Pontianak dilahirkan sebagai hantu tapi sering gagal menakutkan manusia. Dia dipaksa berpindah oleh Ayah Ponti yang tidak tahan lagi diketawakan hantu lain di warung kopi Hantu Air di kampung mereka. Maka Pontianak pun berhijrah ke Kampung Mudah.
Di sana, Pontianak dengan tidak sengaja telah menakutkan Lebai Leman. Berita tu segera disebarkan Usin Radio. Akibat itu, tanpa sengaja Pontianak disanjung hebat dalam kalangan hantu. Dia melayan kemasyhuran ini dengan dorongan pengurus liciknya Encik Toyol.
Statusnya sebagai Duta Hantu tergugat bila Drakula datang dari luar negara ke Kampung Mudah. Hajatnya: mahu mencabar satu lawan satu dengan Pontianak dalam pertandingan menakutkan manusia. Komplikasi seterusnya datang dalam bentuk seorang jejaka manusia bernama Helmi. Hajatnya: mahu memenangi hati Pontianak.
Pontianak, sehantu yang tidak menyerupai pontianak2 lain dan sering gagal menakutkan orang di Kampung Tanjung. Dah la tak boleh terbang, memang memalukan kaum pontianak je, termasuk la Ayah Ponti dan Mak Ponti. Dek kerana malu, Ayah Ponti menghantar Pontianak ke Kampung Mudah, dengarnya di sana penduduknya mudah ditakutkan dan percaya benda2 ghaib sampai ke tahap memuja dan sebagainya. Di sana, Pontianak terserempak dengan Encik Toyol yang juga merupakan pengurus hantu. Tanpa sengaja, Pontianak telah menakutkan Lebai Leman, seorang alim yang dikatakan pernah melempang Drakula sehingga tersungkur. Encik Toyol yang melihatnya terus terpegun dan mengofer untuk menguruskan Pontianak sehingga berjaya menjadi Duta Hantu di Kampung Mudah. Maka, bermulalah perjalanan kisah mereka.
Jika anda peminat filem2 arahan Mamat Khalid, terutamanya rangkaian Hantu Kak Limah Balik Kampug, tentu anda menyukai novel ini. Dengan loghat Peraknya, watak2 penduduk kampung dan jenaka yang dihamparkan sedikit sebanyak mengingatkan kepada filem2 beliau.Tidak dinafikan, sepanjang pembacaan, penuh dengan gelak ketawa dengan jenaka bersahaja yang dilontarkan, walaupun ada yang kelihatan 'try hard' namun tak kurang yang mencuit hati (atau saya yang mudah terhibur).
Novel ini memaparkan sisi lain dalam penceritaan seram, di mana penceritaan dari sudut dunia hantu itu sendiri. Seakan-akan dunia manusia, dunia hantu difiksyenkan tidak lari daripada glamour, adat pantang larang, perkahwinan dan alam pekerjaan. Secara halus, sindiran penulis dengan realiti masyarakat hari ni diadun sebati dalam naskhah ini. Ada sedikit seperti kisah2 hantu dalam majalah Ujang satu ketika dulu..
Saya suka dengan watak2 yang begitu dekat dengan suasana kampung, sama ada penduduk mahupun golongan hantu2 yang seakan2 saling berasimilasi sesama sendiri tanpa mereka sedar. Konflik yang timbul pun seakan sama saja, baik dunia manusia mahupun hantu.
Ada rahsia mengenai kelahiran Pontianak yang menyebabkan dia tidak seperti pontianak lain, agenda dalam perkenalan dengan Helmi, seorang manusia yang dapat melihat Pontianak dan sedikit plot twist di hujung penceritaan. Agak mengejutkan di penghujung cerita, walaupun tidaks ecara details kejadian yang sebenarnya berlaku. Terasa agak pantas pun ada jugak.
Dan, ending Pontianak yang agak mengecewakan dan sedikit kelakar bagi saya.. entah kesian atau mengharapkan Pontianak bahagia bertemu sehantu yang baik... hahaha
Namun, sebab santai dan menghiburkan, saya tetap suka..
Saya jarang membaca buku bergenre seram tapi buku ini mendapat perhatian dengan sinopsis yang mencuit hati. Dan cerita tentang seekor pontianak yang gagal menakutkan penduduk kampung memang lain daripada yang lain, dan penulis berjaya membuat situasi itu lucu. Lagi-lagi apabila pembaca diperkenalkan dengan dunia hantu-hantu, yang beroperasi lebih kurang sama dengan dunia manusia.
