Persis makan tauhu. Cukup untuk mengisi perut menghalau gastrik namun tak kan pernah memuaskan selera. Aku sudah cuba selam juah mengharapkan aku ke dasar puisi-puisinya tapi aku tak sampai di situ. Cuma mampu bermain di permukaan. Jiwa aku spesis lain, mungkin(?).
Mula tadi aku list down semua puisi yg aku suka. Bila dah list down aku dpt simpulkan bahawa 70 peratus dari puisi dalam buku ini memang aku suka.
Betullah bak kata Pyan Habib dalam prakata - buku ini antara buku puisi termudah dan jujur yg pernah aku baca.
Aku sebenarnya seorang pembaca yang tidak adil sebab aku dah lama tahu kewujudan buku ni, pernah curi baca beberapa kali di kedai buku tp tak pernah berniat utk membeli.
Aku bukan orang puisi. Perlu "disuap" puisi itu utk aku tahu kesedapannya. Jadi kesempatan melihat penulis beraksi aku gunakan sebaiknya utk menilai urat saraf yg kurang sensitif dgn bait2 yg sensasi.
Tak menghampakan. Jadi aku terus beli cetakan ketujuh (kan aku dah kata aku tak adil, walhal dah lama tahu kewujudannya)
Sebabnya mudah. Bila kau tau yg kau baca sesuatu dan akan terus membaca benda tu, baik beli. Kalau tak yakin, jgn membazir.
Aku tahu aku akan selalu baca benda ni. Sebab aku suka ayat manis dan positif (bkn manis macam twt_cinta di Twitter sana tapi habuk pon tarak).Tapi manis utk dijadikan penyeri hari.
Aku bezakan dgn Puisi Tepi Jalan dan Love & Misadventure, akhirnya aku dpt formula nak membaca puisi. Mungkin aku bukan jenis yg suka puisi self-pity atau nak pelangkung orang sana sini.
Mungkin sebab tu juga aku senang dgn buku ini. Senyum, walaupun yg pahit dihidangkan. Masih boleh makan walaupun yg masam2 disuakan. Sebab masih ada manis dalam setiap hidangan.
Ya, kurang2 boleh tukar persepsi aku dari hidangan "cela, celaka, hina" yg aku dok baca dari tulisan Lord Zara satu masa dulu. Bila mana jd tuli dgn puisi.
Buku ini juga tulus dan general utk semua perempuan. Tidak narcissist seperti buku puisi lain yg aku pernah baca. Balik2 cerita dia, balik2 cerita dia. Nope, kau dpt rasa dia tulis pasal org lain juga dan dia tahu bergaul dgn org lain selain dari manusia social media.
Aku suka bila puisi tujuannya bukan utk menyindir atau membunuh sesiapa. Tapi utk ingatan pada diri dan buat bekal sepanjang hari.
Ada orang boleh makan berpinggan-pinggan, katanya. Tapi untuk aku, ini sedikit tawar. Kurang rasa, jadi cuma biasa-biasa saja. Hidangan yang takkan aku ulang tambah.
- Aku beli buku ni sebab tajuk. Macam menarik pastu nak tahu buku ni pasal apa. Eh jap, aku bukan beli tapi ada orang bagi. Hehe.
- Oh ya, buku ni pasal puisi. Aku beli sebab nak tahu puisi ni pasal apa.
- Dari apa yang aku faham, puisi ni pasal perempuan. Pasal perasaan perasaan perempuan, pasal hidup, pasal cinta. Mungkin sebab tu kot tajuk dia camni.
- Aku suka puisi-puisi dalam ni sebab tak terlalu mendalam. Direct je maksud dia. Tapi ada certain-certain puisi yang aku tak berapa nak paham. Sebab aku baru nak belajar baca dan paham puisi. Hahaha.
Seolah-olah membaca fikiran sendiri, atau membaca kisah hidup sendiri. Di antara itu, aku bagi dua bintang tiap salah satu menjadikan jumlahnya empat. Percayalah, kau baca berulang kali pun tidak akan jemu untuk mengangguk setuju.
Tak ingat dah berapa kali baca buku ni. Since 2015 lagi, and always be my favourite. Hampir keseluruhan atau mungkin keseluruhan puisi dalam buku ini adalah berkenaan wanita. puisi yang melambangkan kekuatan serta perjalanan sama yang saya percaya ditempuh oleh hampir semua wanita di dunia ni. Jika dibandingkan dengan apa yang saya alami sepanjang hidup ini, hampir 80% puisi ini kena tepat dengan saya.
