“Tahukah anda, manusia di sekeliling anda masing-masing menyimpan satu identiti yang lain dari apa yang anda lihat. Dan identiti itu menjadi rahsia sehinggalah ada yang membongkarnya.”
Menjadi penulis popular yang anonnymous tak susah bagi Rosie selagi rahsianya disimpan rapi. Dan menjaga rahsia Rosie pula hanya tugas mudah bagi Iris. Perjalanan hidup kedua-duanya lancar sehinggalah muncul Dani di antara mereka.
Kemunculan Dani memberi impak yang besar pada Iris hingga memaksa gadis itu membuka satu persatu rahsia yang tersimpan selama ini. Namun, siapa yang boleh menyangka semua itu bakal mengubah hidup mereka semuanya.
buku yg sangat menarik.. Rosie penulis buku bestseller yg mahu identitinya kekal rahsia, Iris yg setia menyimpan rahsia Rosie, muncul Dani yg mahu membongkar rahsia Rosie dan Jenal yg setia mencintai Diana..
pendek cakap setiap watak ada rahsia mereka dan juga ada kejutan yg nak diberi kepada pembaca. penat tau baca buku ni sebab banyak sangat rahsia nak kena simpan..hehe
ending dia agak psiko juga bila ada satu lagi rahsia belum terbongkar tapi memang logik juga sebab rasa macam senang sangat Iris nak terima selepas tersedar tentang siapa Rosie yg sebenar
Takutnyaaa baca novel ni. Seriussss aku x kuat sebab banyak sangat rahsia yang aku kena pegang wehh? Aduhh.. Kalau terbocorkan tak apa ke eh tapi nanti tak rahsia lah dah.
Rahsia rosie Rahsia iris Rahsia jenal Rahsia dani
Pusing cerita, rupanya banyak rahsia mengikat mereka. Rahsia yang membuatkan aku hampir tertipu dannnn sampai ke sudah.. Aku masih kena simpan rahsia? Sampai bila kena simpan rahsia ni? Hihi.
Susahnyaaa nak buat review sebab semua kena rahsia. Hahaha. Hahh nak tahu rahsia apa? Bacalah Shh.. Rahsia. Moga semua rahsia tu akan terjawab. memang love teruk buku ni. kalau korang boleh simpan rahsia, korang boleh baca buku ni. dan kebiasaannya novel PM memang tak menghampakan.
P/s: Bestt baca buku dari penulis baru ni sebab kita xda nak expect pape. =)
Rasanya ini adalah buku pertama yang aku baca dalam masa sehari.
Plot cerita sangat menarik! Semua orang penuh dengan rahsia. Semangat aku berterusan baca sebab nak tahu apa rahsia yang dipegang oleh Rosie, Iris, Dani, Jenal dan Diana.
Tahu rahsia Diana, fuhh terkejut. Tahu juga rahsia Rosie dan Iris, dua kali terkejut, tahu rahsia Dani, tiga kali terkejut dan tahu rahsia Jenal, bertambah terkejut. Mujurlah dah ending masa tu.
Buku yang penuh kejutan. Serius lah T Sea pandai simpan rahsia. Aku tak dapat agak setiap rahsia yang disimpan oleh setiap karakter. Itu yang terkejut memanjang. Hee
Bila ending pun, masih ada rahsia. Dan jangan risau T Sea, saya pandai simpan rahsia 😬
Overall, good job T Sea. I love this novel. Looking forward for your next novel 😍👍🏻
Rosie, penulis Secret, sebuah novel bestseller yang diadaptasikan memang misteri. Rosie tidak pernah menonjolkan dirinya kepada umum. Walaupun pelbagai tawaran lumayan diterima, dia masih tetap dengan pendiriannya. Hanya Iris, teman serumahnya yang menjadi inspirasi dia menulis dan memahami dirinya. Semua kisahnya diambil berdasarkan kisah cinta Iris yang sanggup mempermainkan hati lelaki dengan berpura2 bercinta dengan mereka semata-mata ingin menyiapkan manuskrip Rosie. Apabila siap, mereka ditinggalkan. Konflik bermula apabila segala rahsia Rosie semakin terbongkar dan bekas2 teman lelaki Iris mula kembali untuk membalas dendam.
