Jump to ratings and reviews
Rate this book

Justeru Impian Di Jaring

Rate this book
Petikan Dari UjanaIlmu :

Cabaran merebut takhta kejuaraan bukan sekadar mengumpul mata penamat. Terisi segalanya cabaran dan dugaan, halangan dan konflik.

Gelanggang badminton penjadi pentas. Syahir, remaja kental jiwa mengharung desakan keluarga, menepis tanggapan pesimistik pihak birokrat, juga saingan teman-teman seperjuangan.

Namun, paling utama di bahunya tergalas syariat yang dipertahankan. Wasiat ayah yang sentiasa tersemat mendorong Syahir merebut gelaran juara dunia yang sebenarnya.


______________________________
Novel ini telah memenangi tempat KETIGA
Pertandingan Novel Remaja
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (ExxonMobil) 2002
Pertama Tiada Pemenang
Kedua Odisi Tanah Kencana Sri Rahayu Mohd Yusop
Ketiga Justeru Impian Di Jaring Zaid Akhtar

174 pages, Paperback

First published June 26, 2007

12 people are currently reading
203 people want to read

About the author

Zaid Akhtar

6 books49 followers
Zaid Akhtar atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Abdul Majid lahir di Endau, Mersing pada 16 April 1977. Anak kedua daripada tiga beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Lipat, Endau dan menengah di SMK Agama Segamat sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa Arab di Kulliyyah Adab, Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan. Kini selain mengajar di sekolah lamanya selaku guru bahasa Arab, Zaid turut menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana di Universiti Malaya.

Mula menulis pada akhir 1993 dan cerpen sulungnya yang tersiar di majalah Dewan Siswa Januari 1994 berjudul Juara yang Tewas telah memenangi Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat- DBP 1994. Selain itu, cerpen Mencari Kiblat terpilih untuk memenangi Pertandingan Cerpen Sekolah Menengah Malaysia 1994 (Minda Pelajar-DBP). Dua lagi cerpen beliau telah meraih anugerah dalam Hadiah Sastera Darul Ta?zim iaitu Nil Masih Mengalir (HSDT III ? 2001) dan Pendedahan (HSDT V ? 2005). Sementara dua novel beliau iaitu Sesegar Nailofar (2000) dan Rona Bosphorus (2002) telah memenangi tempat ketiga dan kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Kedua-dua novel tersebut turut meraih anugerah dalam Hadiah Sastera Darul Ta?zim IV (2003) dan V (2005). Novel bersiri beliau berjudul Salju Sakinah juga tersiar setiap Isnin-Rabu sepanjang 2005 di Ruangan Agama Utusan Malaysia.Pada tahun lalu, beliau terpilih untuk mewakili Malaysia sebagai peserta ke Program Penataran Sastera MASTERA (genre novel) di Bogor, Indonesia. Weblog peribadi beliau boleh dilawati di www.myzaidakhtar.blogspot.com. Terbaru, novel keempat Zaid, Justeru Impian di Jaring telah memenangi tempat ketiga Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. Selain itu, beliau turut dipilih sebagai penerima Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor 2007.

http://pts.com.my/index.php/penulis/b...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (36%)
4 stars
27 (34%)
3 stars
13 (16%)
2 stars
4 (5%)
1 star
6 (7%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
230 reviews4 followers
October 19, 2008
Tema yang dipilih kali ini lain daripada buku-bukunya sebelum ini. Namun, kualitinya tetap tinggi. Kali ini, ia mengisahkan tentang arena badminton dari perskpektif Islam pula. Meskipun terdapat beberapa karya di pasaran yang menggunakan arena sukan sebagai laterbelakang, belum pernah aku membaca karya yang ditulis dari perspektif Islam. Sekali lagi, gaya santainya yang memikat minatku.
Profile Image for aimi.
103 reviews5 followers
December 25, 2019
Syahir, seorang anak muda yang aktif bermain badminton dan antara pemain badminton berpotensi negara. Konflik Syahir, dari menghadapi tekanan keluarga, keadaan ibunya yang tidak sihat, saingan sengit teman sepasukan sehinggalah kesihatan yang tidak begitu baik, gosip-gosip media amat mendebarkan dan digarap dengan baik oleh penulis.
Ringkas, mudah difahami dan sesuai dibaca oleh para remaja.

