Jump to ratings and reviews
Rate this book

MANUSKRIP

Rate this book
1. Access emel menggunakan broadband yang tersedia dalam beg. 
Kata Laluan :assasinprojects@gmail.com
Password : manuscript
Pastikan anda periksa emel sentiasa kerana maklumat akan dihantar bila-bila masa.
2. Emel hanya akan hantar lokasi dan klu. 
3. Rujuk arahan dalam sampul yang anda terima semasa di restoran bertajuk “Nota” untuk maklumat lanjut. 
4. Gunakan klu dalam emel untuk tafsir setiap nota.
5. Ikut arahan yang tertera dan lakukan apa yang diminta.
6. Tidak patuh pada arahan akan buat nyawa anda dalam bahaya.
7. Apa pun terjadi, jangan sesekali melibatkan orang lain.
8. Akhir kata enjoy your adventure, enjoy your writing.

225 pages, Paperback

Published March 20, 2018

5 people are currently reading
59 people want to read

About the author

Rez Khael

2 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
33 (25%)
4 stars
61 (47%)
3 stars
29 (22%)
2 stars
2 (1%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 30 of 43 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
March 26, 2018
MANUSKRIP
by Rez Khael

'Aku' aka Khairil Azriq menerima tawaran seseorang yang hanya dikenali sebagai AK, untuk menulis sebuah cerita. 'Aku' yang ketika itu sedang dalam mencari idea untuk menyertai sebuah pertandingan menulis manuskrip, bersetuju menerima tawaran tersebut. Namun, tanpa disangka 'Aku' terlibat dalam satu siri pembunuhan dan semakin lama, 'Aku' semakin sukar untuk melepaskan diri.

Buku ni, dibahagikan kepada 3 bahagian :
a) Scapegoat - POV daripada 'Aku' sendiri, berselang-seli dengan manuskrip yang sedang 'Aku' taip.
b) Cases - penceritaan dari sudut pandangan awam; pihak polis dan yang terlibat
c) Accomplice - peleraian mengenai dalang dan semua persoalan

Dengan prolog yang tidak membantu dan blurb dibelakang buku yang penuh misteri, sebagai pembaca, saya sedikit 'lost'. Bahagian pertama dikira pengenalan kepada watak2 yang terlibat, secara langsung dan tidak . Sedikit keliru dengan gaya penulis yang berselang-seli dengan manuskrip yang sedang 'Aku' tulis. Namun, semakin jauh pembacaan semakin faham gaya olahan penulis dan arah tuju naskhah ini.

Boleh dikatakan, bahagian kedua lebih kepada penceritaan semula bahagian pertama, tapi dengan lebih tersusun dan jelas apa sebenarnya yang terjadi. Dan, saya kira bahagian kedua inilah yang mampu menarik pembaca untuk terus membaca, mencari klu2 dan menyelesaikan puzzle dalam bahagian pertama untuk mencari jawapan yang sebenar.

Sebagai pembaca, saya kagum dengan idea yang penulis bawakkan, olahan dan teknik yang beliau gunakan. Tidak bercelaru (ada pun mungkin di bahagian pertama) dan mampu memegang aura misteri itu ke akhir cerita. Penceritaan yang logik - dari segi idea, teknik2 pembunuhan dan plot cerita, serta peleraian yang munasabah. Tidak keterlaluan, penulis berjaya meringkaskan semua dalam naskhah yang nipis ini.

Ending yang tidak dijangka, terutama berkaitan dengan prolog. Tak terduga langsung segalanya bermula hanya kerana itu.. tapi, bila da geram memang rasanya patut terima balasan macam tu kan..

Overall, saya berpuas hati dengan naskhah ini, jelas hala tuju penulis dan ke mana naskhah ini ingin di bawa. Cumanya, nama watak yang hampir sama membuatkan saya sedikit keliru, namun masih boleh dimaafkan. Lain, masih boleh dihadam.

tahniah untuk penulis.

*rating : 4.5*
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
January 11, 2021
Ah, bosan. Bukunya nipis je tapi rasa terseksa betul cuba nak habiskan. Dah boleh agak buku ni ceritanya mesti tak sedap sebab dari awal cerita dah ada mengutuk novel cinta. Setakat ni tak pernah lagilah buku-buku yang aku baca ada mengutuk novel cinta ni berjaya buktikan ceritanya lebih baik. Semuanya hampeh.

