnya. Emosi bercampur. Banyak kesian. Haha. Naskah yang ada elemen-elemen yang aku suka tanpa berlebih. Menggunakan bahasa yang cukup mudah. Setiap watak ada pesona, karakter yang jelas.
Yang paling aku suka tentang naskah ni, ada watak inspektor dari awal. Wah! Dan siasatan tu berkembang dengan baik dan jelas.
Kelemahan atau kekurangan? Hmmh... 😒 Ada sedikit tempat di mana nama watak tersilap. Ada satu typo pada nama Sabrina. Itu small matterlah. Tapi pasal plot yang aku rasa melompat, aku tak pasti ni sebab aku yang tak peka atau sebab aku bangang.
Aku agak terkejut dengan endingnya. A turn off bagi aku. Aku tak suka begitu pengakhirannya bagi satu watak yang dah mula nak jadi pujaan aku 😝 Aku tak tolak kemungkinan yang aku salah faham dengan ending tu. Dah dekat pukul 4 pagi pada hari pertama nak berpuasa ni, mungkin otak aku pelan sikit tahap kecerdasannya 😂😂
Kesimpulan, ini naskah yang aku suka. Aku kena balut ia cepat-cepat supaya aku tak gatal-gatal ulang baca dalam masa terdekat. Banyak lagi buku lain yang menunggu, okey? ☺️
buku pertama Fixi yang saya beli di PBAKL tahun 2018 dan jalan penceritaan dia memang tersusun cantik... mempunyai elemen seram thriller yang saya sangat suka
Jalan cerita yg menarik, adakalanya sedikit mengelirukan. Kalau ada sambungan Puaka 2 pun best. Saya dapat bayangkan kalau buku ini diterjemahkan dalam bentuk filem, scene Freddie Mercury menyanyikan lagu Bohemian Rhapsody tu mesti meletop! Watak yg paling saya suka iaitu Ins. Hasbi yg serius tetapi kelakar juga, bak kata orang utara, loyaq buruk. Hahaha. Yg pasti Jack D memang celaka! Sekian ulas santai.
Bagi saya novel ini okey sahaja. Tidak lebih, juga tidak kurang. Tahap keseramannya tidaklah terlalu tinggi. Namun, saya puji dengan usaha penulis untuk menulis karya genre sebegini. Tahniah buat penulis!
Bismillah. Sebuah karya yg all e' way straight forward. Hehe tambah2 lagi plot twist yg tk di sangka2. Tahniah buat penulis. Looking forward ur next karya. Insya'allah. Keep it up!
Sebuah karya yang sangat menarik. Susah untuk saya letak buku ini dan berhenti daripada membaca. Masa untuk membacanya cuma sehari semalam sahaja. Jarang untuk saya melekat dengan buku berkategori penyiasatan. Mungkin kerana unsur seram dan rasa ingin tahu terhadap kesudahan cerita ini yang membuatkan saya setia melekat dengannya.
Cerita ini digambarkan oleh penulis melalui penceritaan garis masa. Kejadian tahun-tahun sebelumnya merupakan kesan kepada keadaan tujuh tahun selepas itu. Keseluruhannya mudah untuk difahami dan diikuti. Kesemua watak memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan suasana curiga dan cemas. Sinis penceritaannya memerli segelintir masyarakat pada zaman ini yang hidupnya menyekutukan Allah.
Di dalam cerita ini, pembaca turut didedahkan dengan cara pengurusan kes yang disiasat oleh pihak berkuasa. Seronok membaca cara pengendalian dan siasatan kes, sehingga saya merasakan watak Hasbi dan pegawai-pegawainya seperti nyata. Persoalan “Siapa bunuh siapa?” sentiasa berada di minda saya ketika membaca buku ini.
Agak kreatif cara penulis menonjolkan Jack D dan permainannya di dalam kisah ini. Janji dan mantera yang dibekalkan juga kelihatan “simple” tetapi agak berat untuk ditunaikan. Persembahan kugiran yang tidak masuk akal sedikit melucukan. Saya terhibur dengan cerita ini.
"...macam kau percaya ada Tuhan. Walau nda nmpk, tpi kau prcya Tuhan ada dan Tuhan sedang memerhati kau, mndngr segala bicara lidah & hati kau. Sbb tu bila kau ada problem, yg buat kau betul2 terhimpit smpai nda nmpk jln lain lgi tuk selesaikan, kau berdoa sama Tuhan..." 💙💚💛💜🖤
Srs bagus gila puaka ni berbanding delirum. Bila dah baca, rasa roh ni terbang pergi ke setiap scene. Cehh. Hahaha
Novel yang buat aku taksenang duduk selagi takhabis baca. Ending yang aku tak expect, lansung. Plotnya menarik tapi aku rasa ada yang kurang somewhere. Aku masih mengharapkan ada penjelasan dan penceritaan yang lebih berkenaan watak El-Osman tapi aku faham, sebagai penulis agak mustahil untuk dia nak puas kan hati semua pembaca.
First time baca buku fixi. Not bad. Tapi gaya bahasa dan penyampaian tu kurang menyeramkan, mungkin boleh tambah skit bagi lebih rasa seram tu. Tapi a good story, walaupun watak² dalam cerita ni memang orang² yang kurang ilmu agak sungguh. Mudah sangat terjebak dan ditipu syaitan ni. Moga dijauhkan lar. Tapi, tak puas hati dengan ending cerita ni. Kenapa Hasbi si polis tu boleh terjebak jugak! Aduhhhh!
"Anti matahari. Bulan dalam pelukan. Bimasakti mati. Jembalang turun dari kayangan." - PUAKA, Sahidzan Salleh
Bila aku baca buku ni kan. Aku tak boleh stop. Aku tertanya-tanya siapa sebenarnya yang bunuh Puan Rohani tu? Lepastu Roslan tu pula pergi mana? Memang sepanjang pembacaan ni aku tertanya-tanya.
