Buku ini mengumpulkan 42 hadis yang berkaitan dengan amalan dan bacaan yang mudah, tetapi pahala dan ganjaran yang sangat banyak yang diberikan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang mengamalkannya. Antaranya: Ø Belajar ilmu agama Ø Solat fardu berjemaah Ø Melazimi solat sunat Ø Membaca al-Quran
Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariy. Berasal dari Kuching, Sarawak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Senari dan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Matang 2, Kuching. Memperoleh ijazah Sarjana Muda (Al-Quran & Hadis) dan Sarjana (Tafsir al-Quran) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sedang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD). Sekarang bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Pusat Asasi, UIAM. Pengasas dan pembimbing Majlis Ta'lim an-Nur (MTAN), UIA. Kolumnis Majalah Q&A, Majalah Tasawuf dan Majalah Muslimah. Beliau dijemput sebagai pentazkirah untuk segmen Maulid@IKIM.fm yang bersiaran secara langsung pada hari Khamis, jam 10 malam setiap minggu.
Pengenalan kepada hadis-hadis yang banyak menghuraikan pelbagai cara untuk meraih pahala. Mudah untuk kita membuat revisi untuk amalan-amalan harian. Sesuai untuk beginner yang mahu berkenalan dengan hadis.