Dasyat buku ni, setiap watak ada rahsia silam tersendiri yang saling berkait secara langsung ataupun tidak. Walaupun banyak watak yang diketengahkan, tapi perkaitan antara satu sama lain tersusun elok dan tidak memeningkan. Watak2 sampingan seperti Diana, Jenal, Irdina, Ilham dan sekecil2 watak seperti Zaity, Mr Joseph, keluarga Irdina dan Ilham walaupun sekejap tetap memberi impak kepada pembaca. Senang cakap, tak de la watak yang bila baca.. tak de pun xpe..
Walaupun dapat agak perkaitan Rosie/Iris, tapi tetap ada kejutan demi kejutan yang menanti. Bila baca rasa macam da abis, eh ada rahsia lagi.. n rahsia lagi.. lebih kurang camtu la..
Overall, saya suka. Pening jugak banyak rahsia ni tapi kalau baca dengan tenang boleh hadam. Padat, plot tersusun dan unexpected.
'Tahukah anda, manusia di sekeliling anda masing-masing menyimpan satu identiti yang lain dari apa yang anda lihat. Dan identiti itu menjadi rahsia sehinggalah ada yang membongkarnya.'
Nak tanyalah.... Boleh ke korang simpan rahsia? 😚
Speechless jap lepas dah baca. I really like this book walaupun ini buku pertama daripada penulis T Sea under PM. Dia pandai tarik pembaca untuk terus melekat dengan jalan cerita Shhh...Rahsia. Gaya penceritaan yang mudah difahami & dari awal sampai akhir tak boleh agak jalan ceritanya. Pokoknya dalam novel ni, watak Rosie, Dani, Jenal, Diana dan semua watak sampingan, ada rahsia tersendiri. Ada yang terbongkar & ada yang masih disimpan rapi. Dan korang kena simpan rahsia tu sbb korang dah baca kan? Hehehe
Pengajaran yang boleh diambil: 1) Matlamat tak menghalalkan cara. Jangan disebabkan dendam, kita jadikan orang lain sebagai mangsa. Nanti kalau mangsa tadi berdendam balik, korang plak yg jadi mangsa. So, setiap perbuatan yang kita buat akan ada kifarah yang menanti. Cepat atau lambat je.
2) Dalam hidup ini, jangan terlalu menganggap diri kitalah yang paling sempurna. Salah orang semuanya nampak tapi salah sendiri buat-buat tak nampak. Bila dah terhantuk baru nak terngadah. Memanglah kesilapan tu boleh diperbetulkan tapi ingat mudah ke orang nak lupakan kesalahan yang korang buat tu? 😏
For me, novel terbitan Prolog Media tak pernah menghampakan. Kalau korang nak cari kelainan dalam penceritaan sesebuah novel, boleh baca buku PM. I tak bias sbb I baik dgn bos PM tau. 😁
Pembinaan plot yang ohsem.. Setiap misteri dan persoalan di bina dengan cantik buat Sha tertanya-tanya apakah sebenarnya Rahsia Rosie dan Iris.. Rahsia demi rahsia yang mula terbongkar di separuh cerita menjadikan Novel ini semakin menarik.. Kejutan demi kejutan mengenai Rosie, Iris, Diana, Dani dan Jenal memang terbaik..
Industri penulisan yang seringkali meniti di bibir masyarakat tentang pengeluaran sebuah buku tidak kira sama ada komik, novel mahupun majalah. Kisah kali ini berkaitan kehidupan penuh rahsia si gadis. Opss, barangkali bukan rahsia dia sahaja kerana setiap manusia ada sesuatu yang disimpan rapi dari pengetahuan seseorang, bukan?
Tipikal gadis yang begitu ceria dan ramah. Sanggup memikat sang jaka demi manuskrip rakan baiknya berjalan dengan lancar. Berani mati sungguh risiko yang diambil tapi ini keputusannya. Kejayaan Rosie cukup utama. Itupun satu kebanggaan baginya. 𝑰𝒓𝒊𝒔
"𝑻𝒐𝒈𝒆𝒕𝒉𝒆𝒓, 𝒘𝒆 𝒂𝒓𝒆 𝒔𝒕𝒓𝒐𝒏𝒈𝒆𝒓."
