Jump to ratings and reviews
Rate this book

Imbas Kembali

Rate this book
Travelog berbasikal oleh dua orang anak muda dari Malaysia merentasi Vietnam - Kemboja - Thailand dan pulang ke Malaysia. Segala suka-duka, tips and tricks dikongsikan dalam buku tebal ini.

259 pages, Paperback

Published December 1, 2017

Loading...
Loading...

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (33%)
4 stars
6 (66%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Khasreena Afiqah.
8 reviews
December 7, 2020
Cerita tentang pengembaraan dua sahabat baik. Hujung buku ini ada kisah tentang kucing, yang bisa membuat anda menangis. Baca lah.
Profile Image for Mai Radhiallah.
84 reviews12 followers
January 31, 2021
Ulang baca buku ini pada 2021 sebab nak masuk pertandingan lomba tulis ulasa buku. Moga aku kuat untuk tulis sebelum tarikh tutup!

****

Buku ini saya dapat sendiri dari tangan penulis waktu kami madang bersama selepas nonton Deepset dengan kawan-kawan yang lain. Sebuah buku pengembaraan berwarna merah. Sinomin dengan warna dokumen rasmi rakyat Malaysia untuk berkelayakkan keluar masuk ke sesebuah negara. Akhirnya buku yang tertahan-tahan sejak tahun 2015 ini berjaya mengunjugi kamar pembacanya. Kata penulis, buku keramat ini dicetak tidak banyak; jadi saya antara orang-orang bertuah miliki sebuah buku pengembaraan dari Saigon, Vietnam turun ke Malaysia menggunakan transpotasi bernama basikal.

(Senyum)

Pulang sahaja daripada berlibur malam minggu, saya mau lekas-lekas buka dan baca buku ini. Pada awalnya saya cuba bersabar dengan memulakan pembacaan saya. Tetapi suara penulis tadi terus mengasak-asak minda saya — buku ini aku tulis dengan penulisan gaya post-rock. Seorang daripada pembacanya telah menitiskan air mata — Menjadikan saya tidak tertahan lalu mengkhianati buku ini dengan loncat ke bahagian akhir, sudah senyum puas hati dan saya letakkan buku ketepi. Masuk malam tahun baru barulah saya benar-benar mengembara dengannya.

Saya akui bahawa seorang pengembara (baca: discomfort traveler) lebih mudah didekati/mendekati masyarakat setempat. Buktinya ada di dalam buku ini. Setiap jalan yang ditelusuri oleh penulis akan ada masyarakat yang senang membantu. Bermula dari tempat mereka tinggalkan bandar Vietnam, kemudian lintasi dua (2) buah negara; Cambodia dan Thailand, sampai pulang semua ke tanah Malaysia mencurah-curah kebaikan diterima. Kata kuncinya adalah berlapang dada.

Rupanya saya dan penulis telah menziarahi Cambodia pada tahun yang sama, 2015. Bezanya saya menggunakan transpotasi awam dan penulis dengan basikalnya; jadi keberadaan penulis sepanjang berbasikal di Phnom Penh ke Siem Reap betul-betul buat saya Imbas Kembali kenangan lama. Jalan raya nan sesak, cambodia snow, tebu limau break. Bahkan kerakusan Khmer Rough telah saya nampak dengan mata kepala sendiri. Saya turut terkesan sewaktu Zahri (kawan penulis) memberitahu berkemungkinan tinggalan tengkorak di S21 adalah milik saudaranya.

"Travel isn't always pretty" catat penulis di bahagian akhir buku. Dalam mencurah-curah kebaikan, penulis tidak kebal dari masalah. Tayar pancit ini saya kira benda paling menghantui seorang traveler basikal. 4 kali tayar gagal fungsi boleh buat mental breakdown! Dari buku ini dapat belajar benda baru. Kalau berbasikal di Cambodia dan mahu isi angin tayar guna compressor, kena hulur duit sikit. Saya dapat bayangkan orang yang pam tayar penulis tunggu imbuhan tetapi penulis cuma bagi senyuman dan berlalu. Lucu! (saya gelak part ni).

Membaca kisah penulis membuatkan saya insaf akan tugas dan tanggungjawab. Dalam sarat mengembaraan penulis masih taat dan akur dengan pekerjaannya. Saya pernah mendapat komentasi bahawa pergi travel ini adalah suatu escapism dan pembaziran kerana diakhirnya meraka akan pulang menghadap realiti. No such thing, man. Buku ini sekali lagi buktikan tiada pembaziran dalam sebuah pengembaraan!

Hidup bahagialah,
Mai Radhiallah
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
September 5, 2018
Betullah kata orang lama, jauh perjalanan luas pemandangan. Dan berdasarkan cara penulis yang mengembara di negara orang dengan cara berbasikal ini, sudah tentu lebih menarik pemandangan yang beliau nikmati & banyaknya pengalaman yang beliau timba sepanjang ekspedisi tersebut.

Dari Kuala Lumpur ke Vietnam, merentasi Cambodia ke Thailand dengan berbasikal, sebelum kembalinya ke Malaysia semula, semuanya diceritakan dengan terperinci oleh penulis di dalam buku ini. Setiap penceritaan yang beserta gambar semestinya menjadikan pengalaman membaca itu lebih menyeronokkan. Ditambahkan lagi dengan penulisan yang ringkas serta dalam kronologi yang tersusun, tiada apa yang kurang dari segi itu.

Cuma kejadian di pertengahan ekspedisi berbasikal ini yang mungkin membuatkan pengakhirannya agak menyedihkan. Bukannya kecewa, namun sedih. Memandangkan nukilan ini adalah dari kisah sebenar bukannya kisah fiksyen, sedikit sebanyak anda pasti dapat merasai perasaan penulis di penghujung catatan travelog ini.

Apa-apa pun travelog ini tetap menginspirasikan. Sama seperti kisah anak muda kita yang mengayuh basikal dari Manchester, United Kingdom pulang ke Malaysia satu ketika dahulu, Advantura Pulang Ke Malaya, buku ini juga perlu anda baca, jika jiwa anda juga adalah jiwa pengembara.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews