Bertemu lagi dalam Cerpen Jilid 2. Rakaman pelbagai kisah yang difiksyenkan menghurai perasaan para wanita seadanya. Kali ini membawa pelbagai kisah, antaranya kisah wanita mualaf, anak gadis orang asal yang marah pada dunia, penantian ibu tua dan gentayangan wanita, masing masing menilai hidup dalam selitan pelbagai kisah. Penulis dalam beberapa sesi Persuratan Sastera sering ditanya makna Feminisme. Soalan yang seakan berulang ditangani dengan falsafah yang dihafal: Feminisme bukanlah hal hal membakar coli dan berarak membawa sepanduk, ianya adalah tindak tanduk generasi wanita (termasuk para transnita) untuk memberi ingatan bahawa segala jantina sedia ada hadir dari rahim perempuan gabungan perilaku kaum lelaki. Tanggung jawab, hak dan keadilan haruslah dikukuhkan secara jelas tanpa ada pihak dipinggirkan. Hidup dan pemikiran paling tidak harus diperbaiki. Di dalam penceritaan ada hal hal moral yang harus diketepikan demi hasrat dan perasaan bercerita. Sikap manusia dipaparkan tanpa selindung. Sama seperti Cerpen Jilid 1 ini bukan buku lucah. Semoga dinikmati intipatinya sebaik mungkin. SELAMAT MEMBACA
Masih mengekalkan tema kemanusian dan penerimaan diri sendiri yang paling utama, kali ini dikumpulkan 12 cerpen nukilan mama Regina. Setiap cerpen ada kisah yang tersendiri, sindiran tajam yang menusuk dan berbalik kepada penerimaan diri sendiri.
Diselitkan sedikit unsur mistik dan dongeng, mungkin sebab itu rating sedikit berkurangan. Dan, ada cerita yang seperti pernah dibaca dalam Jilid sebemum, seakan dejavu.
Namun, masih mampu menyentuh rasa dan menusuk tangkai hati, perlahan-lahan belajar melihat dunia dari sudut yang berbeza dan menilai diri seadanya tanpa mengharap ihsan masyarakat keliling.
Akhirnya…naskah ini dalam gengaman setelah beberapa lama mencari. Jelasnya hasil tulisan penulis ini sangat mengasyikkan. Seperti candu.
Cerpen-cerpen yang dimuatkan turut membawa makna kehidupan (realiti/fantasi). Antara 12 cerpen yang dimuatkan, salah satunya iaitu cerpen Chape Chik Pokok Asam begitu menggamit sebuah bacaan yang dihadiahkan sewaktu saya masih anak-anak. Hampir sama penceritaannya dengan naskah tersebut. Cuma judulnya sahaja berbeza (dan saya lupa tajuknya).
Syabas penulis kerana menghasilkan bacaan yang santai. Naskah ini mungkin nipis tapi ‘intinya tebal’.
As usual Mama Regina memang pandai bercerita kisah-kisah kehidupan rakyat jelata marhaen daripada yang miskin sehingga kaya, kehidupan mak nyah, ilmu hitam dan pelbagai lagi. Buku Cerpen Jilid 2 ni sememangnya bagus sekiranya kita nak rasa dan tahu realiti masyarakat di luar kepompong kita. Memanglah fiksyen tapi most of the stories rasanya memang based on true stories.