Jump to ratings and reviews
Rate this book

Separuh Takdirku Ada Kamu

Rate this book
DEEBA DALILA. Kawan-kawan memanggilnya D. Seperti namanya, hidupnya juga ringkas, landai dan harmoni. Walaupun kadang-kadang bosan bila mempunyai boyfriend yang taasubkan perempuan cantik. Ergh.

Sampailah suatu masa, satu insiden berlaku dan semuanya berubah. Bila Dalila tersedar, dia berada dalam waktu lima tahun ke depan. Glup! Semuanya terasa begitu asing apatah lagi bila mengetahui dia sudah mempunyai suami dan seorang anak kurang upaya.

“There are always first time in everything. Termasuklah… Jatuh cinta. Abang akan buat Lila jatuh cinta semula pada abang. Sampai Lila tak reti hidup tanpa abang. Itu janji abang.” – FAYYAD SYAKIR

Bukan itu sahaja, rumah tangganya ini siap dilengkapi dengan pakej watak antagonis. Dan watak itu dipegang oleh Hajah Mariani, ibu mentuanya.

“Kau tahu tak? Dari dulu lagi aku memang tak suka kau jadi menantu aku. Sebab aku tak redalah, kau lahirkan anak cacat macam Faqih tu!” – HAJAH MARIANI

“Eh, mulut hajah ni kan macam mulut pengerusi persatuan mak cik-mak cik bawang, kan? Walaupun Faqih mungkin tak sempurna, tapi saya tetap berbangga jadi ibu dia.” – DEEBA DALILA

Walaupun dicerca dek mentua, si suami tak pernah berganjak dari sisi. Pelbagai perkara mereka lalui bersama. Sampai jiwa yang kering tanpa cinta, melimpah-ruah dengan kasih sayang. Namun saat hatinya sudah benar-benar cinta, takdir sekali lagi menguji mereka. Dalila tersedar dan menyedari bahawa segala yang berlaku hanya satu mimpi! Sehinggalah suatu hari, takdir benar-benar menemukan mereka semula.

“Abang… Akhirnya Lila jumpa abang.” – DEEBA DALILA

“Sorry, cik salah orang kut. Saya tak kenal pun cik.” – FAYYAD SYAKIR

“Ni Lila… Masa depan abang. Lila ni separuh takdir abang.” – DEEBA DALILA

“Cik ni tukang tilik ke? Tak baik, cik. Dosa tu. Jatuh syirik!” – FAYYAD SYAKIR

Mampukah Dalila meyakinkan Fayyad bahawa mereka memang ditakdirkan untuk bersama sekali gus menepis kebencian Hajah Mariani? Sebuah takdir ada ceritanya sendiri dan setiap pilihan ada kesannya. Jika cerita cinta mereka hanya satu mimpi, mampukah Dalila menjadikannya satu realiti?

612 pages, Paperback

First published February 1, 2018

5 people are currently reading
165 people want to read

About the author

Ezza Mysara

25 books273 followers
Menulis itu umpama meneroka kemungkinan dalam dunia yang berbeza. Yang boleh menarik orang lain ke dalam emosi. Berenang dalam dunia yang penuh kemungkinan. Dunia yang mungkin orang akan suka atau mungkin dunia yang langsung orang tak nak masuk.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
84 (55%)
4 stars
45 (29%)
3 stars
16 (10%)
2 stars
2 (1%)
1 star
4 (2%)
Displaying 1 - 30 of 34 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,019 reviews376 followers
July 12, 2018
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM

Sangka N cerita ni cerita yang complicated kerana watak utamanya yang seolah-olah merentasi masa. But luckily it wasn't.

Yes, it does involve some time shifting between the present and the future (or is the future is actually the present and what we thought as the present is actually the past?)


Don't worry, tak complicated pun sebenarnya.

It's actually about takdir. Apa yang telah ditentukan, pasti akan terjadi dan sebagai manusia, there is only so much that you can do.

N suka Fayyad. But I hate Fayyad versi awal perkenalannya dengan Lila. Agak kerek.

I like the character development untuk Lila. Initially the transformation of Lila versi lima tahun akan datang agak puzzling. Jauh gila berubah! But bila Lila kembali semula pada masa kini, it makes sense. And as readers, you begin to understand how and why everything came to be.

Hajah Mariani...it is so easy to hate her. I hated her. I hate Afifah as well, tapi ayat terakhir Fifa buat ibu mertuanya memang sangat kena setepek. Kalau mata duitan, kasih sayang pun boleh dibeli sampai lupa mana satu anak kandung yang patut dibela.

Permulaan cerita agak dull to be honest, but the story really picks up apabila Lila bangun di 'masa hadapan.' From there onwards, it's one roller coaster after another.

I cried some tears and that is a true story.

Highly recommended!
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
March 21, 2018
3.5*
Tak banyak yg saya boleh katakan pasal novel ni cuma banyaknya dugaan yg harus di harungi Fayyad dan Dalila untuk bahagia. Dia mmg seorang kawan, suami, bapa dan anak yg baik. Whatever he did to Afia mmg saya tak setujulah whatever his reasons. (Tiada Arah Jodoh Kita).