Menjadi perbualan ramai kerana identiti dia yang begitu misteri. Tidak asing lagi penulis bernama Rosie yang menjadi topik hangat buat pembaca malahan para wartawan, industri perfileman dan pelbagai lagi. Novel siri Secret begitu gempak sekali sehingga mampu menawan hati sesiapa untuk membacanya. Namun dia seorang yang pendiam dan tidak mungkin ingin bergaul dengan sekeliling sehinggalah dia bertemu dengan Dani. 𝑹𝒐𝒔𝒊𝒆
"𝒀𝒆𝒔, 𝑬𝒍𝒍𝒊𝒆."
Dani ini sangat mendesak. Mungkin awal penceritaan agak annoying tetapi apabila meneruskan pembacaan dia tidaklah seteruk yang disangka. Barangkali penawar yang mengubati duka kehidupan seorang Rosie menjejak keluar dari 'gua' miliknya.
Jenal yang kepoh membuatkan aku terhibur. Dania bos di tempat kerja Iris pula sangat berkarisma. Tidak dilupakan pelbagai lagi watak yang bakal anda temui dan setiap daripada mereka mempunyai kotak pandora tersendiri.
Persoalannya... Mampukah anda menyimpan rahsia ini? Semuanya di dalam naskah ini, sangat recommended. Mindblowing plot twist, sangat terkejut dengan setiap adegan yang terjadi. It's roller-coaster time, babe.
Kisahnya, Rosie ialah penulis best seller untuk series Secret. Dan siap diadaptasikan ke layar perak lagi. Tapi Rosie ni nak jadi anonymous writer je. Dan semua kisah yang ditulis ialah kisah benar Iris, roommatenya. So, memang Iris akan cari mana-mana lelaki untuk dijadikan cerita novel tu. Habis je novel tu, maka habislah hubungan mereka. .
Disebabkan dah biasa dengan novel Prolog ni, aku memang akan lebih critical thinking gitu bila baca novel ni. So, somehow, bila berjaya teka apa rahsia yang disembunyikan tu, rasa nak melompat bahagia. .
Rosie dan Iris ada rahsia mereka sendiri. Agak predictable sebab memang penulis dah kasi hint. .
Jenal tu pulak, aku rasa something off gitu. Oh, dia pun ada rahsia rupanya. .
Diana pun ada rahsia. Tapi predictable. .
Dani. Yeahh, lelaki handsome memang tak boleh dipercayai. Pun ada rahsianya. .
Dan akhir sekali, bila ingatkan dah selesai, (tapi aku still rasa macam ada something je) rupanya Rosie dan Iris ada rahsia lagi. Wehh..penatlah simpan rahsia korang ni. .
P/s 2: aku rasa bila part semua rahsia terbongkar, aku dah terkejut monyet. Tapi bila penulis sendiri membongkarkan identitinya di sebalik nama T Sea ni, yang tu aku lagi terkejut. Hahha
best. rahsia DLM rahsia.Rosie dgn iris. Dari awai mcm blh teka. LPs tu satu demi satu rahsia terbongkar. plot yg tak memeningkan. last ada twist. rahsia Rosie sebagai penulis dah terbongkar tapi karya penulis H sampai Sekarang masih misteri. tertanya juga siapakah H INI bila baca novel rahsia ni.
bila sebuah idea yang agak ringkas di olah dengan jalan cerita yang sangat menarik oleh penulis, agak-agak nak ke letak buku ke tepi dan tangguh baca? a big no bagi akak la... dahlah banyak rahsia dalam rahsia. twist yang sedikit sebanyak walaupun ada yang boleh diagak but still, sangat sedap untuk dihadam.
