Jump to ratings and reviews
Rate this book

Calon Isteri Alexander Zulkarnaeen

Rate this book
Alexander Zulkarnaeen, punya dua watak berbeza di kampung, juga di bandar. Dia memiliki segalanya berkat usaha gigih dan titik peluh sendiri namun hidupnya terpinggir apabila pulang ke kampung. Namanya tiada di hati abang-abang yang lain dek kerana kisah hitam yang pernah dilakukannya ketika waktu remaja dahulu. Sindiran dan cemuhan memang makanannya sejak detik hitam itu berlaku. Lalu pada mereka semua, dia hanya menampilkan diri sebagai anak muda biasa yang tidak punya apa untuk dibanggakan.

Namun, hatinya juga diketuk cinta! Cinta yang hadir tak disangka-sangka. Semuanya gara-gara janji pada sang ibu yang perlu ditepati. Janji mahu membawa menantunya menjelang 31 Disember. Dek kerana tidak pernah bercinta, diaturnya jadual pertemuan jodoh selama sebulan semata-mata kerana mahu mencari calon isteri buat diri sendiri. Dan di antara mereka semua, dia bertekad memilih empunya nama Intan Nawrah. Bagaimana denyutan cinta di antara mereka berdua bermula? Dapatkah Intan Nawrah mengisi kekosongan hati Alexander Zulkarnaeen, juga menambat hati anggota keluarga mertua yang lain?

464 pages, Paperback

First published February 1, 2018

23 people want to read

About the author

Mastura Abdullah

7 books13 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (21%)
4 stars
14 (42%)
3 stars
8 (24%)
2 stars
2 (6%)
1 star
2 (6%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Julia Basri.
Author 7 books8 followers
March 1, 2018
HIGHLY RECOMMEND...

Kerja yang dicari, jodoh pula yang dapat. Gara-gara tersilap langkah, Intan Nawrah terjebak. Interview kerja sudah bertukar jadi interview mencari jodoh. Jenuh Intan Nawrah menepis, mengelak namun tekadnya hajat di hati Alexander Zulkarnaeen untuk menyunting si dara. Akhirnya tercapai juga hajat hati si teruna. Saya suka dengan kesungguhan Alexander dalam menawan hati Intan Nawrah. Sanggup jadi penunggu kat kedai nasi lemak strawberi tempat Intan Nawrah bekerja. Mahu tak bergetar tulang rusuk dibuatnya....

Olahan penulis tak payah disangkal lagilah. Ayat teratur dan mudah dihadam. Plot yang menarik dan jalan cerita yang smooth je. Rugilah kalau sesiapa tak dapatkan novel ni. Memang berbaloi untuk dibaca. Saya bagi 5 bintang...
Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
March 5, 2025
Calon Isteri Alexander Zulkarnaeen | Mastura Abdullah

First of all, nama kemain glamor kau bang. Tapi panggil Zul je. Hahhshhaha aduh.

Awal rasa macam Alex ni (please I hate nama Zul) so saya panggil encik Alex je lah okay. Alex ni mendesak tapi cara halus. Tak annoying lah bagi saya. Lagi tak annoying kalau yang desak tu pakai Audi hehehe. Gigih ya naik Cameron untuk nasi lemak sambal petai.

Intan ni pula jenis lantak lah. Nak interview kerja ter interview jadi suri hati. Kurang faham macam mana family Alex ni. Abang dia tak matang betul. Mak dia pula macam nak memujuk tapi tak memujuk. Ah gitu. Macam tak bersungguh pun ada. Tapi takkan tak pelik anak balik kampung pakai superbike ye tak.

Comel lah lepas nikah panggil sayang. Hahahahah selalunya perempuan je jadi sayang ni lelaki pula. Sayang pula muka takda perasaan. Ye tak yang?

Mastura Abdullah dah masuk list penulis kegemaran saya. Cerita santai yang senang faham. Light reading. Comfort book.
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
June 7, 2018
Novel ni dah lama ditunggu, menunggu selama 3 tahun lebih untuk diterbitkan..kisah lelaki jutawan yg jatuh cinta dan akan berusaha untuk mendapatkan wanita yg disukai.. tapi lebih banyak konflik bagaimana lelaki tu mengharungi segala kesusahan, jatuh bangun syarikat, walaupun lelaki itu tidak mmpunyai kelulusan akademik yg tinggi..dan ketabahan seorang isteri yg sentiasa menyokong suaminya.💓💓💓

nk ckp sweet, lets jus say, its enough that we know cinta hero pada heroin tidak goyah walau badai gelora datang.. kepercayaan yg diberi sangat mmbuatkan pembaca yakin yg si hero bukan la seorang lelaki yg mudah percaya pada khabar2 angin tanpa bukti..

