Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sayangku Hana

Rate this book
Untuk meluahkan, dia tidak pernah yakin diri. Apabila berdepan dengan gadis itu, selalunya ayat puaka yang keluar dari mulutnya. Kebetulan yang tidak disangka, apabila mula kerja dan tinggal di bandar, jiran sebelah rumah juga orang yang sama.

“Hana duduk dekat rumah sebelah ni. Abang baru pindah sini ke?” - Hana

"Hidup aku ni memang kena berjiran dengan kau sampai mati ke?" Aiman

Pada Hana, mulut puaka Aiman itu memanglah menyakitkan hati tapi dia tidak boleh hendak buat tidak endah saja dengan lelaki itu. Lebih-lebih lagi bila dia dibuli oleh teman serumah, Aimanlah yang membantunya. Lagipun, Aiman itu memang sudah lama melekat di hatinya. Peristiwa hitam Hana hampir dirogol rakan sekuliah menjadi titik tolak Aiman melangkah lebih jauh. Dia berjanji mahu menjaga Hana dan melamar Hana dengan alasan yang sama. Tapi syarat yang diberi oleh orang tua mereka, Hana tidak boleh mengandung sehingga habis belajar. Tinggal sebumbung bila sudah halal, mana mungkin mampu bertahan lebih-lebih lagi bila di hati masing-masing memang sudah lama wujud rasa cinta. Masalah timbul bila Hana mengandung, masing-masing takut mahu memberitahu keluarga. Lebih bermasalah lagi apabila timbul salah faham akibat daripada tidak berterus terang tentang perasaan masing-masing.

"Abang... sayang Hana ke?" - Hana

"Aku sayang kau." - Aiman

"Tak. Abang sayang anak abang aje. Sebab tu abang layan Hana baik.” - Hana

Sampai bilakah mereka akan hidup dalam teka-teki tentang perasaan masing-masing? Apa akan jadi apabila keluarga tahu Hana mengandung?

Paperback

First published January 1, 2018

4 people are currently reading
40 people want to read

About the author

Kay Omena

15 books13 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
24 (38%)
4 stars
23 (36%)
3 stars
15 (23%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,083 reviews202 followers
March 9, 2023
First baca buku ada 2 POV. Best tau dapat baca fikiran masing².

Jalan cerita yang smooth and light read. Cinta Aiman pada Hana walaupun Aiman jenis garang.

Hana pun cinta pada Aiman walaupun Aiman selalu marah cakap penyibuk.

Hubungan kekeluargaan Aiman meriah. Akrab je masing².. harmoni!

Walaupun Hana harungi macam² dugaan, untungnya Aiman dapat Hana yang jenis pemaaf. Hana memang baik.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
February 23, 2018
SAYANGKU HANA
by Kay Omena

Hana dah lama sukakan Aiman, jirannya. namun setiap kali cuba berbaik dengan Aiman, mesti kena sembur. Aiman pun sebenarnya sukakan Hana, tapi entah kenapa bila berjumpa je asyik nak menyindir dan keluar ayat2 longkang dia tu. Ditakdirkan, Aiman dapat kerja dekat area Hana belajar dan berjiran lagi dengan Hana. Lepas peristiwa Hana hampir dirogol Haziq, kawan sekuliah Hana, Aiman tekad meminang Hana. Orang tua mereka setuju je, tapi umi Aiman bagi syarat, mengandung lepas Hana habis belajar. Rumah tangga diorang ok je, tak mesra sangat sebab masing2 tak mengaku suka sama suka. Bila tiba2 Hana mengandung, kelam kabut Aiman nak sorok sebab takut umi marah.

Buku ni macam gabungan Hey, Miater! dan Hey, Lady! dalam 1 buku. Sebab, ada 2 pov dalam ni - pov Hana dan pov Aiman, selang seli. 1 bab pov Hana, lepas tu Aiman pulak.. sampai la habis. jenuh jugak la nak hadam, sampai kadang2 konfius sape ngah cakap ni...

Olahan penulis ok je, tapi rasa macam bace diari pun ada. Jalan cerita pun santai je, konflik pun dengan Haziq n Farah yang tak puas hati dengan Hana, asyik nak mendengki je. Tapi kejap je part diorg tu, sebelum kawen je. Lepas kahwin tu memang mostly perkembangan hubungan Hana-Aiman tu.

Typo kurang rasenye, ade gak la.. tapi boleh la tutup sebelah mate. Sotong menyotong tetap ade, tp bagi saya tak la keterlaluan kot, boleh diterima laa... overall boleh hadam la.

saya suke je, sebab kekeluargaan tu lebih dalam cerita ni. kureng sikit sebab tu la, pov 2 tu n ala2 hey, mister/hey, lady tu..

tahniah, penulis!