Tetapi, buku ini tidak berjaya menjadi yang hebat, apabila ia melebih-lebih. Sometimes less is more dan this is one of them.
Memang menarik untuk memperlihatkan dunia hantu-hantu seperti dunia manusia tapi ia terlalu mirip sampai ia seakan tiada perbezaan. Dan pada pendapat saya, the world building will be better jika the difference lebih ketara. A balance between similarities and differences perlu ada.
Sesetengah jenaka yang berjaya membuat saya gelak pada permulaan buku, jadi membosankan apabila digunakan melebih-lebih. Contoh: kesan bunyi guruh dalam sesuatu situasi.
Plot buku ini juga lama-lama berubah menjadi plot yang lain, dan saya rasa tidak diexplore sepenuhnya.
At the end of the day, buku ini berjaya menghiburkan saya and I look forward to more books from Mikael.
Aku ketawa terbahak-bahak baca novel ni sebenarnya, memang kelakar. Buat aku teringat filem arahan Afdlin Shauki "Pontianak VS Orang Minyak" dan filem-filem seram komedi arahan Mamat Khalid. Mikael Sahaja sesaje berlari dari klise bila buat kisah bertemakan hantu dengan mewujudkan dunia hantu yang berstruktur macam dunia manusia, ada exam, ada famili, ada poslaju, polis dan sebagainya haha. Diadunkan pula dengan suasana orang kampung kelakar macam dalam filem2 Mamat Khalid. Aku suka gila novel ni tapi bila makin lama jalan cerita makin serius, rasa macam down sikit momentum dia. Patut kelakar je sampai ke habis hehe. Apa apa pun, tetap sebuah novel yang kreatif dan unik yang tidak klise. Enjoy.
this is one of the funniest book i’ve read! PERIOD !
dihantu mengisahkan tentang Ponti Anak yang sangatlah tidak menakutkan. takde unsur mistik. nak takutkan orang pun tak berjaya malahan diketawakan oleh hantu-hantu yang lain. Ponti Anak juga tidak boleh terbang seperti keturunannya yang lain. sedih kan 🥲👊🏻 makanya, Bapak Ponti pun menghantar Ponti Anak ke Kampung Mudah atau nama manusianya, Kampung Melayu Al-Muslimin untuk membina kariernya di sana. katanya penduduk kampung itu sangat takutkan makhluk halus sehinggakan dinamakan Kampung Mudah oleh masyarakat hantu. di sana, Ponti Anak bertemu dengan Encik Toyol yang menjadi pengurusnya dan seorang jejaka yang bernama Helmi.
personal opinion ; buku ni ada vibes Zombi Kampung Pisang. dengan slang Peraknya. awoknya udoh ler memang orang Perak, lagi awok suker baca buku gini. kelakar gila. everyone in the village has their own nickname, Lebai Leman lah, Kulup lah, Zack yang nama sebenarnya Samad lah, Roslan the Engineer sebabkan dia engineer dari KL lah kelakar. dari rasa seram terus rasa kelakar gila. penceritaan sangat santai and penuh dengan lawak. oh - and the reason why Ponti Anak tak boleh terbang pun (Aku dah agak dah sebenarnya haish) berjaya digarap dengan sempurna. hope author ni ada buat cerita lain yang macam ni jugak. anyways, highly recommend for bacaan santai and i loved it ! 💗🫶🏻
sampai certain part memang mengekek gelak dibuatnya. sangat sempoi, sangat santai dan sangat tidak menyeramkan.. haha!! kisah apa? haa... camni. jom, kita pusingkan sekejap kehidupan. bayangkan dunia hantu seperti dunia kita. sama je. yang bekerja, yang melepak, yang mengumpat, yang malas,rajin... semua yang ada lah. dunia hantu yang juga punya akta dan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh diorang.. eh silap... dihantu... faham tak?
pontianak, percubaannya untuk menjadi sehantu yang menakutkan asyik tak menjadi. dan disebab itu, dia disuruh berhijrah oleh ayah ponti ke kampung mudah. berhijrah kan baik.. hehe.. setiba di sana dia berjumpa dengan encik toyol. dan seterusnya secara tak sengaja dia telah menakutkan lebai leman. hambik.. namanya terus naik dan encik toyol terus mencadangkan pontianak mendaftar supaya dia boleh diangkat menjadi duta hantu. dasat kan?
