Jump to ratings and reviews
Rate this book

My Dear Pak Cik

Rate this book
Blurb.

TIDAK ! Itu sahaja jawapan Raqim Ishan saat dia dapat tahu anak angkat kakaknya sudah jatuh cinta pada dirinya. Mana mungkin gadis yang sudah dianggap sebagai anak mampu bertukar statusnya, seterusnya dijadikan isteri walau sekadar anak saudara angkat.

Demi mengelak daripada cinta si anak saudara, satu rancangan gila dirangka. Kehadiran tidak dirancang Inas Alyaa membuka ruang untuk rancangannya dilaksanakan.

“Uncle nak Inas jadi girlfriend olok-olok uncle dan kalau keadaan semakin mendesak, uncle nak Inas jadi…” – Raqim Ishan

“Jadi?” – Inas Alyaa

“Jadi isteri uncle.” – Raqim Ishan

Rancangan gila! Tapi yang perkara gila itulah yang terjadi. Pura-pura bercinta seterusnya berumah tangga membuka mata Inas untuk menilai siapa sebenarnya Raqim Ishan. Tanpa sedar nama Raqim sudah mula bertahta di sebahagian hati Inas.
Kasih dan sayangnya mungkin ada, tapi ada sesuatu yang Inas masih tunggu. Bilalah waktunya dia bakal memiliki ‘sesuatu’ itu daripada suaminya itu.

“Inas cuma nak tanya, agak-agak… bila abang nak cuba ‘suka’ pada Inas.” – Inas Alyaa.

“Abang tak pernah hadkan hati abang untuk awak. Inas boleh jatuh cinta, curah apa sahaja rasa Inas pada abang. Cuma buat masa ni abang belum mampu beri sepenuh perhatian pada hubungan kita. Untuk permulaan, kita bebas bercinta ataupun mencintai. Cukup untuk Inas tahu, abang cuma milik awak seorang.” – Raqim Ishan

Cinta yang sedang bersemi mula goyah dengan halangan yang muncul. Kerana terlalu mengikut kata hati, Inas nekad meninggalkan Raqim.

Ironinya, dia yang meninggalkan, tetapi mengapa pula dia yang terlebih sakit merindu? Dia yang pilih untuk pergi, kenapa dia pula yang mengharap untuk Raqim kembali?

Mampukah Inas pujuk kembali hati suaminya yang ditinggalkannya itu? Akankah ada lagi cinta Raqim Ishan buat Inas Alyaanya itu?

Unknown Binding

5 people are currently reading
25 people want to read

About the author

Ann

77 books10 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
5 (29%)
3 stars
9 (52%)
2 stars
2 (11%)
1 star
1 (5%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
February 11, 2018
Permulaan yg bagus.
♡ Saya suka pertemuan antara Inas dan Pakcik. ¤ Kereta rosak meroyan pulak budak ni. Salam bantuan di hulurkan, di jerkahnya pula.
¤ Budak baru graduate dan nak balik ke kampung halaman. Anak dan adik bongsu yg paling periang dan manja lah katakan. 😘
¤ Pakcik Kina (BFF Inas) hantar balik ke kampung dan mula berkenalan dengan keluarga Inas.
¤ Rancangan di atur.

Masuk beberapa chapters hingga 20an chapters, rasa macam nak selubung je kepala ni.
🙄 Dari sebelum nikah hingga dah nikah, ya ampun, sibuk menggoda untuk tujuan itu. Malunya. Ayat takde keluar perkataan lucah tapi gambaran yg di beri agak begitulah. Geli lah. 😅
🙄 Ingat Kina je begitu, Inas lagi teruk merenyamnya. Macam dah takde malu nya lagi. Tetapi dalam dia begini bab lain ada juga malunya. 😀 The saya terfikir, msg apa yg cuba author sampaikan ni?

Couple of the year according to this novel
😘 I like. Inas yg kuat mengusik, nakal dan manja.
😘 Inas yg penyayang dan cuba memahami tapi kuat juga rajuknya. 😡
😘 Inas yg tak materialistik. Sederhana sahaja orangnya.
😠 Inas yg jengkel dan ada kebodohannya tapi bersebab.
😘 Raqim yg memahami kehendak isteri.
😘 Raqim yg sabar tahap tak ingat mendidik isteri ke arah yg lebih baik dengan caranya sendiri.
😖 Inas sentiasa teruja dan riang menerima kejutan dari Raqim.
😍 Kedua2nya berusaha untuk menyemarakkan hubungan mereka. Bercinta selwpas kahwin.

