Jump to ratings and reviews

Orkid Serena

Wujudkah keajaiban? Rasa dalam jiwa itu boleh dikatakan satu keajaiban. Bagaimana boleh rasa sakit. Bagaimana boleh rasa sayang. Bagaimana boleh jatuh cinta. Fakta tentang rama-rama. Ia jarang dilihat saat hujan membasahi bumi. Tapi bagi Badrish, rama-rama yang paling indah yang pernah dia lihat adalah ketika hujan turun. Dia lihat Orkid Serena. Ya, Badrish sudah jatuh cinta. Hingga sampai keluar rama-rama dari perut yang gementar. Imaginasi? Barangkali. Terlalu indah? Juga barangkali.

"Semua manusia kat muka bumi ni berusaha untuk buat pilihan setiap hari. Dan awak juga tak terkecuali untuk buat pilihan walaupun awak rasa semuanya di luar kawalan awak. Awak boleh memilih. Sekurang-kurangnya, berusahalah untuk memilih kedua-dua diri awak. Tak perlu pilih Orkid. Tak perlu pilih Serena. Awak kena berusaha pilih untuk jadi Orkid Serena." - Badrish

Orkid Serena. Gadis biasa? Nope! Tiada yang biasa untuk gadis bernama Orkid Serena. Orkid kala ceria, mesra dan gembira manakala Serena kala hujan! Dua perwatakan berbeza dalam satu jasad. Jadi, bagaimana nak jatuh cinta? Milik siapakah cinta itu?

"You should love us, both." - Orkid Serena

Justeru bagaimana seseorang harus mendefinisikan keajaiban? Dalam dunia Orkid Serena yang sukar dimengerti, cuma ada insan lelaki bernama Aifan, yang cuba menanam rasa cinta dalam diri Orkid Serena.

"She's my sister. Of course, I love her, both." - Aifan

Dan Fayadh, yang melupakan rasa kerana merasakan dirinya tidak layak untuk terus menjaga dan melindungi Orkid Serena.

"I love her both too." - Fayadh

Orkid Serena dirasakan terlalu istimewa. Jadi, siapa sebenarnya yang bakal merasai keajaiban dalam jiwa bersama Orkid Serena?

496 pages, Paperback

First published March 1, 2018

Loading...
Loading...

About the author

Luna Adresia

3 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (54%)
4 stars
21 (35%)
3 stars
5 (8%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,362 reviews253 followers
September 15, 2023
Hi!

Miss me!



Takda ke rating 10 🌟🌟🌟🌟🌟? Buku ini sangat² BEST!!!!



Connection diaorang sangat² indah. Ayat² pun best sampai F tersengih². Dah cam ulat bulu F tergedik² senyum.

Korang kena try! Best tau.. F baca sebiji² taknak miss any words. Suka sangat characters Orkid Serena.

Badrish watak hero sweet giler! Dia akui dia pun ada mental illness like Orkid Serena. Paling sweet, ada butterfly bila Orkid Serena muncul. Suka la 🩷🩷🩷🩷

Kalau la wujud watak diaorang ni nak je HUG ketat².

I 🩷 You, both.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,371 reviews71 followers
October 30, 2021
[BOOK 175]

Orked Serena by Luna Adresia.
.

Love this book!
.

Ni buku kedua penulis selepas Pink Smile. Pink Smile tu pun aku suka. (Nasib baik, aku sempat baca sebelum diadaptasikan. hahah). Bagi aku, penulis ni agak underrated kot. Mungkin kalau aku tak pernah baca karyanya sebelum ni, aku pun akan teragak-agak nak beli. Tapi aku suka gaya penulisannya.
.

Buku ni membawa tema DID ataupun split personality. Menarik kan?
.

"Orked atau Serena?".
.

Orked Serena ni sejak berusia 5 tahun lagi, sudah disahkan menghidap split personality. Lepas tu, masa umur 7 tahun macam tu, keluarganya semua meninggal dalam kemalangan jalan raya. So tinggallah dia seorang.
.