Jika kita kaitkan ia dgn ibu Fayyad, mmg dari TAJK saya amat tak berkenan. Apa yg Afifah kata tentang Hajah Mariani mmg spot on hingga ia memberi kesedaran pada dirinya sendiri. Ada kejutan dalam novel ni tentang diri Afifah sendiri. 😉
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
September 11, 2020
penulis cilik Ezza Mysara, setakat yang akak hadam karya beliau, tak pernah sekali mengecewakan. plot cerita dirancang dengan baik. satu, satu kejadian yang ada sepanjang cerita tersusun kemas dan cantik. ayat-ayat memang semedang puitis dan sangat sedap dibaca. terlalu banyak kata-kata hikmah yang dijaja sepanjang cerita. dik, akalmu adakah beralas sutera yang lembut licin tanpa ada kedutan sepanjang penulisan?

deeba dalila. watak ini dibawa dalam dua versi, dalam dua situasi, dalam dua dimensi masa. lalu menutup cela kini dan kini yang mengimbau kesal lalu. awal kisah sewaktu d di zaman belajar. menarik. tapi bila dia dituduh mencuri, dia lari. dan bila sedar dari kemalangan yang menimpa selepas dia lari, dia berada pada lima tahun ke hadapan.

lucunya, fayyad yang menangkap dia mencuri adalah suaminya. punya anak yang cacat fizikal bernama faqih. ada mak mentua yang membenci dirinya. awalnya dia memberontak tapi lama kelamaan, dengan segala nasihat dan pujukan fayyad buat d atau nama panggilan lainnya, lila, akur. dia perlu menerima seadanya apa yang berlaku depan mata.

tak semudah itu hidupnya. gangguan mak mentua dan biras yang amat membencinya. dan bila dia tahu dia pernah menghidap kleptomania, buat dia rasa sangat bersalah dan rendah diri.

tak habis setakat itu. bila lila kemalangan bersama anaknya faqih, dia kembali ke zaman lima tahun ke belakang semula. situasi selepas dia kemalangan. situasi dia mulakan operasi memikat fayyad. dan paling haru situasi yang perlu dia hadap bila kawan-kawannya tahu dia adalah pencuri.

aduhai.

betapa sukarnya deeba dalila ini. dia tahu apa yang akan berlaku pada keluarganya buat jiwanya bertambah resah. tapi operasi memikat fayyad tetap terus. cuma yang bagus bila sifat dan penampilannya mula berubah.

panjang lagi kisah. serabut yang belum terurai. dalila makin dihujani dugaan. fayyad, wataknya taklah sempurna mana tapi tetap menjadi lelaki yang sangat baik untuk dalila.

watak afifah dan jannah. dua watak ini antara penggerak utama cerita. tak sangka bila tahu kenapa afifah sangat membenci dan jannah sangat mengasihani.

adakala yang buruk itu mampu cetuskan segala kebaikan. adakala kebaikan mengaburi segala keburukan.

doa tetap senjata utama. tapi sebelum itu, usaha tetap perlu. tabah senjata utama. buang riak, buang bangga, buang tamak.

kasih manusia tetap perlu redha dari Yang Maha Esa.

kasih Yang Maha Esa tetap melimpah untuk semua umatnya.

kasihi
hargai

cukup itu buat segala ada dalam dunia ini bahagia.
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
June 1, 2021
Novel ini merupakan spin-off kpd novel Tiada Arah Jodoh Kita. Pd aku, karya-karya penulis mmg tak pernah mengecewakan. Kalau dulu dalam TAJK aku geram dgn watak Fayyad tp dalam novel ni baru boleh faham knp dulu Fayyad bertindak macam itu, melepaskan Afia. Nasihat aku, kalau baca novel ni jgn sesekali skip ya. Kalau skip, nanti akan tertinggal part yg penting dan buat jadi pening. Knp aku kata macam tu? Sbb dalam novel ni melibatkan dua dimensi masa iaitu sblm Lila dan Fayyad berkenalan dan selepas 5 thn perkahwinan dorang.

Watak Dalila pd mulanya buat aku rasa marah, tp bila lama-lama menghayati kisah dia dan mula faham apa yg terjadi, rasa sangat kasihan. Bukan mudah tau bila tersedar dari koma, dapat tau yg kau dah kahwin, ada anak yg kurang upaya pulak. Sedangkan apa yg kau ingat adalah pd umur kau 22 thn, yg masih student di ipta. Lepas tu kena hadap mak mertua dan biras yg sangat membenci kau. Itulah apa yg di alami oleh Lila. Tp nasib baik ada seorg suami yg sgt baik dan penyayang spt Fayyad. Yg penting suami tu amat mempercayai Lila. Bila penceritaan masuk waktu mula-mula Lila & Fayyad berkenalan, geram aku dgn Fayyad ni. Kesian Lila habis-habisan cuba ambil hati Fayyad. Kerek plak Fayyad waktu tu.

Part family Lila tu mmg sgt terkesan. Sedih sampai nangis-nangis bila baca. Sangat touching. Tp nasib baik waktu itu ada Fayyad, kekuatan utk Lila tabah mengharungi segalanya. Overall, karya ni best. Recommended.
Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
March 14, 2018
Amaran:
Kalau anda seperti saya suka membaca secara langkau-langkau, buku ni tak di rekomen untuk anda :)
Pendek kata, kena baca dari muka surat 1 ke muka surat akhir untuk faham keseluruhan cerita.
Well, smart writer :)
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,319 reviews67 followers
April 15, 2020
[BOOK 22]

Separuh Takdirku Ada Kamu by Ezza Mysara.
.

Best giler! I'm glad to read this book at the right time. Sebelum ni, setiap kali nak baca buku ni, aku akan terfikir yang, kalau baca tak kena masa, mesti aku takleh nak appreciate this book.
.