*rating : 4.2*
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
June 16, 2019
Ini merupakan first novel yang aku baca daripada penulis Kay Omena. Sebabnya aku jarang follow novel keluaran Idea Kreatif. Novel ni aku beli masa Pesta Buku Pahang di Teluk Chempedak. Aku beli dah last minit. Peniaga tu pon dah nak balik sebab ada orang borong novelnya. Yang ini aku beli pon 3 buah rm10.

Pada awalnya aku takut jugak nak membaca novel ni. Yelah tak pernah lagi baca hasil tulisan Kay Omena. Entahkan kena atau tidak dengan selera aku. Tapi telahan aku salah. Sebab aku mampu menerima hasil tulisan Kay Omena. Dan boleh dikatakan aku membacanya dengan sangat laju. Tambahan pulak ni novel cinta.

Kisah antara Aiman & Hana yang kedua-duanya punya rasa cinta tapi takut untuk meluahkan. Mereka hidup berjiran. Satu tragedi hitam hampir meragut maruah Hana & Aiman menjadi penyelamatnya. Aiman mengambil keputusan untuk menikahi Hana demi menjaga keselamatan Hana & dalam masa yang sama sebenarnya dia terlalu cintakan Hana.

Bagi aku masalah betul la Aiman & Hana ni. Dorang takut untuk meluahkn yang sebenarnya mereka mencintai antara satu sama lain. Sebab takut kecewa. Dalam perhubungan ni perlukan komunikasi. Bukan apa, kurangnya komunikasi menyebabkan banyak masalah yang muncul.

Hubungan Aiman & Hana ni aku rasa sweet je. Walaupon pada hakikatnya nampak Aiman ni berkasar dengan Hana. Panggil pon kau-aku. Tapi sikap caringnya yang menjadikan dia seorang lelaki yang macho.

Totally jalan cerita ini ok. Walaupon standard kisah cinta yang biasa. Tapi aura daripada Kay Omena menjadikan cerita ini ada magisnya. Tak sabar nak baca novel Sayangku Saarah pulak. 😅

Aku sebenarnya sekarang amat susah nak baca kisah cinta. Tapi xtau kenapa novel ni aku boleh hadam sebaiknya. Mungkin jalan ceritanya. Mungkin juga olahan yang menarik daripada Kay Omena.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
November 19, 2021
dua perwatakan hana. di kampung dia lebih bebas, lebih ceria, banyak cakap. tapi bila dia balik rumah sewa, balik kampus, dia jadi pendiam, kaku, sendirian. bahaya juga sebab boleh makan diri dalam diam.

semua sebab rakan serumahnya, farah. banyaknya fitnah dan perangai buruk yang farah lempar pada hana. hinggakan pada jiran mereka, aiman pun farah jaja banyak cerita.

tapi yang farah tak tahu, aiman tu jiran sekampung hana. dan aiman lebih mengenali hana macam mana. mereka berdua, hana dan aiman pun bukanlah baik mana. aiman yang selalu menggarang bila hana menegur. hana itu sajalah baik hati nak beramah mesra walaupun dia tahu aiman seolah tak sudi nak melayan dia.

tapikan, tau kenapa aiman macam tu? ha.. part ni best. aiman tu dah lama simpan hati pada hana. kiranya macam masing-masing pendam rasa lah ni. garang-garang aiman, mata dia tetap pada hana. selagi boleh dia nak jaga hana baik-baik.

peluang datang bila haziq buat onar. waktu tu aiman dah tak nak lepas peluang. tak kiralah hana nak atau tak. hana dengan misi dia. aiman dengan agenda dia.

penyampaian penulis Kay Omena macam biasalah. sedap. bila pov hana, pembaca akan rasa setiap emosi pada hana. bila pov aiman, pembaca boleh rasa tegas dan tanggungjawab aiman. yang pasti, boleh rasa dua-dua pendam perasaan cinta.

soroklah sangat rasa yang ada tu. kalau melepas masing-masing, kan padan muka. kihkih...

suka cerita keluarga yang macam ni. betapa erat perhubungan kekeluargaan yang ada antara satu sama lain. watak aathif dan saarah juga ada terselit.

cinta, kasih sayang bila selari dengan perasaan tanggungjawab akan lebih rasa hikmahnya. sama ada yang memberi atau yang menerima.

kedua-dua akan rasa betapa ikhlasnya perasaan yang ada dalam diri.

