Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cikgu Bankrap

Rate this book
Ada orang menjadi guru kerana kesemua ahli keluarganya adalah guru, maka dia menjadi guru kerana keturunan. Ada orang menjadi guru kerana ada kekosongan, maka dia menjadi guru kerana pekerjaan. Ada pula orang menjadi guru kerana keinginan yang dibaluti kesedaran, maka dia menjadi guru kerana keikhlasan. Kita boleh menjadikan pekerjaan guru sebagai pilihan ataupun bebanan. Bergantung kepada sejauh mana kekuatan kita menempuh ujian dan bisikan keduniaan.

Paperback

First published January 1, 2018

6 people are currently reading
22 people want to read

About the author

Zaharoh Fajar Nina

5 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (56%)
4 stars
8 (34%)
3 stars
2 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Zaila Hafni.
11 reviews
January 17, 2020
Peringatan yang baik bukan sahaja untuk para cikgu tapi juga ibu bapa.

Cabaran untuk mendidik anak murid di sekolah bandar, berbeza dengan di luar bandar.

Ustazah Zaharoh berkongsi pelbagai insiden yang sarat dengan pesanan dan peringatan. Juga cabarannya sendiri berulang alik ke sekolah dengan motorsikal dari Bangi ke Sepang.

Saya suka nasihat dan teguran yang diberikan, bukan sahaja untuk murid bahkan untuk seluruh warga pendidik bahkan ibu bapa.

Cikgulah yang memilih sama ada menjadi cikgu 'kaya' atau 'bankrap'.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
April 20, 2020
Pengalaman seorang pendidik dalam mendepani anak-anak berlainan usia dan ragam.. Bukan mudah mendidik bila perangai anak-anak berbeza.. Namun seorang pendidik tak pernah berhenti menghulurkan ilmu dan panduan supaya anak-anak ini bukan sahaja cemerlang akademik malah cemerlang juga sahsiah dan akhlaknya..
Profile Image for Niena Aniesza.
195 reviews7 followers
March 9, 2019
Ramai yang berkata kerjaya mendidik adalah ladang pahala. Namun tanpa disedari, dalam menghadapi cabaran, andai salah kata atau tingkahlaku, mungkin seseorang hanya mendapat penat. Lalu tidak berupaya membawa pulang bekal ke negeri abadi dari usaha mendidik.
Profile Image for Fatimah Wahidah.
119 reviews41 followers
October 28, 2022
Bacaan yang sesuai untuk insan bergelar guru untuk muhasabah diri tentang perjuangan yang tak pernah selesai dalam mendidik. Juga sesuai untuk sesiapa yang di luar bidang pendidikan untuk memahami rasa hati seorang guru dalam dunia mencabar kini.
8 reviews
August 21, 2020
Terbaik 👍👍 Penulisan yang bagus untuk bakal guru atau seorang guru yang sedang futur. Menaikkan semula semangat dan membetulkan niat kita kenapa menjadi seorang guru. Alhamdulillah, terima kasih.
1 review
Read
February 25, 2021
Sangat bagus bagi mereka yang ingin mempelajari bagaimana untuk menjiwai diri sebagai pendidik dan menyantuni jiwa anak muda.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.