Jump to ratings and reviews
Rate this book

Plasma

Rate this book
Setiap manusia ada keperluan dan keinginan.

Assir mahu wang yang banyak untuk mengekalkan gaya hidup mewahnya. Tanpa rasa bersalah, satu demi satu syarikat dibeli dan diranapkan. modus operandinya licin macam belut.

Sally mahu kekal muda dan cantik. Rawatan kecantikan menemukannya dengan satu suplemen yang mampu mengembalikan kecantikan dan keremajaan. Salah satu bahan dalam suplemen itu adalah darah manusia.

Justeru, apabila kedua-duanya bersatu, mereka sanggup melakukan jenayah demi memenuhi keperluan dan keinginan masing-masing.

"Kau dan aku tak ada beza. Kau sedut duit syarikat. Aku sedut Plasma. Duit dan Plasma. Dua-dua adalah untuk hidup."

Adakah kejahatan mereka didorongi keperluan atau nafsu? Berapa banyak yang akan menjadi korban sehingga mereka puas?

278 pages, Paperback

First published March 1, 2018

1 person is currently reading
35 people want to read

About the author

Maya Iris

12 books80 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (59%)
4 stars
9 (40%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books107 followers
March 20, 2018
hmmm.... puan penulis kak Maya Iris... sangat kurang novel kali ni. sangat kurang... kurang apa? KURANG JUMLAH MUKA SURAT! kalau puan penulis buat sampai 600 muka surat pun saya rela hati habiskan pembacaan. rasa banyak part dalam novel ni kalau dikembangkan sangat mampu menambah keterujaan dan debaran pembaca.

watak memang ramai tapi tak mengelirukan kerana masing-masing punya tempat letak duduk berdiri, menguatkan setiap bahagian cerita. kita ambik yang utama. sally terlebih dahulu. secara keseluruhan sebenarnya wataknya adalah nadi pada Plasma. kerana sally, semua jentera bergerak dan mainkan peranan dalam menghidupkan penceritaan. modus operandinya? mahu sentiasa kekal cantik muda dan bertenaga walhal sudah bercucu dan menjangkau fasa umur nenek.

watak kedua yang jadi komponen penggerak. assir. manusia yang cintakan kekayaan dan duit. manusia penjenayah kolar putih yang mampu bergerak tanpa mampu dicuit. tapi yelah, tupai melompat pun boleh jatuh ke tanah. assir salah langkah buatkan dia terperosok dalam penjara di luar negara. dengan bantuan sally dia berjaya lepas dan mereka berdua kembali ke malaysia..

di malaysia, assir mula mencari langkah menambah mata pencariannya. licik dan berkesan setiap langkahnya. puan penulis bijak menggambarkan setiap perjalanan perniagaan mereka. kita yang baca ni pun sakit hati dengan olah assir dan konco-konconya..

ehh.. lupa pula.. sedut bukan setakat sedut biasa tau. bab kisah pembunuhan kerana mahu sedut sesuatu yang berharga dari tubuh manusia pun buat kita geli tekak. korang ada ambil produk kecantikan? siasat betul-betul tau.. tahniah puan penulis. walaupun kekangan muka surat tapi berjaya menyampaikan satu kisah yang padat pengajaran. laksanakan pekerjaan dengan jujur, jangan curi waktu bekerja. nak cantik, nak kurus pun banyak cara beb...
Profile Image for Sha Mohamed.
2,527 reviews1 follower
October 9, 2019
Menarik.. Mengujakan dan juga meloyakan.. Sedut duit dan sedut darah, dua-dua jenayah dilakukan dengan sadis tanpa belas kasihan.. Memang ngeri bila melihat kegilaan manusia dalam mengejar kekayaan dan kecantikkan tanpa memikir apa yang dilakukan itu salah.. Plasma memaparkan sisi jahat manusia yang taksub pada duit dan kecantikkan.. Memang ohsem..
Profile Image for Dawlin Zainudin.
41 reviews3 followers
August 23, 2018
assir, penyangak keparat, eh salah, penyangak korporat yang sangat obses pada kekayaan. satu persatu syarikat dibeli dan disedut sampai licin dan ranap dikerjakannya.

sally sangat taksub untuk kekal muda dan cantik walaupun telah berusia. kerana manusia seperti sally, maka wujudnya pergerakan yang menghasilkan produk kecantikan yang mempunyai ramuan rahsia, iaitu darah manusia.

sebuah kisah yang sangat dekat dengan masyarakat, serta padat dengan pengajaran yang sewajarnya dihadamkan oleh semua ummah ibu pertiwi yang tercinta ini.



nota : KOLEKSI SENDIRI
Profile Image for Nadhiah Aida.
516 reviews27 followers
November 17, 2018
something new ... really new ...
tak meleret sangat, actually tak meleret pun ... plot by plot ada something ...
watak Assir tu kira memang asshole gila ...
taksub dengan wang sanggup buat apa sahaja ...
kesian gila dengan pekerja dia terutama pekerja dari Gerak Laju
kental gila diorang tahan psiko si Assir ... bagus ler
tak semua orang jiwa lemah kan ...

macam best pula bab sedut darah
hahaha ... sorry dah selalu tengok cerita gore so dah biasa

cuma satu perkara sahaja ... kenapa pendek gila? 200+ muka surat
buat ler dalam 600 pages ...
rasanya setiap watak boleh dikembangkan dengan lebih cantik
dan mungkin plot cerita boleh buat agak twisted ...

so tiada nak cerita panjang lagi ...
siapa yang baca .. enjoy ..
hehehe
Profile Image for Wan rohani harun.
180 reviews6 followers
March 13, 2020
Sejujurnya, saya sengaja melengah-lengahkan membaca buku ini. Kenapa?
1)buku ini sangat nipis! Kenapa cik penulis tak panjangkan lagi?
2)saya agak sebok.
3)sebab ini saja buku cik penulis yg tinggal utk saya baca...

Buku ini penuh dengan plot twist. Saya sangat mencadangkan buku ini kepada peminat buku sains fiskyen di luar sana!

5 bintang untuk buku ini.
Profile Image for Nareswari_buku..
144 reviews1 follower
March 12, 2018
puas hati baca buku ini..best sangat cuma rasanya mukasurat tu mcm tak cukup aje dengan jalan cerita seperti ini....harap ada part 2...

please!!😅😅😅
Profile Image for Ungu Karmila.
73 reviews3 followers
June 12, 2022
Astonishing April (3)

14/04/18
Plasma
Maya Iris
Chermin Resources
4.5 🌟🌟

fuhhh..nashkah yg berat.😁😁..tp mudah hadam..sbb realiti pnyangak korporat kan?
sally memerlukn plasma utk kekal cantik shgga sggp melabur utk kilang jus plasma.😫😫
assar perlukn lbh byk wang utk sally menutup rahsia hitam yg disimpan nya.
utk.mendapatkn plasma, x mudah..proses yg rumit shga ada mgsa yg x bdosa jd korban.
Auchhh..sungguh sy x mampu nk trs taip😂😂😂..teringt jus buah2an itu..program prlangsingan bdn..😫😫..
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
June 22, 2019
Perasaan aku sepanjang membaca Plasma adalah mual, loya, pening, jijik.
75 reviews4 followers
October 27, 2020
As usual exciting reading and not disappointing at all.
Banyak isu dipertengahkan yang mind boggling pun ada.. great read!
37 reviews
July 17, 2021
Overall I rate 5 stars.
Jalan cerita mantap betul.
Cuma geram, kenapa nipis buku ini?
Patut kena sampai 700 pages. 😂
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.