Tak faham juga keperluan buku-buku yang begitu taksub merendah-rendahkan novel-novel cinta. Adakah sebab novel-novel cinta pun banyak merendahkan-rendahkan buku-buku genre lain juga? Atau kompleks superioriti ni sebenarnya datang daripada rasa cemburu disebabkan tidak dapat bersaing dengan penjualan novel-novel cinta? Entahlah. Tapi kan, aku rasa daripada begitu taksub sangat merendahkan novel-novel cinta ni, bukankah lebih habiskan masa tu untuk lebih memperbaiki penulisan jalan cerita buku sendiri? Ada juga faedahnya.

Sebab penulisan cerita ni pun dah rasa terlalu tergesa-gesa dari mula hingga ke akhir cerita. Seperti membaca rangka awal jalan cerita yang tidak dipadatkan dengan lebih banyak isi-isi yang boleh membuatkan cerita lebih menarik sehingga mengakibatkan susunan jalan cerita terasa amat kaku.

Watak dan rentak cerita dalam buku ni semuanya mendatar. Lebih banyak fokus kepada perincian yang remeh tanpa beri perhatian kepada perwatakan watak yang boleh membantu menghidupkan watak. Contohnya seperti waktu tiba-tiba diperkenalkan banyak watak. Tiada sebarang perbezaan ketara dalam perwatakan diberi untuk semua watak. Jadi, hidup mati setiap watak tu pun aku sikit tak peduli. Nama pun tak berapa nak ingat. Tiba-tiba dalam bab seterusnya teringat ‘Eh, bukan ada seorang lagi ke? Oh, mamat tu dah mati.’ Kewujudan setiap watak langsung tidak terasa. Rentak cerita yang mendatar pula boleh dikatakan berpunca daripada ketiadaan pembinaan suasana cerita. Suasana dalam setiap kejadian yang boleh membangkitkan rasa cemas atau bahaya. Hanya penceritaan perincian mengenai kejadian secara teknikal yang diberikan. Tiada sebarang perasaan atau emosi sewaktu kejadian itu berlaku yang turut dimasukkan untuk menyerap pembaca ke dalam cerita. Perkara ini menyebabkan hilangnya atau lebih tepat lagi tidak wujud dari awal lagi perasaan teruja dalam pembacaan.

Cerita dalam buku ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian kedua hanyalah menokok-nambah sedikit-sebanyak kejadian-kejadian yang telah terjadi dalam bahagian pertama dan bahagian ketiga pula hanyalah ringkasan dan rumusan bahagian pertama dan kedua. Rasanya kalau terus baca bahagian ketiga saja pun takkan terlepas apa-apa pun. Jadi, rasa sia-sia jugalah baca.

Oleh itu, andai kata sebelum ni suka baca novel cinta dan tiba-tiba teringin nak mencuba novel baru, lebih baiklah teruskan saja baca novel cinta tu daripada baca buku ni.
Profile Image for ωαη  ïzzαz.
56 reviews12 followers
May 14, 2020
Ambil masa dalam 9 hari jugak untuk aku habiskan pembacaan.Agak lama sebenarnya sebab buku ni nipis je tak tebal mana pun.

Ok,buku ni terbahagi kepada tiga bahagian.Aku ada baca review pembaca lain dan ada yang cakap bahagian pertama agak boring dan memang betul.Bahagian pertama iaitu spacegoat agak bosan.Untuk bahagian pertama aje aku habiskan masa dalam 6-7 hari jugak nak habiskan sebab jalan cerita masih slow.

Masuk bahagian kedua dan ketiga baru mood membaca aku naik.Aku habiskan 2 bahagian ni dalam 1 hari je.Bahagian dua ni aku jadi teruja sikit sebab lebih ramai watak yang muncul.Cumanya disebabkan terlalu ramai watak dan nama pula lebih kurang aje membuatkan pembacaan aku sedikit terganggu.

Bahagian tiga barulah terungkai segala misteri tentang siapa dan apa motif sebenar pembunuh.

