Bila hati termakan hasutan syaitan, yang tidak berdosa menjadi mangsa...
Inspektor Ryan diarahkan untuk mengendalikan kes kematian beberapa orang pelajar sebuah kolej yang dipercayai berpunca daripada santau lintah. Hasil siasatannya menemui jalan buntu. Kematian dalam kalangan pelajar kolej itu tidak melibatkan motif dendam atau sakit hati. Mangsa utama terdiri daripada sekumpulan pelajar yang sememangnya saling mengenali dan mempunyai ikatan persahabatan.
Zarin, Sephia, Zila dan Kamelia. Mereka semua antara kumpulan pelajar yang masih hidup. Antara mereka, Ryan mengesyaki seseorang sebagai suspek utama. Siapakah sebenarnya si pelaku yang melakukan kerja terkutuk itu? Adakah pelaku yang menggunakan ilmu santau lintah itu adalah dalam kalangan mereka yang berada dalam kolej itu?
“Manusia yang suka sangat buat benda-benda khurafat ni orang yang cetek iman. Orang yang berhati busuk, dendam dan benci ni mudah terkena virus jangkitan syaitan.” ~ Ryan
“Baik kau orang cari pelindung sebelum ‘benda’ ni terkena pada kau orang.” ~ Zarin
“Kau tak payah bimbangkan akulah. Baik kau risaukan diri kau sendiri dan keluarga kau. Aku takut ibu kau pulak kena baham dengan lintah.” ~ SEPHIA
Kejadian melibatkan kematian pelajar di sebuah kolej yang disebabkan oleh lintah, menggemparkan kolej tersebut. Inspektor Rya, yang ditugaskan menyiasat perkara tersebut mula menyiasat sekumpulan pelajar - Zarin, Sephia, Zila, Syahrul dan Yazid yang menjadi suspek utama. Namun, semakin banyak korban lintah tersebut dan penyiasatan menemui jalan buntu. Inspektor Ryan terpaksa meminta bantuan Pak Ngah Brahim, yang dikatakan boleh merawat santau lintah. Dan, pencariannya membawa kepada dukun lintah tersebut. Namun, siapakah yang mewarisi ilmu tersebut?
Geli betul membayangkan lintah di mana2 dalam buku ni! Seksaan yang dihadapi setiap mangsa juga amat mengerikan dan tak terbayangkan. Sungguh hitam hati pelaku tersebut.
Berbanding Qarin, saya kira ada peningkatan dalam olahan penulis kali ini, lebih teratur dan kemas garapannya. Kekejaman yang lebih dirasai dan penuh dengan permainan syaitan. Walaupun ada sedikit sebanyak perkara yang tidak dihuraikan sepenuhnya setelah mengetahui siapa yang menghantar santau lintah itu, namun masih boleh diterima dan diagak. Memang tak dijangka betul siapa punya kerja!
Cuma, dipertengahan agak meleret dan seperti melengah2kan masa untuk memanjangkan cerita. Walaupun ada juga mangsa yang terkorban, seperti tidak penting untuk dimasukkan.
Dari mula baca Sha memang tak syak langsung pelakunya ada di depan mata.. Garapan yang mantap dari penulis.. Bila dah nak tamat barulah terbongkar siapa pelakunya.. Memang sungguh mengejutkan dan tak tersangka langsung.. Semuanya kerana terlalu taksub dengan ilmu hitam sampai yang tak bersalah menjadi mangsa.. Syaitan dan iblis sentiasa berusaha menyesatkan manusia.. #lintah #illyaabdullah #bukuprima #novelseram #horrornovel
Jalan cerita best tapi yang tak best lenggok penulisan yang perlu diperbaiki. Jujur saya katakan cara penulisan yang baik adalah umpan utama untuk menarik pembaca. Good luck kepada penulisa. Anggap komen saya sebagai kritikan membina.
Well,dr Qarin ke Mannequin ke Lintah memang x menghampakan. Jalan cerita terbaik. Mula2 kita x tahu siapa dalang dia tp bila bc hint2 dlm novel tu br kita boleh agak siapa dalangnya. Saya suka tau novel mcm ni,yg ada teka teki ni,buat kita berfikir dan x sabar nak habiskan. ⭐⭐⭐⭐⭐
Lintah membawa pembaca menyelusuri dunia gelap amalan santau yang diamalkan demi kepuasan hati dan dendam peribadi. Watak utama dalam cerita ini bukan sahaja terjerumus ke kancah ilmu hitam, malah menjadi hamba kepada perjanjian dengan syaitan — satu ikatan yang membuatkan dirinya ketagih dan semakin jauh daripada kebenaran.
