Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bahagia Bukan Bidaan

Rate this book
Selagi kita bernafas, selagi kita bersujud pada yang Satu, jangan pernah rasa putus asa untuk hidup.

“Dengar sini, Ain Farhana binti Sulaiman, aku ceraikan kau dengan talak satu.” – Azlan

“Terima kasih.” – Ain Farhana Lega. Walaupun perkahwinan yang terbina selama 16 tahun terpaksa dibubarkan. Dia perlu bebas. Bebas daripada kecurangan suaminya. Belum sempat mencari bahagia baru,niatnya sudah terhalang dek desakan Azlan supaya mereka bersatu semula.

“Hana, kita rujuk demi Kimi dan Ida, ya?” – Azlan

“Hana dah letih guna sebab yang sama untuk terima abang. Hana tak mampu nak tipu hati Hana lagi. Hana kecewa sangat.” – Ain Farhana

“Kalau begitu, abang tak izinkan Hana jumpa langsung dengan Kimi dan Ida!” – Azlan

Haknya sebagai ibu dinafikan! Kimi dan Ida adalah segala-galanya bagi dia. Hana hilang arah. Sering menyendiri, percubaan bunuh diri, hampir dilanggar lori, tidak hiraukan keadaan sekeliling sehingga menyebabkan kemurungan yang dihadapi bertambah parah. Begitu kuat kesan yang ditinggalkan oleh Azlan terhadapnya. Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta Nik tidak pernah bersambut. Hana mahu hidup sendiri tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

“Hana, sekali saya lafazkan I love you, saya memang maksudkan yang saya cintakan Hana.” – Nik Zachary

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Kasih disulam menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu? Hana mula lelah dengan kebenaran yang tersingkap. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua?

Paperback

First published January 1, 2018

96 people are currently reading
1020 people want to read

About the author

Hessa Widad

12 books33 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
111 (37%)
4 stars
98 (32%)
3 stars
37 (12%)
2 stars
25 (8%)
1 star
26 (8%)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
August 18, 2018
16 tahun berkahwin, hanya beberapa tahun sahaja bahagia dan selebihnya Hana bertahan dengan setiap kecurangan suaminya demi anak2. Dari suaminya tiada apa2, hinggalah suaminya tu jadi somebody dalam dunia business. Jatuh bangun suaminya, dia selalu memberi sokongan. Suaminya betul2 di uji dengan kesenangan. Dia lupa, kejayaan dia sekarang adalah atas ihsan dan bantuan Hana sendiri.

Yang paling latest betul2 buat kesabaran Hana hilang. Dia minta perpisahan. But at what expense? Kehilangan custody of her children atas ugutan Azlan, her home, her jobs (yes, jobs) as well as her sanity. She even signed off her wealth just so that Azlan beri dia peluang untuk berjumpa dengan anak2nya sekali sekala. Dan pada pendapat dia, harta yang dia tinggalkan tu buat anak2nya. Well at the end sia2 je kerana harta tu semua pergi dekat si hansuang tu.

(I think Hana could easily solves her custody battle shall it comes to it. Malangnya dia enggan buat aduan di mahkamah Syariah. But saya rasa mungkin atas sebab2 yg saya sebutkan tu, dia putus harap. Putus asa untuk hidup kerana anak2nya adalah nyawanya.)

Moving forward, perangai gila talak semakin menjadi2. Kali ini, Hana telah pun bangkit perlahan2 dengan bantuan Nik dan bertemu dengan anak2nya. Remarried and live happily ever after.

Okay itu je bab Hana.

________*****________

Nick Zachary is another species. Bila saya tahu status sebenar dia, saya bertanya pada diri, apa bezanya lelaki ni dengan Azlan? Baik sangat ke bila dia buat Hana macam ni? Saya betul2 benci dengan Nik dan rasa kesal yang amat setelah tahu.

Dia tahu Hana tak mungkin ingin hidup bermadu tapi dia sembunyikan status yg dia sudah beristeri. Kiranya, Hana ni isteri kedua tanpa sedar. Ada sebab kenapa Nik merahsiakan status dirinya. Mudah pulak tu. Sebabnya, kedua2 tinggal di lain negara dan tiada siapa yg tahu. Kebetulan pula Hana tahu Nik ada bisnes di sana. Lebih mudah untuk Nik berulang alik untuk mengunjung si jantung hati cinta mati.

Saya baca buku ni berulang kali just to get the right feel on Nik's feeling towards his 1st wife. Setiap kali baca setiap kali itulah mendidih juga darah. hehehe..Saya ni bukanlah pandai sangat nak mengagak isi hati Nik.

Pendapat saya, Nik memang cintakan isteri pertama dia. Sampai ke hujung nyawa isterinya. Bagi saya, setelah beberapa tahun berkahwin, walaupun cinta itu faded sedikit after awhile, ia lebih pada janji dan tanggungjawab. Dan mungkin, kerana telah lama berkenalan dan bersama. Ada juga seba satu lagi. Dengan Hana pula, bagi saya lebih pada cinta pada hati Hana. Terus sangkut dan tak mahu di lepaskan. Kedua2 isterinya ada kekuatan masing2.

