Zin telah ditawarkan menjadi pemain gendang Nengkara di Istana Melaka. Mitos yang berlegar di media sosial dan sumber internet menyatakan gendang Nengkara berasal dari zaman Srivijaya dan diperbuat daripada kulit ibu mengandung. Gendang tersebut jatuh ke tangan Majapahit lalu dijadikan alat kebesaran dan kebanggaan kerajaan tersebut kerana dapat memusnahkan kerajaan Srivijaya. Dilarikan oleh Parameswara ke Temasik bagi memalukan Majapahit. Kemudian akibat kemusnahan kerajaannya akibat diserang Majapahit, Paramesawara membawa gendang tersebut ke Melaka. Menjadi alat keagungan dan simbol kesultanan Melaka sehingga ke hari ini.
Sejak mula menjadi pemain gendang Nengkara, pelbagai perkara aneh dan mistik dialaminya. Dia sering bermimpi kembali ke zaman Srivijaya untuk mengetahui asal-usul gendang Nengkara. Sering terdengar suara perempuan menyanyi serangkap lagu. Nampak kelibat perempuan wanita mengandung memakai baju batik puteri zaman dahulukala. Dia juga berkenalan dengan Puteri Dayang, anak kepada Sultan Melaka yang baginya berkelakuan agak aneh. Rupanya itulah sumpahan yang berlaku sejak dari zaman dahulu dan satu-persatu misteri gendang Nengkara dapat dirungkaikan. Semuanya atas sebab dendam dan sumpahan dari Zaman Srivijaya dan Zin diperlukan untuk merungkaikan sumpahan tersebut!
Zin seorang jaga yang kemudiannya mendapat tawaran bekerja sebagai pemain gendang di Istana Melaka. Dek kerana gaji yang ditawarkan sangat lumayan dia langsung tidak berfikir 2 kali untuk menerima tawaran tersebut. Dan di sinilah dia mula diganggu dengan sosok wanita mengandung.
Ada rasa sedikit tidak kena kerana kewujudan Sultan Melaka di Istana Melaka yang berlatarbelakangkan masa kini. Sebab setahu SH Melaka sudah lama tidak bersultan. Sudahlah begitu, watak Sultan Melaka dalam naskah ini langsung tidak menunjukkan wibawanya sebagai seorang pemerintah. Dah rasa macam orang kebanyakan pula. Tidak dapat dirasakan aura seorang pemerintah.
Jenuh juga bila banyak sangat pengulangan ni. Lagu yang sama diulang banyak kali. Jadi agak membosankan. Sampaikan SH bahagian lagu je terus langkau sebab dah tahu isi lagunya.
Kata ganti nama yang digunakan Puteri Dayang kepada Zin membuatkan SH rasa agak kekok membacanya. Baginda membahasakan dirinya sebagai puteri bukan beta. Setahu SH kata ganti diri pertama untuk kerabat diraja kepada bawahannya adalah beta. Ada banyak lagi kata ganti diri yang SH rasa boleh diperbetulkan.
Tapi jalan cerita menarik terutamanya di awal dan hujung cerita. Pace penceritaan juga laju. Leka jugalah membaca hingga lupa masa. Cuma menuju ke tengah cerita SH rasa ada sedikit rasa kurang menarik. Plot twist dan pengakhiran cerita ni SH suka dan puas hati.
3.5/5 bintang Memang betul-betul musibat.. Dari awal sampai ke akhir, banyak betul teka-teki.. Plot twist pun menarik.. Kalau dah syaitan tu, syaitan jugalah.. Kerja nya nak menyesatkan selagi boleh.. Hanya iman sahaja yang mampu melindungi.. Mujurlah Zin tak tertipu.. Memang menarik ceritanya.. Mengenai gendang yang diwarisi zaman berzaman.. Ada yang menghuni dan perlu dipulangkan ke tempat asalnya.. Buku kali ini ada sejarah, seram, lawak dan cinta.. Garapan yang menarik walaupun ada sedikit typo di sana sini tapi tidak mengganggu penceritaan..
Mengisahkan tentang Zin yang ditawarkan menjadi pemain gendang Nengkara di Istana Melaka. Tanpa dia sedari, terdapat sumpahan pada gendang itu yang berasal sejak dari zaman kerajaan Srivijaya lagi. Sejak itu, dia sering dihantui oleh jelmaan wanita mengandung yang bernama Seroja. Dapatkah Zin merungkaikan sumpahan itu?
Seperti biasa, novel yang ditulis oleh Naim Tamdjis sedap dibaca. Bahasanya santai, dan diselit sedikit komedi. Yang lawaknya, apabila terfikirkan tentang kerajaan Diraja Melayu Melaka zaman moden yang di imaginasikan penulis, pasti teringat pakcik yang mengaku dirinya Sultan Melaka tu...
