Most Muslim-majority countries have legal systems that enshrine both Islam and liberal rights. While not necessarily at odds, these dual commitments nonetheless provide legal and symbolic resources for activists to advance contending visions for their states and societies. Using the case study of Malaysia, Constituting Religion examines how these legal arrangements enable litigation and feed the construction of a 'rights-versus-rites binary' in law, politics, and the popular imagination. By drawing on extensive primary source material and tracing controversial cases from the court of law to the court of public opinion, this study theorizes the 'judicialization of religion' and the radiating effects of courts on popular legal and religious consciousness. The book documents how legal institutions catalyze ideological struggles, which stand to redefine the nation and its politics. Probing the links between legal pluralism, social movements, secularism, and political Islamism, Constituting Religion sheds new light on the confluence of law, religion, politics, and society. This title is also available as Open Access.
Perihal keadilan dalam sesebuah institusi kenegaraan sentiasa menjadi wacana yang tidak berkesudahan. Sama ada dari segi agama, hak asasi manusia, politik, hak kebebasan bersuara, dan sebagainya. Buku yang ditulis oleh Tamir Moustafa iaitu "Constituting Religion" membincangkan dan menghurai isu-isu keadilan yang berkait dengan agama persekutuan Malaysia iaitu Islam. Elemen-elemen yang disentuh sangat terperinci dan berkait rapat dengan perlembagaan agama sedia ada kini.
Malaysia yang mana asalnya dipanggil Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu sebelum mencapai kemerdekaan dihuni oleh orang Melayu sahaja dan majoriti nya ber-agama Islam. Ketika Tanah Melayu dijajah oleh kolonial British, Tanah Melayu telah dimasuki imigran yang dibawa British iaitu kaum Cina dan India bagi menjana hasil bumi yang dibolot British. Dalam tempoh Tanah Melayu menuju kemerdekaan, orang Cina dan India sudah kembang membiak dan populasi mereka menjadi besar. Orang Cina terdiri daripada 25% dari seluruh populasi. Kebanyakkan mereka menganut agama Buddha. Orang India pula terdiri daripada 8% dari seluruh populasi dan mereka semua kebanyakkan nya menganut agama hindu.
Undang-undang yang berdaulat di Malaysia terbentuk dari hasil campur tangan British. Ini kerana syarat untuk memperoleh kemerdekaan ketika itu, Tunku Abdul Rahman harus melembagakan undang-undang Reid termasuk undang-undang Agama.
Menurut Talal Asad, berdasarkan konteks sejarah, ia mempunyai 2 kategori dalam melembagakan undang-undang bagi sesebuah negara yang telah di-kolonialisasi oleh kuasa Eropah. Beliau mengenalpasti mengenai "sekular" yang mana identiti dicipta tanpa fundamental atau asal usul. Ia adalah satu idea yang membezakan perlembagaan agama dan aktiviti manusia berdasarkan sosiologi dan politik yang direkacipta.
Pengenalan pertama pada era kolonial dan selepas merdeka adalah undang-undang Anglo-Muslim. Terma Anglo-Muslim tidak serasi dengan fundamental epistemologi usul fiqh. Ia lebih kepada konsep pelepasan daripada tradisi Islamik autentik. "Anglo" adalah konsep, kategori dan model analisis undang-undang Inggeris dan "Muslim" hanya diaplikasi kepada orang Islam. Secara keseluruhan nya, "Anglo-Muslim" law sangatlah besar perbezaannya dengan undang-undang Islam klasik.
Pada tahun 1976, selepas Tanah Melayu diberi kemerdekaan atas dasar rundingan Tunku Abdul Rahman di London, pindaan perlembagaan telah menukarkan "Muslim Law" kepada "Islamic law". "Muslim courts" juga ditukar menjadi "Syariah courts". Peralihan semantik ini tidak lain tidak bukan hanya sekadar nama sahaja. Erik Hobsbawm mentafsirkan ini adalah invensi terhadap tradisi. Apa yang paling merosakkan adalah sistem undang-undang Islam di Malaysia di-interpretasi dan di-monopoli oleh pihak autoriti. Bertambah parah lagi, ahli-ahli agama yang berada di dalam mahkamah Syariah tidak diberi latihan formal tentang perundangan Islam.
Mengenai Islam dan politik kontemporari yang mana ia menggambarkan Malaysia merupakan sebuah negara yang di-sekularkan agama, tidak lain tidak bukan ia hanya dipupuk bagi kelebihan berpolitik berbanding keadilan dalam agama itu sendiri. Buku ini membincangkan bagaimana sistem undang-undang Islam Malaysia bergerak dalam menyelesaikan masalah-masalah seperti murtad, hak penjagaan anak, hak pengebumian, dan beberapa kes lagi yang mana memerlukan perbicaraan yang lebih mendasar demi menggarap keadilan dalam sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Kecelaruan akan berterusan jika undang-undang mahkamah Syariah tidak diserahkan kepada yang alim atau sosok yang mempunyai ilmu mantik, ilmu usul fiqh, dan intelektulist Islam yang berwibawa.
Pertelingkahan antara golongan Liberal dan golongan Islam apabila muncul kes-kes di mahkamah yang tidak dapat diselesaikan dengan tuntas menambahkan lagi kekisruhan terhadap mahkamah Syariah dan mahkamah Sivil. Malaysia yang majoriti nya adalah orang melayu beragama Islam terlampau konservatif tafsirannya terhadap Islam. Pola pemikiran yang beku tidak akan mewujudkan toleransi dan keamanan buat negara yang terdiri dari berbilang kaum.