"Amna bukan disleksia. Dia keturunan mama, keturunan Ghaz dan Gina. Keturunan bijak pandai.” - Puan Syatilla.
Gazza buntu. Bagaimana lagi dia harus terangkan kepada ibunya tentang keadaan Amna, si anak buah yang menderita disleksia? Penderita disleksia bukan orang bodoh malah ada di antara mereka lebih bijak daripada orang biasa. Walau dicuba sehabis daya tetapi ibunya tetap tidak mahu menerima hakikat itu. Risau dipandang rendah oleh masyarakat kerana mereka daripada golongan keluarga terpelajar. Itu yang dirisaukannya, bukan risaukan Amna. Sesak dada Gazza memikirkan tentang hal itu. Dalam keadaan risau yang membelenggu diri, Gazza tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor dengan caranya tersendiri. Gila-gila dan sukakan muzik. Bahkan sewaktu merawat pesakit pun dia mendengar muzik.
"Nak lagu apa?” "Haaa...” "Saya suruh pilih lagu. Nak lagu apa? Lagu Anuar Zain ada. Lagu Dayang Nurfaizah pun ada. Cepat cakap nak lagu apa?” "Doktor ada lagu Sepohon Kayu tak?”
Itu pertemuan pertama Nafisa dengan Gazza. Tak betul, aneh dan pelik. Itu yang dirasakan Nafisa kepada doktor yang sedang merawat untuk membuang tahi lalat yang sakit di pipinya. Tapi, doktor itu baik. Baik pada pandangan Nafisa sewaktu Gazza menghantar Amna ke sekolah khas untuk kanak-kanak disleksia, tempat dia bekerja. Sifat melindungi dan penyayang yang tinggi dalam diri Gazza kepada Amna menarik minat Nafisa untuk mengenali lelaki itu. Dalam tidak sedar, dia bersetuju untuk menjadi guru peribadi Amna bagi kelas tambahan di rumah Puan Syatilla. Dan tiba-tiba… Perasaan cinta menjentik tangkai hatinya kepada Gazza.
"Rasa-rasa nak pindah ke mana yang boleh buat doktor rasa gembira?” - Nafisa "Nak berpindah ke dalam hati awak. Agak-agak ada ruang kosong tak?” - Gazza
Namun, ketika dua hati mulai bertaut, kisah silam Nafisa terbongkar. Dia diherdik dan dihina semacam tidak punya harga diri. Maruahnya dipijak-pijak oleh orang yang tidak selayaknya menghukum tanpa usul.
"Dia sendiri bodoh tetapi ada hati mahu mengajar cucu aku. Tak guna punya budak. Orang asing memang langsung tidak boleh dipercayai. Tidak pernah ikhlas dan hanya mahu mengambil kesempatan.” - Puan Syatilla.
Apakah yang perlu Nafisa lakukan? Golongan sepertinya tidak layak untuk berada bersama golongan terpelajar seperti Puan Syatilla dan Gazza walaupun kini dia sudah berjaya? Disleksia, apa sebenarnya salahmu?
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Pada N, sinopsis novel ini sangat misleading.
I had the impression yang novel ni tentang cabaran seseorang yang mempunyai Disleksia dan persepsi masyarakat tentang mereka, dan bagaimana seorang doktor yang sering dianggap sebagai seorang cerdik pandai jatuh cinta dengan seorang wanita Dyslexic.
I was wrong.
Well, partially wrong sebab walaupun impression N agak tepat, it wasn't the core and focus of the story.
Highlight tentang Disleksia sangat sikit dan hanya pada permulaan cerita. Selepas hanya beberapa chapter, isu itu dimatikan begitu saja dan lebih fokus pada cerita lain. Pada N, watak Nafisa ni, dyslexic atau tidak, tidak membawa apa-apa pada cerita sebab ia tidak ditumpukan.
Plot agak berterabur; everything but the kitchen sink dicampurkan dalam cerita ini. Dari ayah kena kanser (rational untuk dimasukkan ke dalam jalan cerita?) pada kakak lari lepas tu jumpa balik, N rasa plot GHBG sangat lemah, ditambah pula dengan watak-watak utama yang mempunyai personaliti yang menjengkelkan.
It was, honestly, a disappointing read sebab apa yang menjadi tarikan pada sinopsis hanyalah umpan pada kesuluruhan cerita yang sebenarnya goyah tanpa hala tuju.
Saya torn in between rating..tak tahu nak beri berapa sebenarnya. Jika saya ikut emosi saya yg amat terganggu dengan sikap Nafisa mmg saya beri 2*. Tapi kerana penghujung ceritanya mmg ada watak psiko yg tersembunyi di leraikan saya beri another bintang. Saya tambah another bintang buat Amna kerana hati budak ni celik.
Yg nampak baik tak semestinya baik. Yg evil tak semestinya evil.
Tengok tajuk pun dah menarik, macam cerita kelakar pun ada. Bila start baca tu memang tak boleh stop lah.
Rupanya ceritanya agak serius iaitu berkisar mengenai disleksia, kekeluargaan, perubatan, crime pun ada dan of course percintaan. mana nak dapat semua kisah disatukan dalam satu naskhah hebat ni.
Semua konflik yang berlaku betul-betul boleh membuka mata kita. Jalan cerita yang sarat dengan pengajaran dan kisah sebenar yang berlaku sekarang. Pandangan realiti masyarakat terhadap disleksia. Part orang tak tahu dan salah sangka dengan disleksia ni mendalam betul rasa. Suka hati je ckp penghidap disleksia macam tu. Ish ish.
Konflik kekeluargaan yang berlaku pun saspens betul. Berdebar-debar rasanya. Tu yang buat tak boleh stop baca. Yang paling penting plot twist dia memang terbaik!
Tahniah utk penulis! Naskhah kali ini mampu membuka mata masyarakat tentang masalah gangguan pembelajaran seperti disleksia dan juga masalah-masalah lain. Teruskan menulis ye dan teruskan memperjuangkan disleksia! 5 stars!