20 jiwa 1 destinasi merupakan nukilan 20 penulis dengan 23 buah cerpen. Bukan cerita cinta semata tapi tentang erti sebuah kehidupan, erti sebuah kekeluargaan dan erti sesuatu perhubungan. Cinta itu anugerah untuk dimiliki jangan dipersia atau dilepaskan ia pergi. Rasa yang datang itu suci, luka yang terhiris itu pedih tapi semua itu permulaan sebuah kehidupan dan kebahagiaan itu pasti ada walau datangnya dengan cara yang berbeza.
Mampukah segunung kasih melenyapkan sebuah kebencian yang bersarang Mampukah selaut rindu memaafkan kesalahan yang menghiris Mampukah bibir terus menipu kata hati yang merasa Mampukah jiwa terusan ditikam kerana ego mengatasi segala…
Apalah cinta tanpa dugaan, seandainya bahagia bisa tercipta tanpa sempadan. Apalah hati yang retak seribu, seandainya penawarnya manis bak madu. Apalah perpisahan yang bersifat sementara, seandainya penyatuan mengiringi langkah ke syurga.
Himpunan cerita pendek di dalam naskhah ini mengandungi 23 buah cerpen dari 20 orang penulis di bawah terbitan Love Novel.
Walaupun saya pernah membaca novel ini sebelum ini, namun semuanya saya sudah terlupa maklumlah sudah lama masa berlalu.
Banyak juga cerita yang menarik dibaca di dalam ' 20 Jiwa 1 Destinasi ' malah ada yang kurang menarik macam plot cerita dipendekkan, seolah-olah terlompat dan ditamatkan tergesa-gesa.
Nasib baiklah novel ini tidak perlu dijual mahupun dibuang, kerana banyak cerita menarik dibaca.