Mungkin kerana saya juga seorang kakak, saya sangat tertarik dengan sikap Kak Uda yang sangat menyokong dan mendokong kerjaya adik beliau. Walau kadang kala terhimpit di anatara menyokong dan keadaan yang kadang kala tidak membenarkan, Kak Uda bersikap tenang dan menjadi pendengar setia luahan hati Syahir.

"Kau pergilah,"balasnya. "Kak Uda dah ambil cuti untuk jaga mak sementara kau tak ada. Tentang abang long dan kak ngah tu, nanti kak uda jelaskan. Ada masanya kita kena rasional, tak boleh terbawa-bawa emosi. Kau ke sana pun bukan untuk bersuka-suka, tapi atas urusan negara." (m/s 127)

Saya juga suka garapan kisah cinta remaja yang digarap penuh sederhana di dalam novel ini. Dapat dirasakan rasa malu-malu antara Syahir dan Najlah, yang manis sahaja untuk dibaca:)



*Novel dibeli di Jualan Gudang Utusan Publications. Moga membantu serba sedikit syarikat penerbitan Malaysia ini:). Stay strong, Utusan!

Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews172 followers
April 30, 2020
Badminton players and lovers can enjoy reading this piece within one and half hour while jotting down new Malay glossaries like jendera, jihat, garisah, gesit, menggerutu, terkernyih, ujana nubari, terpingkal, meladeni, metah, terpelangah, rengsa, gontai, kelancungan, pahit maung, pusara, tubir katil, terjengul, terselingar, lirih, ghalibnya, waima, berpapasan and merisik khabar.
Profile Image for Mali.
210 reviews
September 23, 2018
baca ni sbb tajuk buku ni ada di mention di buku VTVT.

however, rasa mcm di edit, sbb unsur patriotisme tu mengalahkan unsur Islamik sdgkan Zaid Akhtar terkenal dgn buku Islamik.
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
April 17, 2020
Dah lama baca buku ini. Apa pun buku ini amat bagus dibaca oleh remaja, bahkan buat orang dewasa pembuat dasar, duduk di astana kepimpinan organisasi dan negara.

Sebagai ustaz, pengarang cuba promosi sukan patuh syariat khsusnya dengan penjagaan aurat sewaktu bersukan termasuk lah bermain badminton - amar makruf nahi munkar. Hal ini mengingatkan saya kepada tesis PhD salah seorang mentor saya, Prof Hafidz tentang amalan patuh syariat dalam kalangan para atlit Malaysia yang beragama Islam. Ia bukan sekadar melibatkan soal aurat, bahkan soal makanan halal dan adab.

Saya hampir yakin yang Ustaz Dr Zaid ini minat main badminton atau sekurang-kurangnya menyimpan raket badminton di rumah. Kalau pemain sepak takraw negara pernah diminta untuk menjaga aurat, mengapa pemain sukan yang lain tidak boleh?
Profile Image for libraryofshazz.
68 reviews
March 25, 2023
Buku Justeru Impian Di Jaring ni adalah novel komsas untuk tingkatkan 3. Dah alang alang tajuk ni ada dekat Goodreads, boleh lah jugak update sini untuk rech reading goal 2023 heheh

Novel ni ada sedikit vibe islamik, sesuai buat bacaan lagi lagi time Ramadan ni. And what I learnt dari novel ni is, kalau nak kejar apapun impian kita tu kejarlah. Tapi yg penting jangan sesekali lupakan tuhan :)