Bila aku baca buku ni aku teringat dekat satu buku fixi yang lain iaitu GELAP yang mana berkisarkan tentang pembunuhan dan dendam juga.

Akhir sekali,bagi aku buku ni memuaskan dan olahan penulis pun bagus walaupun penulis masih baru dalam dunia penulisan.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
May 31, 2019
29 - 2019

NOVEL : Manuskrip
PENULIS : Rez Khael

Sejujurnya saya bukan sejenis yang boleh masuk dengan novel terbitan Fixi. Barangkali sebab jenis bahasa yang digunakan. Tapi tidaklah semua memandangkan ada juga penulis Fixi yang menggunakan bahasa yang mudah difahami. Contohnya, penulis novel Manuskrip ini.

Halamannya tipis sahaja. Tapi, penulis berjaya mengolah cerita ini dengan baik. Plot twist yang dihasilkan berjaya membuatkan emosi saya turut turun naik. Tahniah buat penulis!
Profile Image for Mr. Joey24.
18 reviews10 followers
December 25, 2019
Bagi peminat genre thriller dan mystery, inilah buku untuk korang baca. Penuh dengan kejadian pembunuhan mengerikan yang dirancang dengan teratur.

Bagi aku, cerita ni macam aku pernah baca tapi dalam versi English. Aku tak tau cerita apa. Yang pasti memang mind blown. Tahniah kepada penulis kerana berjaya mengelirukan aku untuk meneka watak pembunuh. Tapi aku berjaya meneka seorang sahaja.

Penceritaan yang ditulis sangat memeningkan. Terlalu banyak loops masa dan tempat membuatkan aku pening. Memang kena baca slow2 kalau tak memang tak faham. Penggunaan nama yang mengelirukan. Khairi dan khairil. Kemunculan nama2 baru menyebabkan pembaca kena belek2 balik m/s depan. Agak annoyed sebenarnya. Cerita ni misteri pun sebab penggunaan nama samaran dan nama penuh. Dah hilang 1 star.

Last but not least, ending cerita sangat memuaskan hati. Memang layak orang jahat terima hukuman begitu. Tapi, *spoiler*aku tertanya2, penulis tak ceritakan pun adakah si editor tu orang yang sama dengan si pilot? Tak logik ada 2 kerja serentak ke aku salah baca ni. Sejak bila dia tukar nama pulak? Bagaimana? Konklusinya, cerita menarik dan saspens membuatkan pembaca terpinga2 dan meneruskan pembacaan.

Lastly,
TEPUK AMAI-AMAI BELALANG KUPU-KUPU, BAYAR DUIT AKU YANG SEMUA KAU SAPU.
Awas, penghutang di luar sana. Kalau tak nak kes sebegini berlaku, langsaikanlah hutang kau. Biarpun hutang Ptptn. Haha
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
April 17, 2018
hmmm.... korang suka main puzzle tak? tak kisahlah macam mana bentuk. pening kepala nak fikirkan solution tapi perasaan teruja tu ada dari awal sampai hujung permainan, kan? haa... macam tu lah perasaan akak sepanjang pembacaan. ikutkan memang habiskan sekali harung, almaklumlah tau otak ni bukan pengingat sangat tapi kekangan buat tertangguh nak habiskan.

apa gunanya nak jadi pengingat sepanjang pembacaan?.. dalam novel ni ada banyak watak yang mainkan peranan utama. walaupun pencetusnya utamanya ada sikit je. semua watak punya peranan masing-masing dalam menguatkan perjalanan kisah. lupa nama, haa.... terselak-selaklah balik muka depan cari siapa dan apa peranannya.. hehe... seorang penulis yang ke sandakan dalam mencari idea untuk manuskripnya. tapi mana nak tau sebenar dia melangkah dalam satu game. game yang membawa pada kes pembunuhan. manuskripnya berjalan lancar, sama lancar dengan semua kod dan nota yang dia perlu pecahkan untuk mendapat maklumat. tapi, kesemua itu kembali menjerat dirinya...