rosie, seorang penulis yang sangat dinanti kemunculannya. punya karya yang bertajuk secret dan diadaptasi ke filem mendapat sambutan yang sangat hebat dari kedua-dua kelompok, pembaca dan peminat filem. tapi dia sangat misteri hingga seorang pun tak mengenali siapakah dia. kecuali iris. malah irislah pemberi plot dan idea untuk karya buat rosie.
pemberi idea yang bagaimana? percintaannya dengan tiga jejakalah yang menjadi penyumbang idea. dan lagi banyak watak sekeliling iris yang menjadi watak di dalam secret, secret 11 dan akhir sekali secret 111. dunia dua sahabat sangat berbeza, seorang yang menjalani kehidupan harian dan seorang lagi terperuk menggarap kisah fantasi berdasarkan kehidupan realiti.
sedap baca? ya. sangat. anda takkan mampu bersabar dari satu bab ke satu bab untuk mengorek kisah. kenapa rosie tidak mahu keluar? ada manusia di luar sana yang pada awalnya sangat menjatuhkan semangatnya mahu menulis. watak dani yang begitu mahu dia keluar berjumpa peminat. ilham yang begitu sakit hati kerana tidak dapat menerbitkan filem secret. irina yang amat suka dengan novel itu sering provok ilham atas kegagalannya.
dan tiba-tiba rahsia rosie mula terbongkar satu demi satu. saspens. jenal, teman seofis iris mula-mula dapat tahu. kemudian rosie muncul depan dani seketika. dan lagi... lagi... rupanya ada kisah besar di sebalik semua yang mencantumkan kehidupan watak demi watak.
anda punya rahsia? sanggup nak berkongsi? atau seperti iris dan rosie, hingga akhir rupanya masih ada rahsia antara mereka berdua? tekanan dalam kehidupan, sama ada redha dan pasrah dengan ketentuanNya ataupun berkeluh kesah dengannya. hubungan adik beradik, jauh macam mana pun pecahnya ikatan tetap ada sampai bila-bila. shh... rahsia adakala hidup untuk diri kita sendiri saja, kan?
Penuh dengan rahsia. Fuh satu persatu rahsia yang aku kena simpan .
Iris, kejadian masa lalu menjadikan siapa dia hari ini. Dibuang adik beradik, mamanya dimasukkan ke wad psikitrik dan ditikam oleh kawan. Ujian yang cukup berat buat seorang gadis .
Novel Secret menjadi fenomena di Malaysia. Hasil tulisan Rosie. Malangnya tiada siapa yang tau siapa wajah disebalik nama Rosie. Hanya Iris yang mengenalinya. Tapi Iris mengotakan janjinya dgn Rosie utk tidak mendedahkan identiti Rosie kpd sesiapa pun .
Disebabkan fenomena novel Secret, ianya disunting oleh beberapa buah produksi untuk dijadikan filem. Dan hanya produksi tempat Dani bekerja yang berjaya mengadaptasi novel Secret. Kenapa? Kenapa bukan company Ilham? Awal2 Rosie menolak saat Ilham ingin menjadikan Secret sebuah Filem tapi company milik Joseph yg berjaya .
Seperti novelnya, filem Secret mendapat sambutan hangat. Dan muncul la novel Secret 2 serta Secret 3. Perasaan ingin tahu dani terhadap siapa Rosie membuak2. Dia ingin mengenali Rosie. Dapatkah dia bertemu empat mata dengan Rosie? Bilakah Rosie akan menunjukkan diri? Atas sebab apa Rosie menyembunyikan dirinya sedangkan namanya cukup popular .
Serius watak2 dalam semuanya menyimpan rahsia sendiri. Satu persatu rahsia tersingkap. Fuh. Boleh heart attack aku jadinya dengan rahsia mereka .
Semua watak dalam ni ada rahsia. Yang paling banyak rahsia ialah Iris. Disebabkan tindakan Iris yang suka bertukar pasangan telah menyebabkan hidup salah seorang lelaki terkorban tanpa disedarinya. Plot yang memang banyak persoalan. Macam dah boleh agak apa hubungan istimewa antara Rosie dan Iris. Sedar masa Jenal tegur Iris kenapa mata bengkak tak cukup tidur. Ha.... Mungkinkah yang itu.
