Jump to ratings and reviews
Rate this book

Puaka Basikal

Rate this book
Basikal lajak Afiq kembali meluncur laju sedangkan kakinya langsung tidak mengayuh pedal. Terasa seperti ada sesuatu yang bergerak amat pantas berada di belakang sedang menolak basikal itu. Dia tidak dapat mengawal lagi basikal itu. Basikal itu bergerak dan membelok sendiri. Basikal lajak Afiq seolah-olah menjadikan Firman sebagai sasarannya. Afiq mahu menjerit memberi amaran kepada Firman, namun tiba-tiba muncul makhluk seakan monyet dengan rupa seperti bangkai yang mereput duduk bertenggek di atas hendal basikalnya...

Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

128 pages, Paperback

First published March 12, 2018

2 people are currently reading
9 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (16%)
4 stars
3 (25%)
3 stars
5 (41%)
2 stars
2 (16%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
March 29, 2018
1) LUMBA LAJAK BERDARAH
BALQIS JAZ

afiq suka lumba basikal. satu malam, waktu dia kemalangan sewaktu berlumba. kejadian itu buat afiq 'patah kaki'. tapi dia terjumpa sebuah basikal lajak di sebuah rumah lama. firman membantu afiq membetulkan basikal tersebut dan dia kembali menjadi juara.. apa jadi seterusnya bila kera-kera itu mula muncul dan membuat bising? siapa jadi mangsa?

ada sedikit tertanya tentang sejarah basikal itu dan kenapa ianya berpuaka walaupun di awalan kisah ada tercatat kemalangan antara sebuah kereta yang melanggar basikal. idea menarik dan olahan pun ok. haa... apa korang nak buat tengah berlumba tiba-tiba kera merah dok depan basikal?


2) FIXIE SYAITAN
AIZIN ZAMILA

aedy, anak bujang yang sopan dan baik tingkahnya. dengan driver teksi yang menghantarnya pulang pun dia tak kedekut. sewaktu mahu ke bandar dengan tujuan membeli basikal, sekali lagi aedy bertembung dengan pak cik teksi itu. disebabkan pak mat itu sungguh berkenan dengan sikap aedy, diberinya basikal arwah anaknya. encik azmi tidak suka dengan tindakan aedy menerima hadiah tersebut lalu menyuruh aedy memulangkannya semua.. tersingkap satu kisah dan satu jenayah yang tak di sangka...

buat baik berpada-pada. olahan yang jelas dan baik.hmm.. aedy tu nak tak menunggang basikal semula?


3) TANGKAL TIH SENAH
BALQIS JAZ

selang 10 tahun pasti akan ada kehilangan pelajar. asalnya bila mahu mengusik dan juga mahu melarikan sebuah basikal tua. kepulangan amir dan mubin ke kampung sewaktu cuti sekolah dan mereka mahu membantu memindahkan barang dari masjid lama ke masjid yang baru dibina. ketika membuka kitab lama, tanpa disengajakan amir membaca sebuah mantera dan keanehan mula berlaku.

suka idea dan sejarah mitos yang diselit. walaupun peranan basikal tu tak banyak, tapi ia menjadi penggerak cerita. korang nak main-main dengan basikal lama?


KESELURUHAN, tiga buah kisah yang sangat menarik. ada sejarah silam dan ada akibat yang berlaku. tahniah buat ketiga-tiga penulis untuk karya best nih. basikal, jangan tunggang dengan cara berbahaya, jangan suka-suka mengayuh jauh tanpa segala peralatan keselamatan. dan paling penting basikal sendiri bukan basikal curi, understand?
Profile Image for SS.
539 reviews6 followers
June 6, 2020
Dua cerita pertama masih boleh diterima lagi. Akan tetapi masuk cerita ketiga. Mungkin ada sedikit kekurangan. Disebabkan ianya cerita pendek. Kadang ada rasa mcm cerita tu banyak lagi yang boleh dihuraikan sebab storyline nampak kuat. Hee. Siri Puaka Basikal ini terang-terangan mengfokuskan satu benda iaitu basikal. Obviously kan. Tetapi, apa yang membezakan ialah storyline dari setiap penulis.

Masih blh dibaca jika mahu. Cerita pertama tu ada sedikit tanda tanya. Permulaan cerita tu, yang berlaku kemalangan antara budak yang menaiki basikal lajak dan pemandu kereta itu siapa? Haha. Ke mungkin hanyalah pengenalan siapa sebenarnya owner basikal lajak tersebut? Aha.

Tak apa la. Biar saya fikir sorang-sorang haha. Sebab selalunya saya akan buat conclusion saya sendiri. Unless if saya rasa macam dah buntu sangat then saya akan tanya orang. Hehe.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,545 reviews1 follower
June 30, 2019
Cerita dari 3 penulis.. 3 penyampaian dan olahan yang berbeza dan sangat menarik.. Garapan cerita yang mengujakan dan kurang menarik sebab pendek sangat..
Profile Image for Pak Badrul.
Author 9 books6 followers
May 21, 2018
Penerbit X meneruskan lagi siri cerita hantu mereka. Kali ni tentang puaka basikal plak. Ada 3 kisah daripada 3 penulis. Dua kisah pertama straightforward je. Kisah tentang basikal lajak dan basikal fixie yang berhantu. Menarik dua kisah ni. Kisah 3 pelik skit. Makan tahun cerita dia. Siap ada ular yang boleh jadi basikal lagi. Huhu... Kipidap Penerbit X
Profile Image for Mus Nasmian.
Author 6 books7 followers
April 21, 2018
bacaan santai yang menarik. Ada 3 kisah dalam satu buku oleh 3 penulis. Setiap satu berbeza dari yang lain. Kisah basikal lajak, basikal fixi dan basikal tua. Namun ianya bukan sekadar kisah sebuah basikal, tetapi cerita mistik yang menyelubungi pemiliknya.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews