Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sentap

Rate this book
“Kau fikir aku hairan? Aku dah lama sabar dengan perangai kau ni. Baiklah, Darlina... kau nak sangat, kan? Aku ceraikan kau dengan talak tiga!” - Johari

Perkahwinan melankolik. Episod bahagia Darlina menjelma setelah dirinya tiba-tiba dilamar oleh bosnya, Dato’ Farid; seorang lelaki pendiam dan suka menyendiri. Namun setelah puas berduka nestapa, hidup Darlina kembali diterjah bahagia sekali lagi.

Tidak seperti Darlina, hidup Sarina lebih dahsyat cubaannya. Diduga kemiskinan, Azhan berhijrah ke Kuala Lumpur. Sayangnya, kenaifannya menjebakkan dia ke kancah hitam
sehingga terheret ke dalam tuduhan berat yang berdepan dengan hukuman mati.

“Betapa kejamnya kau, hai lelaki. Aku tak tahu di mana nak aku letakkan muka ni! Sekarangkau mengaku semua hasil yang masuk ke dalam perut aku dan anak kau tu duit haram!” - Sarina

Adakah benar hidup mereka berada di jalan mati?

Hitam jalan yang dilalui Azhan, begitulah juga hitamnya kisah lalu Intan seorang pesakit major depression. Intan merasakan hidupnya malang. Tanpa sedar dia menyeksa sekeping
hati yang ikhlas menerimanya seadanya.

“Setiap kali abang cuba mendekat, Intan akan hamburkan kebencian pada abang. Di mata Intan abang lelaki yang jahat. Abang cuba hulurkan tangan tapi Intan tak mahu sambut
tangan abang.” - Haris

Benarkah wanita tanpa permata seperti Intan sudah tiada harapan untuk merasa bahagia?

Naurah pula bermasalah dengan lamaran si Adi Setan, musuh sejak zaman kanak-kanaknya.

Sejahat mana si Adi setan itu?

“Awak letak chewing gum atas kerusi saya di sekolah. Baju saya kena gula getah yang penuh dengan air liur awak. Itu baru satu! Awak tukar buku dalam beg saya. Awak letak
buku komik awak. Saya kena cubit dengan cikgu. Oh ya... ada lagi!” - Naurah

Empat wanita, empat kisah yang berbeza. Dugaan mereka tidak sama. Namun sama-sama akhirnya merasa bahagia.

775 pages, Paperback

Published February 1, 2018

1 person is currently reading
25 people want to read

About the author

Adnil Zaff

68 books107 followers
Nama pena Adnil Zaff juga boleh dikenali dengan Fazlyn Ridz. Beliau kini menetap di Kampung Gajah, Perak dan merupakan seorang penulis sepenuh masa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (38%)
4 stars
25 (51%)
3 stars
4 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
March 27, 2018
Bagi saya, antara empat buah cerita terkandung dalam naskah ini, inilah yg paling santai atau mungkin yg kedua santainya setelah Adi Setan.

Pergilah Melankolik (4.5*)
Johari/Darlina/Dato' Farid

Berkisahkan tentang rumahtangga Darlina bersama Johari yg retak menanti belah. Di ceraikan talak tiga sekaligus di hadapan keluarga kerana Darlina di anggap biadap kepada ibunya juga mengaibkan Johari. Then slowly, masuk Dato' Farid yg amat berkenan dengan Darlina. Namun sikap dia yg sejuk beku, sukar tersenyum dan serious memanjang menyukarkan jalannya memenangi hati Darlina.

Saya juga suka sikap Johari yg cuba melunaskan hutang piutang serta menjernihkan hubungan di antara dia dan anak2nya serta bekas isterinya. Merapatkan jurang antara anak dan bapa. Namun malang tak berbau. Johari di timpa kecelakaan semasa bertugas dan meninggal dunia. Sikap tamak keluarga Johari merebutkan harta pusaka juga amat memualkan saya. Ini lumrah kehidupan.

Bab2 awal semua boleh baca di fb author.

Jejak Pendosa (5*)
Sarina/Azhan/Zee/Datin Ju

Saya paling suka cerita ni. Biasanya saya tak suka cerita curang bagai sebab emosi saya boleh terganggu. Tapi untuk yg ini saya tempatkan diri saya di tempat Azhan. Budak kampung yg berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mencari rezki malangnya terjebak dalam dalam kanca maksiat. Gigolo tanpa sengaja dan pengakhirannya dia berhadapan dengan tali gantung jika di dapati bersalah.

