Jump to ratings and reviews
Rate this book

Saga Artakusiad #5

Puteri Alindalia

Rate this book
Puteri Alindalia ini merupakan sebuah daripada trilogi novel Saga Artakusiad yang kisahnya bersambung-sambung. Persoalan asas trilogi ini membicarakan persoalan kepimpinan dan kekuatan seseorang pahlawan atau kaum mempertahankan maruah, visi dan perpaduan kaumnya daripada gugatan kaum lain. Persoalan itu disorot dan dicerna dengan kemas, realistis, hidup dan menyakinkan. Persoalan dan tema yang disentuh menjadi lebih berkesan dengan kebijaksanaan penulis membina watak-watak yang hidup, melalui gambaran latar dengan cara yang kreatif dan artistik. Pendekatan dan teknik penceritaan novel ini adalah asli, tersendiri, mudah difahami dan bersesuaian dengan persoalan dan mesej cerita fantasi yang ingin disampaikan. Dalam penggunaan gaya bahasa ternyata penulis punya cara gaya tersendiri, punya nilai-nilai keindahan dan estetika yang memberikan pengalaman baru kepada pembaca khususnya golongan remaja

176 pages, Paperback

First published January 1, 1991

1 person is currently reading
83 people want to read

About the author

Ahmad Patria Abdullah

14 books133 followers
Ahmad Patria Abdullah ialah seorang penulis fiksyen sains dan fantasi yang terkenal di Malaysia. Beliau merupakan anak sulung kepada Sasterawan Negara Datuk Haji Abdullah Hussain dan Datin Siti Saroja Basri.
Beliau dianggap sebagai pengasas genre fantasi di Malaysia menerusi novel pertamanya "Permata Aurorius" pada tahun 1987, yang terpilih sebagai Buku Terbaik 1987 dalam kategori Penulis Harapan oleh Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia. Novel ini turut disifatkan sebagai novel fantasi terbaik yang pernah ditulis dalam bahasa Melayu ( Johan Jaaffar, Berita Harian 2012). Ahmad Patria juga dianggap sebagai nama yang paling besar dan paling berpengaruh dalam dunia sai-fai dan fantasi Melayu (Ainon Mohd, Konvensyen Sai-Fai Melayu 2009)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
51 (66%)
4 stars
19 (24%)
3 stars
5 (6%)
2 stars
2 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for akusipeminatbuku.
265 reviews33 followers
November 11, 2018
Tak puas baca. Sedar saja dah sampai ke helaian terakhir. Pengembaraan Artakus bersama rakan karibnya Esis penuh dengan dugaan dan cabaran.

Bahasa yang indah digunakan oleh penulis sangat membuai perasaan. Dalam kegelapan tetap ada keindahan yang digambarkan.

Artakus sentiasa ikhlas dan sabar dalam menempuhi dugaannya.
Profile Image for Nadhiah Aida.
520 reviews27 followers
October 5, 2022
Kenapa terasa macam Artakus berjumpa dengan Hera?
Ye la perempuan berambut ular, tak boleh tengok mata
Kalau tak, jadi batu ....

Masa Artakus dalam solve teka-teki Tiarra macam laaaaa
Sebab otak fikir puisi yang perempuan tua yang dia jumpa kat Kota Arialun rasanya

Rasa sedih bila Nazril mati ... Macam alaaaaaaaaaa

Haishhh ...
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Afifah.
100 reviews
April 12, 2025
I CAN FINISH IT IN ONE SITTING

Siri artakusiad ni makin buat aku hooked. Artakus makin matang dan licik. Plot twist dia haih, aku punya la tunggu sampai jumpa puteri tapi hm

Bahasa cerintanya indah dan aku boleh sambung lagi dan lagi. Bagus jugak satu novel nipis comel je. Tapi memang seronok la buku ni takleh cakap lagi ✋
Profile Image for Junnaini.ismun Ismun.
26 reviews10 followers
April 21, 2009
For those who like Lord of the Ring and looking for a Malay settings, this is one of the book from the 'Saga Artakusiad' that you may want to read.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews