Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nursirnafitrahtul'ain

Rate this book
Sesungguhnya, jika musibah atau cubaan pada tubuh menimpa dirimu, keluarga atau hartamu, maka ingatlah Zat yang menurunkan cubaan itu, pemilik sifat kasih sayang, kebaikan yang diberikan kepadamu dan cinta serta kelembutan yang dicurahkan kepadamu. Mudah-mudahan kau memahami nikmat yang terdapat dalam lipatan bencana itu dan limpahan kurnia serta kemurahan setelahnya. Jika tidak, cukuplah kau melakukan penyucian daripada dosa, pembersihan daripada aib dan pendekatan ke hadirat Yang Maha Mengetahui hal-hal ghaib.

Novel ini diterbitkan selepas kembalinya Sutung Umar RS ke rahmatullah.

Paperback

First published January 1, 2018

1 person is currently reading

About the author

Sutung Umar RS

13 books4 followers
Sutung Umar RS atau nama sebenarnya, Wan Omar Ahamed berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Penulisan Kreatif dan Diskriptif di Universiti Malaya (UM).

Beliau pernah berkhidmat sebagai guru dan editor buku di Penerbitan Adabi, sebelum berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai Pembantu Penyelidik dan Editor Dewan Sastera (DS) yang dianggap sebagai majalah sastera berautoriti di Malaysia, sebelum akhirnya bersara awal sebagai Ketua Bahagian Majalah DBP.

Pengalaman dalam penerbitan majalah khususnya DS di DBP, dimanfaatkan dalam dunia akhbar apabila berkhidmat sebagai Ketua Unit Pengembangan Sastera, Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) sehingga bersara pada 2003.

Bagaimanapun, beliau tidak berehat, sebaliknya menjadi Editor Majalah Masa yang diterbitkan pada awal 2005 dan Ketua Editor, Majalah Pentas terbitan Istana Budaya, bermula 2006 hingga 2008, sebelum menyerahkannya kepada Rahimidin Zahari (Allahyarham).

Sebagai penggiat sastera, Sutung Umar RS bersama-sama Che Shamsudin Othman atau lebih dikenali Dinsman, menubuhkan Teater Elit yang mempelopori Baca Puisi di Hotel Century Abad Kuala Lumpur dan Malam Puisi Tanah Air, selain pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).

Genre penulisannya meliputi puisi, cerpen, esei dan novel tetapi beliau tidak banyak menerbitkan karya dalam bentuk buku secara persendirian ketika berkhidmat di DBP dan BH selain tiga kumpulan puisi, iaitu dua kumpulan sajak kanak-kanak, Kampung Halaman dan Wau Bulan terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, serta Taburkan Bunga (DBP).

Bagaimanapun dalam tempoh mutakhir ini, Sutung Umar RS menghasilkan novel, kumpulan cerpen dan puisi dengan lebih aktif yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) serta DBP.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
1 (100%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Ema.
1,117 reviews
August 21, 2020
Not my cup of tea, orang kampung aku kata. Tapi challenge accepted sebab aku memang dah lama nak baca buku dari penulis ini.

2 bintang bukan sebab tak bagus. Bagus. Tapi sebab aku sendiri😁
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.