terbuka satu kisah. kisah persahabatan yang rupanya tiada kejujuran. jujurkah zul dan fadil dalam bersahabat dengan azmi, husni, dan aman? jujurkah zul membantu aman merapatkan hubungan dengan gadis idaman iaitu amani? jujurkah azmi menemani aman ke sandakan dan kemudian diikuti oleh yang lain konon dengan alasan bercuti? jujurkah ridz menyediakan semua supaya mereka selesa dalam percutian? sahabat?

sangat teruja sehingga habis pembacaan. mana nak tau, dendam rupanya sangat memunahkan. sangat berbahaya. dan bila dendam tak dipadam, macam-macam boleh berlaku. tahniah buat tuan penulis Mohd Khazreel Naim untuk naskah yang sangat mengujakan ini. olahan bahagian watak yang sangat rapi juga kod-kod yang perlu dipecahkan. perjalanan cerita pun kemas dan sangat menarik!
Profile Image for Aqiela.
58 reviews1 follower
October 15, 2018
Benda first rasa nak buat lepas habis baca buku ni ialah nak buat MIND MAP!

Buku ni terbahagi kepada 3 part, part 1 tu buat rasa lost sikit sebab jalan cerita agak terlalu cepat & terlalu banyak watak yang tak diperkenalkan nama lagi. Penulis just bahasakan diorang as “lelaki itu” “lelaki ini” “perempuan itu” “perempuan ini”.

But bila masuk part 2, rasa seronok sikit baca even kena banyak kali selak2 & baca balik part 1 sebab nak ingat balik setiap watak & event yang dah terjadi. Rasanya part 2 ni la yang paling best & buat rasa nak teruskan bacaan sampai ke akhir.

Part 3 penyelesaian kepada cerita ni, banyak plot twist dalam part akhir ni.

As a conlusion, buku ni memang buku wajib baca untuk semua peminat fixi!
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
May 17, 2018
Dah buat video review 4 hari lepas. Here's my honest opinion:-

KLIK SINI-> REVIEW: MANUSKRIP BY REZ KHAEL

I wish the book is longer. Tahniah kepada penulis! Mempunyai konsep yang berpotensi lebih jauh kalau dikembangkan.
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
June 17, 2018
Worth reading.

Baca blurb, baca review yg lain. Macam best & why not cuba baca even penulis baru. Gaya penyampaian penulis, buatkan saya sbg pembaca turut cuba nak selesaikan klu-klu yg "aku" dapat dari AK. Baca 'prolog', dah tahu dah yg ada kemungkinan tu adalah salah satu penyebab cerita ni macam ni.

Lepas ni, maybe saya akan ulang baca 'Manuskrip', sebab rasa tak puas & nak tahu betul-betul, watak mana yang "jahat" sangat & end up, nyawa diorang melayang disebabkan perbuatan tak bermoral diorang pada seorang perempuan & marah daripada perempuan lain.

"Manuskrip" ni ditulis oleh seorang lelaki, jadi saya tak berapa kisah sangat plot yg jadi penggerak cerita ni. Sebab, fixi dah bagi amaran karya yg mereka terbit utk pembaca matang. Kiranya, masih ada lelaki baik macam tu & kasihan pada perempuan baik tu, tak pasal-pasal nyawa melayang bila minum...
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
November 25, 2018
Puas hati boi! Maam kau tengah selesaikan puzzle, sekeping demi sekeping puzzle disusun untuk dapat gambar sebenar. Walaupun ada beberapa bahagian yang gagal dihidupkan penulis atas faktor kelemahan bahasa, tetapi ia tetap boleh dimaafkan. Watak-watak yang mempunyai nama hampir sama juga agak mengganggu.

Tetapi novel ini memang nice.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
January 23, 2020
Betul, cerita dia ada banyak putar belit corner baring. Terpaksa banyak fikir juga kalau anda jenis yang tak gemar membaca membuta tuli. Mesti banyak soalan terlontar dalam benak; siapa, kenapa, apasal... gitu lah. Watak yang ramai, pulak bikin ada confuse sikit, sambil menambah corner baring. Kiranya Khairi tu ONI ke? Penulis tu siapa? ... Arman tu yang cold bloodedly membunuh? Ke Aril? Lin tu kiranya, menolong Arman sebab dia handsome boy? Alamak, pening. Maybe boleh faham lebih kalau saya baca semula beberapa parts, repeat beberapa pages, tapi tak last laa. Lepas la sarat. Siang tadi settle baca Qisas, best sangat. So saya nak buai otak dengan dok pikir kembar hero tu. Anyway, Azmi dengan Aril punya cerita, saya rasa ada sikit faham. Tapi saya kurang happy sebab tergantung gerakan Ziqri dan Liza.
Profile Image for Dieyana Ayuni.
93 reviews15 followers
January 9, 2023
Aku review secara point sajalah :

