Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bila Hati Memilih Dia

Rate this book
"Kau nak cerai,kan? Aku ceraikan kau dengan talak tiga. Puas hati kau? - NAZRIEL

Dan sejak itu dia menutup pintu hatinya serapat mungkin. Percintaan selama 8 tahun akhirnya sia-sia dan perit untuk terima hakikat perkahwinan dengan isteri yang dicintai gagal. Enam tahun bersama anak tunggalnya, hidupnya kembali diuji dengan kehadiran seseorang.

"Nasiblah kahwin dengan saya dapat pakej sekali dengan Nufail." - NAZRIEL

Bagi Adra tidak mungkin dia mahu menerima lelaki itu. Ternyata kerja sementara untuk menjadi pengasuh Nufail menjadi titik permulaan perkenalan mereka. Makin lama mengenali terbit rasa kagum pada bapa muda itu dan tanpa sedar hubungan mereka menjadi rapat. Tapi sayang apabila satu tragedi tidak dijangka menimpa. Hidupnya nanar mengenangkan keadaan diri. Dan Nazriel mula rasa bersalah. Atas dasar tanggungjawab dia diangkat menjadi isteri semata-mata mahu menjaga maruahnya yang cuba dicalar oleh lelaki lain.

"Memang bagi awak kecil tapi saya tak boleh. Bila awak pegang tangan saya, saya rasa takut. Saya ingat apa yang jadi malam tu. Saya tak boleh." - ADRA

Sabarnya Nazriel melayan setiap kerenahnya. Sekali pun lelaki itu tidak pernah mengungkit. Dia dijaga dengan begitu baik sehingga hati yang kosong mula berlagu cinta.

"Saya tak sempurna untuk awak." - ADRA

"Saya tetap nakkan awak."- NAZRIEL

Kejamkah dia andai menolak seorang lelaki yang benar-benar ikhlas mahu menjaganya? Dan bila hati sedia memilih, perasaannya dilukai.

"Adra hanya ibu tiri Nufail je. Bukan ibu kandung yang lahirkan dia. Naluri keibuan tak ada dalam diri Adra. Selagi tak bergelar ibu Adra tak akan rasa."

Keikhlasannya diragui. Kasih sayang yang dicurahkan tidak dipandang. Nazriel yang dipuja akhirnya menunjukkan diri sebenar. Dan hatinya tidak tegar mencintai lelaki yang hidup atas dendam lama.

Paperback

First published December 1, 2017

13 people are currently reading
207 people want to read

About the author

Wan Nur Najihah

16 books85 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
24 (42%)
4 stars
19 (33%)
3 stars
9 (15%)
2 stars
2 (3%)
1 star
3 (5%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
March 17, 2019
First time baca novel Wan Nur Najihah dan saya suka penulisannya. Plot yang teratur dan rasa nak kena habiskan cepat-cepat bila dah start baca tu.

Suka heronya Nazriel yang matang dan bertanggungjawab. Adra pun seorang yang matang mengikut umurnya cuma ada masanya terlalu ikutkan perasaan.Tapi normal la tu bila kita tengah marah kan. Saya suka bila timbul konflik penulis tak biarkan ianya melarat dengan salah faham.Dua- dua berterus terang dan selesaikan masalah bersama, Nasib baik takde scene heroin merajuk melarikan diri dari rumah.Kalau x potong bintang! hehe

Nazriel agak tak matang bila terlalu larut dengan dendamnya pada Sofea tapi saya boleh faham susah nak bagi kepercayaan semula selepas pengkhianatan yang diberikan oleh Sofea. Nasib baik Sofea sempat insaf dan happy ending untuk semua.Cuma saya expect something yang dramatik bila penulis reveal pasal rantai yang Adra berikan pada Nazriel semasa umur 12 tahun tu.. Suka sangat guna ayat dramatik kang tak pepasal kena sindir kat penulis kat fb :P ..kehkehkeh

Rasanya novel terbaru Wan Nur Najihah untuk PBAKL 19 ni boleh masuk dalam list!
Profile Image for Shafira.
63 reviews17 followers
November 19, 2023
TW: Rogol, Khianat, Kematian, Penderaan, Pengabaian tanggungjawab, Curang, Penceraian

Rating: 4.60/5 ⭐

Adra dari kecil lagi sudah membantu mak tirinya (Makcik Melur) menjual kuih, pulang sahaja dari sekolah, Adra sudah dipaksa mak tirinya berniaga kuih. Nasibnya malang apabila wang hasil jualannya dicuri. Dikala dia merenung nasib yang menimpa, ada insan yang baik hati membeli jualan kuihnya dan memberikan beberapa wang not RM100. Adra terkejut dan bersyukur kerana seumur hidupnya tidak pernah pegang wang sebanyak itu, lalu dia nekad untuk menyerahkan seutas rantai emas pemberian arwah ibunya kepada insan itu daripada jatuh ke tgn mak tirinya.