Sejak itu, dia dijaga oleh kawan ibunya, MakCik Sofea bersama 2 anaknya, Aifan dan Aina. Aifan ni jaga Orked Serena sebagai adik dengan baik. Tapi Aina ni, tipikal anak bongsu yang dengki, dia selalu je buli Orked Serena.
.

Orked ialah watak yang ceria, talkative. Serena pula watak yang pendiam, suka menulis, dingin, dan hanya akan muncul bila hujan.
.

So, semua orang dah beware dah. Setiap hari, akan check ramalan cuaca. Kalau hujan, memang tak bagi la Orked keluar. Kalau tak, Serena akan muncul dan dia akan khusyuk menulis atau menaip di laptop. Sebab tu, dia digelar Rain writer. hahahha...tapi setiap kali novelnya best seller, yang dapat nama ialah Orked.
.

So semua ni berlanjutan sehingga dah besar. Dalam hidup Orked Serena, cuma ada Sofea, Aifan, Aina, pembantu rumahnya 2 orang dan Fayadh. Fayadh ialah kawan baik Orked since sekolah.
.

Sehinggalah satu hari, Badrish muncul dalam hidup Orked. Dia pandang je Orked, dia nampak rama-rama putih di sekelilingnya. Dia siap tepis lagi rama-rama yang bergayut di bahunya. hahaha. So, kadang-kadang tu, dia dapat sense kehadiran Orked bila munculnya rama-rama. Badrish ialah orang luar, tapi berjaya membuatkan Serena bercakap dengannya. Serena ni, jenis tak bercakap. So, special la Badrish ni. Dorang siap boleh berpassword bagai. hahaha...Rainbow dan Unicorn.
.

Aku suka cerita ni sebab isu split personality ni diceritakan dengan baik. At first, aku ingatkan, Orked ialah watak sebenar. But, it's Serena. Dan kesemua watak dalam ni baik weh. I love the vibes. Ada 3 watak lelaki. Aifan, Fayadh dan Badrish. Dan kesemuanya baik, deserves for Orked Serena. So, aku dah reda dah, siapakah heronya. Tapi for sure, dari awal dah boleh agak siapa heronya. hahahaha
.

Aku suka.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
March 26, 2018
ORKID SERENA
by Luna Adresia

Sejak kehilangan keluarganya dalam saru kemalangan, Orkid Serena dijaga oleh umi Sofea, kawan baik mamanya. Bersama Abang Aifan dan Aina yang sebaya dengannya. Orkid, seorang periang yang sentiasa ceria, peramah dan disukai ramai, namun tatkala hujan, Serena, seorang pendiam dan gemar menulis akan keluar. Kumpulan manusia indah, seperti disebut mamanya dulu, merupakan orang2 yang selalu melindungi Orkid. Termasuk kawan baiknya, Fayadh. Pertemuan dengan Badrish, pelayan di Duncan Diner merubah segalanya. Serena sendiri banyak bercakap dengan Badrish. Namun, tatkala Fayadh mengkhabarkan akan bertunang, Orked jadi terpana. Dan, abang Aifan juga meluah rasa tanpa disangka..

Novel ni, pergolakkan hati Orkid Serena yang menghidap split personaliti, DID. Serena hanya muncul bila hujan je, suka menulis sampai jadi novelis. Orkid yang rasa dirinya hanya menyusahkan, yang rasa semua orang hanya simpati dekat dia je.

Cerita ni light konflik je, antagonis pun Aina yang memang tak suka Orkid dari kecik lagi. Tu pun part ujung2 je la baru keluar aura kejamnya. Rasa macam cepat sangat pun ada. tiba2 je jahat Aina ni.. sebab, sepanjang baca memang macam tak penting pun watak Aina ni.

Susah nak cakap suka ke tak, mula2 memang tertarik nak tau pasal Orkid ni.. tapi lama2 rasa macam Orkid ni selfish pun ada, asyik rasa sume orang tak sayang je.. tapi tak la annoying sangat. Suka lagi kalau bagi details punca kenapa Orkid jadi camtu, memang dia tak explain pun.. Orkid ade DID sejak umur 5 tahun. tapi, sepanjang pembacaan boleh agak la kot sebab wujudnya Serena tu.. tapi punca die tak jelas. Selalu DID ni jadi sebab trauma kan..

