Maki hamun sepak terajang, itu perkara biasa bagi Nad demi lulus PST. Cabaran Jurulatih Dari Neraka berjaya Nad sambut dengan besar hati. Namun kedatangan Ares, si dewa perang yang menuduhnya sebagai Athena, si pembunuh kejam, menyebabkan hidup Nad terpusing 180 darjah.
“Sekali lagi...one last time.” Ares merenung Nad dengan dingin. “Kau Athena, kan?” Dia cuma nak gadis tu mengangguk dan mengiyakan.
Kesungguhan Ares telah membangkitkan sesuatu yang gelap dalam diri Nad hingga dia tak mampu mengawalnya.
“Nadya ialah Nadya. Athena tak akan bangun kalau korang tak mulakan semua ni.”
“Maksud kau, kami yang bangunkan Athena?”
“Ya! Semua ni salah korang. Kalau tak kerana korang provok Nad, pukul dia teruk sampai macam tu atas nama nak mengajar... Athena tak akan bangkit.
Mampukah Ares menebus kesilapannya terhadap Nad? Siapakah Athena? Apakah kaitannya dengan Nad dan semua kegilaan yang menimpa gadis itu selepas kebangkitannya?
Susah nak letak buku ni once dah start..really full of fantasy..not the typical malay novel & kena luaskan imaginasi masing2..nak cari kelainan sila baca buku ni..i’ve warn u guys klu suka cerita yg straighforward & lovey dovey jgn baca buku ni nnt korg menyesal..yg memahami genre fantasy je bleh khatam dgn cemerlang 🙊🙊
Kudos to writer buat kita berfantasi bersama..hahaha
Notes to writer: sila buat sequel sbb gantung weh!!!
Sejujurnya saya agak kurang membaca novel yang bergenre thriller fantasi. Atas saranan seorang sahabat saya cuba membacanya. Ok juga rupanya novel ni dan apa yang paling saya suka penulis bijak dan berjaya menarik minat saya untuk teruskan bacaan dan saya suka dengan kejutan-kejutan yang penulis sajikan dalam #Athena. Jalan ceritanya padat dengan aksi dan pertarungan. Rasa ingin tahu apa yang terjadi dibab seterusnya membuak-buak dalam hati. Kiranya berbaloi saya luangkan masa semata-mata nak habiskan bacaan. 'Sedap' dan kena dengan jiwa saya novel ni..
#Athena mengisahkan Nadya, seorang anggota tentera berpangkat Leftenan, anak gadis kesayangan Dr Zewail berasa sedikit keliru dengan identitinya. Dr Zewail terlalu melindunginya seolah-olah ada yang dirahsiakan selama ini. Hasrat Nadya yang ingin menyertai Unit Gerak Khas pun mendapat tentangan hebat dari ayahnya. Tapi dia berkeras untuk turut serta ke kem itu dan disana dia bertemu dengan Lael, Hanz dan Ares. Ares nampak ketara sepertinya sangat mendendami Nadya. Lagi aneh Ares menggelarkannya sebagai Athena. Siapa Athena..? Disebabkan nama ini dia kini dimusuhi oleh 3 lelaki itu. Ini benar-benar mengelirukan Nadya. Timbul keinginan dihati untuk merungkai misteri disebalik nama yang membawa malang bagi dirinya. Bagi Ares, ada hutang lama yang belum dilangsaikan dengan Athena. Soalnya sekarang, benarkah Nadya dan Athena adalah orang yang sama..??
Dan pada saat Nadya didatangi 'bayangan' Athena, terungkai segala apa yang membelenggu hidupnya selama ini. Satu kenyataan pahit yang harus dia terima. Bermulalah misi yang perlu 'mereka' selesaikan. Dalangnya harus dihapuskan. Dulunya 3 lelaki yang sangat memusuhinya kini berpadu tenaga menjejaki dalang yang sebenarnya.
Frankly, buku mcm ni mmg tak masuk list, bukan fav genre..TAPI, once baca..x boleh stop 😄😄😄. Makanya..NEver judge a book by its physical look or genre..😂 Ares yg benci kpd Nad. Nad yg menerima Athena sbg Sebahagian dr dirinya kerana kemalangan...mula2 benci tp akhirnya sayang..Jalan cerita yg penuh aksi dan konspirasi..lelah baca tp at the same time excited😅😅. Thank you que sera sera for this one..
sangat best,tak rugi beli buku nie..dari bab pertama sampai ending mmg sangat2 amazing..macam baca novel english..terbaik.teruskan berkarya puan penulis..sangat recomended..10 bintang dr saya...
ni cerita ala-ala fantasi which is memang forte penulis la. .
cumanya, better kalau baca novel Aye Aye Tuan Presiden dulu, so, barulah best baca Athena ni. .
ceritanya tentang Nadya yang pernah mengalami kemalangan beberapa tahun lepas. Selepas dia sembuh, dia menyertai satu pasukan khas. Masa training lagi, dia selalu kena sepak terajang oleh geng Lael, Hanz dan Ares. Sebabnya, mereka bertiga tu menganggap Nadya ialah Athena. .
Tapi akhirnya mereka semua bersatu. Dan Nadya ditempatkan dalam satu misi lain, untuk melindungi Tuan Presiden. More detail parts dalam novel Aye Aye Tuan Presiden tu. .
Aku rasa tak puas baca sebab kejap je part bahagia Nadya dan Ares. Lepas tu, Ares ada misi lain. Nadya pulak mula 'berubah' selepas menerima bungkusan. .
Tentang si Nadya yang dibelasah ketika di kem latihan pasukan khas kerana digelar 'athena'. Siapa Athena? Betul ke dia Athena? Daripada situlah kejadian seterusnya menyusul. Banyak kejutan (penat nak terkejut tapi seronok). Enemy to lover trope 👍🏻