Bukan dia ingin curang tapi dia di paksa melakukannya. Di tipu sejak kaki menjejak ke KL. Demi sebuah kebebasan, dia sanggup mengahwini Zee asalkan dia dapat pulang ke pangkuan anak dan isteri di kampung. Malangnya, Zee mati di bunuh dan Azhan menjadi tertuduh. I like sesi perbicaraan di mahkamah tinggi dan usaha Azhan memujuk isterinya agar hidup bersama kembali.

Permata Tanpa Permata (3.5*)
Intan/Haris
Ok. Yg ni saya susah sikit nak klik.
Empathy dengan nasib Intan ya. Biasalah sakit tekanan setelah melalui sejarah hitam bukan mudah jika jiwanya rapuh. Sakit hati ni hanya dengan mengingati Allah je ubatnya selain usaha berjumpa dengan doktor pakar, memakan ubat dan juga sokongan keluarga serta orang tersayang.

Kerana sikapnya juga Haris menceraikannya dan kerana utuhnya cinta Haris buat Intan juga membawa mereka berhubungan kembali. Sedih sikit lah cerita ni tapi tidak sesedih Jejak pendosa.

Adi Setan (4*)
Dalam 4 kisah, cerita ni yg saya tak berapa ingat sangat. Yg cuma saya ingat, Adi berusaha mendapatkan Naurah. Dan perhubungan jarak jauh kerana kerja masing2.

Ada kisah menyayat hati bila kapal yg Adi ditugaskan dirampas oleh lanun dan Adi tercedera. Cemas sikit bab ni. Tak kurang hebat cemasnya dengan Jejak Pendosa. Ending dia great. Adi diberi peluang pekerjaan yg baru. Sama aliran berlainan bidang.

Tapi kerana Adi Setan kira a bit more romantik dan lebih santai dari yg lain except part cemas, jadi ini adalah kisah kedua yg saya suka dalam novel ni. 4* instead of 4.5*? Saya tak suka bab awal especially Naurah's attitude. Macam kurang matang pada awalnya.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews68 followers
January 24, 2021
[eBOOK 5]

Sentap by Adnil Zaff.
.

Dalam satu novel ni, ada 4 cerita. Dan boleh dikatakan, semuanya best.
.

1. Pergilah Melankolik.
Cerita tentang Darlina yang selalu sangat menjaga hati seorang suami, Johan. Masalahnya Johan ni bangang. Johan selalu mengadu kat KRT (kisah rumah tangga) kononnya isteri yang baik kena pandai puaskan hati suami, tapi dia sendiri sebagai suami, tak pandai puaskan hati isterinya. Dahlah macam biawak hidup je, Darlina pulak yang kena sara Johan dan keluarganya. Nasib baik akhirnya dorang cerai dan Darlina kahwin ngan Dato Farid. Happily ever after.
.

2. Jejak Pendosa.
Aku tak tahu nak rasa apa ngan cerita ni. Rasa bersimpati ngan nasib malang mereka sekeluarga. Azhan ke KL untuk mencari rezeki buat Sarina dan anak mereka. Tetapi, di KL, dia terjebak sebagai gigolo. Takdir yang menyayat hati. Lepas tu, Azhan dituduh membunuh kekasih nya, Gee. Masa tu la, baru Sarina tahu apa yang Azhan buat di KL. Kerana terluka, dia menyisihkan Azhan, walaupun Azhan dah berubah. Mampukah mereka kembali bahagia dan hidup seadanya seperti dahulu? Cuma aku tak puas hati part pembunuh Gee tu. Kenapa dan apa motifnya?
.

3. Permata Tanpa Permata.
Haris dan Intan. Berkahwin kerana cinta, walaupun Intan cuba menolak kerana sedar akan kekurangan dirinya. Namun, setelah rahsia itu terbongkar, Haris mula berubah. Lepas tu, bila Haris dah insaf, Intan pula buat hal. haihhh.
.

4. Adi Setan.
Dulu-dulu, zaman sekolah, Hardi suka kacau Naurah, sehinggakan dia digelar Adi Setan. Sampai sekarang, Naurah benci Adi. Tup tup, Adi meminang Naurah. hahha..apa yang akan dilakukan oleh Adi supaya Naurah terima pinangannya. Cerita ni sweet dan romantik gitu la.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,040 reviews378 followers
November 20, 2018
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM20. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

I always say that I don't like novella sebab tak akan rasa puas. When N beli novel ni, I didn't realise yang Sentap ni sebenarnya adalah 4-in-1 novellas.