Oh yea buku under 200 pages and plot nya fast, jadi bolehlah habiskan dalam 24 jam. Cumanya mungkin unsur bahasanya tak berapa kena dengan saya.. jadi saya tak dapat berapa hadam some few words in it, but that's okay
Profile Image for Shakirah Rosli.
28 reviews
December 25, 2019
Menarik dan sangat seronok membacanya. Rasa semangat patriotik dan sayangkan agama menjengah bersama jalan cerita. Semoga Malaysia cemerlang dalam bidang atletik. Untuk para atlet muslim khususnya, semoga lebih memperbaiki dan menjaga akhlak dan syariat. Demikian setiap dari kita berperanan membawa nama agama dan negara di mana-mana sekalipun. insyaAllah.
Profile Image for Tengku Khadijah.
88 reviews4 followers
February 11, 2017
Buku ini bukan tentang monyet.

Tapi tentang dunia badminton.
Kisah seorang lelaki yang tegas memperjuangkan syariat dalam bersukan.

Dipandang asing. Diperlekehkan semata-mata kerana dia lain dari yang lain. Tatkala yang lain mengendahkan tuntutan agama, dia masih teguh menjaga auratnya dan peribadi sebagai seorang Muslim.

Diuji dengan permainan politik orang atasan, perbuatan khianat dalam perlawanan, fitnah dan keluarga. Tetapi pada akhirnya dia berjaya mengharumkan agama dan negara.

Membaca novel ini mengingatkan aku tentang dunia badminton yang pernah aku lalui. Di sekolah menengah, aku tidak melihat soal pemakaian menjadi masalah. Kerana masing-masing masih mengambil berat soal menutup aurat. Belum timbul alasan membataskan pergerakan dan sebagainya.

Tapi bila di pusat asasi, aku melihatnya dalam situasi yang berlainan. Aku ditugaskan sebagai unit disiplin untuk perlawanan badminton sewaktu festival sukan universiti. Dan kami ditugaskan untuk memastikan pemain mematuhi syarat permainan serta pemakaian. Sewaktu perlawanan bagi pemain wanita, belum timbul sebarang masalah. Tapi sewaktu perlawanan pemain lelaki, ya. Memakai seluar pendek tanpa memakai tight. Ada yang pakai tight pun, masih di atas lutut. Kuasa yang kami ada, mengarahkan pemain untuk mematuhi atau mereka tidak akan dibenarkan bermain.

Ada yang akur. Namun sudah tentu ada juga yang tidak puas hati. Seolah-olah, jika aku kalah, kau punya angkara. Dengan izin Allah, dalam kalangan mereka, ada seorang pemain yang memakai lengkap tracksuit dan menutup aurat. Saat itu, yang aku harapkan dia akan menang bagi kategori perseorangan mengalahkan pemain yang tidak puas hati tadi. Alhamdulillah, dia menang bagi kategori perseorangan.

Dalam dunia yang penuh dengan ujian ini, bukan mudah untuk kita harungi. Lebih-lebih lagi, kita yang dipandang asing. Ketabahan dan kekuatan, itu yang kita perlukan. Jangan tersungkur dek kerana kata-kata orang. Percaya. Percaya Allah akan mengurniakan ganjaran bagi hamba-hambaNya yang akur.

Thumbs up!
Profile Image for Dayat.
93 reviews3 followers
December 24, 2008
Membaca, karya Ustaz Zaid Akhtar 'Justeru Impian di Jaring'(JIDJ) membawa saya bernostalgia ke zaman sekolah rendah bermain badminton bersama jiran sebaya, Shamsul. Sewaktu tiba musim badminton, ada sahaja masa senggang, kami akan bermain badminton di lorong siap dengan jaring. Bermain-main bersungguh-sungguh dengan lagak jagoan era 90-an Joko Suprianto, Rashid Sidek, atau Patrik Hoyer Larsen. Orang putih kata, 'Boys eye full of dream'. Kadang-kadang sampai bergaduh.