Lepastu bila muncul Inspektor Hasbi yang siasat kes pembunuhan Puan Rohani dengan kehilangan Roslan Seekerz tu, lagi lah buatkan aku nak sangat tahu apa yang terjadi. Tapi bagi aku, aku suka gila cara dorang menyiasat kes ni. Last-last tu memang dorang dapat selesaikan TAPI dekat bab-bab terakhir buku ni ada plot twist. Aku macam aish, kenapa jadi macam tu. Patutlah aku baca review2 orang ada yang cakap mahu kan PUAKA 2.
Cuma ada part yang mengelirukan sikit lah dalam buku ni. Contohnya macam dalam bab ni, si dia mati. Lepastu dalam bab seterusnya, si dia hidup. Aku ambil masa untuk faham juga lah rupanya yang tu sebenarnya teknik imbas kembali.
Buku ni memberikan kesedaran juga lah dekat aku. Kalau kita mahu berjaya dalam hidup ni, kita kena berusaha dapatkan apa yang kita mahu. Jangan ambil jalan singkat lagi-lagi yang berkaitan dengan iblis, setan semua tu. Dan jangan juga bergantung sangat dengan kawan-kawan sebab dorang pun ada perangai yang macam setan.
Plus, yang buatkan saya suka ni buku sebab ada tu slang-slang Sabahan😂 Jarang oh ada buku begini. Terus ter-auto speaking Sabahan.
Buku ni takde la seram sangat. Lebih kepada unsur mistik dan khurafat. .
Buku ni boleh dibahagikan kepada 3 bahagian. .
Bahagian 1: 3 sekawan (Amirul, Roslan dan Malik) yang baru je habis praktikal, lepas tu dorang masuk dalam hutan sebab katanya ada banglo puaka. Dan mereka jumpa banglo tersebut dan jumpa jugak dengan Jack D, seekor jembalang. Jack D menawarkan mereka kehidupan yang gemilang, dengan syarat dia mahukan manusia untuk dikorbankan. Kebetulan, dalam mereka ketakutan tu, tetiba mereka terlanggar seorang wanita. Dan malangnya wanita tersebut menjadi korban. .
Bahagian 2: 7 tahun kemudian. Dalam mereka hidup mewah, Roslan hilang dan isterinya mati dibunuh. Jack D mula menghantui mereka, meminta nyawa untuk dikorbankan. Dan munculnya Inspektor Hasbi untuk menyiasat. .
Bahagian 3: Inspektor Hasbi pula yang jadi mangsa Jack D tu. .
Watak yang aku enjoy ialah El Osman. Aku curious sebenarnya siapa dia ni. Disebabkan dia ialah saksi kejadian 7 tahun lepas. Yang aku geram, El Osman ni sepatutnya boleh je selamatkan wanita tersebut. Tapi gitu la, aku rasa watak dia ni 'sesuatu' sangat. .
Dah pernah baca buku Motel. Tapi rasanya buku Puaka ni lagi menarik daripada buku Motel tu.
Dua² buku ni ada persamaan dari segi plot sebenarnya. Cuma beza sikit ah.
Puaka ni menceritakan tentang Inspektor Hasbi dan team dia siasat tentang pembunuhan isteri Roslan Seekerz yang mati dibunuh di rumah Roslan. Jadi dekat situ, buku ni tunjuk apa sebenarnya dah jadi sebelum kejadian pembunuhan isteri Roslan tu dan apakah kesudahan untuk Amirul dan Malik dan adakah Inspektor Hasbi dapat mengetahui kebenaran di sebalik kes pembunuhan tersebut?
Satu flaws dekat buku ni, dia agak confusing sebab saya kadang² macam tak boleh beza mana satu current scene dengan flashback scene.
Secara keseluruhan, buku ni mempunyai plot yang menarik, dan ending dia bagi saya memuaskanlah.
Habis je baca buku ni, dalam kepala otak aku duk ulang2 ayat “Anti matahari, bulan dalam pelukan, bima sakti mati, jembalang turun dari kayangan.”
Hahahaha tak tau lah nape. Maybe sebab duk baca si Hasbi ulang2 ayat tu jugak kot.
Mula2 ingat ni cerita seram tapi rupanya lebih kepada cerita penyiasatan dan ada juga elemen mistik di situ.
Aku macam tak pernah baca lagi buku2 jenis penyiasatan ni. Rasanya yg ni baru first time.
Walaupun aku dah boleh agak siapa punya angkara dari awal lagi, cuma nak tahu mcmana ianya boleh berlaku dan kenapa ada tapak kaki anjing jugak? Itu je lah..
Another karya Sahidzan that I enjoyed so much. Of course tak boleh lawan One Two Jaga hasil karya penulis yang sama. Cerita Puaka ni very fast-pace, ada humor yang menjadi (at least, for me), ada saspens yang buat saya nervous juga (I read this book at 3 in the morning), ada babak siasatan polis (I love investigation), ada babak muzikal sikit (I sing along to the Bohemian Rhapsody part) and many more. Haha! Overall jalan cerita yang best dan tak meleret-leret.
best cara author bermain dengan time plot, watak hasbi paling menyerlah, boleh kagum dengan cara dia berfikir tapi moral dia aku x berapa gemar, scene last tu macam bukan hasbi, myb author nak tunjuk yang dalam situasi desperate orang boleh berubah, n aku x nampak kenapa perlu wujudkan tanda tanya adakah amirul tu straight atau gay, tak membantu dalam storyline pun, overall enjoy dengan novel ni,