Novel sambungan Kasyaf yang mengisahkan usaha gigih yang dilakukan Ranea, Prof Zack & geng untuk menumpaskan Lakhus selepas berlakunya letupan di Agensi Nuklear Malaysia pada penamat Kasyaf.
4 tahun masa yang diambil oleh encik penulis bagi menyiapkan novel sequel Kasyaf ini. Semestinya banyak research yang dilakukan encik penulis untuk hasilkan karya yang unik sebegini. Seperti buku-buku encik Khairi Mohd @ Xarine sebelumnya yang banyak menampilkan naratif panjang berinformasi, novel kali ini memberi fokus tentang emosi. Memetik kata-kata encik penulis daripada post pesbuknya, "I discussed spiritual concept in my latest book, which is how a clash between your spiritually driven desire and the limitation of your physical body gives rise to your emotion."
Untuk lebih memahami novel Ranea ini sekali gus mendapat kepuasan membaca karya encik penulis ini, saya cadangkan supaya baca juga Kasyaf, lebih molek jika dapatkan juga novel Yuda Di Padang Maya terbitan Jemari Seni. Dengarnya Kasyaf sedang dalam proses terbitan semula oleh encik penulis, novel Yuda pula boleh didapati melalui encik penulis juga.
Saya puji dan buat cadangan begini bukan sebab nak bodek atau dapat persen ke apa, tetapi pada saya, rugi sebenarnya kalau karya-karya sebijak dan sekreatif ini kurang mendapat perhatian para pembaca di Malaysia. Bahan bacaan yang unik, special dan lari jauh daripada klise tipikal novel-novel Melayu biasa. di atas hasil usaha encik penulis, maka pada saya, selayaknya novel beliau ini dapat full stars. :)
nota : KOLEKSI SENDIRI