Penulisan Ilya Abdullah bijak mengaburi pembaca dengan susunan plot yang penuh teka-teki. Kita akan terus berfikir dan meneka siapakah dalang sebenar di sebalik kejadian-kejadian ngeri yang berlaku. Unsur thriller dan gore sangat kuat — terutama sekali bila lintah-lintah yang dihantar keluar dari mulut mangsa. Bahagian ini memang menjijikkan dan menyedihkan dalam masa yang sama. Geli pun ada! 😬
Namun, ada satu babak yang kurang meninggalkan impak — iaitu ketika di balai polis, saat Uncle T tiba-tiba rasa sesuatu yang pelik. Bahagian ini terasa tergesa-gesa dan seperti terlalu cepat dibawa ke klimaks. Saya secara peribadi mengharapkan elemen kejutan disusun lebih kemas. Misalnya, pendedahan rahsia di depan Sephia sepatutnya menjadi kemuncak sebelum pembaca dibawa kepada babak-babak akhir. Maksudnya diumumkan kejutan Sephia dulu baru timbul part kecurigaan Uncle T.Penat aku cuba tidak buka mulut🤣..baca sendiri everyone..
Pengakhiran cerita memperlihatkan satu mesej penting: bahawa manusia diberikan pilihan untuk kembali kepada Tuhan, namun ego dan keangkuhan sering menghalang. Semua watak penghantar santau digambarkan tidak mahu bertaubat. Ini menggambarkan bagaimana manusia sendiri memilih untuk disesatkan. Syaitan tidak pernah berhenti mencari mangsa — dan akan terus menggoda hingga ke akhir zaman.
Secara keseluruhan, Lintah bukanlah cerita seram yang "menakutkan" dalam erti kata biasa, tetapi lebih kepada psikologi, gangguan jiwa dan kekejian akibat perjanjian dengan makhluk terkutuk. Untuk pembaca yang biasanya penakut — ya, anda boleh cuba baca buku ini. Jalan cerita masih menarik, walaupun pengakhiran mungkin boleh diperkemas lagi.
This entire review has been hidden because of spoilers.
"manusia yang suka sangat buat benda2 khurafat ni orang yang cetek iman. orang yang berhati busuk, penuh dengan dendam dan benci ni mudah terkena virus jangkitan syaitan"-RYAN
"baik kau cari pelindung sebelum 'benda'ni terkena pada kau orang"-ZARIN
"kau tak payah bimbangkan akulah. baik kau risaukan diri kau sendiri dan keluarga kau. Aku takut ibu kau pulak kena baham dengan lintah."-SEPHIA
LINTAH mengisahkan tentang bahana sihir lintah yang dihantar kepada mangsanya, jalan cerita yang mengisahkan inspektor Ryan yang menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan kes kematian demi kematian yang terjadi di sebuah kolej, buntu dalam mencari jawapan siapa perlakunya,
bagi saya novel ni jalan cerita dia menarik cuma untuk bahagian penulisan agak kurang, sebagai pembaca kita tidak akan dapat menakap siapa pelaku walaupun klu ada diberikan dalam jalan cerita sehingga hujung cerita baru kita sebagai pembaca mengetahui siapa pelakunya. apapun tahniah penulis 4 star untuk anda.
WEYH HAHAHAH BERDEBAR GILA MEL BILA BACA NOVEL NI 😖
Kisah ini mengisahkan sekumpulan pelajar kolej yang terpaksa berdepan dengan gangguan santau yang melibatkan lintah. Santau ni bukan biasa ii tau, sebab ramai yg dah jadi korban seorang demi seorang. Segalanya bermula apabila Hani, sepupu kepada MC (Sephia) menjadi mangsa korban pertama apabila dia terberanakkan lintah... BRO WHAT 😭
Overall, memang horror, gore & suspence element dia memang menjadi. Siapa sangka, orang yang paling rapat dengan kita boleh jadi 'impostor' paling berbahaya. Tu belum lagi plot twist yang memang unpredictable sampaikan Mel sendiri susah nak teka siapa pembunuh sebenarnya. Kejap Zarin, kejap Sephia, kejap Yazid dll.
Kalau korang nak tahu, try la baca novel ni. But pastikan korang cukup kental untuk baca buku ni ✨
This entire review has been hidden because of spoilers.
(12/1/2025)✓ Buku ini menceritakan tentang ilmu yang dipelajari oleh seseorang itu perlulah berdasarkan landasan yang betul. Jika tidak ilmu yang salah itu akan memakan diri seseorang dari ilmu yang dipelajarinya. Kita tidak boleh terlalu taksub dalam mempelajari sesuatu dan perlu mengenal pasti samada ilmu tersebut memberi manfaat atau keburukan kepada kita.