Serius, novel EM memang tak pernah menghampakan. Setiap kali baca buku EM, aku akan terfikir, manalah dia cari atau dapat idea untuk segala kata hikmah yang dia tulis dalam buku. Serius hebat. I'm impressed.
.

Buku ni ala- ala sambungan untuk novel Tiada Arah Jodoh Kita. Novel TAJK tu pun aku nangis, yang ni lagilah murah air mata aku. Nangis sampai basah baju. Sanggup tak tidur malam semata-mata nak habiskan novel ni. Esoknya, bangun dengan mata bengkak.
.

Ni kisah tentang Dalila dan Fayyad. Bangun je dari koma, Dalila rupanya dah kahwin. Dah ada anak OKU. Dah 5 tahun berlalu. Tapi Dalila langsung tak ingat apa-apa.
.

Aku kagum dengan kesabaran Fayyad. Sabarnya menangani karenah Dalila yang jauh berbeza dengan isteri yang dulu dinikahinya. Dalila yang dulu, sangatlah solehah. Yang sekarang, jenuh nak bertekak je.
.

Sepanjang pembacaan, kita akan curious apa sebenarnya yang dah jadi sepanjang 5 tahun tu. Dan kenapa Fayyad cakap yang Dalila yang dulu terhegeh-hegeh nak pikat Fayyad. Dan macam mana keluarga Dalila meninggal dunia?
.

Bila Dalila dah mula terima Fayyad, dia tetiba 'kembali' ke 5 tahun lepas. Zaman di mana, Dalila masih single, masih bermanja dengan keluarganya, zaman yang tiada Fayyad. Tapi Dalila rindu Fayyad. Mana dia nak cari Fayyad?
.

Bila dia dah jumpa Fayyad, dia mula mengejar Fayyad. Sekarang, baru aku faham kenapa Fayyad cakap yang Dalila yang terlebih dahulu gilakan Fayyad.
.

Buku ni bermain dengan time frame. hahah..kalau aku baca buku Prolog Media, aku akan cakap ni time travel (macam buku Aku, Dia & Pinky Promise). tapi ni boleh jadi buku yang wataknya amnesia. Apa-apa pun, ceritanya senang difahami, asalkan jangan baca selak-selak je.
.

Aku suka the development of characters of Fayyad dan Dalila ni. Love this couple la. Aku suka pendekatan Fayyad yang berhikmah. Mana nak cari seketul Fayyad untuk aku ni?
.

Buku ni banyak yang manis, tapi banyak juga yang sedih. Part family Dalila meninggal, part Dalila yang berubah, part dorang yang kena mengalah, part dorang kembali kuat. Banyak la. Boleh dikatakan dari awal sampai akhir, EM 'basahkan' hati aku dengan kata-kata hikmahnya.
.

Best. Highly recommended!
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
May 1, 2018
Lanjutan kisah ttg watak Fayyad Syakir dalam naskah Tiada Arah Jodoh Kita.

Jujurnya, saya rasa kalau boleh kisah ini jangan ada penamatnya sbb bg saya penulis ini mmg bijak menulis metafora2, tazkirah2 & kiasan2 yg indah & mudah dicerap.

Plot2 yg fast forward & rewind, ala2 back to the future ni, sesuatu yg agak interesting. Penulis created curiosities di suatu garis masa tetapi jawapannya ada di garis masa yg lain. Makanya, jgn baca lompat kijang kerana dikhuatiri mendatangkan ke"confuse"an. 😂

"Sesetengah perempuan hanya boleh dibaca lewat tangisannya. Sesetengahnya pula hanya boleh dibaca lewat senyumannya."

Dalila seakan melihat arah jodohnya ketika berada dlm keadaan koma. Apabila dia sedar, sekonyong2nya dia menjadi perigi mencari timba demi jodoh yg didambakannya. Namun setiap sesuatu yg berlaku adalah dengan kehendak Yg Maha Esa dan tiadalah daya manusia untuk mengubah perjalanan takdir yg telah tertulis.

"Ubat untuk patah hati adalah dengan jatuh hati semula..."

Seorang Fayyad Syakir pernah terfikir cinta pertama akan diingati buat selamanya lantaran sukarnya dia melupakan Afiya. Namun dia tak menyangka akan hadir cinta yg kedua. Di saat dia asyik cuba menepis kehadiran Dalila, tanpa disedari dia telah jatuh suka. Takdir membawa mereka lebih dekat & takdir juga menyatukan mereka berdua.


Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
March 9, 2018
Terbaik!

Tak sangka penulis akan kembangkan watak Fayyad daripada Tiada Arah Jodoh Kita dan dijadikan satu cerita yang baru. Penulis bijak menganyam storyline novel ini menjadikan cerita ini sedikit kelainan yang menyegarkan.

Namun, situasi bergula dalam novel ni mungkin boleh dikurangkan sedikit selepas ni. Sebab tak berapa suka. Untuk upcoming novel, good luck!
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
March 26, 2018
SEPARUH TAKDIRKU ADA KAMU
by Ezzy Mysara
~sempat la abiskan mase tunggu plumber smp.. katenye kul 2 pulak.. xde memang cancel je la.. huhu

Deeba Dalila, terlibat dalam satu kemalangan dan apabila sedar, dirinya sudah berkahwin dan memnpuanyai anak OKU! Dengan mak mertua yang tak menyukai nya dan kakak ipar yang asyik mendengki, memang mencabar untuk Dalila menerima segalanya perubahan drastik tu! Namun, apabila sedar dari koma, segalanya kembali kepada asal. Dan, tekadnya, dia harus mencari Fayyad, separuh takdinya!