1. Watak terlalu ramai bagi aku. Bikin konfius saja.

2. Flashback tak kasitau. Penat aku ulang-ulang baca untuk faham. Contoh : dah sampai Sandakan. Tiba-tiba lepas dapat tiket pergi Sandakan terus bergegas ke airport untuk ke Sandakan. Lain kali tulislah "5 jam sebelum" ke apa. Haihh.

3. Ada riddles tu bijaklah. Kasi seronok baca. Sama-sama nak meneka.

4. Banyak ayat yang meleret dan tidak perlu. Contohnya kutuk-kutuk taste buku orang tu tak perlu ya. Pendapat peribadi camtu tak perlu masuk dalam ceritalah, buat tweet tweet syok sendiri sudah.

5. Good job. Teruskan menulis.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Alie.
19 reviews
April 30, 2018
Bila aku selesai baca buku ni ( termasuk mengulang semula beberapa bab di dalam nya), satu perkataan bagi aku sesuai.. BRILLIANT!!! serius, tak tipu..

Sejujurnya, penulis ni mampu jadi hebat seperti penulis -penulis novel fixi yang lain. Tapi, apa yang membuatkan penulis ni sedikit unik ialah cara beliau masukkan pembaca di dalam novel MANUSKRIP ni.. ( Terutama yang aku rasa pembaca yang membeli di Pbakl2018 dan berjumpa sendiri dengan penulis)

Arahan yang ditulis sendiri penulis meminta aku untuk menghantar emel dan kemudian nya aku dibalas emel dengan beberapa kod untuk diselesaikan dikira sebagai "appetizer" sebelum aku mula membaca. ( serius buat aku teruja, wife aku skali pon terjebak untuk selesaikan kod-kod tu)

Kemudian diberi pula sampul biru oleh penulis mengandungi maklumat mengenai mangsa seolah -olah aku sememangnya diupah untuk melakukan tugas misteri ni menjadikan kita yang membacanya lebih teruja..

Dipecahkan kepada tiga bahagian.

Bahagian satu : scapegoat

bagaimana watak khairil diceritakan dan dikembangkan dalam usahanya untuk menyiapkan manuskrip dengan kisah benar yang seolah-olah telah disusun cantik oleh seseorang. Kod-kod yang diterima oleh khairil perlu diselesaikan (dan dengan bangganya telah diselesaikan awal oleh aku sendiri.. Hehe . )muncul banyak watak seperti fadil, arman, fendi, riz,azmi,husni, dan juga zul dalam cerita. Satu persatu kes pembunuhan berlaku yang membuatkan khairil tertanya-tanya pada mulanya tetapi bertukar teruja bila idea menulis datang mencurah-curah.

Bahagian Dua : Cases

Dalam bahagian ini pembaca akan lebih memahami cerita apabila perkara yang berlaku pada khairil di bahagian satu diceritakan semula tapi dari situasi berbeza di tempat yang sama dengan khairil berada. Setiap persoalan di bahagian satu terungkai di bahagian dua.. Pembaca akan lebih teruja bahagian ini apabila satu persatu kisah disingkap buatkan kita tak sabar untuk ketahui apa yang akan berlaku seterusnya.

Bahagian Tiga : Accomplice

Satu persatu persoalan terungkai di bahagian ni. Segala yang tidak disangka juga didedahkan disini. Pembaca mungkin tidak dapat meneka apa sebenarnya berlaku namun aku sendiri seolah tidak dapat menjangka kebenaran yang berlaku.