Namun cakaplah apapun tentang isteri pertama tu sungguh beriman ke apa ke, but I still feel, dia sangat banyak khilaf sebagai seorang mualaf dan juga isteri. Terlalu banyak. Cerita dia ada di sebut kan sedikit di Dia Mantan Kekasih. For closure purpose. Then I think you will see her in different light. However, my opinion of her never changed. Selfish and tactless to the core in the name of Islam and pengorbanan. Pengorbanan apa? Kena baca dan nilai sendiri which, as a human mungkin saya agree, sekelumit saja. Selebihnya, maaf.
Profile Image for nrrafitah.
117 reviews4 followers
August 19, 2022
4.5⭐

Baca novel ni tanpa ambil kisah tentang drama. So pejam mata, pura-pura tak nampak ja pelakon tu sebab sudah semestinya novel lagi best dari drama.

Salah satu buku yang rasa macam nak reread dan menyesal jugak jual hahah.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
March 26, 2018
BAHAGIA BUKAN BIDAAN
by Hessa Widad

Kecewa dengan sikap Azlan yang tak pernah berubah dan ego yang melangit, Hana tekad inginkan penceraian selepas 16 tahun berkahwin. Namun, Azlan yang tak pernah sedar dengan silapnya dan keegoaannya, merayu Hana tuk rujuk kembali. Keengganan Hana membuatkan Azlan menghalang Hana berjumpa dengan anak2 nya dan sengaja menyiksa Hana dengan harapan Hana kembali merayu kepadanya. Mujur ramai yang menyokong Hana, termasuklah Nik Zachry yang sentiasa di sisi. Namun, saat Hana kembali pulih, status Nik mengejutkan Hana.

Ini kisah perjuangan seorang Hana selepas cintanya dikecewakan. Nampak perjuangan Hana nak bangun dari kegagalan dan jadi lebih baik. Memang annoying dengan Azlan yang ego dan ingat dia je yang betul.

Suka dengan perubahan watak Hana, dari rapuh jadi semakin matang. Saat tau Nik tu status suami orang, dia tak melatah pun. Tapi kadang2 Nik ni overprotected sngt.. n manje terlebih.

Part Aina dengan Talha tu, memang mengejutkan sebab tak ada hint pun Aina tu ada niat lain sebelum kawen dengan Azlan. Yela, Aina kan memang tergedik nak kan sangat Azlan tu, sampai meroyan semua kan.. last2 lain pulak.. macam tak synchronised je watak Aina ni..

N, saya suka lagi part Talha dan Aina tu dikembangkan.. tengah2 tu more perkembangan hubungan Nik-Hana ni.. So bila part Talha camtu, memang mengejutkan jugak la.. terlibat sekali dengan Aina lak tu. Kesian jugak dengan nasib Aina, tak sempat nak buat ape da. Azlan nasib baik la sempat sedar walaupun da jadi camtu kan..

Overall ok la, bacaan santai. Kire kagum jugak la dengan semangat Hana ni.. suka cara dia didik anak2 dia.. tapi, suka lagi buku penulis under Kay Delaila..

Tahniah untuk penulis!
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
December 9, 2018
Aku mula mencari novel ini selepas habis dramanya. Aku tak tengok dekat tv pon..xsempat main dengan anak kecik. Marathon dekat youtube😄

Benarla kata orang, terdapat perbezaan antara drama & juga novelnya.

Ini merupakan first time aku baca novel Hessa Widad. Time baca novel ini, aku akan membayangkan pelakon2nya. Nasebla membaca selepas tengok drama😅

Bagi aku novel ni banyak pengajarannya kepada mereka yang ingin ataupun telah membina rumahtangga. Kebahagian dalam rumahtangga perlu dipupuk oleh kedua2 suami isteri.

Hana, serius ada lagi ke perempuan macamni? mungkin ada tapi cukup payah. Sedangkan aku sendiri sebagai perempuan pon kadang2 hilang pertimbangan😆

Nik zachary, pengalaman masa lampau menjadikan dia seorang lelaki & suami yang amat mementingkan keluarganya terutama isteri. Tapi bagi aku watak hero terlalu perfect. Kacak & kaya. Itu aku rasa kebanyakkan idaman perempuan. Tambahan pulak selepas dea insaf, dea jadi seorang yang sangat menitikberatkan aoal agama.

Aku suka dengan watak murni aka uni. Sentiasa disisi hana disaat senang mahupun susah. Walaupon mulut agak laser, tapi sikap penyayang tu memang aku tabik la. Sanggup tinggalkan suami & anak2 demi membantu sahabatnya pulih seperti sediakala. I need a friend like this. Tak ramai tapi cukup sorang Yang sangat2 caring.


Talhah aka Ha. Watak psiko dalam novel ni.seriusla. pada awalnya tak nampak pon dea ni pegang watak psiko. Doktor psikitri yang 'membantu' hana untuk pulih. Tapi dalam drama lari sikit la watak Ha ni. Dalam drama, lastly Ha oke & dah fully recover. Tapi dalam novel, he still not fully recovered. Memang watak psiko habis.😆

Overall novel ini oke.aku suka.😄
Profile Image for Fyda Adim.
20 reviews3 followers
October 23, 2018
Novel ini saya baca ketika dramanya sedangnya ditayangkan di televisyen. Saya tak menonton dramanya sangat tetapi lebih tertarik mahu menghabiskan novelnya.

