Yaya, BoboiBoy, Yin, Fang dan Gopal menubuhkan Kelab Misteri di sekolah untuk menyelesaikan apa sahaja misteri. Apabila seorang demi seorang pelajar datang dengan khabar angin tentang sumpahan dan misteri bangunan usang di sekolah, mereka berjanji akan membongkarkan setiap tipu daya di sebalik misteri itu. Namun, surat ugutan yang tidak putus-putus dihantar kepada Kelab Misteri membuatkan Yaya tertanya-tanya. Siapakah penjenayah di sebalik topeng hantu harum ini.
Detektif Yaya Dan Misteri Hantu Harum by Timie Zafira.
- First, aku tak sangka jugak aku akan baca buku ini sampai habis. Oh ya, buku ni aku jumpa atas rak buku kat rumah aku.
- Kisah pasal Yaya dan kawan-kawannya, Boboiboy, Ying, Fang dan Gopal.
- Yaya ni dia tubuhkan satu kelab dekat sekolah iaitu Kelab Misteri dan fungsi kelab ini adalah untuk menyelesaikan kes-kes misteri yang berlaku di Pulau Rintis atau di sekolah mereka.
- Antara kes yang paling gempak diorang dapat pasal hantu harum ni. Haaa kenapa nama hantu tu hantu harum? Sebab dia harum la😂😁.
- Betul ke hantu harum tu wujud? Haa dalam diorang tengah siasat kes ni yang berlaku dekat bangunan lama di sekolah tu, diorang kena kacau dengan lembaga lain pulak. Nak tahu apa dia? Korang kena baca😂.
- Berjaya ke Yaya and the geng selesaikan kes ni? Haa kalau nak tahu lagi, baca la!
- Kadang-kadang baca buku cerita kanak-kanak tidak menjadi masalah, best apa. Sesekali tu tukar angin pulak baca buku kanak-kanak ni.😁
Antara kes kes yang diterima oleh kelab misteri ialah tentang misteri hantu harum di bangunan lama sekolah rendah Pulau Rintis yang akan dijadikan kompleks sukan.Sesiapa yang ada hubung kait dengan pembinaan itu akan menerima satu nota misteri.
'Jangan dekati bangunan ini.SUMPAHAN HANTU HARUM MENANTI'
Dipendekkan cerita,Detektif Yaya dan rakan rakannya pun menyiasat kes tersebut.Mereka juga menerima nota yang sama.
Belum selesai kes hantu harum,muncul lagi hantu baru.Ada yang mendakwa mereka melihat tengkorak berapi hijau di makmal bangunan lama itu.Rupa rupanya tengkorak tu palsu.
Panjang lagi kalau nak cerita.Pendek kata,korang kenalah baca sendiri untuk mengetahui kesudahan misteri bangunan lama sekolah rendah Pulau Rintis.
Bagi saya highlight buku ni: - Boboiboy tak puas hati dengan nama kes sebab panjang sangat hahahaha - Fang vs popularity - Karakter kembar, Melati dan Melur + Siti, classmate Yaya - Suzy