Epilog diakhir cerita menjadi pelengkap novel ini disamping berkait sedikit dengan prolog diawal cerita. Bunyi simple, tapi sebenarnya dendam yang sedikit kalau disimpan mampu jadikan manusia bertindak diluar norma.. Good job Rez Khael!!!
Profile Image for MalasMembaca.
15 reviews7 followers
December 3, 2018
Manuskrip ialah buku yang aku tak-sabar-nak-beli semasa buku tersebut rilis. Aku sangat berkobar-kobar pergi ke Big Bad Wolf dan cari buku ni. Balik rumah, aku terus baca. Tapi bacaan aku hanya tamat lepas lebih sebulan dari waktu aku mulakan bacaan. Sebabnya pemulaan cerita ini sangat boring. Gaya penulisannya juga seakan lewah dan tak bermaya. Seolah-olah penulis seperti menulis untuk mencukupkan bilangan patah perkataan sewaktu menjawab soalan esei SPM. Kemudian aku gagahkan untuk teruskan pembacaan namun jalan ceritanya yang cuba menjadi unik sebenarnya aku dah boleh teka apa akan jadi dan turn menjadi tak unik langsung. Ceritanya tak konkrit. Banyak babak yang berlaku tanpa sebab. Hanya ikut rasa hati watak sahaja. Kalau di dunia nyata perkara tu make sense tapi dalam dunia fiksyen, sori. Tiada maaf bagimu. Aku dah tahu apa akan jadi di third act lepas baca 50 mukasurat sahaja. Aku teruskan dan berharap aku tersalah teka namun aku sangat hebat meneka. Sori Rez Khael, dua bintang saja. Teruskan berkarya dan cuba cari idea-idea yang lebih segar selepas ini.
Profile Image for Nurul Adibah.
33 reviews1 follower
July 2, 2018
Jujur, confuse baca sebab nama dekat dekat 😂 Khairil Azriq, Ridz, Aril, Riza Khaleel, Rez Khael. Hahaha
Profile Image for Aliff Awan.
Author 6 books19 followers
May 30, 2018
kawan – cuti – mati – bunuh – cuti

Dipecahkan kepada 3 bahagian; scapegoat, cases, accomplice.
Ceritanya jelas tapi tak kemas.

Terlalu banyak karakter diperkenalkan serentak.
Perwatakan karakter tak berkembang dengan baik; ia samar-samar.
(memang ada penjelasan tentang kerja-belajar mana tapi, ia datang dalam
cara yang nampak terpaksa).
Nama-nama watak yang hampir sama.

Percayalah, aku tak dapat nak follow the story dengan masuk ke dalam tubuh setiap karakter dan rasa macam itu adalah aku but, aku cuma follow the story as how it should go. Without the character. Kadang-kadang, aku skip nama karakter sebab aku tak ingat pun karakter yang mana.

Oh ya, ada struktur ayat yang nampak tak kemas dan ada beberapa perkataan boleh diganti-ditukar untuk wujudkan situasi/suasana dengan lebih real (tapi, ini mungkin bukan masalah besar).

Tapi, ceritanya dah ada cuma kalau diberi masa lebih, dipanjang sikit, jelaskan-kembangkan setiap karakter dengan baik mungkin, ia akan jadi lebih menarik.
112 reviews3 followers
February 3, 2019
Aku suka cover buku ni dan judulnya. Memang judul idaman la kata orang. Haha 😆

Satu percubaan yang sangat baik secara keseluruhan. Jujur, aku rasa ada bahagian yang boring dalam bab awal. Apabila menggunakan POV 1. Ini memang satu kebiasaan penulis baru, kata orang. Tak kisahlah tapi itu mungkin juga puncanya selain pengisian bahagian itu sendiri.

Bergerak ke bahagian-bahagian seterusnya, jadi lebih menarik. Bahasa yang digunakan sangat baik. Cuma, aku rasa ada gelinciran teknikal dari segi ketepatan info. Tentang dapatan forensik yang aku kira bercanggah dengan fakta kes dan logik tempoh kejadian. Kedua, ada perkara yang tidak jelas. Tak jelas tak apa, tapi macam dilupakan? Tentang gerak-geri si mastermind tu.