Novel ini agak berat sebab mengisahkan seorang wanita yang struggle untuk bangkit semula selepas dikhianati suaminya. Walaupun novel ini mengisahkan kisah cinta namun nilai-nilai agama ada diterapkan di dalamnya. Menekankan betapa solat itu penting dalam sebuah kehidupan agar mendapat keberkatan.

Kisah Ain Farhana ini boleh diangkat sebagai contoh menjadi seorang wanita yang tabah setelah dikhianati suaminya. Kealpaannyan dulu yang tidak menitikberatkan hal agama membuka matanya apabila dugaan datang dalam rumahtangganya. Dalam pada dia sudah mahu ‘move on’ dan mencari ketakwaan dan membentuk iman dalam diri, hadir seorang lelaki yang mencintainya dan membimbingnya ke jalan yang lebih diredhai.

Begitulah, setiap kejadian pasti ada hikmahnya.
Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
April 15, 2018
Tahniah buat penulis HW atas kelahiran novel BBB. I love it! Banyak tips dan pengajaran yang berguna boleh diambil dlm BBB. Kisah tentang seorang wanita cekal bernama Ain Farhana. Sanggup men pertahankan rumah tangga yg dibina dengan Azlan berbelas tahun lamanya walaupun diuji dgn suami curang. Demi nak tengok anak-anak bahagia. Tapi sampai satu saat hati wanita yang tabah ini boleh pecah berderai bila dilukakan berkali-kali.

Kalau saya jadi Hana memang depress kot dapat laki mcm Azlan tu. Tapi dengan izin-Nya, Hana berjumpa dengan takdir yang terindah iaitu Dato Nik Zachary. Really love his character. Gila sweet, caring, kadang2 mulut pedas jugak bila berkata-kata tapi still jugak suka dekat dia. Suka cara dia handle Hana dan rupanya Dato Nik ni pun ade kisah silam tersendiri. I pun terkejut bila baca. Tapi Dato Nik yang baru ni lagi umpph. Kalau dengar lagu Perawan atau Janda mmg terus teringat Dato Nik. Hahaha

Bila dah baca BBB ni mmg susah nak stop. Suka jalan cerita BBB yang bagi saya penuh unsur suspen & tak sangka. Kak Hessa olah dgn baik dan terkesan. Ada typo dan kesilapan nama watak sikit2 tapi kalau baca still boleh faham lagi. Pokoknya tak rugilah baca BBB. Kadang gelak sorang2, kadang bergenang gak air mata bila sampai part sedih. Bagi saya, BBB banyak ajar kita realiti hidup sebenar & pendekatan kita kepada Allah. Bahagia tu bila kita sentiasa ajar hati untuk meraih reda dia. Jangan sayang manusia lebih daripada Pencipta kita sendiri.
Profile Image for Mslvoe.
2,060 reviews200 followers
August 15, 2021
Berbeza sungguh drama dengan buku. Thats why F prefer reading a book than watching drama.

Jalan cerita dia best.. teratur sahaja. 1 hari je dah boleh habis.

Sakit jugak hati baca naskah ini. Hana ditindas teruk dengan Azlan. Dah cerai gila talak pulak. And Azlan bukan husband yang baik. Selepas kahwin dengan Aina, kahwin lain jugak alasan tak happy gan Aina.

Nasib baik baik sebab ada bff Murni yang sanggup datang ke Malaysia lepas hana down. Depression yang Hana alami sangat teruk. Kesian hana. Sedikit sebanyak sebak baca.

Nik ermm tak sangka masa bertunang dengan Hana, Nik masih suami Aileen. Cuma mereka ada kisah yang buatkan Nik mencari cinta.

Kisah Aileen ringkas sahaja tapi padat. F faham rasanya bila kita dah setia, Nik boleh pulak mengatal pada orang lain before their wedding day. Nik ni tak banyak beza pun dengan Azlan cuma Nik berubah selepas berkahwin dengan Aileen. Layanan Aileen yang menyebablan Nik berubah ke arah lebih baik.

Cuma tertanya Azlan tu pengsan or meninggal? Takda pulak diceritakan ke F yang terlepas pandang.

**pengsan.. ada sambungannya masa anak Nik "terjatuh cinta" dengan anak tiri Azlan. 🤭🤣 adoiii camnelah boleh terterrrrjatuh cinta. Siap nk suh meminang lagi

Ps : banyak nasihat dalam buku yang buat kita berfikir
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
July 11, 2022
[BOOK 130]

Bahagia Bukan Bidaan by Hessa Widad.
.

Masa drama ni ditayangkan, aku antara yang bersemangat. Sebabnya combination Nora Danish dan Adi Putra. Even watak Azlan yang jahat tu pun, Zamarul Hisham yang bawak. So, tempting la untuk dilayan drama ni. Tapi aku tak sempat tengok sampai habis pun, rasanya sebab dah start semester baru kot time tu.
.