Walaubagaimanapun JIDJ bukan kisah tentang impian budak kecil tetapi impian murni cetusan iman. Impian yang ingin meletakkan nama bangsa, agama dan negara pada suatu tempat yang tinggi martabatnya.
Syahir adalah pemain badminton yang berperibadi terpuji dan teguh mempertahankan prinsip dan syariat agama. Pemakaiannya yang memakai 'tight' menutup aurat mengundang segala macam reaksi.
Pada hakikatnya menutup aurat sememang dan sepatutnya tidak menjadi batu penghalang untuk bersukan dan menjadi jagoan dunia.Lihat sahaja ratu pecut Bahrain, Ruqaya Al Ghasara yang meskipun bertudung tetap tidak menghalangnya meraih juara dalam acara lari 200m di Sukan Asia di Doha lalu.

Keteguhan Syahir juga mempengaruhi Wan Najlah, sehingga dia berubah dan menjadi pemain badminton pertama yang bertudung.
Pelbagai dugaan, mehnah dan tribulasi yang dihadapi Syahir dalam perjalanan mencapai impiannya. Namun didepani Syahir dengan tabah, dan tawakal.

Alangkah bagus jikalau kita ada pemuka sukan sehebat Rafael Nadal, atau Tiger Woods di arena sukan tetapi pada masa yang sama bersahsiah Islami untuk melebarkan syiar Islam. Menunjukkan Islam sememangnya hebat dan mampu dalam pelbagai bidang dan lapangan.
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan novel hijau ini.

(www.makhluk-bernama-aku.blog.friendst...)
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
August 31, 2018
Saya ada dua buah novel Zaid Akhtar sekarang dan yang ini bagi saya lebih mudah dihadam, mungkin kerana sudah terlalu lama saya tidak membaca sebarang karya fiksyen berlatarbelakangkan perjuangan watak utamanya dalam sukan. Apalagi sukan tang terlibat adalah badminton, pernah jadi kegemaran saya. Sekarang? Saya hanya ada masa untuk membaca haha. Satu lagi nivel Sesegar Nailofar, saya sudah baca beberapa mukasurat dan berhenti, terasa agak tidak boleh bawa, kemungkinan besar kerana saya telah dalam tempoh 3 bulan ini, membaca beberapa novel yang lebih gemersik dengan tema yang lebih kurang begitu, terutama karya Pak Habiburrahman el Shirazy.

Kesan paling besar terhadap saya selepas membaca Justeru Impian Di Jaring, tahap kesabaran seorang Shahir, menangani rintangan yang semuanya di luar kawalan. Bertabah demi maruah Islam dan negara. Amat jitu kawalan diri menjinakkan nafsu amarahnya, berdiam, menahan diri dari melenting. Tengkuk saya pula serasa panas dalam beberapa episod pengadilan berat sebelah terhadapnya dan tahap bengang saya pula yang mencanak naik dengan taktik murahan Ratna dan conspirators nya. Buku yang sesuai dibaca remaja yang masih mencari jati diri.
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books279 followers
August 3, 2010
Justeru Impian di Jaring memang menepati kriteria novel remaja dengan watak remaja yang terbabit dalam konflik remaja berlatarkan sekolah sukan yang akhirnya menjulang kemenangan selepas berusaha dengan penuh kegigihan.

Sebagai novel remaja per say, pembaca boleh membacanya dengan senang hati tanpa memikirkan "kekecewaan" kalau-kalau ia berakhir dengan penyudah yang menyedihkan.

Zaid Akhtar memanfaatkan latar perguruan dan pendidikannya yang kemudian dibaurkan dengan pembabitannya dalam sukan badminton.

Justeru Impian di Jaring memang novel Zaid Akhtar yang paling sederhana, berbanding novel sebelumnya yang lebih cenderung mengangkat isu mahasiswa berpendidikan Islam di Jordan dan Turki.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.