Tak pelik ke Iris dan Rosie keluar shopping barang dapur. Dah ada macam-macam hint dah kat situ. Sama ada pembaca sedar atau pon tak. Diyana tu boleh agak dah ada masalah cinta dengan orang yang salah. Nak kena buat-buat tak kenal plak bila terserempak dan bekerja di bawah satu company dengan Iris. Siap boleh lagi nak kebas boyfriend Iris.
Watak Dani ni aku rasa sebagai pembongkar atau penunjuk untuk bagi Iris dan Rosie sedar akan sesuatu. Juga untuk perasaan dendam bertukar sayang.
Dan untuk ending... Ciss... Masih ada lagi minah tu. Ingatkan dah hilang. Saja je kannn...
Cerita yang sesuai dengan tajuknya. Rahsia. Kerana hampir semua watak dalam kisah ini ada rahsia mereka. Subconciously, writer sedang menggambarkan dunia realiti. Watak Iris.. Rose.. Dani.. Jenal.. itu semua adalah kita. Sebab setiap dari kita ada rahsia. Ada rahsia yang mengaibkan. Dan kalau tersalah berkongsi rahsia.. memang padahlah yg diterima. Baca cerita ni mengingatkan saya pada lagu The Pierces, Secret. Tahniah T Sea untuk naskhah ini.
Plot tersusun meskipun banyak subplot bergerak serentak. Adalah twist yang boleh diagak, tetapi masih banyak juga kejutan lain menanti. Dialog yang kadang-kadang random membuatkan watak terasa real.
Penggunaan nama watak yang simple, sangat bersesuaian. Pendek dan tak mengelirukan/merimaskan.
Novel debut (?) yang pada saya ditulis dengan baik. (Atau penulis ada pseudonim lain?) Kalau benar ini karya pertama, penulis perlu segera menulis lagi!
Dah habis baca lama tapi baru sempat nak review di sini.
Bagi aku, cerita ni agak mindblowing. Ada yang aku dapat agak plotnya dan ada tidak. Bila tahu tu terkejut jugalah tapi really nice. Aku suka cara penulis leraikan selepas rahsia rosie dan iris tu terbongkar. Bagi aku nampak tersusun dan seperti yang aku harapkan. Overall, a good story to read.
A really really good read ! Serious speechless bila baca plot twist dalam buku ni. This is the real definition of 'dalam plot twist ada plot twist'. I love how this book slowly reveals each character punya rahsia amd penipuan yang membuatkan pembaca rasa excited nak tahu apa yang jadi.
If you like twisted books then you will love this one :)
Last novel yang dibaca utk tahun 2018.. giler lama peram novel ini dari Pesta Buku 2018 hari itu.. mood ke laut... Terima kasih Allah swt memberi ilham pada penulis.. Banyak sgt rahsianya... Hmm betul lah, anggap saja apa yg berlaku pada diri sendiri adalah CINTA dari Allah swt... Jika datang dugaan hidup.. pandang siapa yg benarkan hal ini terjadi pada kita.. Allah swt.. Allah syg pada kita diuji nya kita untuk naikkan iman kita di sisi nya.. Dan beruntung juga kalian yg mempunyai pasangan yg mengetahui rahsia hitam pasangan tetapi masih lagi mahu untuk tetap bersama hingga akhir nya... Well, seperti kata penulis, semua orang ada rahsianya yg tersendiri...
penulis fenomena bila novel-novel dia menjadi best seller dan diadaptasi ke layar perak. Menjadi punca kejatuhan syarikat penerbitan Ilham .dan yang paling penting, menjadi penyebab Iris menjadi mangsa dendam.