Bila baca novel ni, aku rasa cam 50-50. Ada love hate relationship gitu ngan buku ni.
.

Hana, seorang isteri yang setia dan sangat menyokong segala yang suaminya lakukan. Dan kerana terlalu baik dan polos la, suaminya curang. Dan akhirnya Azlan ceraikan Hana dengan talak satu. Dengan syarat, Hana tidak dibenarkan melawat 2 orang anaknya.
.

Dan kerana itu, Hana depressed. Sebab baginya, hanya anak-anaknyalah penguat semangatnya. Aku sokong perjuangan Hana untuk bebas daripada suaminya yang tak guna tu.
.

Masa Hana depressed ni la, adanya Murni (BFF), Talhah (psychiatrist aka kawan Hana) dan Nik yang sentiasa menyokong Hana.
.

Nik ni cintakan Hana. Dan untuk move on la, Hana terima pinangan Nik. So, masa nilah, Nik duk bercerita tentang motonya, Empowerment Real Love. Nik ni kaya raya, so, memang dia manjakan Hana la.
.

Cumanya, aku agak turned off bila tahu rahsia Nik. Rupanya, ada rahsia yang disembunyikan daripada Hana. Tentang masa silam dan kelukaan Nik.
.

Nasib baiklah Hana tu baik. Aku rasa Nik memang dah plan betul-betul, supaya Hana cintakan dia sungguh-sungguh, so, bila rahsia terbongkar pun, Hana masih cintakan Nik. hurm.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 13, 2021
Buku yang menarik.. Bermula dengan penceraian antara Hana dan Azlan.. Azlan lelaki yang ada je secara realiti.. Ego dan tak boleh dinasihat, hanya dia je yang betul.. Mendera mental isteri tanpa disedari.. Hana pula isteri yang sangat mencintai.. Terlalu menerima bahawa cinta itu begitu namun bila luka yang dipendam meletup, Hana berada dalam depression.. Kemunculan Nik berjaya membantu Hana namun seorang Azlan tak pernah nak mengalah.. Tapi tak sangka penulis buat sedikit twist di hujung cerita.. Memang menarik..
242 reviews11 followers
June 28, 2018
best.plot yg tersusun.laju ja baca. ada twist dihujung cerita. terkejut sbab tak sangka. kisah Hana yg mengalami kemurungan setelah diceraikan azlan. Hana bangkit kembali meraih bahagia dgn nik zakhari. azlan ni mcm srg DLM krt yg mengharapkan kesrmpurnaan seorang isteri sampai Hana stress dan murung.LPs cerai tak bagi ank-ank jumpa Hana.memang azlan ni failed sebagai seorg Suami.tamak. nak poligamikan Hana dgn aina.manalah Hana nak..
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
August 1, 2022
Jangan jadi lemah wahai wanita..Wanita itu mulia di sisi Allah.. Jangan mudah putus asa...bahagiakan diri kita dahulu , barulah bahagiakan orang lain..
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
November 7, 2018
“Selagi kita bernafas, selagi kita bersujud pada Yang Satu, jangan pernah rasa putus asa untuk hidup....”

“Being a Real Man doesn’t mean you sleep with hundred girls... It means you Fight for One Girl even when ninety nine others are chasing you....”

Lets Start my review....😌

“Abang tak rasa cinta ada lagi antara kita. You dont have time for me anymore... The chemistry is missing somewhere...” 🙄🙄

Damn u Azlan!! After 16years of marriage sesedap rojak aje ko ckp kat Hana, bini ko yg ko “Tak Ada Cinta”... “Tiada cinta antara kita lagi...” 😡 What the hek!!

Kisah ni about Azlan & his wife Ain Farhana. Azlan yg kaki kasanova... ek kasanova ke yg patut digelarkan mamat ni? No...no... Azlan Lelaki tak guna...!! Lelaki tak sedar diri...!! Lelaki Jahanam...!! Lelaki Buaya...!! But kan, seriously tak tau nak gelarkan mamat ni ape ar!! Cos da ada bini, ada anak2... but da few times ada affair...Latest ni lak kononnhya da fall in love dengan Aina, eksekutif baru di syarikatnya.

Azlan & Ain Farhana bercinta sebelum Hana abis belajar dan berkahwin. Dari mereka tk ada ape2 sampai lah ada business sendiri. Dan sejak Azlan dapat projek besar, rezeki anak katakan... Hana “dimadukan” dengan business Azlan. Azlan semakin berubah...sampailah muncul org ketiga dlm hidup mereka. Lepas satu...satu. Hana got nothing to say. She focus on kids n their business hoping everything will be back to normal, but nope. Azlan semakin “liar”. Bila family tanya mana Azlan, Hana selalu cover kan konon Azlan ada meeting... ntah meeting ke dating!!