kak mastura, good job..!!🎇🎇🎇🎇
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
September 14, 2018
Alexander Zulkarnaeen adalah seorang yang berjaya dalam dunia perniagaan tetapi hidupnya penuh dengan kesunyian. Dia di hina dan dikeji oleh abang-abangnya sendiri kerana kesilapan masa muda. Lama dia bawa hati yang sedih. Ibunya memaksa supaya dia mencari calon isteri. Lalu di adakan sesi temuduga untuk cari calon isteri. Disana, hatinya terpaut dengan Intan Nawrah. Tetapi dia amat susah untuk didekati. Banyak syarat yang dikenakan. Tetapi walaupun mereka jauh, hati mula berbunga rasa kasih. Tarikh 31 Disember adalah tarikh untuk mereka disatukan. Namun mereka disatukan lebih awal kerana nyawa Nawrah terancam kerana dendam kepada Alexander. Bolehkah mereka mengecap bahagia? Bolehkah Nawrah jadi pengubat luka dihati dan isi kesunyian hidup Alexander? Siapakah yang berdendam dengan Alexander? Adakah hubungan Alexander dan keluarganya akan berubah dengan kehadiran Nawrah?
242 reviews11 followers
May 2, 2019
Best.. saya suja sikap majukan diri Alexander zulkarnain yg trs maju ke depan walau ramai yg ingin menjatuhkannya. Naurah yg tersilap interview trs diburu oleh Alexander zulkarnain. Ingat pi interview kerja, rupanya interview jodoh
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
July 20, 2025
Tajuk buku ni memang terasa cliche-nya tetapi I have hope towards this book.

Saya suka cara penulis gunakan nama penuh watak dalam cerita ini, memang digunakan mengikut perangai kepada setiap karakter buku. Kurangnya, saya tak berapa berkenan sangat bila penulis gunakan nama panggilan Alexander Zulkarnaeen sebagai Zul sahaja, sebab nama dia sedap kot haha. Kenapa panggil Zul sahaja?

And this book is living with the title. Macam mana Alexander Zulkarnaeen mencari calon isteri buat dirinya, sehingga dia bertemu dengan Intan Nawrah. Intan Nawrah, saya sukakan karakter dia yang digambarkan sebagai seorang yang tegas sekalian degil jika melibatkan hal diri, tetapi sebenarnya dia sangatlah soft hearted. The way her character switches before she gets married until she becomes Alexander Zulkarnaeen's wife is agreeable, like that is how you were supposed to be before you married someone, until you give your heart to your spouse.

Untuk Alexander Zulkarnaaen pula, dia seorang lelaki yang bercakap dan dia memang akan buat. Mula-mula tu pening betul dengan cara dia yang nampak 'memaksa' tetapi dia masih hormatkan Intan Nawrah. Paling suka bila dia setuju dengan permintaan Intan Nawrah yang mahu dia tidak berjumpa dengan Intan Nawrah secara bersemuka, sekadar berbalas surat. Man, I told you the way I'm screaming masa scenes balas surat ni, adui cair betul lah (❁´◡`❁)

Basically, buku ini memang bercerita tentang perjalanan hubungan suami isteri Intan Nawrah dan juga Alexander Zulkarnaeen. Ada juga rencah konflik yang berlaku dalam plot cerita, dan bercakap tentang konflik plot buku ini, saya rasa ia kurang ditonjolkan. Sampai saya rasa, the conflict ni macam tak puas untuk saya hadam. Kemunculan watak yang beri konflik dalam cerita antara Intan Nawrah dan Alexander Zulkarnaeen ni tidak dikembangkan dengan baik, sehingga akhirnya saya rasa macam tak perlu ada pun tidak mengapa.

Pengkahiran novel ini juga nampak sedikit rushing, peleraian konflik buku ini memang perlu ditambah baik. Saya perlu tahu apa jadi pada watak Melia pada akhirnya, kenapa mention nama watak ini kalau tiada kisahnya pada hujung cerita? Watak Muzakkir juga, peleraiannya begitu ringkas.

What I can say about this book: A fun read at first tapi draggy sikit dekat tengah, ending boleh cantikkan lagi.

⭐⭐⭐
Profile Image for Farahmummyopi.
26 reviews1 follower
March 7, 2025
Sebelum mula pembacaan, saya optimis hanya berdasarkan kulit buku. Mengapa? Pengalaman saya menunjukkan kulit buku berwarna satu tona seperti ini daripada penerbit semuanya best-best belaka. Sangkaan saya tepat. Saya 'enjoy' baca buku ni.