Aku terkejut baca nama Ziqri. Nama ini dekat dengan aku cuma ejaannya berlainan 😆 Aku suka bagaimana karakter ini dipotretkan. Terima kasih ☺️

Aku seronok baca naskah ni. Isinya bijak, luar biasa. Kelemahan tu yang aku petik di atas tu bagi aku tak mengganggu cerita. Mungkin juga aku yang silap, pening sebab ditelan kebijaksanaan misteri? 😂
Profile Image for Nor Alia.
2 reviews
June 8, 2022
Buku ni aku tak ingat aku beli bila,tapi alang alang aku dapat cuti seminggu so why not aku baca buku ni.Sorry Rez Khalel,aku beli dah lama dah buku ni cumanya entah maybe aku lagi suka beli buku simpan daripada baca. Tapi at least aku baca okay hahah.

Cerita ni actually kalau nak paham,kau kena ingat page swap why this guy ni boleh termakan pujuk untuk buat manuskrip.And there’s a thriller scene yang jadi depan mata this guy untuk buat Manuskrip,cuma yang scene paling cilake is sape frame sape and collaborate which each other and who’s the mastermind.Mmg siod je sampai kena mintak tolong penulis like “ who the fuck the guy that planned all this shit?’’

Buku ni digarap dengan kemas,all the place and person cuma sape frame sape tu masih buat aku rasa macam aku nak buat mind map.Thanks to Rez Khalel that who reminds me to read the front page!

Overall : aku bagi 4 sebab boleh agak dah sape pembunuh cuma collaborate sape ngan sape tu aku rasa agak fuck up!
Looking forward towards your next writing RK !
Profile Image for Errah Bonasera.
9 reviews
May 25, 2018
Plot menarik walaupun terpaksa ulang belek beberapa muka surat sebab terlupa dan tercelaru nama karektor terutamanya yang tujuh sekawan tu. Jalan cerita ringkas tapi cara pelaksanaan balas dendam yang twisted tu best. Gua habis baca dalam masa sehari. Good job!
Profile Image for Eija Faezah.
23 reviews
February 16, 2019
Tak berapa faham sgt. Banyak bab dan banyak watak, banyak double identity. Keliru, ini manuskrip atau kisah benar. Plot cerita bercampur baur dan selerak. Maaf penulis #manuskrip #bukufixi #malaysiamembaca #lovereading
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
March 10, 2019
"Bila kita mula tanam rasa benci dekat seseorang, kita sntiasa harap org yg kita benci itu akan hidup susah & dibebani pelbagai masalah. Kita akan suka bila org itu musnah hidupnya.."
Profile Image for Erin95.
148 reviews5 followers
November 28, 2019
Ending yang baik dan aku sebagai pembaca berpuas hati dengan nasib "penjahat" dalam cerita ni. Ok la tu mereka mati di tempat mereka 'membunuh' nyawa yang tak bersalah.
Profile Image for Esther Ess.
47 reviews
January 28, 2022
"Benarlah kata orang yang kebenaran itu kadang-kadang terlalu pahit. Mungkin sebab itu kebanyakan orang memilih untuk tidak mencari kebenaran dan terus hidup dalam penipuan." - Manuskrip, Rez Khael

Lepas aku baca dan faham keseluruhan isi dalam buku ni, baru aku faham yang buku ni sebenarnya menceritakan tentang macam mana seseorang tu balas dendam dengan seseorang/sekumpulan orang yang dorang sangat-sangat benci. Sikap tamak, suka ambil kesempatan, pentingkan diri sendiri atau lebih tepat lagi ada yang jenis kawan makan kawan ni lah menyebabkan terjadinya satu rancangan pembunuhan yang sangat kejam.

Apa yang aku suka pasal buku ni ialah jalan cerita buku ni sangat-sangat tersusun. Dalam buku ni pun penulis ada guna something yang macam programming(?). It's nice and buatkan pembaca berfikir macam mana nak solve kan puzzle tu.

Tapi ada apa dengan Manuskrip? Haaa tu korang kena dapatkan dan baca buku ni lah,hehe.

Persoalan yang timbul:
1. Macam mana dengan nasib orang yang dijadikan sebagai kambing hitam tu?
2. Macam mana pula dengan nasib pembunuh sebenar?