Aina, perempuan yg dianggap mcm keluarga Hana sendiri. Bantu keluarga Aina mcm keluarganya sendiri... Sape sangka... Aina “Dicintai” Azlan. Perempuan tk kenang budi!! Kononnya Aina ni benci lelaki yg menduakan isteri sebab ayah Aina sendiri pernah ada affair, dan tinggalkan ibu Aina & adik beradiknya. Kerana perempuan ketiga jgk, Ayah Aina ceraikan ibu Aina... So, Now...Ape bezanya perempuan itu dengan Aina? Sama kan!! Rosakkan rumah tangga org lain!

“Ain Farhana Binti Sulaiman, aku ceraikan kau dengan talak satu! Kau keluar saja dari bilik ni, anak2 hak aku... satu sen pun duit aku kau tk layak dpt...”

Kerana Aina, Ain Farhana diceraikan😭 Kena cerai dpn minah tu pulak!! Hana tk kisah tentang duit...but not the kids, Hakimi & Haida... mereka berdua Nyawa Hana.

Talak da jatuh, baru Azlan nak menyesal! Baru nak ckp I LOVE YOU?? Keypad lock betul!! Padahal tadi kt office dengan Bangganya ckp ape...”Tiada Cinta Antara kita lagi...”!! Tu ler... ego sgt kan depan mambang ko si Aina tu!! But not for Hana. Enough is enough! Bukan sekali dua Azlan curang dengannya. Hana kuat... Hana telan demi anak2. Masa Hana sarat mengandungkan Ida, Azlan boleh gi holiday ngan girlfriend dia doe. So korang leh imagine berapa lama Hana bertahan....😞

Hana tk nampak keinsafan dari Azlan. Hana tak dpt rasa cinta dari Azlan. Mana Cinta Azlan?? Hana tk dpt sentuh... tk nampak pun kalau adanya Cinta tu. Tapi now Azlan sibuk ckp “Kita rujuk demi anak2...” Kalau dulu mayb yes, Hana akan fikirkan anak2...but now, she da kecewa sgt2...

Azlan dengan egonya. Kalau Hana takmu rujuk... Hana tk diizinkan bertemu dengan anak2...Nak anak?? Rujuk!! 😠 Ambiklah semua harta...semua duit, Hana merayu...but not the kids! Hana nak kan anak2nya... Jangan halang Hana untuk bertemu dengan anak2nya. Azlan nekad dengan keputusannya...Nak anak...Rujuk. Thats it!

Setelah bercerai dengan Azlan, kunci rumah, kedai, kereta, segala yg berkaitan dengan Azlan, Hana tak ambik 1 pun, termasuk harta sepencariannya. Hana tau dia ada hak unuk dirinya tapi Hana nekad, biarlah semua harta Azlan ambik lagipun, harta tu semua untuk masa depan anak2nya.

Baru sebulan da berpisah dengan Hana, baru Azlan rasa kehilangannya...baru Azlan rasa lain. Bila dpn client, Azlan tak pernah perkenalkan Hana sebagai isteri, tapi bila da cerai sibuk pulak sebut2 Isteri... Bekas Isteri ok!! Selama ni semua benda Azlan ambik mudah. Yelah, everything, Hana yg settle kan...bil2 bulanan pun Hana yg yg uruskan, but now? Well, but Azlan dengan yakinnya pasti yg dalam masa 3bulan Hana akan merayu padanya semua. Hana akan merayu untuk rujuk sebab Azlan tahu, Hana tak boleh berpisah dengan anak2. Korang rasa? 🤔

Hana jadi hilang arah. Dah mcm org tk betul... Teruk betul perangai Azlan. Diri sendiri da mcm org gila talak...confident sgt2 yg konon Hana akan kembali kepadanya...de berbulan-bulan Azlan tk benarkan Hana bertemu dengan anak2 nya. Azlan yakin yg Hana akan “tewas” jgk. Tapi Azlan tk sedar ke? How deep impact he left to Hana bila he buat mcm tu. Bcos of him, Hana suffering from depression. In fact, Hana da sakit lama kena depression... sejak bercerai, makin serious depression Hana. Well, Hana pernah cuba nak bunuh diri, and tat point of time, Azlan “never care”... he buat acuh tak acuh aje.

Murni (Uni) BFF Hana... Uni tahu segala masalah/rahsia Hana. Uni tahu Hana da lama bertahan, bersabar dengan mamat tk guna tu. Tapi yelah, Hana baik sgt...Pemaaf sgt. Marah pun kejap aje. Azlan pujuk aje, pas tu elok balik. Hana nak jadi isteri solehah yg disayangi & disenangi suami...But look what happen? Bukan Aina aje Girlfriend Azlan... ramai lagi wei 🤦🏻‍♀️ Ya! Hana mmg cintakan Azlan...terlalu cintakan Azlan. Sejak Azlan lamar Hana sampailah sekarang, rasa cinta Hana pada Azlan tk pernah berubah. Azlan curang pada Hana... Azlan hina Hana... Azlan abailan Hana, rasa cinta Hana tetap sama... 16 years of marriage, di awal perkahwinan aje Hana rasa cinta Azlan tapi lepas tu Hana tak ubah mcm pengemis...Hana tunggu cinta tu, tapi sakit hati yg Hana rasa.