Kiranya, buku ni pasal Orkid dan lelaki2 sekeliling dia la.. Cumanya, macam sedikit rushing pulak tiba2 je Fayadh ni nak bertunang.. tak bagi hint apa2 pun. Saya suka lagi perwatakan Fayadh compare dengan Badrish yang agak childish sikit.

Overall, boleh layan la.. tapi tak capai expectation saya...apapun, tahniah untuk penulis.

* rating : 3.9*
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
February 7, 2023
Orkid ke Serena?
.

Orkid Serena, gadis istimewa yang disahkan mengalami DID atau split personality sejak dari kecil. Bertambah perit hidupnya, pabila ibu bapa abang adiknya meninggal dalam kemalangan. Dan hanya dia yang terselamat. Mujurla ada Sofea, sahabat ibunya yg sanggup menggalas tanggungjawab menjaga Orkid Serena. Bersama Sofea, ada 2 orang anaknya Aifan dan Aina
.

Orkid - seorang yang ceria, peramah, pandai mempertahankan diri sendiri drpd dibuli Aina. Berbeza dengan Serena. Serena hidup dalam dunianya sendiri. Dia hadir ketika hujan turun. Dan pabila Serena datang, tumpuannya hanya pada buku atau komputer. Hinggakan Serena berjaya menerbitkan buku atas nama Rain writer
.

Aifan, memangku watak sebagai abang buat Orkid Serena. Tapi aku boleh nampak, ianya bukan sekadar abang. Dia mempunyai perasaan terpendam terhadap Orkid. Aku suka cara dia menjaga Orkid. Tapi 1, dia gagal pabila dgn Serena
. Dia tak mampu utk menarik Serena berkomunikasi dgnnya
.

Fayadh, sahabat Orkid dari sekolah lagi. Dia juga merupakan salah seorang penjaga Orkid Serena. Selain keluarga, hanya Fayadh je yg mengetahui keadaan Orkid Serena. Namun adakah sahabat hanya kekal sahabat? Atau ada perasaan lain terpendam?
.

Badrish Irmaan. Dia bertemu Orkid Serena di Duncan Diner. Perkara pelik bila dia melihat rama-rama mengelilingi Orkid. Dan dia telah bertemu dengan Serena. Tapi yg menariknya,di boleh berkomunikasi dengan Serena. Siap bole setkan password utk Serena. Supaya dia mudah mengenalpasti mana satu Orkid dan mana satu Serena. Badrish ni aku boleh katanya dia seorang comfort person. Kata2 yg dia keluarkan tu mampu menenangkan hati seseorang
.

Serius aku rasa rugi sangat2 bila lambat baca novel ni. Padahal lama dah someone suruh aku baca, tp aku sibuk hold. Kan dah rugi
.

So aku rekomenkan korang utk baca novel ni. Memang tak rugi tau
.

Thumbs up. Highly recommended
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
109 reviews10 followers
May 12, 2019
Dah habis baca 2 hari lepas tapi sebab line gampang je takleh nak update goodreads 😪

Aku suka cover novel ni. Colour dia cantik, background pun ada kaitan dgn cerita novel ni. Tak baca taktau, dah baca terus boleh relate. Menarikkk.

First time baca novel yg berkisarkan watak yg mengalami DID or split personality. Bagi aku, penulis yg mengarang cerita yg ada unsur mental illness ni sangat berani. Sebab perlu study case dgn mendalam. Especially bab split personality ni. Aku yg baca mula mula tu susah jugak nak adapt.

Dari segi pengolahan. Cerita ni menarik. Cuma di tengah cerita ni agak meleret. But still... Berjaya buat aku stick to each page without skip cerita. So meleret tahap still boleh bawak bincang aaa.
Profile Image for Iman Nadia.
55 reviews3 followers
March 12, 2022
I don't see any reason to not giving fullest stars. (Add to favourites)

Aku suka semua tentang story ni. First time baca penulisan penulis ni tapi aku dah fall in love berjurus-jurus. Sejak muka pertama lagi!