Sedikit sebanyak mengenai buku ini:

Alexander Zulkarnaeen yang sedang mencari calon isteri di atas desakan mamanya sendiri. Terdapat 40 orang calon tak silap saya yang disenaraikan oleh PA-nya Adam. Dalam pembacaan saya, mereka ini isi borang. Saya tak pastilah macam mana tapi mereka isi borang. Mereka di temuduga.
Alexander berminat dengan perempuan bertudung bernama Intan Nawrah yang berkira bahawa ini temuduga untuk kerja. Nawrah menolak 'proposal' Alexander yang berhasrat untuk menjadikannya isteri.

Bermulah kisah Alexander mengejar Nawrah sampai ke tempat tinggalnya. Nawrah tidak berminat. Tidak perputus asa, Alenxander mengutuskan sepucuk surat buat Nawrah di tempat kerja baharunya. Sedikit sebanyak, ketulusan hati Alenxander buat hati Nawrah gembira.

Ada pula perkara tidak senang berlaku apabila Nawrah menjadi 'target' seseorang insan. Mengapakah dia menjadi sasaran insan tersebut?



Dari hati saya:

Masa mula membaca saya ingat Alexander merupakan seorang lelaki 'redflag' sebab dia begitu tegas dan garang terhadap tiga orang pekerja peribadi di kediamannya. Saya kira mungkin ada babak tak baik terhadap bakal isterinya akan berlaku. Sangkaan saya meleset. Dia sehijau-hijaunya padang rumput yang luas.

Saya suka cara dia ambil hati Nawrah yang keras hati untuk menerima ajakannya untuk berkahwin. Kisah cinta mereka berdua sangat seronok untuk dibaca. Ada pula orang yang mengancam nyawa Nawrah. Alenxander melindungi Nawrah, tubuhnya digadaikan apabila bahunya ditembak. Kesian Nawrah.

Saya suka juga bila cerita ini bukan hanya mengisahkan kisah cinta semata-mata. Ada menunjukkan kemaafan antara adik-beradik. Kasih sayang ayah kepada anaknya. Kecekalan mengharungi detik empayar sendiri goyah angkara khianat daripada mereka yang cemburu.

Lebih menarik lagi saya dapat ilmu baru. Iskandar Zulkarnain. Saya macam selalu nampak nama ini jadi watak novel. Mungkin saya patut baca kisah insan ini.

Satu lagi. Saya tak puas hati dengan cerita Melia ni. Apa pengakhiran dia? Kalau dia meninggal dunia kan best, boleh juga saya bersedih walaupun dia tak baik dari segi tingkah lakunya. Hahah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
October 24, 2022
Novel ni membawa kisah yang simple dan tanpa konflik yang berat. Alexander Zulkarnaeen, namanya gah tapi dia sendirian di kota. Desakan maknya untuk berkahwin sebelum hujung tahun memaksa Zul mengadakan temu janji untuk mencari bakal isteri. Macam-macam yang Zul lakukan untuk mengaburi statusnya sebagai pemilik Alexander Zulkrnaeen Properties supaya kaki-kaki kikis dapat ditapis.

Kemunculan Intan Nawrah yang formal serupa nak interview kerja bersama tiga orang calon lain membuatkan Zul ingat padanya. Pertemuan kedua di sebuah kedai makan nasi lemak strawberi di Cameron Highland membuatkan Zul nekad untuk menjadikan Nawrah isterinya. Dan bermulalah permainan untuk mendapatkan hati Nawrah.

Macam yang aku kata, cerita ni simple je dan konflik pun tak berat. Baik yang krisis keluarga baik yang nak menjatuhkan Zul. Untuk bacaan santai memang sangat sesuai. Dapat pulak part yang Zul tengah mengusyar Nawrah dekat pondok tunggu bas sambil Nawrah baca surat Zul tu, haih comel sungguh wei. Walaupun Zul ni a bit forcing and tak menyempat nak kahwin, dia juga tahu untuk hormat keputusan Nawrah untuk tak terima dia. Yelah, kenal tak apa tak tiba-tiba nak setuju jadi bini orang, tak ke gila namanya? So, watch how Nawrah slowly jatuh cinta dengan Zul.