Nik Zachary aka Dato Nik Zachary.. anak bongsu arwah Tan Sri Nik Hisyam. Salah seorang waris keluarga Wilson yg paling berpengaruh di Australia.... Jutawan ok. Nik, sepupu rapat Danny, suami Uni. Nik seorang lelaki yg penuh rasa sayang, bertanggung jawab, melindungi, menghormatu, full sense of humour, tegas & lelaki yg tak tinggal solatnya... Tapi... (ada tapi ok....😂😂)

Azlan... sejak Hana tak ada, mcm2 terjadi kat pejabat. Peluang projek tercicir, operasi syarikat bercelaru, invoice salah... senang ckp, semua tu Puan Hana yg handle/pantau.. but now? Azlan tertekan. Tk sampai half a year Hana tkde, keadaan semua huru hara... Sampaikan pejerja2 lama berhenti... gaji staff2 tk terbayae...Takkan Puan da tak ada Azlan tk leh manage kot? Aina kan ada 🤨 Padan muka ko Azlan!

Tiba masanya Hana move on. Hana nak lawan depression. Hana nak cari kerja n start a new life... lepas tu Hana nak ambik anak2 tinggal dengan Hana.

Tarikh perkahwinan Aina & Azlan coming soon. Ye...mereka da bertunang. Tapi!! Tercabar ego Aina setiap kali dibayangi bayang2 Hana... bila jumpa bakal mertua, asyik2 Hana dipujinya, bila berdepan dengan staff2, mereka lagi suka dengan cara Hana... & bila Azlan keep comparing her to Hana, Lagi ler Aina tk happy. Azlan akan tetap dengan plannya untuk menikahi Hana semula. Dengan Hana Azlan nak, Aina pun Azlan nak. Madu! Yup...Mmg Azlan plan nak madukan mereka berdua. But not Aina, tho Aina now yg pertama, tapi tk direstui. Awal2 lagi ibunya sendiri da ckp yg dia tkkan hadir pada majlis itu nanti, begitu jgk dengan mak Azlan. Ape pun jadi, Azlan akan jadi miliknya seorang.

Cut it short... Short lah sgt kan 😂 Anyway, Hana da mula bekerja. Bos Hana ialah Nil Zachary... mcm mana Nik jadi bos Hana, korang baca ye. Nik digelarkan “Kamus Bergerak” oleh Hana... Kamus Bergerak ygvpaling annoying!! Hana nak marah... nak tolak tepi tak boleh sebab Nik Bos Hana 🤣 Tapi, tak dinafikan, Nik sering hadir bila Hana dlm kesusahan...even tho kekdg Hana rasa tersindir & geram pada Nik but Hana rasa selama & dilindungi.

Tiket untuk Hana “bebas” dari gangguan & rayuan Azlan ialah Nik! Nik melamar Hana.... Nik & Hana bertunang. Uni rasa nak luku aje si Hana ni. Uni is very protective towards Hana & tho she kenal Nik, Uni tkmu Hana buat keputusan yg melulu. Bak kata Hana, perkahwinan tk akan dirancang selagi tiada cinta antaranya & Nik. Bertunang dulu untuk kenal antara satu sama lain...fleksible ler kononnya! Uni lak kecik besar kecik besar aje dia tengok Nik! As tho Nik ambik kesempatan atas kesulitan org lain🤦🏻‍♀️ Hana pulak tkmu fikir panjang, main terima aje Nik! Bukannya Uni nak halang but Uni cuma risaukan Hana...

Mesti korang pelikkan kenapa Hana mudah sgt terima lamaran Nik? Ada ler sebabnya 😋 Yg pasti, lamaran Nik diterima sebab masa yg sesuai...

Nik Zachary...ketika Hana di tahap paling bwh dlm hidup, Nik hulur salam perkenalan... bila Hana bingung nak teruskan hidup, Nik lamarnya jadi tunang... Bila Hana nekad nak berhijrah, Nik datang...Nik ibarat Jam lonceng yg ingatkan Hana tentang solat. Permintaan Nik cuma satu saja. Kenal Dirinya. Mampu ke Hana?

Baru 2bulan usia perkahwinan Azlan & Aina... Azlan buat hal lama balik 😂 Padan muka ko Aina! Bnyk projek tertunda. 😆

Nik yg dulunya bukan ler baik sgt. Nik yg dulu sama seperti Azlan. Perempuan keliling pinggang... Nik tinggalkan solat, arak tu da mcm air suam yg Nik minum setiap hari. Yelah, Estate Wilson terkenal dengan ldang anggur & arak... Waktu itu kehidupan Nik bebas, Nik tk suka dikongkong...tapi bila mama & papa Nik meninggal sebab accident, ketika itu Nik rasa mcm lelaki tk guna! Nak baca yasin pun Nik tak tau... lagi teruk, nak solat jenazah pun Nik tak tahu... tapi itu semua dulu. Something made him change.

Hana yg mengajar Nik erti sabar dlm bercinta. Nik ikhlas memperisterikan Hana. Nik cintakan Hana...