Mungkin akan ada Manuskrip:2(?)
Profile Image for Wady.
36 reviews
December 12, 2023
Bruh i lourvee this storyline ..
I lourvee the plot twist so many twist till i freeze my

I like how he make everyone turn into his puppet to take a revenge like how can u make your own fake death and turn into a role play and made everyone fall into his trap ...

Can u imagine that u meet up with your so called bestfriend is actually not a concidence or fate but an arrangement by someone ... your believe and stay with each other for many year , and it actually turn out to be an arrangement of revenge woahh so scary bruhh

I like how he use caeser cipher is really make me overwhelmed cause i know how it work HAHHAHAHAHA ( x sia sia blajar IT form 4 , 5 ), but still dumb like all the the task is so out of the box if it happen to me i think im choosing to die maybe cause i cant , my brain cant work for it even basic HAH ...

My favourite scene is where Kay being black goat get caught by the police for murder while he just want to make a manuscript CAN U SEE the TWISTTTTT!!! OH MYY I LOURVEEE
Profile Image for Yann.
1 review
June 30, 2022
This book sebenarnya is a love-hate book to me. Impact dia kuat untuk saya. Some people said its boring, but its not for me. Totally enjoyable to read

Benda yang saya suka pasal buku ni, how mindblown plot twist yang ada. Every event dalam buku ni semua berkait. Menyebabkan saya kena belek balik depan untuk confirmation. Setiap emosi digarap baik oleh penulis. Rasa sedih dengan kehidupan Iman, rasa marah dengan kawan2 terlibat, rasa annoyed dengan Fatni

Benda yang saya kadang benci ialah kata nama diri 'aku' yang sangat confusing. Rupanya, 'aku' dalam novel ini daripada orang yang berlainan. Ada juga rasa kasihan kepada Khairi yang di kambing hitamkan. Tapi penulis berjaya menghasilkan karya thriller yang bagi saya, sangat kemas

Goodluck penulis! Semoga dapat hasilkan karya yang hebat lagi selepas ini
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for MijieReads.
43 reviews
July 31, 2020
Just finished this one,tbh dah lama gila tak baca buku fixi,kali ni baru lah nak sentuh balik.

Overall I think,I love the idea of this novel,it's quite creative and catchy but It was really2 hard for me to continue baca without rasa cringe at certain part :/ ,there are some part yang rasa macam should be explain more detail to make it seems and feel even more realistic,bcs I think ada part yang,reaction from the character towards the situation theyre in at that time agak too over or tak kena,maybe sebab the novel itself tak tebal so it feels like the story went too fast also.

But I still managed to finished this book in a day and a half hahaha,since I'm still curious about the ending.
Profile Image for Rona Irama.
61 reviews
September 20, 2020
Jalan cerita yang berselirat. Kena patah balik ke belakang banyak kali untuk dapatkan semula idea tentang apa yang berlaku dan siapa yang terlibat. Nama watak yang hampir seakan pun menyusahkan juga. Haha maybe tu lah cara penulis nak buat pembaca bertambah keliru kot. Sebagai seorang yang suka genre misteri, penyiasatan macam novel Manuskrip ni, I can say I enjoy reading it somehow. Macam main puzzle, kena cantum satu persatu maklumat yang ada untuk dapatkan the whole story.

Mungkin akan baca sekali lagi untuk lagi faham keseluruhan cerita. 3.5 bintang untuk naskah Manuskrip ni.
Profile Image for Mal.
35 reviews1 follower
December 30, 2022
Hasil garapan penulis nampak terburu-buru di awal penceritaan. Buatkan aku kurang ghairah teruskan pembacaan. Baca baca dan baca, tamat bahagian pertama. Ada tiga bahagian rupanya, aku mengaku aku stop membaca sebab perasaan dah tak into the story. Tapi di bahagian dua, banyak perkara terbongkar, satu persatu dibongkarkan, and yes hati mula terpaut dan bacaan terus tak dapat dihentikan sebab aku nak tahu apa akan terjadi berikutnya. Keseluruhan, agak berpuas hati cumanya rasa janggal apabila penulis nampak menapis perkataan yg aku rasa tak perlu ditapis. Mungkin aku sahaja yg rasa macam tu.
Displaying 1 - 30 of 43 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.