penceritaan tuan penulis Mikael Sahaja yang sememangnya menarik. sebenarnya sepanjang pembacaan akak terbayang kisah hantu kak limah. siapa nama pengarah tu?alahai, lupa lak. setiap babak kisah punya mesej tersendiri. bukan sekadar cerita untuk menghiburkan. macam dunia hantu, ada jugak kisah isteri yang lupa suami sampai sanggup menduakan suami. hantu pun tak boleh sewenang-wenang nak membunuh, undang-undang ada. manusia memang suka takut tak bersebab. itu sebab hantu suka mengusik. lepas tu suka buat cerita.. eh.. banyaklah.
pontianak terus menjadi tersohor. banyak kejadian berlaku dan buat dia lupa diri. dan, satu perkara membinasakannya. apa dia?
Dihantu merupakan cerita yang bergenre komedi dan tak seram. Haha tajuk saja Dihantu. Memang pasal hantu tapi hantu nya alaaa perangai clumsy. Comel. Mengambil konsep dunia manusia. Penulis tukar kepada dunia hantu. Kehidupan dan cara bercakap semuanya sama macam dunia manusia. Yang membezakan mereka ialah misi mereka di dunia mereka. Takutkan orang. Akan tetapi Ponti dia gagal menakutkan orang. Dan mengambil keputusan untuk keluar dari kampungnya dan meninggalkan keluarga.
Dia tak mahu menjatuhkan maruah ayahnya. Maka dgn harapan dia keluar dari kampung itu dan ke kampung lain atas nasihat ayahnya. Dia berazam untuk buktikan yang dia mampu untuk menakutkan orang. Cerita ni kelakar. Ada saja la perangai Ponti ni. Lepas tu monolog dalaman dia boleh tahan jugak. Mengekek kadang tu bila baca.
Rasa macam ala ala mcm gabungan filem Zombie Kampung Pisang campur dengan Ponti & Orang Minyak( arahan Afdlin Shauki). Sebab eh bapak si Ponti tu mestilah lelaki kan? Haha. Terfikir pulak. Haha.
Misi si Ponti bukan semata mata untuk dia buktikan yang dia boleh takutkan org. Tetapi banyak lagi. Perkenalan antara dia dan Toyol. Masuk ke kampung orang dan berjaya terkincitkan orang. Sampai disebut sebut di kampung tersebut. Manusia jatuh cinta dengan dia. Dengan lawannya lagi. Banyak benda yang terjadi dalam Dihantu.
If nak bacaan yang boleh mencuit hati kalian. Baca la Dihantu. ✌🏻
Saya jarang nak baca buku untuk kali kedua. Tapi saya baca balik kerana saya stress. Saya perlukan buku yang tak kritikal. Buku ini bagus. Saya tak tahu kenapa bagi 3.5 bintang je dulu. Buku ini bagus sebab berjaya hilangkan stress, plotnya merapu dan kelakar dan ceritanya tidak pernah saya baca sebelum ini. Terima kasih penulis kerana hilangkan stress saya.
Review tahun 2019
3.5 bintang.
Luar biasa sungguh cerita dia. Gadis pontianak yang merajuk membawa diri ke Kampung Mudah kerana dibuli oleh hantu-hantu dikampungnya serta 'dihalau' oleh bapanya kerana gagal menakutkan manusia. Di Kampung Mudah, dia perlahan-lahan menjadi bintang dengan bantuan pengurus iaitu Encik Toyol yang mana Encik Toyol ter-jatuh cinta pula dengan pontianak. Tapi, cinta Encik Toyol terhalang kerana adanya manusia bernama Helmi yang turut menyukai pontianak.
Awal-awal macam kelakar, hujung-hujung tu macam sadis, kejam dan licik pulak gadis pontianak.
Overall, a very charming book. It's fun to read, hilarious and even though I was kinda spooked while reading because of the names of the ghosts mentioned, the jokes amused me. To be honest, I think the world between the ghosts and humans should be more distinct but it's okay I guess. The fact that they are not much different made it more amusing, I guess. The plot twist didn't really catch me by surprise but it's pretty clever. But the ending? The author got me at the ending. I couldn't help it. I laughed. I'm too easily amused. But it really is an amusing read. Kudos to Mikael! I hope you will write more books in the future, and I'm gonna try to read them all.