Ini kisah Fayyad, watak dari #tiada arah jodoh kita (tak bace), tapi so far saya boleh hadam je cerita dia. Tertarik dengan blurb belakang buku, sebab cam ala2 #hello, its me by anna lee.. tapi jalan cerita lain la, konsep je cam sama sikit.

Dibahagikan kepada 2 bahagian, kisah ketika sebelum perkenalan Dalila dan Fayyad (2013) dan selepas 5 tahun, apa yang jadi dalam perkahwinan mereka. Suka denga olahan penulis, membuatkan pembaca tak serabut dengan time frame yang berbeza tu.

Walaupun tebal, cerita ni tak meleret sebab part selepas 5 tahun tu memang macam2 persoalan dan konflik yang ditimbulkan, yang mana kebanyakannya terjawab apabika Dalila sedar semula. Perlahan-lahan mimpi Dalila tu terjadi la. So, memang kena bac slow2 sikit tuk tau apa yang jadi sebenarnya.

Ada jugak part2 sedih, sebab hidup Dalila ni memang banyak cabaran. Nasib baik la dia jenis kuat dan tak cepat mengalah, walaupun mula2 tak berapa berkenan dengan sikap Dalila yang banyak degil tu. Mula2 pun terasa slow jugak, masa da 5 tahun tu macam klise pulak konflik. Tapi lepas sedar tu jadi makin menarik dan part ending memang taj dijangka sikit (part Afifah dan Jannah tu). Rasa pendek pulak ending, cepat je habis.. tapi kira ok la last2 baik semuakan.

Compare dengan #alergi mamat romantik, yang ni better lagi. Saya suka kot.. recommend tuk yang suka konflik.. sebab berbelit sikit.. hahha..

* rating : 4.2*
Profile Image for Mslvoe.
2,017 reviews193 followers
January 10, 2024
Wow F cam tak sangka ada cerita begini.. suka tau bila ada scene time-travel ni. Rasa cam turn-back-time betulkan sikit apa yang salah pernah buat.. beri peluang sebelum rasa kehilangan.

Best! Korang kena cuba baca. Cerita dia tak complicated sangat. Takda pun flash back. Cuma bila ada scene tak sedar diri or coma tu memang ada time-travel.

Ayat² sweet dalam ini alalalallaal berbunga² F 😍
Profile Image for azila syarudin.
59 reviews1 follower
February 25, 2018
AMAZING!

itulah perasaan waktu tutup buku ni. bila KS bukak pre-order, terus order walaupun terpaksa beli kombo. nak cepat punya pasal.

ini cerita pasal Fayyad Syakir watak dalam Tiada Arah Jodoh Kita. Dulu geram jugaklah dengan dia ni sebab main pas awek macam tu je kan? rupanya dalam ni dia ada mention sebab kenapa dia korbankan cinta demi Wakeel. Dulu macam tertanya jugak kenapa watak dia hilang macam tu je rupanya ada sambungan.... suke! =) Manalah nak dapat hero macam ni walaupun kadang2 rasa dia ni baik sangat.

watak Dalila yang sangat... mula2 macam marah n annoying kat dia tapi apa yang dia buat tu betullah. ada banyak kejutan dalam hidup dia ni. macam puzzle so kita pun tertanya. kesian kat dia. kagum pun ada. tapi suka semangat dia yang tak pernah kenal erti menyerah kalah. Ada banyak scene yang buat air mata berjejeh di pipi. huwaaa....

Hajah Mariani. Yatuhannnn.. tak inshof inshof. pening kepala ada mak macam dia ni gamaknya.
Dia dengan Afifah tu sama je. Mintak kena gilis dengan trelar.

mula2 korang akan pening baca buku ni. ada beberapa plot twist yang buat korang tertipu. mana satu yang betul ni? Jadi memang bila dah start baca tak boleh nak stop. Rasa macam banyak lagi nak tulis tapi takut terbagi spoiler pulak.

Tahniah kak Ezza! Naskah kali ni memang lain dari yang sebelumnya. teruskan menulis ya. serius, ini naskah yang wajib untuk dimiliki!
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
December 29, 2022
My own rate for this book : 5/5

Apa yang aku boleh cakap : Woah woah woahhhh, buku ni sangaaaaaatttttt besttttttttt bagi aku. Sorry sebab excited lebih. Aku baca sekejap je like sehari mcm tu, sbb tak boleh nak tinggal bila dah start baca tu. ❤

Aku suka giler dgn ML, Fayyad dalam novel ni. Suka yang amat, sampai aku rasa ML ni dah jadi salah satu top karakter ML yang pernah aku baca setakat ni. Fayyad sangatlah soft spoken, dan tegas pada masa dan keadaan yg tepat. Watak yang terpaling 'green flag' setakat ini. 🤌 Aku rasa mcm Fayyad ni carry the whole story dalam novel ni. FL pun nice cuma kdg2 tu ada la geram sikit dgn dia ni. 😆 Plot dlm cerita ni aku tak expect tau, serious best storyline nya, dan byk pengajaran ya. Hidup diorang yang penuh dengan ujian, ujian mertua, ujian anak. Haish, sangat tabah ya ML dan FL pun. Lg sekali karya yang tak mengecewakan, selepas novel 'Tiada Arah Jodoh Kita', novel ni pun best jgk. Thumbs up again 👍 to author sbb buat karya yang sangat baik drpd segi plot dan juga gaya penulisan yg sentiasa penuh dengan nasihat2 🥰

Next, nak try baca 'bidadari tanpa sayap' pulak 😌 #emptycanvashida
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
August 4, 2018
4.5

Sekiranya anda ingin cerita yang sweet overdose anda mungkin tersalah pilih buku, tetapi sekiranya anda ingin membaca ilmu tentang kehidupan, kesabaran, kesyukuran well you have the right book.

