“Setiap daripada mereka... ada kisah yang perlu dilengkapkan.”
Anya Dahlia - Benjy... Di mana pun awak ketika ini, saya harap kesedihan itu tak akan wujud lagi dalam diri awak. Andai takdir menemukan kita kembali, moga saya dapat melihat sinar yang berbeza dalam mata awak. Live well, Nik Benjamin.
Surat Cinta Untuk Lela - “Lela kata dia mengembara ke masa silam. Apa yang terjadi sekarang tak sepatutnya berlaku.”
Astra - Apa yang dilihat dengan mata kasar bukanlah cerita yang sebenarnya dan keajaiban itu sentiasa ada.
Duniabaru - Setiap cerita perlu ada kesudahannya. Dan ini adalah pengakhiran Two Soul.
Nota Yang Hilang - Fear is boring. Kemunculan sehelai nota akhirnya membawa dia keluar daripada ketakutannya.
Noah (Permulaan) - Sebuah pengakhiran bermula daripada satu permulaan. Dan ini adalah permulaan seorang Noah.
Anna Lee is a published author living in Kuala Lumpur, Malaysia. Writing fiction since 2009. Before Anna Lee, she also known as Zuliana Abuas and Julia Esqa.
She holds a Bachelor's Degree in Economic (Natural Resources) from the University Malaysia Terengganu a.k.a KUSTEM. Previously, she worked in Oil & Gas Industry before she decided to be full time writer.
Her first novel Viva Sakura (2009) and then Bunga Di Rimba (2011). Korea I'm In love (2012) is her third novel under nickname Zuliana Abuas. She also published fantasy novel Puteri Karla (2011) under nickname Julia Esqa. Now she's stick with Anna Lee.
Under the name of Anna Lee she is the author of Terukir Cinta (2013), Mencari Mr. Charming (Dec 2013) Aku Dia dan Pinky Promise (2014). Mesej (2015) Hello (2016)
She also author of many number of mini novel such as Diary Mrs Ben (Limited Edition - Yang Luar Biasa 2013) and latest mini novel Bukan Awak Tapi Dia (Limited Edition - Yang Aku Cinta).
Saya ingatkan Adry tu lelaki. Nama betul dia Adrianna. Selective Mutism. Bercakap bila perlu. Adry ada berkawan dengan Had. Tak pernah berjumpa. Hanya berbicara melalui alam maya. Online chatting.
Rupanya mereka berdua hidup di lain tahun. Adry tahun 2017 dan Had tahun 2005. Ada vibe kdrama ‘Signal’.
Suatu hari Had hilang. Offline. Chat history pun hilang. Then Adry terjumpa satu gambar di dalam sebuah buku di library. Dan gambar tersebut ialah Had. Lalu Adry memulakan pencarian tentang kehilangan Had.
Simple je tapi best. Ada misteri dan jugak sedih sikit lah bila dapat tahu apa yang jadi pada Had.
p/s Saya belum baca novel Ilustrasi Oleh: Ed (Kanvas 2.0). Watak Adry rupanya ada dalam tu.
Duniabaru - Ema Deesyiaqis
Ini sambungan dari novel Dua [Two Soul Will Unite]. Kehidupan Noura dan Vessa selepas berkahwin. Kuasa cincin tersebut kembali menghantui kehidupan mereka berdua. Noura sering mendapat mimpi aneh. Begitu juga dengan Vessa.
Mimpi ini sebenarnya petunjuk yang memberitahu bahawa ada orang lain lebih memerlukan cincin tersbut. Kali ini mereka berdua pergi ke suatu dunia asing iaitu Duniabaru. Di situ lah pengakhiran atau penamat di mana asalnya batu ajaib perlu dikembalikan.
Dah macam pengembaraan ke dunia yang penuh dengan benda yang pelik2. Best. Ada jugak kemunculan Ed dalam kisah ni. Diakan pelukis so dia dapat vision apa yang akan berlaku kepada Noura dan Vessa.
Noah (Permulaan) - Farah Izzlorna
Ini kisah Noah. Saya tak pasti ini selepas Infiniti atau sebelum Infiniti. Kalau ikut kefahaman saya, pada waktu ini Adrian dikatakan dah meninggal dunia. Yasmin, ibu mereka sangat yakin yang Andrian masih hidup.
Kenapa Noah boleh tersuka dengan Yasmin tu. Berlagak diva sangat. Mulut pun tak makan saman. Agaknya menurun dari maknya Puan Rohani. Aduh... meluatnya.