Bab langau tu (Kina)
🤔 Terlalu obsessed dengan Pakcik angkatnya. Hingga ke bilik tidur di ikutnya.
😠 Psycho. Sanggup membunuh.
😠 Macam telinga lintah. Kepo..ada je dia terselit di mana2. Then dah macam parasit tu juga, asyik nak melekat je kerjanya.
😠 Kurang ajar. Tak tahu bersyukur dan menghormati orang yg lebih tua ataupun privasi orang. Suka tuding jari. Baginya jika dia bermusuh dgn org, bff dia juga harus sokong.
😢 Demi misi, maruah tergadai.

Overall Content
Saya suka cara Raqim dan Inas memulihkan keadaan di saat kebahagian mereka di uji.
Saya suka sekali keakraban para sahabat Inas dan juga keluarga Inas. Sungguh mesra dan penuh kasih sayang.
Jalan cerita pun takde meleret. Cuma tu lah..saya jenis cepat yg beri pendapat. Tapi bila sampai di pertengahan, saya mula perasan, author created sikap Raqim yg tenang dan matang sesuai dgn pekerjaan dan umurnya. ☆ Jenis yg secretly take actions. Sering di salah erti oleh isterinya. Author created sikap Inas pula in between matang dan kebudak2an. Banyak negative thoughts. Pemalas nak masak sebab tak tahu masak dan tak di benarkan memasak oleh Raqim. Dan paling tak boleh di terima, tiada ura2 nak belajar masak. Hinggalah dia di hina di khalayak org ramai oleh Kina..Sentap giler.
Because of all these, I decided to keep my thoughts to myself 1st until the end cos I believe setiap tindak tanduk mereka ada sebab. Harus sabar. Kalau tidak jadi lah kita budak tak berapa nak matang mcm Inas.😁

-1* terus untuk ni.
(Emm..bab gatal tu mmg betul lah tapi jika di abaikan sahaja, then u will enjoy this story.)
-0.5* dari sikap meroyan Inas but understandable.
3.5* for the idea of the story.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
March 1, 2018
Ada point yang diketengahkan. Cuma sususan ayat tu agak tunggang langgang. Masih boleh diperbaiki lagi.

Lagi satu, jangan banyak sangat letak scene main tarik tali. Takut nanti ramai yang bosan dan terus je skip. Mana-mana novelpun, jika scene tarik tali tu berlebih-lebih sangat, memang membosankan.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
April 21, 2018
comel je cerita nih. taklah berat sangat jalan cerita tapi ada jugalah part buat pembaca rasa aaa???... abislah... haa.. macam tu lah. rasa teruja nak tahu apa jadi seterusnya.

kisahnya inas dan raqim. nak kata jatuh cinta pandang pertama tu taklah, tapi lebih pada pandangan suka. raqim pada awalnya nak mengelak dari sakinah, anak saudaranya yang juga teman baik inas. kina kira macam die hard fan. sampai pasang impian nak berkahwin dengan pak ciknya itu. raqim berasakan yang inas calon sesuai untuk membantunya.

yup. bunyi macam klise. tapi seronok baca sebab olahan Cik D Ann ni buat pembaca melekat. watak inas yang didirikan cukup ceria, happy dan tak suka benda yang rumit. raqim pula, jejaka yang taklah ganteng mana, tapi cukup serasi berdua. mereka ambil keputusan untuk meneruskan apa yang dirancang secepat mungkin. kina? meluaplah kemarahan bila tahu inas pilihan pak ciknya. bertambah marak dendam dalam dada..

seterusnya banyak kisah perjalanan hidup mereka selepas berkahwin. dengan kesibukan pekerjaan, dengan kehidupan suami isteri, dengan langau si kina yang sering mengganggu tu belum masuk the inas' monkey. haha!! adik beradik inas alyaa tu semua perempuan. havoclah kiranya. masalah yang datang melanda pun taklah berat sangat tapi tetap membawa kisah ini cantik hingga penghujungnya...

jodoh, semua aturan Allah. cepat, lambat atau tak berjodoh hingga akhir pun bukan kita manusia nak tentukan atau nak membawangkan. doa saja yang baik-baik. apa saja masalah yang melanda, bawa berbincang. fikirkan akibat jangka panjang sebaiknya...
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
October 28, 2018
[BOOK 94]

My Dear Pak Cik by Ann.
.