Lawak santai dan tak menghambarkan apatah lagi try hard. Sepanjang pembacaan rasa seronok je. Kadang gelak sampai keluar air mata.
Penulis berjaya sampaikan mesej dalam erti sebenar kehidupan yang kita lalui melalui watak-watak hantu. Setiap watak mainkan peranan penting. Pontianak yang dilahirkan tak boleh terbang dan selalu gagal menakutkan manusia, akhirnya diarahkan pergi ke Kampung Mudah. Masyarakat di sana amat mempercayai perkara-perkara tahyul bahkan ada yang sanggup bersahabat dengan hantu & jin demi menginginkan sesuatu. Di sana, Pontianak diangkat menjadi duta hantu dengan bantuan Encik Toyol Baik sebagai pengurusnya dan segala rahsia terungkai satu demi satu.
Buku ni bagi saya sesuai untuk semua golongan pembaca tapi… ada scene seperti watak mak ponti yang curang dengan seorang manusia bernama Rauf ketika ketiadaan ayah ponti tu boleh lagilah dikatakan masih bertapis dan tak in/too detail.
Inilah satu-satunya buku pertama dan terakhir untuk tahun ni yang berjaya buat saya mengakak. Sayangnya, Fixi dah tak ulang cetak Dihantu ni.
Kisah Cik Pontianak yang gagal dalam kerjanya untuk menakutkan manusia. Oleh sebab itu, ayahnya mengarahkannya untuk berpindah ke Kampung Mudah, di mana penduduk kampung itu kuat mempercayai perkara2 tahyul. Di sana, dia berkenalan dengan Encik Toyol yang menjadi pengurusnya, dan Helmi, seorang manusia biasa yang jatuh cinta padanya. Kedua2 individu tersebut banyak membantunya untuk menjadi hantu yang paling menakutkan di kampung itu. Apakah akan terjadi seterusnya?
Sebuah kisah komedi yang menggunakan tema hantu, langsung tak seram. Kisah komedinya ala2 siri Zombie Kampung Pisang karya Mamat Khalid...
Boleh tahan juga cerita ini, seperti menonton filem-filem seram Mamat Khalid.
Cerita ni nampak macam main-main, tapi aku dapat rasakan yang agak susah juga nak mengarang karya ini. Teknik imbas kembali untuk beberapa babak membuatkan cerita ini jadi lebih menarik sebab ia membuka sedikit demi sedikit apa sebenarnya yang berlaku.
Cerita seorang ponti... Oops... sehantu pontianak betina yang dalam misi membuktikan yang dia juga mampu menjadi hantu yang disegani. Keseluruhannya cerita ini cerita komedi tetapi tidak lah sampai mencuit hati.
Sebuah kisah santai. Untuk pembaca yang ingin menghiburkan hati, novel Dihantu ini saya kira calon yang sesuai untuk dipilih. Unsur humor yang diselitkan juga berjaya mencuit hati ini. Tahniah buat penulis!
This book is damn funny, a perspective from a non-reader fiction type of book. Kalau tak baca lagi please lah baca memang nice. Kelakar habis dengan sedikit seram yang boleh membuatkan anda confuse.
Buku hantu paling enjoy aku baca. Ada vibe Hantu Kak Limah + Zombie Kampung Pisang + Budak Hostel Otaknya Sewel sikit which is fun la. LAwak yang tak try hard sangat. Kudos to the writer.
Ceritanya tentang hantu-hantu dan karenah hantu tetapi sebenarnya banyak menyindir perangai manusia. Ada sesetengah bahagian tu beri motivasi juga terutama kepada hantu dan manusia yang rendah keyakinan diri. Nak kata seram, memanglah tak seram. Tapi banyak bahagian yang kelakar tak sengaja rasa macam nak hantuk dahi kat pintu je. Pembangunan karakter dibuat dengan ringkas dan selamba je tapi cukup untuk pembaca kenal setiap hantu. Garismasa dalam cerita ada undur laju dan tidak diterangkan dengan jelas. Tak kisah kot sebab dalam dimensi hantu mungkin masa bergerak tak seperti di dunia manusia. Mohon baca supaya kita sedar diri dan tak terikut-ikut perangai macam hantu.
p/s: masa baca ni tiba-tiba saya kena buka YouTube sebab nak dengar lagu-lagu lama Wings. Tak taulah kenapa, kan?