Aileen...seseorang yg penting dlm hidup Nik. Impian Nik nak memperkenalkan Hana pada Aileen tk kesampaian. Something happen kat Melbourne. Nik perlu ke sana. Nik tak akan balik ke Malaysia dlm masa terdekat. Pesan Nik pada Hana...selesaikan urusan pejabat disini, dan pergi ke Melbourne. Nik akan tunggu Hana di sana.

Kenapa Nik berteka teki ni? Siapa Aileen? Esp bila Nik ckp Aileen prg yg penting dlm hidup dia...But who is she?

Kisah hidup Nik complicated. Takde siapa tahu siapa sebenarnya Aileen pada Nik.. kecuali Aileen saja. But Nik janji akan ceritakan segalanya bila Hana ke Melbourne nanti. Tiada satu pun yg akan Nik rahsiakan dari Hana.

Siapa sangka, Nik da berkahwin. Aileen isterinya...da 3 tahun kahwin...BUT, bukan seperti ape yg korang fikirkan tau. Kena baca!! (Kesian lak kat Nik at this point of time..)

Ye, Nik cintakan Aileen... Hana? Hana cinta terakhirnya selepas Aileen. Nik tak sangka akan jatuh cinta selepas bergelar suami Aileen. Aileen cinta pertama Nik... Hana pula cinta sejati Nik. Cinta Nik pada Aileen buatkan Nik berubah menjadi lelaki yg sebenarnya lelaki...

Tapi, Hana da salah faham... ape pun jadi, kena buat Hana datang ke Melbourne. Mesti Hana rasa diri dia ni perampas kan? Hana perosak rumah tangga Nik... Even bila Uni tahu kisah sebenar dari Nik... Uni will help Nik!!

Bahagia milik Hana bila Hana sendiri buka diri pada peluang kedua dlm hidup. Sama mcm Nik. Nik gunakan peluang keduanya cari bahagia sebaik mungkin.

Mampu ke Hana terima Nik? Kenapa Nik tk ckp awal2 tentang statusnya? 289 Missed call... 1452 msgs dari Nik yg tk dibalas langsung oleh Hana. Tak faham ke Nik yg Hana nak bersendirian??

Keputusan da dibuat. Hana akn ke Melbourne soo untul berdepan dengan Nik. Agak2 korang Hana terima ke Nik?

Asyik bercerita tentang Hana & Nik, lupa lak nak update pasal Azlan & Aina 🤣 Well, Azlan da kawin lain, dengar Kartini tanpa pengetahuan Aina. Tak ubah2 Azlan ni ek. Tapi...Azlan ni masih ganggu Hana lgi ke?

Ingatkan Bahagia akan jadi milik Hana... tapi sape sangka, org yg selama ni yg “pulih” kan Hana dari depression, org ni yg sgt2 bahaya...!! Siapa org nya? Nik? Murni? Atau ada org lain....? Jeng Jeng Jeng....

Ok. I stop review here sebab baru perasan da terlalu panjang my review 🤦🏻‍♀️ Tentu jenuh korang nak bacakan. My review mungkin ada sikit tunggang langgang... ye ler, da lama kot tk baca & review novel...😌

Well, I cant wait for the drama to end...so decide to read dulu to know whats gonna happen next.
And thanks to Anna Franzee Novelist sebab paksa me baca novel ni... sebab da few months tk baca novel, mood membaca ntah ke mana🤷🏻‍♀️ She even says yg baca novel BBB confirm mood nak baca tu dtg balik...and Yup!! She is right!! 😋

Ape2 pun... This novel is A Must Read Novel!! Tapi kalau korang rasa takmu baca, tengok drama k... sebab, drama pun kebaboom, pelakon2 hebat...
Zamarulhisham Mohamed sesuai sgt jadi Azlan...mcm nak luku2 aje kepala dia tau!!
Nora Danish ohsem sebagai Hana... Bnyk bermain dengan emosi characther ni...
Adi Putra sebagai Nik Zachary mmg layak! Gaya bahasa, tutur bicara mmg kena sgt dengan Adi Putra
Ika Nabella as Aina...mmg meluat sgt dengan minah ni tau...and Ika nailed it!! Sebab jarang kan nampak Eka ni act jahat....
Not forgetting bila Nik aka Adi Putra nyanyi lagu Perawan atau Janda 🤣🤣 Nik versi novel pun suka menyanyi tau.... so sesuai sgt tu!
194 reviews9 followers
June 7, 2018
menarik sgt2. Cuma bila part2 last tu rasa dah biasa lak. teruja dah hilang. huhuhu..

gatal je si Azlan nk bahasa diri abang walaupon dah cerai.
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
June 7, 2018
when ulang baca 2x.. you'll know what it means...😊😊😊

💓💓💓💓💓😘😘😘
Profile Image for Tinana Hmb.
215 reviews8 followers
March 25, 2019
Banyak nasihat yang dititipkan, sangat berguna.
Profile Image for Ri Readers.
30 reviews19 followers
April 20, 2019
Assalaamualaikum w.b.t


Nak review ni pula...

Baca ni thun lepas dan apa nak dikata..