Amboiii..banyak sungguh rahsia nak kena simpan...nk ending pun ada rahsia lagi 😅😅😅 nak dengar salah satu rahsia? Tapi korang boleh ke simpan rahsia? 😛
Novel Secret sangat meletup di pasaran dan menjadi bestseller novel namun tiada siapa pun tahu siapa penulisnya, yang mereka tahu hanyalah namanya, Rosie. Secret sepatutnya diadaptasi ke filem oleh Ilham tapi ditolak mentah-mentah oleh Rosie. Akhirnya Secret berjaya juga diadaptasi oleh kawan Ilham iaitu Joseph. Dani yang berkerja di bawah Joseph bersungguh mencari Rosie dan memujuk Rosie untuk membuat penampilan sulung pada hari pelancaran filem namun ianya ditolak oleh Rosie. Kedegilan Dani untuk memujuk Rosie membuahkan hasil dan Rosie setuju untuk keluar dari 'gua' ciptaannya.
Iris, housemate Rosie penuh dengan rahsia. Dia sangat menjaga rahsia mengenai siapa Rosie, penulis Secret. Irina dan Ilham, mereka juga ada rahsia. Rosie, ada juga rahsianya dalam Secret, Secret ll dan Secret lll. Bagaimana Secret bermula sehinggalah ia boleh menjadi bestseller novel . Woww 👏👏 Cik Diana dengan Iris pun ada rahsia mereka walaupun dah bertahun terputus hubungan. Tegar betul ye Cik Diana merampas boyfriend Iris, dan peliknya bila Iris rela plak tu 😰 lalu mencetus perasaan cemburu pada Zainal sebab cik bosnya dah dipikat orang😂😂 "Orang rumah aku dah kena kebas dengan orang rumah kau". Tu la Zainal, slow sangat cara tackle bos tu. Korang kena tahu jugak kenapa Iris tinggalkan Tasya, kawan baik dia dan rela hidup tanpa kawan? Oh yaa...last but not least, rupanya Jenal si kepoh dalam Secret tu pun ade rahsia jugak...
Siapa Iris, Rosie, Dani, dan Jenal? Dan kenapa Iris tinggalkan Ashraf? Siapa Dr Fahrin dalam hidup Iris? Shhh...banyak sangat rahsia dalam ni so uols kena baca untuk kenal siapa mereka sebenarnya 😉 saya dah tahu tahu rahsianya. Korang nak tahu? Korang boleh ke simpan rahsia 😜😜
Thanks Prolog Media dan penulis atas hasil karya Shhh... Rahsia... memang lain dari yang lain 😘😘
Wow! Too many dirty little secrets! Penuh rahsia. Setiap watak ada rahsia. Interesting plot. Sungguh tak sangka dengan watak utama, Iris tu.. dahsyat! She reminds me of ...... YTJT.
Setiap individu mempunya rahsia yang tersendiri. Sedikit demi sedikit, rahsia yang tersingkap akan membawa kepada suatu situasi; yang lebih baik atau yang lebih buruk. Persoalannya, siapa yang mempunyai rahsia? Dan, rahsia siapa yang lebih menjadi rahsia?
Buku ni jalan ceritanya menarik dan kemas. Cantik tersusun. Jalan ceritanya juga tidak klise. Permainan cinta yang dibuat Iris akhirnya memakan diri, walaupun dengan tujuan yang 'baik'. Matlamat tak menghalalkan cara. Dan dendam, hanya akan membawa manusia ke kancah derita.
Cumanya, andai sinopsisnya dijadikan lebih misteri, dan tidak diceritakan dengan 'klu', pasti lebih menarik dan membuatkan pembaca lebih teruja. Ditengah pembacaan, saya sudah dapat meneka siapa sebenarnya Rosie, disebabkan sinopsisnya. Kulit buku yang mampu buat saya jatuh cinta pandang pertama. Apa pun, tahniah kepada penulis. Setakat ini, prolog media tak pernah mengecewakan saya.
Sy baru je habis SHHH Rahsia! pukul 6.30 td. Baca novel ni ambik masa 2 hari, tp emotional tunggang langgang nak taw sape si Rosie ni.. Rupanya...Iris?! Iris yg punya sejarah hitam yg dia nak sorokkan dari semua org, dikhianat abg kakak sendiri, ditikam belakang kwn baik sendiri..membuatkan dia cipta identiti baru sbg 'Rosie', penulis novel best-seller Secret yg diadaptasi filem. (nama kwn dia & kakak dia kebetulan sama dgn sy 😌 Natasha Irina, tp org suka eja nama sy Tasya jgk, tp perangai sy bukan mcm diorg, i'll hate myself for that)
Tp rupanya bukan Iris sorang yg ada rahsia! Orang sekeliling dia pun ada rahsia tersendiri & paling rahsia, diorg semua ada dalam ketiga² novel Secret si Rosie.