"Kome ni, aneh-anehhh je ordernya. Minggu sudah minta kapur cina," ujar Pak Munir dengan kesal.
"Kepala hotak dia Kapur Cina. Cappuccino pun tak tau, bongok." Bisik Roslan bersendirian..
1) First sekali baca buku ni perkara pertama yang ada dalam otak aku movie kartun bertajuk Monster. Kisah hantu yang tak seram malah bila tengok muka dia rasa cute pulak. Macam tu la kisah sedih pontianak.
2) Overall buku yang sarat dengan unsur lawak yang memang boleh buat pembaca tergelak in the middle of book.
3) Permulaan dan pertengahan yang digarap baik, tapi bagi aku ending macam kurang power sikit. Ntah macam tak best sikit bila Pontianak "kena" macam tu je di scene last sekali.
4) Kisah Rauf si pemain hati sehantu pontianak. Siut betul, kalau dengan pontianak pun kau mampu mainkan hati sampai macam tu sekali apa lagi manusia. Manusia macam ni tak patut wujud. Tapi kebenarannya manusia macam ni memang wujud dan kelakarnya dia buat hidup orang merana, dia pulak hidup bahagia. Berbeza dengan drama tv yang selalu tayang last² si playboy jatuh tersungkur dan insaf and so on. But in real life it different.
5) Mula aku tak faham apa sehantu ni. Now I know ia sama maksud dengan seorang yang digunakan untuk orang. Tapi disebabkan mereka hantu jadi, jadilah ia sehantu.
Boleh dilihat di sini yang sebenarnya, manusia itu sendiri lebih hantu daripada hantu.
"Airmatamu itu, jangan dibazirkan untuk laki-laki yang tak peduli"- Kareemnak
Buku ni sesuai untuk pembacaan ringan..Mengisahkan pontianak yang 100 kali gagal untuk menakutkan manusia dan lari ke kampung sebelah..Di sana pontianak menjadi terkenal sampaikan menjadi Duta Hantu..Plot cerita menjadi agak menarik bila seorang lelaki jatuh cinta dengan Pontianak ni tetapi kedua2 mereka ni ade history di zaman kedua ibu bapa mereka..
Bagi aku yang sukakan twisted or dark plot ni..aku bayangkan yang mereka ni jatuh cinta dan rupanya mereka "adik beradik" ditambah lagi dendam kedua ibu bapa mereka..hahaha...
Tapi macam aku cakapkan tadi...cerita ni mmg ringan dan semua yang aku expect tu takde...Pontianak dah tahu siapa lelaki itu dan teringat dendam mak Ponti maka dia plan utk membunuh lelaki itu dan ayah nya sekali...
Jalan cerita yang menarik...sesuai utk pembacaan tengah malam pon..Plot yang simple tapi berjaya disampaikan...Tengah2 jalan cerita agak membosan kan...Dekat2 hujung nampak klimaksnya tapi terlalu cepat utk beberapa chapter saja...
This entire review has been hidden because of spoilers.
Plot cerita agak relax and ada sense of humor. Tetapi ada sedikit yang terlebih humor tu yang boleh jadi lawak hambar.
Permulaan cerita agak menarik sampai dekat tengah agak bosan sedikit. Tetapi dekat nak ending baru makin fun. I thought Pontianak ni baik dan lemah but at the end baru tunjuk jahat dia.
Tak dinafikan cerita ni memang kelakar dan lawak spontan yg sangat menghibutkan hati Tapii sayangnya bahasa dialek yg digunakan terlampau memaksa, penulis perlu banyak lagi belajar dan bergaul dengan mereka yg mengunakan dialek negeri2 trtentu baru lah cerita akan nampak lebih natural untk dibaca 2/5
Buku ini sesuai untuk pembaca yang nak rilekskan minda dan tak nak stress dengan plot yang terlalu berat. Agak kelakar tetapi kurang mencuit hati. Mungkin dialog kelakar macam dah biasa terdengar dalam tv and boleh diagak. Overall, not bad.
Cerita yang sangat menarik dan kelakar. Perkembangan di awal cerita cantik, tapi sayangnya... bila dah hujung-hujung tu terasa macam agak 'rushing' nak habiskan cerita. Plot twist ada yang nice, ada yang macam tak perlu ada pun tak apa kut. Apa-apa pun Encik Toyol is the best character!