Walaupun ceritanya lebih mengajar kita tentang erti kehidupan namun ada juga terselit sedikit part sweet2.

Sejujurnya saya agak terkejut dengan isi buku ini, saya tahu penulis memang sudah agak lama dalam dunia penulisan tetapi saya tidak pernah lagi membaca mana2 karyanya. Isi dalam buku ini memberikan ilmu yang cukup padat dan seolah-olah penulisnya merupakan seorang penulis yang sudah lama dan berpengalaman. Thumbs up buat penulis !
Profile Image for naaideya.
19 reviews
September 3, 2022
MY NEW COMFORT BOOK 😭😍🤩

Tak tahu la. Tapi suka gila dengan watak ml dan fl. Dia orang macam lain daripada watak dalam novel yang saya pernah baca before this.

Dalam cerita ni, ada pelbagai rasa. Suka, yes. Sedih, yes. Geram, yes. Haaa yee yang geram tu sah sah la untuk hajah mariani.

Lila ni antar fl yang kuat. Bayangkan la, dah la koma, sedar2 dah jadi bini dan mak orang. Pada masa yang sama, kehilangan keluarga. Tak lama selepas tu, kehilangan Faqih 🥺😞

Tapi, dalam Lila tu sedih dan tak dapat terima nasib dia. Fayyad sentiasa di sisi dia. Tak pernah sekalipun, Fayyad berjauhan dengan Lila.

Fayyad ni memang ada ciri2 husband material ✨ yela dia sanggup berhenti kerja semata2 nak jaga Lila yang baru sedar koma dengan Faqih. Then, Fayyad ni jugak responsibility person. Dia tak pernah tinggalkan tanggungjawab dia kepada hajah mariani even though his mom tak suka Lila.

Ye tahu, Lila tu pencuri but dia bukam sengaja?? Dia memang nak pulangkan phone hajah mariani but ended up get caught. Lepastu, bukannya nak bagi ruang for Lila to explain. Main tuduh je. Pastu fayyad tu pulak pergi percaya eyyyy.
(Tapi time ni dorg belum kahwin so takpelah).

Oh! Dalam cerita ni jugak, ada seorang watak bernama Jannah. Kalau korang baca, mesti korang tak expect apa yang dia buat. Haaa kalau nak tahu sila la baca. 😚😚

Sepanjang saya baca buku ni, banyak sangat nilai murni saya dapat. Saya juga tersedar yang saya banyak khilaf yang saya lakukan di atas muka bumi ni 😖😓

Buku ni memang something sangat sebab tu la jadi my comfort book ❤️🥺

Dalam buku ni juga, diterapkan nilai kekeluargaan. Kepada mak dan ayah kat luar sana, tolong la jangan masuk campur urusan anak2. Kalau anak tu nak kahwin, biar la dengan calon yg dia cari sendiri. Bukan mak atau ayah yang tolong carikan. Unless kalau memang anak tu yang suruh.

And for God sake, tolong la jangan ada lagi mak mentua yang jahat. Tolong jangan sampai cucu sendiri disisihkan, lagi2 kalau cucu tu kurang upaya. Kesiankan la dia ☹️

Nasib baik la hajah mariani dalam ni last2 berubah. Nak je saya jadi watak sampingan bunuh hajah mariani tuuu. Tapi, alhamdulillah. Berubah ke jalan yang benar.

Barulah ngam dengan gelaran 'hajah' tu 😀

SOLID INFINITY FOR THIS BOOK!!!
Buku ni tak sesuai bagi five or ten star. ✨

Oh, lagi satu. THE WAY FAYYAD PROPOSE LILA IS SO HSBWHSBAJSVSH. 😩😩😩

Hello shopee ada jual ta fayyad shakir sebab saya ni dah lama sangat single 🤣

Semoga banyak lagi lelaki berperangai seperti fayyad wujud di bumi ni and semoga dia jodoh saya HAHAHAHA.

♾️/10 🌟🌟
MUST READ OKAY. THE FINEST GREEN FLAG ML!!! 🤩
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
May 10, 2020
Better late than never. Dan aku rasa ini saat yang paling tepat aku baca novel ni. Ayat2 yang puitis dan kisah2 pada zaman Rasulullah dulu menjadi ikhtibar dalam menghadapi ujian hidup.

Betapa kuatnya Dalila. Satu persatu ujian tertimpa ke atasnya. Dan 1st time kot aku dengar fasal penyakit Kleptomania yg dihadapi Lila sampai takdir temukan dia dengan Fayyad.

Perwatakan Fayyad Syakir, masa mula2 pertemuan dia dengan Lila tu memang annoying jugak tapi lepas dia dah kenal Lila barulah sikap caring, cemburu dan penyabar dia semua keluar. Tapi kesian jugak kat Fayyad nak hadap pergelutan antara ibu dan isteri. Dua2 dia sayang tapi nasib baik takdir Allah itu indah. Dalam setiap ujian itu pasti dikurniakan hikmah yang istimewa diakhirnya.

Rugi kalau tak baca STAK ni.
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
September 3, 2023
Kisah Fayyadh & Lila ni taklah menyayat hati mcm kisah Afia dulu, tak sampai menangis pun.

