lanjutan kisah Lala. dah baca yang pertama ke belum? yang kisah di mana lala dan sahabatnya iaitu hani dan jasnita tertipu hingha hijab mereka terbuka? hani mati bunuh diri dan jasnita rapuh jiwa? kali ni kisah jasnita. lala mahu membantu. cuma bila dia ke hospital, nurse yang bertugas menyarankan lala mencari kisah sebenar jasnita dan membuatkan lala terpaksa kembali ke asrama.
haa... rupa-rupanya jasnita punya rahsia peribadi yang payah nak diterangkan dengan logik akal. mungkin kerana tekanan, tanpa sedar dia bersetuju untuk bersama sesuatu. terbongkar kisah tapi bagaimana lala nak jelaskan perkara di luar jangkauan logik manusia..
kan puan penulis Ida Anuar ada beritahu yang zine Lala ni akan terkumpul hingga 10 siri. maka bertabahlah menunggu sambungannya. ada hint untuk yang seterusnya di muka surat akhir. maka jomlah kita sama-sama menunggu...