Aku suka idea. Aku suka plot. Aku suka watak (nak hug Orkid Serena please). Aku suka latar tempat dia. Aku suka everything. Buku ni memang tak bagi aku hidup tenang, suruh baca every pages continuously. Fuh! Dah habis tapi rasa macam nak lagi. Aifan should be given a happy ending for him. Kesian dia. At least Fayadh happy with his choice. Orkid Serena? She's definitely happy with her ending.

Selain daripada Badrish yang trigger Serena, somehow Aina did that too. The little thing yang aku perasan. And to know that actually Serena loves the family with her whole heart is just something yang idk how to describe. Sebak.

Bahasa penulis ni santai. Very much so aku enjoy baca dari depan sampai habis. Memang recommend sangat! Tahniah penulis! Kamek suka!
Profile Image for Amal Lee.
282 reviews36 followers
June 22, 2024
3.8 ⭐️

Nasiblah haritu stop baca kejap sebab mood membaca yang turun tak naik naik lepastu bila dah sambung baca okaylah not bad even ada macam dragging sikit. Cumanya saya macam agak tertanya:

1) Macam mana Orkid Serena boleh ada 2 personaliti? rasanya tak ada dijelaskan. selalunya sebab trauma kan? tapi macam tak ada di-mention-kan, ke ada eh?

2) Saya tak puas hati dengan ending yang nampak macam rushing. takkan macam tu je penamat dengan Aina perempuan saiko tu? Perempuan saiko kot hampir nak bunuh orang tapi…? Serena pula macam tu je hilang?

3) Kenapa tak ada explanation kenapa Badrish boleh nampak butterflies setiap kali dia jumpa Orkid Serena? dia ada super power ke? ke sebab something better left unsaid? 🤣

Overall, saya okaylah dengan plot cerita yang macam ni. Rasa fresh sikit otak membaca.

Profile Image for Cutie_pie28.
560 reviews12 followers
February 11, 2025
Best laa buku nie.. cerita ttg split personality.. tp yg still bole di kawal.. blom tahap aggresif…
Sweet sgt si Badrish dan Orkid Serena..
Profile Image for Petal212.
5 reviews
March 28, 2018
Pertama sekali terima kasih kepada penulis kerana buatkan saya berimaginasi bila baca novel ini. Lebih-lebih lagi part rama-rama. Seriously, saya boleh imagine! Saya asyik terbayangkan sendiri rama-rama yang berterbangan di keliling Orkid. Like waaaah o.O hehe

Novel yang santai. Saya suka watak Badrish sebab dia macam sesuatu sangat. Not too romantic tapi saya rasa sweetnya. Semua wataklah saya suka kecuali Aina. Jalan cerita juga tak begitu berselirat. Sesuai sangat untuk dibaca selepas penat bekerja.

Macam-macam perasaan yang ada bila baca Orkid Serena. Saya rasa macam curious sangat untuk tahu siapa sebenarnya Orkid Serena. Bila dah tahu, ada juga rasa kesian, geram dan macam-macam lagi. Penulis berjaya menyampaikan cerita dalam pelbagai bentuk emosi.

Selepas novel Pink Smile, saya memang tertunggu-tunggu karya Luna Adresia yang seterusnya. Sebab apa? gaya penulisan Luna Adresia lain daripada yang lain dan jalan ceritanya unik.

Tahniah buat penulis. Saya bagi 4.5/5 bintang!
7 reviews
October 21, 2019
setiap kali ada filter rama-rama around you be it on Instagram or Snapchat, I would automatically remember Orkid Serena. Rare one! Not typical!
Profile Image for HoneyGee.
153 reviews7 followers
April 29, 2022
4.8 digenapkan kepada 5 bintang!

Orkid Serena. Orkid atau Serena?

