Buku pertama Ustazah Sharifah Hayaati Syed Ismail ini menampilkan tip-tip santai untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Betul, selagi ada yang namanya ibu bapa dan selagi ada yang namanya anak, selagi itulah ilmu keibubapaan (parenting) akan tetap dipelajari. Walaupun zaman berubah dan cabarannya jauh berbeza, tip-tip yang dibincangkan tetap masih relevan untuk diaplikasikan dalam pendidikan anak-anak. Ini adalah panduan sepanjang zaman, panduan yang malar hijau!
Ilmu parenting dalam buku ini juga menyinggung peranan ibu bapa yang kadang-kadang sedikit terlalai atau kurang tahu bagaimana untuk mendidik anak. Juga terdapat teguran manis untuk ibu bapa agar menjadi insan yang lebih baik, lebih berilmu, lebih bijak, dan sentiasa mahu belajar serta meningkatkan personaliti diri agar dapat menjadi contoh dan pembimbing kepada anak-anak.
Gaya penulisan yang diterapkan dalam buku ini adalah dengan mengikut gaya penyampaian Ustazah Sharifah Hayaati ketika berceramah, dan diselang-selikan dengan mutiara kata-kata. Percayalah, pembaca yang membaca buku ini akan dapat merasakan personal engagement ketika membacanya; seolah-olah Ustazah sedang duduk berhadapan, bercerita kepada mereka secara personal, secara dekat. Ini kelebihan yang diterapkan dalam buku ini yang tujuannya agar pembaca tidak bosan dan dapat menyerap sebanyak mungkin ilmu dalam mendidik anak-anak.
Alhamdulillah, banyak ilmu dapat dalam buku Bidadari Be Extraordinary! dan dipelajari . Walaupun diri ini tak berkahwin lagi tapi dapat banyak ilmu dan info yg menarik untuk menjadi seorang anak, ibu, isteri dan muslimah yang baik dan solehah. Saya suka cara Prof. Madya Dr. menerangkan setiap tajuk dgn terperinci dan bahasa yang mudah difahami. Banyak tajuk menarik yang dibawa dan dibincang oleh Prof. Madya Dr. dlm buku ini . Saya harap banyak wanita muslimah diluar sana baca buku ini utk mnjadi kan ilmu pengetahuan sebelum menjadi seorang ibu dan isteri ataupun sudah menjadi seorang ibu dan isteri .
Buku parenting khusus bagi kaum ibu. Penulisan yang santai, lenggok bahasa seolah-olah sedang berbual face to face dengan penulis. Ayat dan contoh-contoh terasa dekat serta mudah difahami.
Seawal bab pertama sudah membuka mata. Misi kita sebagai ibu adalah untuk menggerakkan kalbu anak-anak. Gerak ke arah mana? Ke arah keimanan.
Bagi saya buku ini underrated. Tak banyak saya jumpa pembaca berkongsi tentang buku ini. Ralat sekiranya buku yang baik seperti ini tidak mendapat sambutan dari pembaca.
First glance, nampak seperti fokusnya untuk ibu atau bakal ibu sahaja. Tapi buku ini sebenarnya menyentuh seluruh ahli keluarga. Si anak juga boleh lebih memahami dan mendalami jiwa ibu bapa. Pelbagai cerita yang telah dikongsikan untuk rujukan dan amalan para pembaca. Pada pendapat saya, kisah-kisah yang dikongsi lebih baik diceritakan daripada segi positif atau amalan-amalan yang boleh dilakukan. Berbanding amalan-amalan negatif yang dihighlightkan. Faham, kadang kita tak tahu perkara tu salah, jadi, perlu dihighlight dan ditegur, tapi saya rasa lebih baik diolah sedikit.