Ending... Noah nak cari Andrian. Tapi bagaimana? Bila next novel ni. Tak sabarnya...
Anya Dahlia - Pasha
Apa nak buat ye bila tiba-tiba ada seorang lelaki misteri datang menyelamatkan Anya Dahlia ketika dia benar-benar memerlukan pertolongan? Nik Benjamin, siapa lelaki ni. Mengaku pulak suami Anya. Masa ni Anya dah bertunang dengan Naufal. Naufal pulak dah berubah menjadi lelaki perengus dan panas baran.
Geram jugak sebab Anya tak mahu tinggalkan Naufal. Naufal dah bertindak zalim pada Anya. Hingga akhirnya Benjamin tinggalkan pesanan untuk mencari siapa Sharifah Edora.
Masih lagi tema time travel. Cerita ni macam lelaki tu datang dari masa depan untuk selamatkan seorang perempuan daripada berkahwin dengan lelaki yang kejam. Best.
Alumni Alpha (Surat Cinta Untuk Lela) - Jun
Saya sebenarnya masih blur. Tak faham.
Kisahnya apabila lawak yang Sid cakap tu betul-betul jadi pada Lela. Masuk tandas tahun ni, keluar tandas nanti dah tahun lain. Macam tu la lebih kurang.
King tu Faizal. Crush Lela. Budak nakal kat sekolah. Jery pun sama terlibat dengan time travel dengan Lela. Lela ada dapat satu surat cinta tanpa nama pengirim. Lela sangkakan King. Tapi in the future, King kahwin dengan orang lain. Then, Lela pulak bertunang dengan Adly. Ada satu insiden yang menyebabkan Adly mengaku surat tu dia yang tulis.
So, dalam usaha Lela nak jawab teka teki yang ada dalam fikiran dia tu, ada la beberapa kejutan yang berlaku. Akhirnya Lela dapat tahu siapa pengirim surat tu. Manis je rasa ending tu. Hehe...
Nota Yang Hilang - Anna Lee
Kisah ni memang tak rugi baca. Memang tertunggu2 karya dari penulis. Bhinda, terjumpa sebuah buku nota yang ditinggalkan seorang pelanggan di Bukopi. Yang misterinya buku tersebut seolah-olah 'hidup'. Then, ada muka surat yang hilang. Macam dikoyak.
Bhinda dan Fendi. Hubungan bos dan pekerja ni macam ada yang tak kena. Kenapa Fendi dingin dengan Bhinda seorang saja? Masing2 ada perkara atau rahsia yang perlu disembunyikan. Kerana buku nota itu jugak hubungan mereka semakin baik.
Rupa-rupanya ada someone boleh lihat masa depan. Eh dia ke? Hahaha.
pernah tak korang baca buku dan kemudian ada rasa;
i)tak nak baca cepat-cepat, sayang kalau laju habis baca ii) tak nak buku tu habis macam tu je iii) bila sampai helaian akhir otak masih fikir tentang kisah dibaca dan sampai tahap berfikir sambungan kisah tu sendiri iv) nak masuk dalam buku yang dibaca, nak jadi antara watak yang ada v) harap ada lagi sambungan dari penulis, so it become never ending story
kalau ada, inilah salah satu bukunya. buku yang buat rasa sayang nak baca laju-laju sebab tak nak habis baca cepat, yang mampu buat pembaca asyik fikir kisah yang ada dalamnya, yang buat rasa nak masuk je dalam buku ni dan yang nak ada sambungan lagi dan lagi dan lagi... bahaya, kan?
ada enam kisah.
i) astra - Ayumi ii) dunia baru - Emma iii) noah (permulaan) - Farrah Izzlorna iv) anya dahlia - Pasha v) surat cinta untuk lela - Jun vi) nota yang hilang - Anna Lee
semuanya punya satu topik best, time travel dan digarap atas kebolehan, keunikan dan kekuatan masing-masing. bukan mudah untuk menyusun plot agar tidak membingungkan pembaca dan setiap satu kisah sampai matlamatnya. boleh rasa setiap emosi yang ada dalamnya. akak tak nak kisahkan setiap satu sebab kalau boleh nak dua ribu naskah (betulkan pihak penerbit?) yang tercetak habis dijual dan mahu anda rasa sendiri kedukaan, kekecewaan, kegembiraan dan kebahagiaan yang ada di dalam naskah ini. satu lagi, kalau nak baca novel best ini kalau boleh pastikan anda cari karya sebelumnya terbitan prolog untuk setiap penulis ini. ada kesinambungan untuk setiap satunya.