Salah satu kategori best dan msuk ke jiwa

Most i like becauce ai jatuh cinta time tu dngn hero dia...

First baca mmng sakit hati dngn suami pertama Hana sebb bru lepas hbis baca novel berkaitan curang² juga and the most i hate that... Haha, cut off about me bcauce ai nak merebiew about this novel.

Hana yg cuba bangkit dri trauma dan cuba move on nya dri si suami yg bru hbis menceraikan nya dan haknya untk mnjga anknya juga ditidakkan. (Tidakkah kejaam disitu... Hish hish, mcm nak bgi pelangkung dngn bekas suami nya)

Tpi as usual, we cannot hate till the end bcauce must be a karma for what someone has do'it.

Dan Nik, you muncul dan ambil kesempatan pada masa yg tepat. What can i saya, pndai grab the chance.. Haha


Overall mmng terhibur dan sngt digalakkan baca.

Akhir kata... Drama nya ai tak nnton lngusng sebab mmng kurang sikit layan... Tpi yg ai thu ttap mndpt smbutan juga drmaa nya... Congrats to the drama.

Congrats to the book. Congrats to the writer, (actually segan dngn writer ni)
And to the publication.
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
January 10, 2019
"selagi kita bernafas,selagi kita bersujud pada Yang Satu,jangan pernah rasa putus asa untuk hidup"


Ain Farhana diceraikan ketika usia perkahwinan menginjak 16 tahun. semuanya kerana Bekas suami Azlan curang padanya.Kesabaran selama 16 tahun runtuh dan membuatkan hidup ain farhana menderita.

Diceraikan dan dipisahkan dengan anak-anak.Kehadiran Nik Zachary merubah segalanya mengajar dia apa erti cinta. Ingin lari dari gangguan Azlan dia bertekad menerima Nik sebagai tunangan walaupun tanpa ada rasa cinta.

Namun kehidupan bukan sesuatu yang mudah. Ada sesuatu mengenai Nik yang Hana tidak tahu . Azlan bukan seperti yang dia nampak. Nik sudah beristeri!!! tetapi kisah rumahtangga Nik bukan seperti kisah rumah tangga orang lain.

Apa kaitan Talhah,Aina dalam perhubungan hana bersama azlan dan nik...Jom baca ...sangat berbeza dengan drama adaptasi yang kita tonton di TV3 baru-baru ini..Versi novel ini lebih menarik dan dramatik
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
September 29, 2018
Tahniah Hessa Widad. Kali pertama membaca karya beliau. Banyak pengajaran yang penulis terapkan dalam BBB.
Kisah Hana yang terperangkap dalam cinta dan ego Azlan. Walau telah beberapa kali Azlan curang, Hana masih mampu memaafkan Azlan atas sebab anak-anak.
16 tahun memendam rasa, Hana akhirnya mengalah. Perkahwinan dengan Azlan berakhir di tengah jalan. Hana hampir-hampir mental akibat depression yg dialami.
Takdir menemukan Hana dengan Nik. Lelaki yang juga punyai sisi gelapnya.
Nama Aileen muncul di saat bibit cinta mula bersemi. Mampukah Hana mengecap bahagia andai ada nama lain yang bertakhta di hati Nik?
Apapun, Kagum dengan sikap Hana yang cuba bangkit dari kehancuran semalam. Dari rapuh berubah menjadi wanita matang. Tahniah penulis ternyata novel BBB bukan setakat hiburan tapi sarat dengan pengajaran.
6 reviews
December 12, 2022
Watak Nik Zachary ni srs matang gila. Settle hal dia dan hal hana mature sgt. Sayang hana dgn anak² hana baik sgt.

Pengajaran kat sini kan...nak lelaki macam Nik Zachary kena jadi pandai. Belajar pandai² so kau akan dapat lelaki educated juga. Sekian


Eh belum. Pembawakan watak bekas suami hana memang buat hati aku sakit mat. Dah curang byk kali sesuka hati minta maaf.

Scene mana hana depression tu betul menusuk kalbu betul buat aku rasa sama sakit kena khianat dgn suami sendiri. And also unexpected plot twist at the end 🤯 srs tak sangka benda tu akan berlaku tau. Ada dalam dua juga la plot twist dia.

Novel ni dah adaptasi ke drama, tapi tak semua scene ada dalam drama tu. Termasuk plot twist dia.
This entire review has been hidden because of spoilers.
26 reviews
October 9, 2018
Jarang baca buku berkisarkan cerita berat
Mcm ni.
Tp once dah baca..mmg x boleh letak.
Bahagia itu bukan letak pda suami yg kaya, isteri yg cantik, duit berkoyan2.. usaha utk kekal bahagia itu penting!!
Ter kesan dgn watak hana, beri segala utk keluarga tp suami buat x kisah. Azlan yang take things for granted. Bila hilang sesuatu yg biasa tu baru nak cari balik. Jatuh cinta dgn watak Nik yg appear playful tp hati sarat penuh dgn cinta.
Hope HW continue success with other books!!
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
September 25, 2020
Cekal sungguh Hana. And love love love Dato hot
Displaying 1 - 27 of 27 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.