SALAFI
by Shaz Johar
Farrah aka Fatihah, seorang gadis kampung yang polos, memulakan hidup di kota KL dan tinggal bersama abang dan kakak iparnya. Sedari kecil, dia dibesarkan dengan pegangan agama yang kuat dan dijaga tata tertib sepenuhnya oleh abang dan ibunya. Sehinggakan, TV dan tekefon bimbit pun tak dibenarkan!
Shaz Johar kembali kepada genre asal beliau saya kira, selepas berjaya 'memeningkan' pembaca dengan trilogi #nota beliau. Secara peribadi, dua novel terawal beliau iaitu #kougar dan #tabu merupakan favourite saya dan menjadi antara novel pengenalan yang mengikat saya dengan buku2 #fixi hingga sekarang. Saya kira, ni lah naskhah yang mengembalikan semula wajah lama Shaz Johar yang saya kira 'hilang' seketika lewat novel #sanctuaria dan #nota (tak adil letak, sebab belum habis baca).
Kisah pertembungan fahaman agama dan hak kebebasan diutarakan sebaiknya dalam naskhah ini, bercerita secara polos sekadar ingin menikmati hidup yang sementara ini. Watak Fatihah digambarkan penuh tertib, masih mentaati keluarga namun dalam masa yang sama keliru dengan kehendak sendiri. Dan, akhirnya membawa padah lantaran keegoan manusia yang terlalu dangkal pemikirannya.
Begitu sinis sindiran dilontarkan, menerusi perwatakkan kawan2 Fatihah - Kak Min, Kimk, Bakhtiar, Brian, malah, sekecil2 watak Hassan dan Michelle Shue meninggalkan kesah kepada pembaca. Begitu dekat perwatakkan dan isu2 yang diketengahkan dalam naskhah ini, acapkali dipandang enteng oleh masyarakat hari ini. Tak mustahil, ramai lagi yang bernasib malang seperti Fatihah.
Setiap bab dimulakan dengan soal jawap pihak polis dengan suspek dan saksi2 kejadian, dan diikuti imbas balik kejadian yang berlaku. Menelanjangi kisah hidup masing2, namun demi menegakkan keadilan untuk Fatihah, semua harus dihuraikan. Tidak berbeelit dengan penyiasatan dan kes yang rumit, dilema antara watak2 dan isu yang diketengahkan menjadi topik utama dalam naskhah ini.
Sebagai pembaca, saya bersimpati dengan nasib Fatihah.
Secara keseluruhan, naskhah kali ini diolah kemas, tema yang diangkat berjaya dihadam pembaca tanpa perlu plot twist dan seumpanya; sebuah kisah masyarakat yang diketengahkan seadanya dan sejujurnya. Begitu ramai yang suka melabelkan orang sekeliling, meletakkan dinding sempadanan antara satu sama lain, tanpa mahu mengenali apa yang tersirat.
Tahniah untuk Shaz Johar!
* rating : 4.8*