yakinlah.
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
March 24, 2024
Suka sangat sebab ada dua pov. Jalan cerita yang smooth and light read. Cinta Aiman pada Hana ni mutual feelings and cute. Rasa logik and real je. Cumanya, faham je Aiman ni garang tapi kasar sangat hm I will prolly leave someone like him hahahaha Hana pun takdelah lemah pun cumanya maybe sebab dia seorang yang naif so she can accept je apa Aiman buat kat dia.
Profile Image for shaafiiqah.
14 reviews3 followers
January 2, 2022
Aiman dan Hana.They both are really made to each other, suka dengan aiman even beku pun still jaga hana and hana pula tak insaf dengan nakal nya.This novel deserve 5🌟.A very light romance one and lovee dengan storyline with the 2pov sebab jarang ada buku yang ada 2 pov.
52 reviews4 followers
August 11, 2018
kisah mengenai hana dengan aiman yg berjiran. dekat rumah lama berjiran, rumah baru pun berjiran juga. hana masih belajar, aiman pula dah kerja. hana dah lama sukakan aiman, aiman pun sama. cuma masing masing tak luahkan.

awal cerita lebih berfokus kepada konflik hana dengan teman serumah, sekuliah. hana ni macam dipinggirkan. kagum la juga macam mana hana boleh lagi bertahan dengan perangai farah tu. kalau i, memang cabut keluar dah dari awal. bukan kawan dah tu! lepas hana kahwin dengan aiman, fokus cerita mula berubah.

kisah ni kejap guna pov hana kejap pov aiman, berselang seli. awal awal boleh beza lagi siapa tengah cakap tapi bila nak ke hujung cerita mula keliru sebab dah macam sama je cara aiman dengan hana.

overall still ok. kudos writer!
Profile Image for yanards_.
3 reviews2 followers
May 4, 2022
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

𝐒𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐡𝐚𝐧𝐚 𝐛𝐲 @kay.omena

5/5🌟

Thanks to @soyennreads sebab hasut yana beli and baca buku ni✨

°This is my first review, so I'm sorry if there might be a spoiler or what.

First of all yana rasa buku ni sesuai dibaca untuk siapa siapa yang mencari bahan bacaan untuk release stress sebab jalan cerita dia tak banyak konflik dan santai sahaja.

AND THE BEST PART IS buku ni ada 2 pov which is ada pov hero and pov heroin so bolelah kita tau apa isi hati dua dua.

Cerita ni very cute sebab diaorang suka gaduh je manjang (but gaduh gaduh manjalah) dan banyak main tarik tali tau, so diaorang tak tau nak express their feelings. Sebab dah tak tau perasaan masing-masing kan so mcm jadi "kau suka aku ke tidak ni" gitu la :)

Aiman and Hana ni berjiran dari kampung lagi then bila duduk rumah sewa pon diaorang berjiran juga. Nampak tak betapa kuatnya jodoh mereka (≧▽≦). Then ada 1 peristiwa yang membuatkan Aiman dan Hana ni berkahwin jadi bermulala journey rumah tangga dia orang *nak tau kenala beli ( ꈍᴗꈍ)

Sumpah kelakar bila Aiman and Hana ni dah kahwin, so korang kenala baca, wajib !!

Yana sangat recommended this book to people that wanted some books that could release their stress and tension. 👍🏻
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
March 31, 2023
Lawak gak dorang ni punyalah lama pendam perasaan 😅
Profile Image for Tuan.
23 reviews
June 17, 2019
.
Kadang rumahtangga jadi hura hara, Bukan kerana adanya orang ketiga,
.
TAPI..
.
Atas sebab diri sendiri, Rasa takut dalam hati,
.
Macam kes Aiman dengan Hana Dalam #SayangkuHana,
.
Mereka memendam rasa, Takut kalau kecewa,
.
Pada pendapat hamba,
Kalau suka, Terus terang saja,
.
Kalau di-reject, Itu perkara biasa,
Kalau di-terima, Itu luar biasa,
.
Sebab perihal jodoh,
Hanya Allah yang tahu,
Akan bila dan siapa orangnya,
.
Rasa awkward, Memang akan wujud,
Namun probability, Masih tetap ada,
.
Jadi tak salah mencuba,
.
Mana tahu rasa yang kau ada, Turut sama dia rasa,
.
Aiman dikira bertuah sebab dapat memiliki Hana,
.
Keseluruhan cerita, baik-baik saja, Tak la sampai migrain kepala,
Setakat sakit hati sikit je, Itu pun sebabkan Farah,
.
Kalau follow cerita Aathif dan Saarah,
Mesti akan suka la baca #SH ni,
Banyak kali kot Aathif menyelit,
.
Terubat rindu, Power ah Aathif,
Ada Aaqif dengan Aaniq, Siap dapat Adlinaa Qisya lagi,
.
Aathif dengan Saarah mana??
Aathif dengan Saarah #SS la, #SayangkuSaarah ❤🌹❤
.
Maka selesailah #SS dan #SH,
Misi diteruskan pulak mencari,
Suara Hati Dia @ #SHD, A Complete Set By Kay Omena.
.
#SayangkuHana
#ByKayOmena
#BooksReview
#ByH2dA2dN2dI
.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.