bukan khayalan, bukan fantasi rekaan semata-mata untuk membuat pembaca khayal. a big no! paling utama buat pembaca berfikir tentang kebesaran Allah. apa saja, tiada yang mustahil. apa saja impian manusia semua di bawah kekuasaanNya. kita tidak akan mampu menidakkan, penggunaan akal pun tak sampai 10% jadi apa hak kita mahu mempertikaikan apa yang jadi di langit dan di bumi? tahniah buat semua team untuk penghasilan naskah yang berani ini. all the best untuk seterusnya...
love to the moon and back. pernah baca buku yang buat rasa anda disayangi oleh buku itu? inilah bukunya...
3. Noah. Permulaan untuk seorang Noah "https://www.goodreads.com/book/show/3..." menjejak susur galurnya. Pesanan buat penulis. Tolonglah siapakn Noah secepat mungkin.
4. Anya Dahlia. Sedap sungguh nama Anya ni. Boleh cup letak nama anak tak? hahaha. Masih tema time travel, bagaimana kehidupan Anya Dahlia berubah selepas seorang lelaki muncul di hadapan dan mengaku diri sebagai suaminya.
5. Alpha Alumni: Surat Cinta Untuk Lela. Cerita ni betul-betul kena fokus baca. Sama macam Magisial. Kalau tak kena selak mukasurat sebelumnya semula. Jenis kalau baca belakang pun masih kelabu lagi. hahaha P/s: harap penulis boleh sambung cerita Jery dan Baiti. Cute sangat depa dua ni.
6. Nota Yang Hilang. Rasanya inilah penyebab utama kenapa tajuk Missing Pages dipilih. Anna Lee memang suka bagi persoalan tapi beliau tak lupa untuk jawab semuanya. Tapi, untuk NYH ni macam ada missing pagesnya. Mohon buat sebuah buku asing untuk NYH :P
Tahniah buat Prolog Media. Susunan dan jalan cerita untuk Missing Pages ni sangat kena dan menarik. Tajuk pun sangat kena dengan setiap jalan cerita. Dan, buku ni betul-betul ekslusif. Terasa berbaloi memiliki. Dan bangga juga jadi antara 2k manusia yang mempunyai buku ni. hahaha
1.Astra -Ayumi Sedih dah pedih... rasa nak jer pegi peluk Adry ketat-ketat. Bagaimana cinta yang hadir tanpa diduga. Cinta antara dua dunia... tapi cinta yang tidak kesampaian.
2.Duniabaru- Ema Deesyiaqis Serius ML tak faham... cerita ni.. ader cerita pjg dia kah.. two soul, dream soul?....dah rasa macam tgk cerita kartun... tapi.. masih menarik... cuma... pemergian mereka ke duniabaru mcm bersiar-siar jer.. alahai....dan bila balik ke dunia asal pun... mcm ade something sbb masa ni lah baru nak ingatlah.. aperlah.. tp..serius mcm karya ni ade cerita pjg dia
3. Noah(Permulaan) - Farrah Izzlorna Jap..jap..ni cerita pasal ape ni? Dah kenapa ending dia macam tu? Aghhhhh.. stress.... tak faham.. tak faham... cerita dia bagus. Tentang istimewanya Noah.. dan specialnya yasmin.. tapi rasa nyer FI ni kurang mahir kot buat cerita pendek... x sampailah u...
4. Anya Dahlia -Pasha The best ever... garapan yang bagus.. kesenimbungan yang mantap... i like..
5.Alumni Alpha (Surat Cinta Untuk Lela)-Jun Rasa mcm baca aku , dia dan pinki promise pulak... tapi.. ini lagi dahsyat... mak suka. Jun.. plz.. pjgnkan.. mesti best ni.
6. Nota Yang Hilang - Anna lee Tahniah babe.. ai like... cukup perisa... cuma 1 soalan... siapa nik yg ada pd ending cerita ni....