Banyak favourite poem saya dalam buku ni dan ini salah satunya: Jangan mengaku kau wanita yang kuat, Jika airmata sendiri pun tak mampu kau kesat.
Seperti melihat cebisan cebisan kisah hidup sendiri sepanjang berskandal dengan buku ini. Ada kalanya tersenyum senget seorang diri, ada kalanya terasa sakit seperti dilempang dengan kuat pada pipi.
Kalau kau lelaki dan ada masalah nak faham isteri/awek/kawan baik perempuan, sila baca buku y memang seksi ini.
Aku tahu apa y aku tulis ni klise tapi bila kau baca buku ni, kau akan mula nampak harapan-harapan seorang perempuan, keperitan y perlu ditanggung demi meraih secebis kebahagiaan dan kau akan mula faham perasaan gusar dan resah serta perasaan insecure y wujud di dalam hati seorang perempuan.
Yang ni dari aku untuk dia. Sejak akhir2 ini, aku suka diskusi kita walaupun ia belum pasti tapi ia seolah janji yg menunggu hari utk termetri. Tuhan tidak beri kita sentuh pelangi tapi Tuhan beri kita sentuh lautan. Syukur! Puisi tak perlu berat dan berbelit. Puisi ni seumpama rasa yg perlu kau serap dan selami. Baru feel. So ini lah antara puisi yang santai. Sekali baca dan kau nak ulang baca lagi. Bukan kerana gagal faham tapi kau rasa, eh, puisi ni macam untuk aku lah. Segalanya terkena batang hidung sendiri.
aku perempuan. aku hargai puisi yang bagus. aku suka puisi yang ada jiwa
tapi bukan dari buku puisi ini
terlalu dibuat buat. terlalu mencuba. ayat seolah bukan berdasarkan hati. tapi untuk mencari rhyme dia sendiri. emosi lebih. tak ada kentalnya. belek muka surat dengan muka plain, belek ke muka surat seterusnya dengan expresi wajah sama.
maaf, bukan secawan kopi untuk saya. lebih suka wani ardy.
sama juga macam Puisi Tepi Jalan, bukan semua isi dalam ni aku faham tapi aku baca ulang2 sampai aku boleh faham... kalau nak baca, biar dari hati haha
"Aku cuma mahu jadi orang biasa Masak makanan kegemaran kita Seterika baju kau sebelum pergi kerja"
Mungkin kerana aku seorang lelaki, aku kurang memahami apa yang sebenarnya penulis ni cuba sampaikan. Tapi, aku suka apa yang ditulis. Tahniah dan teruskan berkarya.
This is terrible to review because on one hand I enjoyed it as some of the poetry resonates within me. okay, that's a tad dramatic. I agree with the whole ladies are oppressed and to be used and discard schtick....but that's just it. It got tedious and also some are like way too short, like a tweet. Not a fan of those kind of poetry.
Really love all of her artworks. I remembered tweeting one of her poem and she re-tweeted and later I screenshoot the tweets with lovey eyes. I was very excited back then and still am whenever I recall.
I picked up the book because I was attracted by the title. I thought there would be more suggestive poems, controversial poems of women sensuality or something of that sort. It had none of those, but there are still okay poems in it. Honestly, not my cup of tea, but it wasn't bad.
aku membaca buku ini di tengah-tengah kesibukan khalayak ramai. walaupun berada ditengah-tengah khalayak ramai, aku tenggelam dengan bait-bait puisi yang berada di dalam buku ini. bagaikan hanya ada aku seorang dan bersama buku itu sahaja. puisi-puisinya penuh dengan rasa. walaupun aku tidak mengetahui kisah sebenar di sebalik puisi-puisi ini, tapi aku bagaikan dapat rasa setiap bait ayat di dalam buku ini. :) aku sangat suka himpunan-himpunan puisi oleh fazleena ini. good job. moga lepas ni ada lagi buku puisi seperti ini. :)
Buku puisi yang bercerita. Jujur tulisan si penulis indah-indah. Tapi, seperti kata seorang teman yang membaca buku ini, cuma perempuan yang mampu faham setiap apa isi di dalam Seksi Ovari. Mungkin.
Seksi Ovari ;
Puisi-puisi yang ditulis oleh seorang perempuan untuk seorang lelaki. Pastinya. Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang mengusik sanubari, ada yang menerbitkan tanda tanya, ada yang manis dihujungnya. Dan membeli Seksi Ovari, bukanlah satu pembelian yang merugikan.
Tahniah penulis! 5 bintang kerana buku ini benar-benar memuaskan hati!
This entire review has been hidden because of spoilers.