Kisah deritanya tidak bernoktah disitu, habis sahaja belajar dan berjaya memegang ijazah, dia balik ke rumah arwah ibu. Ada sahaja yg tidak kena dimata mak tirinya. Bukan mak tirinya sahaja yg menyakitkan hati, semua adik bradik tirinya kecuali Marlisa turut membuatnya tidak ubah seperti org gaji sahaja dirumah sendiri. Adra sudah meminta kerja setimpal dengan sijilnya, namun belum ada rezeki lagi.

Farhan kawan sekelas yg selalu buat jahat dgn Adra. Bila sudah meningkat dewasa, Farhan tidak seperti dulu. Dia berhasrat untuk menjadikan Adra sebagai isteri, namun, Adra menolak kerana dia tidak menyukai Farhan. Lalu Farhan nekad akan buat Adra jadi miliknya.

Fadhil, abg Farhan, tapi tidak pernah sebulu. Fadhil juga menyimpan hasrat yg sama seperti Farhan. Bermacam dia cuba untuk memikat hati si gadis itu, namun hampa yg Fadhil dapat. Jadi dia menghantar rombongan merisik ke rmh Adra supaya gadis itu tidak menolak pinangannya.

Siapa sngka disebalik kesenangan abg tiri Adra dan kakak iparnya, dari berjaya membuka kedai makan dan membeli rumah adalah hasil bersubahat dengan Fadhil. Mereka merancang perbuatan jahat supaya Fadhil dapat memiliki Adra. Makcik Melur juga terlibat sama.

Nazriel duda anak sorang, bernama Nufail. Nufail adalah hasil cinta dia dan Sofea. Disaat Nazriel tidak mempunyai apa², dia menjaga Sofea yg tengah berpantang. Dia sanggup membeli apa sahaja demi kesenangan Sofea walaupun dia terpaksa bekerja semasa belajar. Namun Sofea tidak sanggup hidup susah bersamanya. Nufail yg menjadi mangsa, anaknya itu tidak pernah disusukan oleh Sofea sendiri.

Nazriel tetap memujuk dan berlembut dgn Sofea dgn harapan Sofea akan berubah walaupun dia pernah nampak Sofea dgn lelaki lain, demi anak, dia berkorban kerana tidak mahu anaknya membesar tanpa seorang ibu. Bercinta bagai nak rak bertahun-tahun, tapi kahwin tidak sampai 2 tahun. Nazriel mengalah, dia tercabar dengan kata-kata Sofea. Nazriel menjatuhkan talak dan Sofea dianggap tidak pernah wujud dlm hidupnya lagi.

Namun siapa sangka, selepas belasan tahun, Adra bertemu semula dgn insan yg baik hati itu(masa tu umur Adra 12 tahun), Nazriel. Adra bekerja menjaga Nufail kerana gaji yg ditawarkan lumayan, dapatlah menampung kehidupan keluarganya.

Adra akhirnya berkahwin dgn Nazriel, tetapi bukan dgn kerelaan hati. Dia ‘ditangkap basah’ dirumahnya oleh ayahnya dan org kpg. Berkali Nazriel katakan yg itu cuma salah sangka, tetapi ayah Adra tetap tidak percaya apa yg terjadi, ditambah pula dgn hasutan makcik Melur. Hancur hati Adra bila ayahnya menghalau dia keluar.

Kalau nak tahu yg selanjutnya, baca lh buku ni. Free jer dekat PNM E-reader. ♡ Sebelum tu, persiapkan diri dulu, baca TW kat atas yg Sha dh tulis awal² tu.

///
Buku ni byk typo 🥲 tapi Sha tetap suka baca buku ni. Byk pengajaran dan kisah silam Adra mahupun Nazriel.

Watak yg paling membantu watak Nufail, comel giler dia dalam ni. Sangat tak bertapis 🤣 yalah, budak kan, dia takkan menipu, ada jer dia nak bagitahu.