Missing Pages Prolog Media Novel Ekslusif Ulang Tahun ke-4 Prolog Media
Done 3 May 2018 5.15am
Puas hati dapat pegang novel saiz ni.. kena dengan ketebalannya dan juga sedap dipegang masa nak baca. Nak buka luas sikit pun xrisau 😊
📖 Astra ✒ Ayumi
AstraAdry dan Had84, mereka berkawan baik, sangat baik sehinggalah suatu hari Had menghilang, tanpa jejak, hanya satu ayat terakhir yang ditinggalkannya Astra "I hope you'll remember this day".
Maka bermula 'misi' Astra untuk menjejak Had. Apakah tujuan Had meninggalkan Astra dalam keadaan tertanya-tanya. Siapakah Zahid dan benarkah Azri penyebab utama Had mengambil keputusan itu?
"Tiada yang mustahil dalam dunia ini. Perkara ajaib sentiasa ada. Antara kita sedar atau tidak".
Wahai penulis, saya sedih sangat nih 😭😭😭 Jauh di sudut hati nak sangat ada ayat yang menyatakan jejaka berhoodie tu adalah Haddad 😊😊
📖 Dunia Baru ✒ Ema Deesyiaqis
Kalau korang baca Dua, korang kena baca Dunia Baru ni 😊. Vesa dan Noura kembali memakai cincin Two Soul, bukan sengaja tapi kerana terpaksa. Ada yang memerlukan Two Soul. Mereka mengembara bersama Nirbi dan Mozu. Siapakah yang menuntut Two Soul? Siapakah Shuoli dan Mayon? Apakah pengakhiran kepada Two Soul?
Terima kasih pada penulis, pengembaraan yang indah walaupun hanya sebentar cuma. Lagi indah kalau kita terus mengembara bersama Shuoli 😎
📖 Noah (Permulaan) ✒ Farrah Izzlorna
Bagi yang dah baca Infiniti, uols mesti rasa tak sabar lepas baca story ni..nak kenal Noah kan😇😇 tapi jangan ingat korang boleh syok-syok baca je tau.. macam-macam emosi bermain dalam kepala sambil baca story ni.. sakit hati, sedih, tertanya-tanya. Patutnya si Yasmin cantik tu kena amik insurans mulut dia 😅
Noah (Permulaan) mengisahkan perkenalan Yasmin si Pheromone dengan Noah dan ibunya, Yasmin. Ada sesuatu membuatkan mereka tertarik antara satu sama lain sehinggalah terjadinya satu pertelingkahan, dihangatkan pula dengan kecantikan bahasa mulut laser Puan Rohani. 😡 Apakah yang terjadi selepas itu? Kenapa Noah pulang ke Malaysia? Apakah ada kaitan dengan Yasmin cantik? Atau hanya untuk kebahagiaan ibunya?
Seriously, story ni yang membuatkan saya pegang Missing Pages last sekali😅😅 sebab takut tak boleh move on dengan ending dia..sakitnya hatiku bila jumpa TAMAT. Hate this 😣😣 Dengar-dengar Noah dah nak settle. Teruskan typing Cik Farrah 😜😜
📖 Anya Dahlia ✒ Pasha
Anya Dahlia, keseorangan dan sebatang kara..tanpa keluarga, menumpang kasih dengan keluarga angkatnya, dan bertunang dengan Naufal. Saat Anya memerlukan pertolongan, Nik Benjamin hadir menyelamatkannya. Tanpa mengenali siapa Nik Benjamin, Anya mencari kenapa Benjamin tiba-tiba muncul dalam hidupnya.
If i could only turn back time...
Sometimes dreams do come true...
"Whatever happened, you can't marry him!"
Siapa Nik Benjamin sebenarnya? Apa yang cuba dilakukannya?Siapa Sharifah Edora Syed Hasbi? Benarkah dakwaan Nik Benjamin?