Cute! Walaupun kebiasaan cerita yang berkisahkan dengan penyakit mental dituliskan dengan mendatangkan aura gelap, sedih, dan cemas, novel Orkid Serena ni saya rasa lebih santai. Berbanding orkid yang ceria, Serena pula sangat pendiam dan suka memencilkan diri dari dunia luar. Orkid suka suasana yang bising. Serena lebih gemar dunia yang senyap.

Fayadh, Aifan atau Badrish. Sampai ke pertengahan cerita, saya masih takde klu siapa Serena akan bersama dengan akhirnya. Siapa heronya. Sebab tiga-tiga pun nampak macam hero. Tapi, saya rasa comel je bila nak pastikan ianya Orkid atau Serena , kata laluan perlu diberikan. Kelakar. Unicorn atau Rainbow.

Ada babak kelakar. Ada juga yang sedih. Tapi, dalam banyak-banyak watak, saya suka watak Iqbal. Sebab dia selalu nasihatkan Badrish, di mana nasihat dia tu sekali gus buat saya pun terasa sekali.

Tahniah penulis!
5 reviews
July 4, 2021
Bukan cerita split personality yang biasa kita baca.

Kemas. Teratur. Aku suka watak hero. Tak poyo. Tak annoying. Tak melebih-lebih.

5 bintang!
Profile Image for Pink.
242 reviews25 followers
January 6, 2022
DID kes. Best cerita ni! Comel
Profile Image for Ryuukaysa.
50 reviews
March 6, 2023
For me this book quite underrated. Sebab story dia best serius. Badrish pon comel dooh. Sweet talker kalah tebu😭lagi satu sebab cara dia handle Orkid and Serena sumpah bagus. Like at least dia buat deal yang boleh buat dia dapat beza Orkid or Serena. And dalam ni jugak aku belajar how to approach orang yang macam Orkid Serena ni.

Mental illness doesn't mean gila sahaja. We should know how to react in front of them, how to help them etc.

But then kesian jugak la kat Aifan sebab dia lama dah suka Orkid tapi tu lah. Mula2 igt Aifan hero sebab dia caring tpi overprotective sgt pulak.

Then bila masuk part Aina sumpah rasa menyirap. Dia yang tak buat first move asal nak bitter😌paatu salahkan orang pulak, ehhhh debik kang.

But above all paling suka Badrish nampak rama2 putih tu. Macam magic la😂comel je bila dia first timr nampak Orkid pastu macam tak percaya nampak rama2 tu. Paling terharu sebab dia cakap dia pon ada mental illness sebab nak bagi Orkid selesa maybe but he's so gooodddd!
This entire review has been hidden because of spoilers.
45 reviews1 follower
September 9, 2024
sesungguhnya aku suka vibe yg penulis bawa dalam buku ni. bila baca buku ni aku rasa mcm aku berada di suatu tempat yg warm n cozy. yang minimalist tapi semua cukup. dari segi penulisan dan plot cerita aku boleh katakan penulisan dia sangat kemas dan cantik. ketebalan buku yg x tebal dan x nipis. ngam utk kau habiskan dalam masa seharian.

badrish & orkid dan serena… ahhh.. aku tiba2 suka hujan.. tiba2 suka taman bunga. tiba2 suka tempat panas dan sejuk at the same time. aku nak ada rama2 tiba2. aku rasa mcm berada kat tepi pantai pada waktu pagi. tapi dalam masa yg sama ada kt atas bukit yg cantik yg sejuk dan semua orang kenal antara satu samalain.OMG. sumpah aku terbawa2 betul cerita ni.

Orkid serena, x perlu ada byk watak, xperlu ada byk konflik cinta yg kompleks. xperlu susah2 jatuh cinta. x kisahkan org yg suka kan dia. ahhh..

badrish, erti sebenar jatuh cinta dan mengorat🤣
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
February 9, 2023
Omg tahu tak novel ni sangat sangat best?!
Profile Image for fai.
1 review
August 22, 2023
rasa macam nak pukul pukul je si aina tu
29 reviews
May 18, 2025
Novel ni best sgt... rugi tak baca... baca la peminat novel... saya suka watak Badrish Irmaan..Bahasa penulisan penulis ni santai je.. best...
Displaying 1 - 19 of 19 reviews