Evan dijodohkan dengan Ada sebagai pengikat ‘janji sekolah’ di antara bapa Evan dan ibu Ada suatu waktu dahulu. Ada dan Evan diberi masa enam bulan untuk saling mengenali. Namun, tidak boleh tidak mereka akan tetap dikahwinkan juga. Melalui kiriman e-mel, Ada dan Evan berhubung dan berkongsi cerita. Berdua, mereka bersepakat untuk menolak jodoh yang diatur itu demi mencari cinta sendiri. Janji mereka; ‘katakan tidak kepada kahwin paksa’.
Dalam banyak cerita Pingu, saya paling suka dengan Ada & Evan. Santai dan comel. Kalau dengan Uth dulu asyik tepuk dada saja, lepas tu wirid sabar, sabar, sabar. Hahahaha. Dan, cerpen Pingu dalam Cinta Pertama. Kelakar campur tragis ni jarang-jarang penulis boleh buat. Pingu Toha antara penulis yang berjaya. LOL
Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library
Dialog/nukilan yang menarik...
Kau boleh pilih bola tu. Tapi yang menentukan lontaran kau nanti strike atau tak – kau. Tak kisah la kalau kau nak cakap lorong tu licin ke. Konsentrasi terganggu ke. Bola terlebih ringan ke. Kau. Kau yang kena sesuaikan diri dengan keadaan permainan. Tak kisah la kau masuk longkang ke. Spare ke.
Yang penting kau tahu cara bermain. Yang penting kau akan strike juga. Kau yang dah pilih bola yang kau nak pakai. Yang boleh tolong kau dapatkan strike tu. Strike tu cinta. Bola boling tu Remy atau Shark atau Kasy. Kau yang pilih.h, tak kisahlah! Saya tak mahu jadi melankolik lagi. Tak mendatangkan faedah pun.
Kerja tak jalan. Hidup pun tak ke mana. Sekarang hidup saya untuk diri saya sendiri. Yang penting, positif, usaha sungguh-sungguh dan sabar dengan apa yang dikerjakan. Tuhan dah bentangkan jalan kehidupan dan kita yang pilih untuk belok kiri atau kanan atau jalan terus atau patah balik, ikut jalan lurus atau yang bengkang-bengkok. Nanti sampai juga.
Agak-agaknya sebab cinta ni macam bola? Atau macam main bola? Sekejap melantun, sekejap meleret, sekejap laju, sekejap bergolek, sekejap dikejar, sekejap ditendang, sekejap dirembat, sekejap ditimbang, sekejap masuk gol, sekejap tersasar. Sebab sebiji bola, 22 orang sanggup berebut. Tapi yang pasti, ada satu yang menang dan satu lagi akan kalah. Macam itulah cinta, huh?
Remy? Shark? Kasy? Huhu. Banyak betul pilihan kau. Kalau kau rasa cinta ni macam bola sepak.... I beg to differ. Pada pendapat aku, cinta tu macam main boling. Kau boleh pilih bola boling yang kau nak pakai. 8? 11? 12? Aku selalu pakai yang 13. Aku pernah main sebelah Zulmazran Zulkifli. Huhu.
Kau boleh pilih bola tu. Tapi yang menentukan lontaran kau nanti strike atau tak – kau. Tak kisah la kalau kau nak cakap lorong tu licin ke. Konsentrasi terganggu ke. Bola terlebih ringan ke. Kau. Kau yang kena sesuaikan diri dengan keadaan permainan. Tak kisah la kau masuk longkang ke. Spare ke. Yang penting kau tahu cara bermain. Yang penting kau akan strike juga. Kau yang dah pilih bola yang kau nak pakai. Yang boleh tolong kau dapatkan strike tu. Strike tu cinta. Bola boling tu Remy atau Shark atau Kasy. Kau yang pilih.
Kita selalu takut dengan benda yang kita tak tahu. So, kita mesti berusaha untuk ambil tahu. Kau mesti terus tahu apa yang sebenarnya berlaku supaya kau tak takut lagi dengan segala-gala kemungkinan yang hanya ada dalam kepala kau tu. Imaginasi kau yang terlalu melampau, Ada. Kalau kau takut juga, aku boleh teman kau.
Sinopsis di GR telah menceritakan keseluruhan buku ini. Evan dan Ada dijodohkan atas pilihan keluarga tapi mereka tekad mencari cinta sendiri. Jadi, dua orang yang tidak pernah bertemu ini menjadi sahabat pena melalui emel, dan memberikan dorongan untuk masing-masing mencari semula cinta lama. Buku santai yang terkadang teramat santai sehingga pembaca lupa kedua-dua watak utama ini berusia lewat 20-an. Ada satu tahap, jujur saya katakan, sedikit menjengkelkan. Penamat yang sudah saya jangkakan. Penamat yang memang saya harapkan sebegitu rupa. Tetapi tak ada 'closure'. Tak perlu pun sebab pembaca dah boleh agak lanjutan cerita ini.
Ada & Evan..Dijodohkan kerana ayah evan dan mama ada dulu pernah bercinta dan berjanji akan menyatukan anak mereka ditambah lagi kedua-duanya masih membujang.Hanya melalui email mereka merancang untuk mengagalkan misi kahwin paksa .
Evan mau mencari Alisyha cinta zaman tabikanya...Ada pula mahu mencari Remy kekasih pertama dia.Ini semua kerana tidak mahu kahwin paksa walaupun kedua2 mereka mempunyai ciri gadis dan lelaki idaman yang mereka tetapkan..
Pencarian Evan mencari Alisyha dibantu oleh Ada..Manakala Ada mencari remy namun tidak berani untuk datang ke rumahnya..Sehinggalah satu kebenaran terbongkar mengenai remy yang membuatkan Ada rasa bersalah dan makin patah hati...
Dan Alisyhaa yang Evan jumpa dan cari itu sebenarnya bukan alisyha sebenar sebalik Ada...Ini semua kerana kAsy tersalah send gambar Ada kepada Evan. Cerita ni agak gantung tertanya2 juga endingnya macam ni sajakah ...
Oh ya MV baca ni melalui aplikasi PNM E-reader..tapi jalan cerita novel ni MV suka...
Santai dan comel je. Plot twist di ending tu aduhai hahahahaha. Sebab novel ni disusun dalam bentuk lembaran email antara Ada dan Evan, kadang-kadang rasa tengah jadi orang ketiga menyibuk nak amik tahu pasal privasi dorang hahaha.
Hakikatnya, Evan dah jatuh cinta dari awal :') Lol.
I find it interesting bila Abah Evan bangkitkan soalan macam mana kita tahu itu jodoh dan bukan cinta? Vice versa. Dan sampai sekarang masih nak cerna. Ehe.
tak puas membaca ada & evan ada kesinambungannya ke.. apa jd lepas ada & evan berjumpa hanya berbalas email tercipta satu hubungan evan yg manja dan kelakar ada yg romantis