Writing style penulis agak tak berapa kena dengan taste aku so agak lambat juga la aku nak habiskan novel ni. But that's on me so. Anyway, aku suka tengok cover novel ni. Comel je, simple and nice. Pastu warna hijau dia pun rasa soothing je.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
October 8, 2024
Simple story line. Mengisahkan Alexander Zulkarnaeen yang buat temuduga cari jodoh. Pesan Hajah Normah, mak Zul jikalau Zul tak bawa balik calon menantu, maknya tak kasi Zul balik kampung.
Lima orang wanita yang keluar dengannya semua tak lulus piawaian Zul. Bagaimanapun, Intan Nawrah yang datang untuk mohon kerja di syarikat Zul menarik perhatiannya. Nawrah salah isi borang sebenarnya tanpa dibaca dengan teliti oleh Nawrah.
Tema kekeluargaan terserlah pada jalinan keluarga Intan Nawrah. Keluarga Alexander Zulkarnaeen kurang paparan jalinan kemesraannya meskipun abang-abang Zul dah mula sedar akan kebaikan Zul.
Keseluruhan jalan cerita dan isi cerita sangat menarik cuma sedikit hambar, kurang jiwa. Ada beberapa bab meleret-leret dan kisahnya ada yang berulang-ulang agak membosankan. Penceritaannya pun agak slow. Pada saya macam kurang perencah dan perisa.
Tapi saya puji plot yang berkembang dengan watak jahat Engku Muzakkir yang dengki dengan Zul. Ada gengster Lipan dan Roy, orang suruhan Engku Muzakkir.
Jika garapan dan olahan penulis dimantapkan lagi, cerita ini dapat menusuk ke kalbu kerana isinya yang padat.
Profile Image for dalillah.
30 reviews
May 14, 2025
Semuanya bermula apabila Intan Nawrah hadir ke "temuduga" di Alenxader Zulkarnaeen Properties. Silapnya juga yang tidak teliti dengan betul temuduga untuk apa, akhirnya menjerat diri dalam misi mencari calon isteri Alexander Zulkarnaeen. Puas Intan Nawrah menolak, Alexander Zulkarnaeen tetap mengejar biarpun bersyarat.

Walaupun si Zul ni agak kaku dalam menunjukkan perasaannya terhadap Intan, tetapi dia berjaya melenturkan kedegilan Intan untuk menerimanya tanpa sebarang paksaan. Malah pernikahan mereka diawalkan oleh sebab beberapa peristiwa yang berlaku yang menyebabkan Zul risau akan keselamatan Intan. Melalui peristiwa yang terjadi itu jugalah kekuatan mereka sebagai suami isteri diuji. Kesetiaan Intan terhadap Zul, dan kepercayaan Zul terhadap Intan.

Saya suka jalan cerita dia yang tak berat. Konflik yang berlaku juga agak ringan untuk dihadam, jadi tak stress bila baca Cumanya konflik yang dihadapi Zul dan Intan ni macam tiada kesudahan, tapi saya puas hati dengan pengakhiran cerita Zul dan Intan. Untuk bacaan ringan dan santai, kalian boleh cuba baca cerita ni, sambil makan nasi lemak strawberry mungkin 😆
Profile Image for Huda Halim.
35 reviews1 follower
March 12, 2025
Buku ni best , ya best dengan jalan cerita dia bagi saya tidak lah terlalu complicated dengan masalah yang dihadapi oleh watak utama 👍🏻.

Bila start baca buku ni dan cuba related dengan tajuk, ingatkan nak cerita tentang perjalanan Zul mencari suri hatinya. Imagine about 29 wanita isi borang pencarian jodoh Alexander Zulkrnaeen 😂.

Suka about this novel, mengenai watak Intan Nawrah. Suri hari AZ yang tampak lemah lembut , a bit manja tetapi ada hati dan semangat yang kuat complement dengan personaliti AZ. Dannn author banyak selitkan notes2 mengenai kebergantung kita as muslim kepada Allah Yang Maha Berkuasa melalui watak Intan Nawrah ni.

With two main incident/problem (dengkinya Engku Muzzakir & AZ's brother love-hate relationship; yang di bawa oleh author dalam novel ni, slowly buat cerita ni berkembang dengan baik. Kudos author 💞
10 reviews1 follower
March 14, 2018
Best x mengecewakan. Seorang yang nakal bersekolah di sekolah tunas bakti akhirnya berjaya dalam membina kerjaya di bandar.
Profile Image for Hyd Apj.
13 reviews
May 19, 2019
Good start, but lost its steam towards the middle. A very simple plot line without much conflict and conflict resolution.
Profile Image for Ryuukaysa.
37 reviews
February 5, 2024
Cerita ni comel😭pastu effort Alexander sumpah dahsyat, mana nk jumpa laki ginii
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.