Cerita tentang Raqim dan Inas. Raqim ada anak saudara angkat, nama Kina. Kina ni obses ngan Raqim. Sampai menyendeng ke dalam bilik tidur. Siap offer diri kat pakcik dia tu. Disebabkan rimas dengan perangai Kina, dia plan untuk kahwin ngan Inas. Inas ni kawan baik Kina. Plan asalnya, Inas akan dapat upah sebab setuju kahwin. Tapi lama kelamaan, dorang suka sama suka.
.

Disebabkan perbezaan umur mereka yang jauh, lebih kurang 14 tahun, so, obvious sangatlah perangai Inas yang kebudak-budakan. Boleh pulak dia gi sambut Raqim datang rumah dengan short pants dan baju T singkat. Padahal sebelum tu, dia pakai tudung. Dan paling tak tahan, selamba badak dia duk meraba paha Raqim. Mentanglah kawan tu pemalu.
.

Bila dah kahwin, lagilah perangai Inas ni menggeletis.
*ni part dewasa sikit*
Raqim ni busy kerja. So, dia dah plan untuk tak sentuh Inas la dalam masa sebulan lepas kahwin tu. Tapi, Inas ni sikit-sikit duk meraba la. Pastu frust bila Raqim tak layan. Ya Allah, baca part ni memang buat ku istighfar sambil tepuk dahi. Geramnya ngan dorang ni.
So, kiranya part lepas kahwin tu, more towards that thing.
.

Then, bila dah pregnant, masalah ngan Kina pulak. Yang ni sejenis psiko.
.

Bila ada masalah dan Inas merajuk, ku puji sikap Raqim. Dia sangat tenang handle masalah. Pada masa yang sama, walaupun Inas minta masa, Raqim pandai twist. Ya, ada lah part tarik tali sikit. Tapi tak annoying sangat.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
April 17, 2018
Awal baca sampai pertengahan, rasa macam nak muntah darah, tak larat layan kerenah dan demands kemiangan Inas. Dalam benak saya, macam ni jadiknya kalau remaja banyak baca novel-novel 'untuk bacaan dewasa' atau novel-novel baru (yang dikategorikan sebagai bacaan umum) dengan tajuk, teaser dan gambar meng-ghairahkan yang sedang mencanak di pasaran. Part paling bikin kepala berasap ialah masa Raqim pergi ke rumah Inas kat kampung dan gadis tersebut selamba pakai hot pants dengan baju sendat. Hailaaa, boleh la plak. Tapi sebulan lepas dah kahwin, saya macam boleh masuk dah, sebab perangai kegatalan Inas dah tak berapa extreme, dan dia juga macam dag matang sikit. Mungkin juga sebab saya baca lajuuu. All the way sampai habis kira okay la, walaupun saya skimming jer. Skimming pun boleh follow.
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
April 23, 2018
#MyDearPakCik...ada jalan ceritanya! bahasa juga mudah faham cuma...gaya olahan saja perlu ditengok semula! agak memberi kesan pd pembacaaan! apa pun citer ni menarik utk dibaca wlu ambik masa la nak habiskannya...hehe

Raqim yg dicintai KIna, anak angkat kakaknya! jenuh menolak tp Kina jenis tebal muka!

Inas dipilih menjadi isteri demi elakkan Kina terus menaruh harap! wlu tanpa cinta mereka bernikah lelama hadirlah juga rasa dihati!

Kina tdk menerima dan pelbagailah rancangan dibuatnya! biar putih tulang jgn putih mata! gitulah kut Kina ni...tp yg jahat lambat @ cepat pasti terima balasan juga kan?

Keseluruhan? MDPK..santai saja dan sesuai bacaan ringan! saya masih blh hadam n terima seadanya! Tahniah Cik D Ann....😉
Profile Image for SHdnome.
10 reviews1 follower
September 9, 2020
Ini pendapat aku lah..Pertama kali baca karya penulis ni..ok not bad.,cerita yg santai x berat..bila ko baca cerita ni teringt zaman ms study dulu..wakaka..berangan x sudah..mcm tu lah Inas..wpun dia masih muda..kawin dgn lelaki yg matang..watak ceria & comel nya Inas..menjadikan cerita ni santai & happy..tp still cerita ni ada langau..boleh tahan dahsyat juga perangai langau ni..nk tahu kesudahan cerita..kenalah baca..ok not bad..cuma byk sgt dialog gitu..
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.