Cuma banyak sangat pengajaran, quotes, kisah2 teladan dari Fayyadh ni. Kesabaran seorang suami, mmg 💚 flag.

Mimpi dlm mimpi? Time travel? Tak pasti mana satu tapi menarik sgt utk tahu ending.
Profile Image for Jaja17.
2 reviews
December 5, 2019
Bismillah
Novel ni aq dh habis baca lama dh.. Tpi smpai skrng aq x brhnti fikir..cuba nk hadam.. Novel ni mmng novel pling buat aq pening😂..tpi aq enjoy giler bca..ada part debar ii.. Ada yg mcm..srslah??!! Puzzle tu mmng bercambah.. Aq sendiri pun selak ii blik muka surat blkng sbb nk phmkan blik.. Mmng klau jenis yg langkau buku ni..mmng korng x kn ohm..sbb smua crita ada isi dia.. So bgi aq rugi kalau x beli.. Best gila bgi aq.. Crita dia jenis debar ii..keliru.. Nk spoil pon x leh.. Tpi part last tu mmng x trjngka cita dia macm tu.. Conclusion nya.. Wajib beli sbb mmng best😂
Profile Image for ilhaM.
46 reviews
May 2, 2018
*cue dramatic drumroll*
Why am I drumrolling? Well, I am drumrolling because cerita ni kau akan nampak setianya sabarnya coolnya baiknya lembutnye seorang fayyad seorang suami yg sentiasa ada utk isteri..

*cue a puzzle*
It makes your brain work hard to understand all the things that happen.

One word - daebak
It definitely was a puzzle book, ko x kan paham kalo ko lompat lompat baca..the plot really held my attention.. Lila yg garang yg lembut jgk dan sgt unik.. x semua orang Allah bagi peluang mcm ape yg lila dpt..It deals with grief, loss, and experienced. I don't know what else to say except that everyone should read this book at least once. I was satisfied with the ending.. Kbai
194 reviews9 followers
April 1, 2018
tak menghampakan. in fact, novel dari Ezza mmg tak pernah menghampakan.

kena baca dengan tekun sebab kalo terlepas, xtau ni flashback ke realiti. ceritanya mudah dihadam, cuma xboleh langkau bacaan.

yg aku suka - masa Lila terjaga dan sedar dia dah fast forward ke 5 tahun ke depan, mmg nampak jiwa budak2 remaja tu masih ada. bila jaga semula n dia dah kembali ke realiti, terus nampak jiwa keibuan dia. good job sgt!

terselit2 jugak Afia, Aatif n Wakeel.

well done!
Profile Image for Qai.
25 reviews2 followers
May 11, 2019
10/6/2019
MULA-12:00 Tengahari
Habis-1:30 Pagi

Akhirnya hidup lila bahagia, satu-satu terjadi pada lila membuat saya menangis bila part Faqih. Kisah dalam ni banyak rempah ratusnya, ada suka, duka, benci. Dan tak dilupakan setiap muka surat pasti ada kata-kata yang perlu kita ambil sebagai contoh hidup kita sendiri. Dan banyak tips dalam ni.

1.Olahan yang sangat saya suka

2.Susun atur cerita yang gempak, pada mulanya baca memang pening sama macam lila pening kisah hidup dia sendiri tapi lepas kita dah baca sampai habis baru kita boleh faham keseluruhan cerita.Novel ni langsung tak boleh langkah sebab nanti tak faham jalan cerita.

3.Jalan cerita yang sangat menarik,watak Fayyad yang menyenangkan,watak lila yang kita rasa sangat kesian dengan kehidupan dia, watak faqih yang comel dan tidak boleh terima bila faqih jadi macam tu😢dan tidak boleh terima bila afifah tak dapat pengajaran yang setimpal😡

Suka sangat dengan cerita ni, semoga penulis berjaya dunia akhirat,semoga dapat ilham yang terbaik,semoga sukses dan good job dapat mengeluarkan 'baby' yang TERBAIK ❤

-PEMINAT BARU EZZA MYSARA-
AIRA
Profile Image for Alieya Husna.
28 reviews2 followers
December 28, 2018
Jalan cerita yang tak klishe dan seperti biasa , Ezza Mysara memang akan selalu memasukkan penyakit-penyakit mental dalam ceritanya .
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Suraya (thesuraya).
784 reviews228 followers
January 3, 2024
buku ni serious konsep dia menarik, but i was hoping there'd be more.



In a way, it's interesting that Lila met Fayyad right before the accident happened, so his face is registered in her mind. Cemana kalau Lila tak pernah kenal Fayyad sebelum ni, and then she experienced the future. Pastu terbangun balik, not knowing where and how to find Fayyad sebab ye la tak pernah kenal. I'd be super depressed lol

Anyway this concept reminds me of Elizabeth O'Roark's Parallel
Profile Image for jj.
54 reviews
November 26, 2022
“ꜱᴇᴊᴀᴋ ᴛᴀᴋᴅɪʀ ᴛᴇᴍᴜᴋᴀɴ ᴋɪᴛᴀ, ʜᴀʀɪᴋᴜ ᴛᴀᴋ ʟᴀɢɪ ꜱᴀᴍᴀ”
.
.
Delila. Seorang gadis 22 tahun yang telah koma dan terjaga pada 5 tahun kehadapan. Siapa yang boleh terima apabila bangun terus ada seorang suami dan anak. Bagi Lila, dia hanyalah seorang pelajar universiti yang masih muda dan ingin menghabiskan masanya dengan rakan-rakan. Apakan daya dia telah berpijak pada realiti takdirnya, perubahan yang Lila alami amatlah berbeza dengan kehidupannya yang sebelum ini. Wujud pula ibu mertua dan kakak ipar yang membenci Lila dan anaknya kerana kurang upaya. Lila sendiri bingung dengan perubahan masa yang telah berlaku.