But maybe it's a good thing yang N tak tahu this is a compilations of novellas sebab mungkin kalau N tahu, N tak akan beli Sentap. And then I would have missed some really good stories here.

Not all stories are equally good but that is something yang N memang sudah jangka.

But as a whole, N rasa Sentap is a solid compilation yang worth buying but more importantly, worth reading.
Profile Image for Mslvoe.
2,106 reviews204 followers
August 8, 2025
Ada 4 cerita yang berlainan

Kisah Darlina F suka.. kisah isteri yang diceraikan oleh suami dengan talak 3

Mulalah suami mengatakan itu satu kesilapan padahal diceraikan didepan adikberadik suami tersebut.

Sukanya F cerita ini sebab bekas suaminya Johari berubah ke arah lebih baik. Bayar semua hutang².. diberi nafkah untuk anak² dan spend time bersama anak².

But Jo tiba² meninggal.. duit sumbangan dan pampasan jadi rebutan abang long. mujur mak Jo jenis ada otak.. marah dia bila anak sulung pertikaikan duit Jo.

Satu lagi kisah yang best.. kisah Azhan yang datang KL untuk bekerja tapi dia tersilap langkah menjadi gigolo.
Profile Image for Al.
82 reviews1 follower
May 8, 2021
1)Pergilah Melankolik

Jo lelaki yang baik tapi malang bila lelaki tak tahu dan tak faham sesungguhnya keutamaan tanggungjawab dia bila dah pegang status suami dan ayah. Ini memang wujud di realiti.

Melayu selalu tekankan ibubapa dan keluarga keutamaan kita tapi lupa bila dah berkahwin, keutamaan tu akan bertukar. Dalam islam, keutamaan seorang lelaki bergelar suami dan ayah adalah isteri dulu kemudian baru anak. Lepas dah selesai dua ni, barulah boleh fokus pada yang lain ; ibubapa & keluarga.

Hampir nak menangis bila nak sampai pengakhiran cerita ni.

Mula-mula rasa benci gila kat jo ni tapi hatiku jadi lembut bila di akhir cerita.

2) Jejak Pendosa

Sedih gila cerita ni.

Cerita ni buat aku sentap sendiri. Kita manusia suka menghukum orang berdasarkan apa yang kita nampak dan dengar tapi hakikat kebenarannya? Kita tak tahu.

Azhan lelaki yang baik tapi terperangkap dalam situasi yang membuatkan dia jadi sehina manusia.

Paling sakit hati bila kita orang tempatan sendiri menolak beri peluang pekerjaan kat orang kita dan lebihkan pekerja asing.

Sarina adalah sebaik-baik perempuan. Fuhh aku sendiri tak mampu buat apa yang Sarina buat.

Aku siap teka datin ju & dato bunuh zee tapi bukanlah 😂

3) Permata tanpa permata

Cerita ni buat aku bengang dengan hero, si haris ni.

Ingatkan haris ni sesuci lebaran, yelah kecewa tahap gila bila dapat tahu Intan kena perkosa dengan ayah tiri dia dulu sampai kata jijik kat Intan. Tapi!! Haris lebih jijik daripada Intan! Intan tak berdosa sebab diperkosa, Haris berdosa sebab berzina.

Nasib Haris ni tembus balik dengan tak sia-sia kan Intan.

Kalau aku jadi makpak Haris, aku geleng kepala tengok perangai masing-masing. Nikah kahwin macam main-main je.

4) Adi Setan

Hahaha.

Permulaan cerita ni memang buat aku tersenyum dengan kerenah Nur. Beria sungguh tolak Adi Setan ni. Siapa je yang nak kahwin dengan orang duk buli mengusik kita kan.

Tapi Adi memang berubah jadi lelaki yang sangat baik bagi aku.

Cerita ni tak ada konflik. Konflik masa Adi nak pujuk Nur kahwin je la. Kalau ada pun, sekejap masa Adi hilang.
Profile Image for Izz.
420 reviews9 followers
February 14, 2021
Dalam buku ni ada 4 cerita pendek.

1. Pergilah Melankolik  (5 ⭐)
Cerita mengenai rumahtangga Darlina dan Johari yang ada 2 orang anak. Sikap Johari yang pentingkan diri, langsung tak kisahkan perasaan Darlina, buat Darlina dah tak mampu bersabar. Satu hari Darlina dihina dan diceraikan dengan talak 3 di hadapan keluarga mertuanya. Kemudian muncul pula Dato Farid yang dah lama menaruh hati dekat Darlina. Perkahwinan kedua Darlina buat dia faham apa itu bahagia dalam rumahtangga.