So apa reviewnya? 🤔 Novel ni fast-paced, mcm roller coaster sunway lagoon (aci x? 😆) Berat dia dekat backstory Iris, Diana, Jenal & Dani.
Mmg la jahat Iris buat mcm tu kat semua exes dia sampai abg Dani meninggal. Dia xtaw motif dendam dia dah rosakkan org lain..
Bila sorg demi sorg ex dia cari dia nak balas dendam, bila Jenal syak Iris tu Rosie & Dani kata Iris was all alone in her house, xde Rosie, baru dia mcm tersedar. Dia gunakan diorg semua utk hayati setiap watak² masa tgh buat manuskrip. Laaa.. mmg patut la dia kena mcm tu 🤦🏻♀️
Overall, sy agreed dgn akk² yg promote novel ni kat PBAKL.. buku ni mmg BEST tahap xblh letak tepi sbb nak taw ape rahsianya 🤣 Also, novel ni bermain dgn kesihatan mental setiap watak.
Rating: 10/10
Q: Can you keep a secret? Yes & No, kalau you cari pasal dgn i..i xkan reveal kt public, i reveal kt org yg i plg percaya.
Okey, aku akan bagi review jujur dan pendek saja untuk bacaan kali ni. (Sila cari & baca blurb/sinopsis sendiri 🥸)
Pada muka surat 30, aku dah dapat agak siapa Rosie dan Iris yang sebenarnya. Dan tekaan aku betul. Pada orang lain mungkin akan rasa "wow", tapi pada aku biasa-biasa ajelah sebab dah dapat agak kan walaupun penulis hanya bagi sedikit pertunjuk. Sejujurnya, semua yang aku teka betul.
Pada awalnya aku fikir novel ni mengisahkan rahsia-rahsia Rosie dan Iris saja, tapi hampir kesemua watak yang wujud dalam novel ini mempunyai rahsia yang tersendiri. Tak pelik pun, sedangkan kita sendiri pun ada banyak rahsia yang orang lain tak tahu, kan?
Jalan ceritanya bolehlah~ Aku tak puas hati kenapa lepas tahu rahsia Rosie dan Iris tu, cerita jadi makin kurang seronok??? Selain tu, banyak juga ayat-ayat sama yang diulang. Agak mengjengkelkan bila asyik baca benda yang sama banyak kali. Dia macam— "Berapa kali nak sebut ni? Aku tahulah! Kan tadi dah sebut?!" 🙃
Entahlah, bagi aku Shhh... Rahsia! ni tak cukup "umphhh". Sejujurnya aku jangkakan rahsia yang paling besar— yang tak masuk dek akal. Kesudahannya... normal aje rahsianya tu.
Sesuai dengan tajuknya, novel ini ada terlalu banyak rahsia. Rahsia tentang Iris. Rahsia tentang Rosie. Rahsia tentang Diana. Rahsia tentang Jenal. Rahsia tentang Dani. Rahsia tentang Badri.
Ya, terlalu banyak rahsia. Siapa yang berahsia dengan siapa juga menjadi satu rahsia. Hahaha, korang mesti pening. Macam yang aku cakap tadi, novel ini ada banyak rahsia. Jadi aku tak boleh nak cerita. Aku kena simpan rahsia. Kalau korang nak tahu apa rahsia yang ada dalam novel Shhh...Rahsia, sila baca, jadi korang akan dapat jawapannya.
Aku minta maaf, tak boleh nak cerita panjang sebab kena simpan rahsia. Aku seorang pembaca yang boleh dipercayai untuk simpan rahsia.
Aku suka dengan plot ceritanya. Bila mula membaca, kita jadi tertanya-tanya dengan apa yang berlaku ni? Tapi aku boleh predict weh, sebab penulis bagi hint banyak sangat. Apapun aku berpuas hati baca cerita ini.