Fayyad. Suami kepada Lila pada 5 tahun kehadapan itu, seorang yang sangat baik, penyayang dan ikhlas memperisterikan Lila. Fayyad telah banyak mengubah Lila kearah kebaikan dan membentuk Lila menjadi seorang wanita yang hebat dan kuat. Disebabkan Lila yang hilang ingatan, Fayyad lebih memilih untuk merahsiakan banyak perkara daripada Lila demi menjaga separuh takdirnya itu.

Ketika Lila sudah menerima semua yang terjadi ke atas dirinya dan ikhlas menyayangi Fayyad dan Faqih, Lila telah terbangun daripada koma buat sekali lagi. Keluarga kecilnya tiada di sisi, Lila tercari-cari Fayyad dan benarkah Fayyad itu wujud di dunia nyata atau hanya satu mimpi? Pelbagai cara Lila mencari Fayyad dan bermacam-macam insiden yang tidak disangka telah berlaku. Mampukah Lila dan Fayyad ditakdirkan bersama selepas insiden itu? nak tau kena baca 😆

Papepun, saya suka sangat dengan jalan cerita ni. Very simple yet challenging untuk fikir what’s next 😂 believe me sepanjang baca tak boleh nak skip even 1 ayat sebab every single word is very important fr 🤓 If i’m in that situation, i don’t think i could handle it, sebab berkaitan dengan keluarga. Kehilangan keluarga dan tercipta keluarga baru dalam sekelip mata? Ya Allah tak boleh nak bayangkan ☹️

Baca cerita ni more to banyak teka-teki dalam kepala sebab main dengan masa, tapi ending dia kita akan tahu bagaimana dan mengapa terjadinya itu. Dah dinamakan takdir, yang tertulis itu pasti jadi 😌 This one probably one of my comfort book 🥰
xo.
Profile Image for Adrieana.
37 reviews1 follower
June 7, 2024
Debba Dalila menghidap penyakit kleptomania. Satu insiden berlaku ketika dia cuba melarikan diri atas kecurian membuatkan dia koma. Sedar dari koma, Dalila terasa asing bila lelaki menangkapnya berada dibilik wad.

"Hei apa sentuh-sentuh ni? Jangan lebih-lebih ya! Aku terajang kau nanti!"

"Ini abang. Suami. Awak."

Dalila kini berada 5 tahun kehadapan. Gulp!

"Awak cakap apa tadi? Faqih? Siapa Faqih tu?"

"Anak kita."

Mula-mula ada suami. Kemudian, anak. Semua seperti kepingan jigsaw puzzle. Berselerakan sungguh hidup si Dalila ni. Bagaimana dia ingin pulang kepangkuan keluarga?

"Abang akan buat Lila Jatuh cinta semula pada abang. Sampai Lila tak reti hidup tanpa abang. Itu janji abang."

Rumah tangga mana tidak diuji? Watak antagonis dipegang ibu mertua Dalila. Perkhawinan tidak pernah direstui membuatkan Dalila dibuli sesuka hati, dicerca dan dipukul. Semenjak Dalila bangkit dari koma dia tidak bagi muka. Apa sahaja tomahan Hajah Mariani pasti dilawan. Bengkak je hati orang tua tu. Wuhuuu Ad suka mereka gaduh. Terkulat kulat Hajah.

Fayyad Syakir ~ This man @&£?!!? Tak tahu nak habaq😫 The Coolest man I ever read 🩵🩵 Fayyad yang tenang. Fayyad yang sentiasa menasihati. Fayyad yang sabar. Fayyad yang itu, Fayyad yang ini. Arghh semua kau sapu Fayyad! Dalam gedik dia dengan Dalila, terselit ketegasan bila perihal agama. Sir... 🧎🏻‍♀️

Saat hati bernyanyi riang, saat hati mulai suka. Takdir menguji mereka. Dalila tersedar dari kemalangan, kini dia kembali ke masa lalu. Apa jadi dengan Fayyad? Dan Faqih anak kurang upayanya itu? Adakah ini semua hanya mimpi?

ᯓᡣ𐭩 𝑀𝑜𝑔𝒶 𝓀𝒾𝓉𝒶 𝓈𝒶𝓁𝒾𝓃𝑔 𝓂𝑒𝓃𝒸𝒾𝓃𝓉𝒶𝒾 𝓉𝒶𝓃𝓅𝒶 𝓂𝑒𝓃𝑔𝓊𝓇𝒶𝓃𝑔𝒾 𝓈𝑒𝒹𝒾𝓀𝒾𝓉 𝓅𝓊𝓃 𝓀𝑒𝓊𝓉𝒶𝓂𝒶𝒶𝓃 𝓅𝒶𝒹𝒶 𝒟𝒾𝒶 ᯓᡣ𐭩

BACALAH SEMORANG. KORANG TAKKAN MENYESAL
MY COMFORT BOOK! 📚✨

Kak Ezza memang fav writer Ad since baca BTS. Ni buku kedua kak Ezza ad tersangatlah suka! SANGAT. SUKA. Banyak tenaga habis, mengekek, menendang, menampar dinding, mencubit jadi rasa nak cubit Kak Ezza sekarang ni.
Profile Image for addreads.
274 reviews25 followers
January 20, 2024
𝙎𝙚𝙥𝙖𝙧𝙪𝙝 𝙏𝙖𝙠𝙙𝙞𝙧𝙠𝙪 𝘼𝙙𝙖 𝙆𝙖𝙢𝙪

𝘚𝘦𝘱𝘢𝘳𝘶𝘩 𝘵𝘢𝘬𝘥𝘪𝘳𝘬𝘶 𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘯𝘢𝘮𝘶𝘯 𝘴𝘦𝘭𝘶𝘳𝘶𝘩 𝘩𝘢𝘵𝘪𝘬𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘪𝘴𝘪 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘮𝘶.

