Lagu bergemuruh di atas pentas, meloncat-loncat kehabisan nafas, mencekam botol arak buatan gelas, dipeluk erat si gadis bertubuh apas,
Alunan Alunan azan dari langit berseruan, memanggil hamba-Nya yang beriman, kecuali yang masih lagi nyanyian, tanpa resah duka hari esok yang tersimpan.
Jangan terlalu selesa Sehingga terlena di salah Syurga.
"Jangan terlalu selesa di taman yang sementara. Sungguh, manusia selalu terlupa dengan muasalnya."
Buku ini boleh saya katakan sebagai himpunan penulisan untuk kita jadikan pedoman dalam kehidupan. Penulisan yang seakan akan puisi tapi tidaklah terlalu rumit dan puitis sehingga maksud tidak kesampaian. Apa yang saya suka, penulis juga banyak menggunakan kosa kata bahasa Melayu yang asing pada saya, tetapi sangat indah. Maksud setiap kosa kata itu juga disertakan.
Teguran bukan semata mata berkisar tentang ibadat, namun dari sekecil kecil perkara tentang perasaan juga disentuh oleh penulis. Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada penulisan2 ini. Santai, tetapi cukup dalam hingga menusuk kalbu. Kisah2 para ulama' juga banyak diselitkan sebagai pengajaran.
Would I recommend this book? Yes. Definitely. Pembacaan santai yang pertama untuk tahun 2021.
Alhamdulillah, selesai juga bacaan buku islamik yang bukan sahaja kecil, malah sarat dengan pedoman dan nasihat ini. Apabila diperhatikan gambar pada muka buku ini, jelaslah mengambarkan keadaan hamba Allah yang berteriak akibat kepanasan daripada seksaan api neraka yang tidak dapat digambarkan panasnya. Dengan ingatan tersebut terngiang-ngiang di fikiran, barulah saya memulakan pembacaan. . . Nukilan ini seperti penceritaan yang menghasilkan kisah-kisah pendek seakan puisi, namun tidaklah bermadah sehingga menyukarkan pembaca seperti saya untuk mengambil ibrah. Isi kandungannya dibahagikan mengikut jilid ataupun abjad yang begitu tersusun. Kesemua penulisan di dalam buku ini, benar-benar menyentuh hati yang lalai, rapuh serta kehausan jentikan tarbiah. . . Sayu sekali apabila sampai di tajuk ‘Jahil Murakab’, ‘Kesenangan yang menipu’, ‘Membaca’, ‘Mulut terkunci' dan lain-lain lagi yang saya rasa terlalu panjang untuk dinyatakan di sini, ibarat meninggalkan tamparan yang kuat, bertalu-talu. Sungguh malu apabila teringatkan kesungguhan para ilmuwan Islam terdahulu yang begitu cintakan ilmu dan mulutnya sentiasa terisi dengan zikir. Seperti kata penulis, tadahlah tangan dan berdoa, “Ya Allah, terimalah amalan aku yang kurang ini.” Hakikatnya kita adalah hamba yang lemah, lalu mengapa malu untuk menagih. Dengan menghadirkan hati, barulah kita dapat mendalami apa yang cuba disampaikan penulis dan seterusnya terkesan pada jiwa. . . Terima kasih diucapkan kepada penulis untuk sebuah karya yang menginsafkan ini. Semoga dihalalkan semua ilmu yang diperoleh ini.
Buku ini membuatkan minda dan jiwa aku tersentak dengan hal-hal duniawi yang hanya bersifat sementara.Tipulah kalau tak terasa langsung dengan kata-kata puisi si penulis yang menusuk ke dalam kalbu.Tapi,bukanlah terasa yang terguris hati tapi terasa yang menginsaf dan menyedarkan diri sendiri. - Aku susunan kata-kata puisi si penulis.Ada penambahan kata-kata yang tak pernah aku jumpa.Senang cerita,puisinya santai tapi mampu membuatkan pembaca berfikir sejenak.Ada juga penambahan ilmu yang selama ni dianggap remeh saja.Cukup baik penyampaiannya. - Ya,memang betul ramai orang zaman sekarang sedang terlena di salah syurga.
Bait-bait perkataan yang ditulis dalam setiap helaian muka surat, sungguh kita dapat merasakan penulis seolah-olah berbicara dengan kita dengan penuh puitis dan berhemah. Setiap apa yang dinukilkan ia pasti akan tersemat di lubuk hati kita. Tepat pada hati kita.
Kita sering merasa "Nelangsa" Tapi tahu ke kita apa itu "Nelangsa"??
Di sini.. Di "Terlena Di Salah Syurga" Kita akan melihat banyak bait-bait perkataan yang kita mungkin tidak tahu tapi di sini, kita akan tahu maksudnya. Yang Allah kurniakan pada sang penulis untuk kita tatap dan fahami maksudnya.
Dan seterusnya membawa kita kembali kepada Sang Pencipta dan berbalik kepada KalamNya.
Satu buku yang jelas tersusun bait-bait kata yang bersifat menegur dalam lembutnya bicara. Pelbagai topik diolah oleh penulis secara santai sedikit sebanyak sampai ke lubuk hati. Cara penyampaian yang indah, InsyaAllah mampu mengetuk pintu hati pembaca yang membacanya yang mungkin sedang merasakan kehidupannya di dunia ini sudah cukup syurga untuk dia alpa untuk mencukupkan bekal untuk kehidupan seterusnya.
"sungguh aku takut jika amalku yang ku kira di dunia ini tidak dihitung di sana nanti hanya kerna asbab yang ku pandang enteng di dunia kini"
Terima kasih atas cetakan buku ini yang telah kembalikan aku ke alam nyata bila mana riak mengintai rasa dalam setiap amalku.
Penulis menulis menggunakan bahasa puitis yang senang difahami ditambah ada ruangan di bahagian bawah halaman yang dilampirkan maksud perkataan yang jarang digunakan.
Sedikit sebanyak hatiku dijentik kerana keadaan yang kena dengan batang hidung sendiri. Kupasannya adalah perilaku manusia yang dijadikan rutin dan akhirnya membentuk kebiasaan yang rata rata orang berkata "Benda tu biasa/zaman sekarang" dll.
Kebiasaan tidak bererti benar. Asing bukan bermaksud salah.
Oh ya, aku baca buku ni di PNM E-reader dalam bentuk ebook. Anda semua boleh cuba pinjam di aplikasi itu.
Sebuah buku yang menghimpunkan puisi dan cerpen yang berkait dengan agama. Sangat sesuai untuk sesiapa yang minat puisi, mahu mula membaca buku nipis dan mencari makna bertuhankan Allah Yang Esa.
Walaupun ada beberapa patah perkataan sangat jarang dijumpai, tetapi makna yang diberikan di nota kaki menyenangkan kita dan sangat2 bagus. Belajar banyak perkataan baru.
Antara taju yang saya suka ialah.... Hampir semua. Susah untuk diberitahu. Haha. Tahniah kepada penulkis. Ini adalah buku pertama saya baca dan kemungkinan akan kumpul lagi buku terbitan tuan. Insyaa Allah.
Jujur, tiada muka surat, perkataan dalam buku ini tidak menampar diri. Bahkan, saya mengambil beberapa hari untuk refleksi diri sebelum kembali membaca helaian yang seterusnya. Isi dan nilai yang penuh teguran dan manfaat. Alhamdulillah.