Kudos to the author because she made me stick to this book until the end.
- Aku, kau, kita semua pasti ada rahsia tersendiri kan?
- Hampir mustahil tiada.. Sebab sesetengah perkara lebih baik kekal rahsia.
- Tapi sejauhmana rahsia itu akan bertahan? Selamanya? Mungkin ya, mungkin tidak.
....
- Ok kisahnya begini, Rosie merupakan seorang penulis novel (Secret) yang terkenal tetapi dia mengambil keputusan untuk mengekalkan identitinya sebagai misteri.
- Kenapa? Sebab dia pernah dikhianati & dibuang menyebabkan Rosie tidak percayakan sesiapa.
- Ada seorang saja yang tahu akan rahsianya. Iris. Ya! mereka menjaga rahsia sesama mereka. Iris juga punya rahsia yang besar.
- Tapi segalanya berubah dengan kemunculan Dani. Pada asalnya Dani hanya datang untuk meyakinkan Rosie agar muncul di khalayak ramai atas tujuan promosi filem yang diadaptasi dari novelnya.
- Siapa sangka kemunculan Dani telah menyebabkan rahsia bukan lagi rahsia. Satu persatu terbongkar. Tapi semudah itu? Apa rahsia Dani sehingga Iris & Rosie membuka segala rahsia yang tersimpan rapi?
- Selepas itu, hidup mereka mula berubah.
.....
- Ok cerita ni buat saya memerah otak, apa rahsia yang sebenarnya mereka cuba sembunyikan. Hampir semua watak lagi tu ada rahsia.
- Andaian demi andaian, 1 saja yang mengena dari awal. Itu pun ada rasa WOW. Beberapa kali juga la terkejut.
- Sehingga ke perkataan 'Tamat' pun ada lagi rahsia.
I wish you enough happiness to let you see that the world is bright, but not too much to blind you of the temporaries. I wish you enough sadness to let you understand others who are less fortunate, but not too much to make you lose hope of life.
Buku ni memang penuh dengan rahsia. Hampir setiap watak punya rahsia sendiri. Pada awalnya saya dah boleh agak tentang rosie dan iris, jadi setiap perbualan mereka saya boleh bayang bagaimana, jadi bila terdedah rahsia mereka, saya tak terkejut sangat, begitu juga dengan kisah diana. Tapi masih kagum dengan cara penulis membongkarkan rahsia mereka semua, jadinya tak kecewa pun walau dah boleh agak. Ketebalan buku ni sangat sesuai dengan kisahnya, kalau tebal sangat takut meleret pula.
Kisah ni keseluruhannya banyak beri pengajaran supaya hormat mak ayah, jangan tunduk pada nafsu, dan hubungan kekeluargaan yang tak akan putus. Bestttt, tak rugi beli!
Susah jugak nak buat resensi tentang buku ni tanpa spoiler. Sebenarnya aku jenis tak kisah pasal spoiler. Tapi itulah, penerimaan orang berbeza-beza.
Mengisahkan Rosie seorang penulis novel terkenal berjudul Secret. Cita-citanya hanya untuk menulis cerita yang terbaik dan membuktikan pada semua yang pernah menghina dan menikamnya dari belakang.
Dia mencipta idea gila untuk rapat dengan lelaki demi menyiapkan kisah novel yang ditulis semata-mata ingin lebih menjiwai situasi dan watak.
Dan dia berjaya. Novelnya diadaptasi ke filem. Fyi, Rosie hanyalah nama samaran dan identitinya tidak diketahui oleh sesiapa. Hinggalah dia bertemu Dani. Dani memujuknya supaya keluar dari gua. Dari situ berbagai-bagai rahsia terbongkar sampaikan aku kata, woah! Relaxlah...😅😅
Personal rating 4 ⭐ 💜
📚
#donereading Shhh...Rahsia by T Sea #readingchallenge2022📚 #igreads #bookstagram #goodreads #emabaca #tsea #shhhrahsia @prologmed #malaysiamembaca