Hampir suku bahasa manusia tergolong dalam keluarga bahasa Rumpun Melayu. Bangsa Rumpun Melayu tidak berasal dari Yunnan. Apakah wujud Benua Rumpun Melayu?
Konsep buku ini ialah pengetahuan untuk bacaan orang ramai - popular reading bukan buku akademik, tetapi berasaskan kajian-kajnai jua.
Tamadun Alam Melayu harus diketahui oleh semua pewaris Alam Rumpun Melayu mengetahui asal-usul, tanah air yang asal, sejarah kuno dan pruba dan sifat tamadun.
Rumpun Melayu adalah satu bangsa yang amat tua. Alamnya luas - paling luas.
Alam dan bangsa Rumpun Melayu telah dikaji pakar-pakar bahasa, arkeologi, sejarah, sains, DNA berdekad-dekad, malah berkurun.
Apakah pewaris-pewaris Alam Melayu mengetahui hasil kajian-kajian tersebut. Buku ini menceritakan sepenuhnya dan dengan isi-isi terkini.
Tamadun Alam Melayu mengisahkan latar belakang Rumpun Melayu yang mungkin tidak diketahui oleh sebilangan masyarakat. Buku ini sedikit sebanyak memberikan pendedahan asal-usul Rumpun Melayu, bahasa, bangsa, DNA, kerajaan, pelayaran dan banyak lagi.
Sejujurnya buku ini lebih kepada kajian ilmiah termasuk sedikit antropologi dan sosiologi. Ia agak berat sedikit untuk dibaca pada awalnya kerana melibatkan nama-nama tokoh sejarawan.
Buku ini bagus cuma kalau boleh bahagian peta tersebut jangan stretch sebab agak pelik apabila melihatnya. Apa-apa pun tahniah kepada penulis atas usaha giat beliau dapat saya memahami lebih mendalam saudara Rumpun Melayu kita.