2. Jejak Pendosa   (5⭐)
Cerita yang ni rare sikit. Sebabnya cerita ni mengenai Azhan yang datang dari keluarga susah, pergi KL dengan niat nak cari rezeki untuk isteri dan anaknya. Tapi, susahnya nak dapatkan kerja kat KL tu, Azhan ditipu Datin Jul dan dijadikan gigolo. Wow. Selalu perempuan je kena tipu jadi pelacur. Cerita ni terbalik plak. Dek terdesak, Azhan bekerja juga sebagai gigolo sambil² cuba nak keluar dari kancah maksiat ni. Insiden kematian Zee, teman wanita Azhan dibunuh, dan Azhan menjadi suspek utama, telah mengubah hidup Azhan. Kesian dengan Azhan dan Sarina, isterinya. Tapi, bagusnya Sarina ni, dia tak minta cerai pun walaupun Azhan kena penjara. Sedih lar cerita ni.

3. Permata tanpa permata  (4⭐)
Intan, gadis yang menjadi mangsa rogol oleh bapa tiri sendiri, mengalami trauma dan depresi yang agak teruk. Kemunculan Haris, lelaki yang sayangkan Intan dan kemudian menyunting Intan menjadi surihatinya. Tapi, 3 minggu usia perkahwinan mereka, Intan menceritakan kisah hitam tu pada Haris dan Haris dengan tak sengaja menghina Intan. Bermula dari situ, Intan nekad minta cerai dan benci Haris. Walaupun Haris pujuk Intan banyak kali, Intan masih marah dan tak maafkan Haris. Akhirnya mereka bercerai. Lepas perceraian tu baru Intan sedar yang dia cintakan Haris. Geram dengan Intan tu sebenarnya, degil. Haris tu punya lar bersabar dengan dia.

4. Adi setan  (3⭐)
Naurah dipinang oleh Hardi, kawan sekampung dia. Tapi dia tak suka dan benci Hardi. Sebabnya dulu masa sekolah Hardi ni perangai macam setan, suka buli dan kacau Naurah. Tapi, sebab bapak Naurah ni paksa juga Naurah, dia terima dan kahwin dengan Hardi. Lepas kahwin baru dia sedar Hardi ni dah baik cuma perangai usik tu je masih ada lagi. Cerita ni simple je.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for H___.
52 reviews2 followers
August 30, 2022
Kisah adi setan terpaling syok baca, xpuas baca
154 reviews2 followers
January 19, 2023
Rating berdasarkan hero2 (walaupun penulis kata ni cerita pasal pompuan, heh)

Pergilah Melankolik:
Dato' Beku (2.5/5 bintang) Prince Charming, too perfect, too predictable, budak2 sekarang cakap 'mid'
Jo a.k.a Johari (3/5) buat jahat kat bini pasal rendah diri(?), ekonomi & hasutan keluarga, lepas bercerai talak tiga buat perangai gila talak sampai merasa jugak dok dalam jel semalaman tapi berjaya berubah dan bayar hutang piutang

Jejak Pendosa:
Azhan/Han (4/5 bintang) tak sekolah tinggi, desakan hidup & masalah keluarga mencampakkan mamat ni ke bidang "world's oldest profession" pastu terjebak pulak dalam kes dadah & bunuh, terlepas dari tuduhan membunuh, masih terpaksa dok dalam jel maka rumahtangga jadi tunggang terbalik, bini pon dah benci sesangat.

Si Azhan bukan orang sofistikated atau otak bergeliga tapi dia cuba berubah dan dapatkan balik anak bini dengan jalan simple & steady

Permata Tanpa Permata:
Haris (1.5/5 star) too pushy, kemaruk sangat nak berbini sampai tak sedar masalah bini bukan boleh setel dengan guna 'kuasa suami' bila gagal pujuk lari ke luar negara, dah bercerai berai baru sebok nak rujuk pakar sakit otak

Adi Setan:
Adi Setan a.k.a Hardi (2.5/5 bintang) suka megusik heroin dari kecik lagi, nasib baik bakal bapak mertua/bapak heroin berkenan!

Profile Image for Sano Ezumi.
5 reviews
March 4, 2025
Ada 4 cerita dalam 1 buku. Cerita yg menarik dan antara buku yang akan di reread kalau ada reading slump
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.