Sha respect sgt dgn Nazriel, sabarnya dgn bekas isteri dia tu, sangat² hmmmm. Sha nak anugerahkan dia ni lelaki teragung lah. Hahahaha. Kesabaran Nazriel diuji bila dia tiada apa², dan bekas isteri dia diuji dgn kesenangan.

Sha pun nak puji Farhan jugak, walaupun dia nekad nak Adra jadi miliknya, tapi dia tak sekejam Fadhil. Puas tau,bila Fadhil kena belasah dgn Nazriel. Perangai mcm hantu!

Tropes:
✨ Hate to love
✨ Single Father
✨ Sunshine x Sunshine
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for CikNana.
148 reviews6 followers
August 28, 2021
ADRA, NAZRIEL, NUFAIL, MAKCIK MELUR, PAK BUDIN, ADWA, MARLISA, LINA, MAZWAN, FARHAN, FADHLI, SOFEA, BAZLI, CIK ROSE, MAK LEHA, PN ZAHRA, AWIN, IQRAM, MILA

Adra dan adiknya, Adwa tinggal bersama dengan mak tiri dan adik beradik tiri setelah ibunya meninggal. Ayah mereka, Pak Budin berkahwin dengan janda anak 2, Makcik Melur. Dari kecil, dia mencari duit untuk keluarganya. Diarah oleh Makcik Melur untuk menjual kuih muih. Jika tidak laku jualannya, maka dia dan adiknya akan mendapat habuan yang memeritkan.

Mohd Azfar Nazriel. Mempunyai beberapa cawangan. Dia perlu ke Terengganu selama 6 bulan kerana dia perlu monitor cawangan barunya itu. Duda anak satu, bercerai hidup. Mak Leha, ibu saudaranya diminta mencari pengasuh untuk Mohd Arfan Nufail. Mendengar cadangan Leha, Makcik Melur mengarahkan Adra. Walaupun Adra lulusan Ijazah Perakaunan. Namun, gaji yang ditawarkan berbaloi, RM2500 sebulan. Setelah didesak, dia terima.

Nufail senang dengan Adra. Satu malam, disebabkan kelewatan Nazriel, Adra pulang lewat ke rumahnya. Seseorang menyerang dan cuba merogolnya. Dia trauma. Tanpa sedar, niat untuk melihat keadaan Adra setelah Nazriel terdengar jeritan Adra membawa mereka terperangkap dengan agenda asalnya oleh Fadhli dan Makcik Melur. Mereka berkahwin. Hari demi hari hubungan mereka semakin akrab.

Ikatan mereka diuji dengan kehadiran ibu kandung Nufail. Perkenalan di antara Adra dan Zura di tadika memberi kesan kepada perhubungan Nazriel dan Adra. Setelah Zura tahu yang Adra ini isteri kepada Nazriel. Dia cemburu. Dia inginkan semula Nazriel. Caranya dengan mendapatkan Nufail dan merenggangkan hubungan Adra dan Nazriel. Kacau bilau hubungan mereka. Adra yang lembut hati dan Nazriel yang membara rasa dendamnya menyebabkan mereka semakin jauh. Rancangan Zura dan Iqram untuk memisahkan mereka. Tergerak hati Nazriel untuk ke butik Hana Collections. Akhirnya membawa kepada Sofea. Sofea adalah Zura, pemilik dan bos kepada Adra.

10 tahun lepas, anak kecil berusia 12 tahun yang bernama Adra pernah berjumpa dengan Nazriel ketika menjual kuih muih. Jodoh mereka. Sofea adalah jodoh sementara Nazriel sebelum Nazriel berjumpa semula dengan Adra.
102 reviews
January 17, 2022
Beli buku nih sebab kawan kata best, last-last terpikat. Best cita ih tak dinafikan. As a perempuan yeah memang kita kekadang akan rasa mcm nilah. Begini lah perempuan tak lari dari sifat keibuan, walapun mungkin kita rasa macam tak sayang budak tuh nak tak nak sifat tuh akan datang dengan sendiri.

Sis haritu beli yang e version je senang tak yah nak kena scan mysejahtera semata nak beli. Oh yea sapa nak link dia nah, jap eh cari jap.

Mana diaa haa nah https://www.e-sentral.com/book/info/2...

Beli geng rugi tak beli buku nih best geng
7 reviews
April 2, 2021
suka sangat dekat novel nie, mase dh abis tu rase mcm taknak sambung lagi ke, sbb suka sangat dekat watak nazriel tu. ok love it
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.