Bila baca buku ni tak tau nak seram ke nak gelak. Hantu perempuan mengandung, perutnya boleh kembang kempis ikut situasi?? Pun bolehhh. Overall buku ni sesuai untuk bacaan santai. Menghiburkan.
bila baca blurb i assume 2 benda je pasal cerita ni, sama ada 'istana melaka' is just a term untuk nama tempat zin bekerja (i.e muzium yg dinamakan istana melaka) atau kisah ni akan berlatarkan zaman kesultanan melayu melaka suatu masa dahulu. tapi ternyata i silap. sebab zin memang bekerja dalam istana melaka yg didiami oleh sultan melaka pada masa kini!
kagum sekejap macam mana penulis boleh berimaginasi untuk "menghidupkan" kesultanan melayu melaka pada masa kini. terbayang drama korea princess hour yg mana institusi diraja dah tak wujud di sana tapi drama tu menggambarkan seolah institusi diraja masih ada di sana. hehe
sepanjang cerita kita akan dibawa 'meneroka' sejarah hidup seroja dan asal kewujudan gendang nengkara yg dikatakan berpenunggu serta kehidupan zin dan rakan2 pada masa kini. kehidupan seroja pada masa dulu dan kehidupan zin pada masa kini diasingkan dengan baik sekali. ada juga cerita pasal anak kerak yg mana beri i info baru sebab tak pernah lagi baca pasal ni.
part yg i tak boleh lupa bila ada cameo penulis2 seram buku prima sebagai anggota polis. arif baqi, helmi apandi, nuar, resman, eiq dan naim sendiri. i assume the names are from arifful baqi, helmi effendy, anuar darwisy, resmanshah, eiqbal mohaydeen and naim tamdjis, is it? haha, bijak author!
cuma ending dia i keliru sikit. mungkin i ada terlepas pandang kat mana2. dan i perasan ada sedikit kecelaruan pada penggunaan kata ganti nama diri dan kesalahan nama2 watak pada beberapa babak kecil. tapi tak menjejaskan jalan cerita pun. keseluruhannya, cerita ni masih boleh buatkan i tidur malam. kudos writer!
Terbaiklah Naim Tamdjis ... Musibat mmg best... Teman mmg minat sejarah... Cerita yang menarik.. Tetapi semalam tetiba teman dengor org main gendang kat rumah teman..takkan jam 12 mlm ada org praktis kot..nak kata ada majlis kawin tak mandang...kuat nau aura cerita ni...nasib ler teman ada belajor sikit...tapi part lawak, semua nama penulis seram ada memegang watak tertentu dlm novel ni🤣🤣🤣..teman bagi 5 bintang novel ni...
Jalan cerita dari penulis ni ok dan memang best. Cuma pembacaan rasa agak terbejat pada 100 ke 150 mukasurat akhir. Agak banyak typo dan struktur ayat lari. Ada perkataan seperti penghawa dingin, mengikut guru BM saya dahulu sepatutnya dieja pendingin hawa. Betulkan jika saya silap.
Cerita bagus tapi olahan kureng. Cerita pasal gendang tp kenapa tajuk musibat? Lepas tu, lagu seroja tu asik ulang ulang yg sama. Byk suspen tp overall hambar. Personally sy lebih suka previous books which is barongan and roh rumah sewa.
Akhirnya habis juga buku ni. Tapi untuk saya kali ni kurang menakutkan. Buku sebelum ni lebih takut. Ape2 pon saya suka buku ni. Good job as usual Naim 😊
Personally, saya suka novel hasil kerja naim tapi untuk novel yang ini rasa macam kurang umphh sikit. Rasa macam ada something yang hilang atau tak cukup.
Kalau mengikut graf elemen di belakang novel ni, 70% takut. Pada awalnya, mungkin aku setuju, tetapi lama kelamaan, aku rasa intensiti seram tu semalim berkurangan.
"Musibat" merupakan kisah Zin yang mendapat kerja sebagai pemain gendang nengkara di Istana Melaka. Kerjaya yang sepatutnya menjadi titik tolak perubahan dalam hidupnya berubah menjadi perjalanan mistik.
Bagi aku, buku ni tak cukup seram. Sayang sekali sebab konsep gendang mistik memang menjanjikan sesuatu yang gelap dan misteri. Perjalanan plot mungkin berkembang dengan baik tapi aku kurang gemar bila ada banyak adegan yang sepatutnya menghidangkan rasa seram menjadi terbantut bila diselitkan dengan dialog lawak.
Aku kira percampuran elemen sebegitu memberikan dinamik tapi bagi aku, ianya mengganggu sedikit pengalaman membaca aku.
Aku juga kurang "enjoy" dengan kisah cinta Zin yang berputik di istana. Aku rasakan seperti terlalu mudah kuntuman bunga berputik.
Agak banyak juga adegan yang aku rasa hanya sekadar "fillers" dan aku gagal untuk terus menikmati perjalanan cerita disebabkan bahagian-bahagian sebegitu.
Agak kecewa bagi aku sebab masa aku nak baca buku ni, aku nakkkk sangat buku seram. Dah lama tak baca buku yang buat aku seriau! Anyway, ni pendapat aku sahaja. To each his own.
Buku ini tak seram cuma tragis. Ada juga few scene yang kelakar dan spontan. Tak bosan imo cuma itulah, rasa macam kisah cinta Zin dan Puteri Dayang tak sampai, biasa saja 😭 Banyak nasihat dan teguran diberikan especially pasal hubungan kita dengan Allah SWT.
Cuma paling terkesan dalam buku ini adalah mengenai cara Seroja mati. Bagi aku, no wonder dia berdendam sebab dia begitu. Selepas dia mati pun, rohnya tak aman disebabkan manusia durjana. Kesilapan dia pilih Zin sebab mamat itu punya slow, geram pula aku, nasib dapat orang sekeliling belajar menganalisis dan bantu dia kalau tak memang kena ada second book 😭
Dollah my fav character, celaka dia papa mama dengan tunang dia, geli aku dibuatnya 😭 itu yang makan kena pukul dekat kepala 😭
Okaylah worth it, if kau baru nak menyelami genre horror 👍🏻☺️