Imagined eh kemalangan bangun-bangun dah 5 tahun kedepan? Paling terkejut dah ada suami & anak? Add on nya tu dibenci mak mertua. Uish petok kepala an. Ha itu lah yang dialami Dalila (dan Ad). Tapi tak sangka hidup Dalila bahagia sangat disamping Fayyad & Faqih. Bila hati dah mula menerima, Dalila diuji lagi sekali tapi version Fayyad tak kenal dirinya. Setiap takdir pasti ada pilihan dan kesannya kan? Bagaimana corak takdir Dalila? Apa jadi?

✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐

SUKA SANGAT! That's all. Buku kak Ezza Ad memang makan tak kunyah, sebab auto telan. Burp kenyang 🤭 Cara kak Ezza susun cerita, plot, conflict, soalan, jawapan, plot twist & ending. Chef kiss from me 😘 Ad suka based on my feelings. Hati kata suka, kita cakap suka. Jadi STAK Ad lurve 🫶🏻 Development Lila 5 years before & after, Ad suka. Can see the changes. Apa dirasa Lila real, reaction dia real.

TAJK, Fayyad dibenci Ad. STAK, Fayyad disayangi Ad. Memang tak tetap pendirian hati ini bila bertemu lelaki yang hijau 🌳 yang baca MESTI faham Ad. Fayyad Syakir > you win bang. You win my ♥️ Fayyad memang tak lokek dengan nasihat, bercerita, berkasih sayang & limpahkan cinta. All in one from him to Lila & Ad. Love language semua disapu bersih Fayyad. Takde sebarang bantahan dari saya 🌷

"𝐀𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐰𝐚𝐤𝐚𝐟 𝐥𝐚𝐳𝐢𝐦. 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐞𝐧𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚 𝐝𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐡𝐚𝐲𝐚𝐭."

"𝐋𝐢𝐥𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡, 𝐥𝐮𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐥𝐮𝐤𝐚. 𝐒𝐞𝐝𝐢𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐡. 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭. 𝐓𝐚𝐩𝐢... 𝐋𝐢𝐥𝐚 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠. 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚. 𝐃𝐚𝐧 𝐫𝐢𝐧𝐝𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐧𝐝𝐮."

Bila rindu.. terkenang mu Fayyad.. terasa sayu.. lah nyanyi jap. Hasil BR dengan @buku.ayu ! Korang, baca lah please. WAJIB baca TAJK baru STAK 😜 Fayyad Ad suka dooh. Happy reading! 🤍
Profile Image for Keyinareads.
11 reviews2 followers
May 21, 2022
5/5 ⭐😭🤍

Saya suka sangat dengan jalan cerita penulis ni. ini novel kedua yang saya baca dari penulis yang sama. Penuh dengan ilmu yang diselit dan membuatkan saya sebagai pembaca sedar tentang perkara tersebut.

Emosi saya macam roller coaster ye bila bacaaaa😭🤍 kejap sengih kejap sedih. Memang main emosi ye cerita ni. Sakit ye bila mak mertua yang jadi antagonis dalam hidup kita. Lagi sakit bila sebenarnya Afifah yang benci pada Dalila (sebab apaaa haaa kena baca sendiri sampai habis😂) dan Afifah juga jadi penghasut tegar Hajah Mariani, ibu fayyad.

Dari novel ni, kita dapat belajar sabar is the key in everthing that we do. Sabar selagi kita boleh sabar. Dan luah bila kita perlu luah. Saya suka dengan ketabahan Dalila dalam cerita ni bila dia dengan anak dia kena caci banyak kali, dia tetap sabar dan ingat setiap apa yang suami dia cakap walaupun kadang kadang perangai dia ni keras kepala ye. Bukan senang ye nak jaga anak yang kurang upaya. Banyak yang perlu hadap.

Saya suka dengan character Fayyad. Suka bila dia bercerita dengan Dalila. Banyak pengajaran yang diselitkan dalam cerita dia. Suka dengan ketabahan dan kesetiaan dia dengan Dalila. Walaupun isteri hilang ingatan, dia tak mudah putus asa untuk buat si isteri ingat semula.

Overall saya berpuas hati dengan jalan cerita, teruskan berkarya untuk masa yang akan datang🤍👍🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Raihana.
11 reviews
January 7, 2021
takleh nak cakap banyak sbb cerita dia memang best gilaa!!! cute, funny, sweet!! heroin tak lemah mcm cerita lain. overall, cerita ni memang best untuk dibaca. kalau seblum ni asyik cerita pasal gay je, ha amekko ni pasal lesbian.

ohh, tak lupa juga banyak part sedih. menangis-nangis jugaklah baca.
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
March 29, 2020
Jujur aku katakan air mataku tumpah beberapa kali kerana naskah ini.. garapan cik penulis sangat terkena Dan menyentuh hati.. tahniah EM.. teruskan berkarya 💪👍 👍👍
Displaying 1 - 30 of 34 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.