📖 Alumni Alpha (Surat Cinta untuk Lela) ✒ Jun
Dalam semua story dalam Missing Pages, rasanya paling susah nak review Surat Cinta untuk Lela ni, alaaa mcm masa nak review Magisial 😂😂
Kisah bermula dari Lela yang bertekad untuk menghalang percintaan antara King dan Dang Asyikin, membuatkan dia terjebak dalam satu perhubungan yang melelahkan dia. Lela sangat terkesan apabila kehilangan Baiti, kawan baiknya lalu mengajak Sid menemaninya mencari Baiti. Kemunculan Jeri juga mengejutkan Sid tambahan lagi Jeri tidak kelihatan seperti mereka. Apakah yang terjadi sebenarnya? Apa yang membuatkan garis masa bertukar dan segalanya menjadi kucar kacir. Apa kaitannya dengan Tandas di sekolah mereka? Dan Surat Cinta untuk Lela, benarkah seperti apa yang dibaca oleh Lela? Benarkah 'Dia' yang menulisnya untuk Lela? Semuaya terjawab dalam Surat Cinta untuk Lela. Korang kena baca betul-betul,tanpa gangguan so korang tak perlu nak reverse back, baca balik macam saya😂😂😂. Tapi story ni memang best 👍👍
📖 Nota Yang Hilang ✒ Anna Lee
Bhinda, staff cafe milik Fendi yang gemar menyimpan barang-barang yang tertinggal di cafe tersebut. Suatu hari, Bhinda terjumpa sebuah buku nota di atas meja cafe dan dia perlu memulangkan buku tersebut atas arahan Fendi namun ianya gagal diserahkan kepada pemiliknya. Bermula saat itu, Bhinda mula menerima nota-nota yang menyuruhnya membuat mengikut tugasan demi tugasan demi ganjaran yang sangat diperlukannya. Namun dalam menyelesaikan tugasan tersebut, persoalan tentang nota itu tetap tak terjawab. Bertambah rumit apabila Fendi menunjukkan nota yang diterimanya berbentuk ugutan andai tidak menerima Bhinda sebagai pekerjanya. Siapakah yang mengugut Fendi? Amri? Dari mana datangnya nota tersebut? Apakah kaitannya dengan Bhinda dan Fendi? Mampukah Bhinda dapatkan ganjaran tersebut?
Alahai Kak Anna, kami semua rela andai Missing Pages diterbitkan semula dalam bentuk sebuah novel.😂😂 Seronok plak rasa menunggu nota demi nota muncul 😎😎
🌟🌟🌟🌟🌟
** Tak rugi korang memiliki naskhah ini sebab story dalam ni semuanya best walaupun tak ada sangat kisah yang sweet-sweet. Rempah dan rencah secukup rasa dan ada satu rasa kepuasan bila dapat habiskan bacaan. Belila sekarang, takut nanti sejarah Couple berulang kembali.
Setiap cerita dalam Missing Pages ni, memang betul-betul 'missing pages'. Saya rasa para penulis seolah-olah sengaja menulis begitu untuk buat pembaca sama-sama cari apa cerita disebalik bahagian yang 'missing pages' itu. Mengajak pembaca sama-sama berimaginasi dan mengembara. (ke saya seorang je yang fikir macam tu? 🤔)
1- ASTRA Apa sebenarnya 'masalah' Adry? Kenapa dia 'berkelakuan' begitu? Kehilangan Had secara tiba-tiba dan terjumpanya sekeping gambar membuatkan kehidupan Adry berubah. Gambar siapakah itu? Apa terjadi pada Had? Ada misteri yang perlu diselesaikan.
2- DUNIABARU Vesa dan Noura sering mengalami mimpi yang sama. Apakah mimpi itu? Terjumpanya sebuah blog, membuatkan Vesa mengajak Noura kembali ke Malaysia. Apa yang terkandung dalam blog tu? Apakah terjadi sekembalinya mereka ke Malaysia? Duniabaru?zaman bilakah dunia tu wujud? Apa yang terjadi dalam Duniabaru? Bagaimanakah cara untuk Vesa dan Noura keluar dari Duniabaru?
3- NOAH (permulaan) Perwatakan Noah sedikit sebanyak sama seperti Luth. Baik dan peramah. (nak kenal siapa Luth kena dapatkan buku Infiniti 😉. Buku Infiniti sangat best, wajib beli 👍) Pertolongan secara tidak sengaja, menjadi salah satu penyebab terciptanya hubungan diantara Noah dan Yasmin.Ternyata bukan Noah seorang yang mempunyai kebolehan istimewa, Yasmin juga turut mempunyai kebolehan istimewa. Apakah kebolehan Yasmin? Siapa Yasmin sebenarnya? Adakah Noah sanggup tinggalkan Yasmin demi Yasmin?
4- ANYA DAHLIA Kenapa Anya sanggup bertahan dengan Naufal? Tiba-tiba muncul Benjamin menyelamatkan Anya dari Naufal. Siapa Benjamin? Siapa pula Sharifah Edora? Adakah dengan mencari wanita itu, dia dapat tahu sesuatu tentang Benjamin atau sesuatu yang lain? "saya cuma seorang lelaki yang mencintai seorang wanita yang bukan miliknya... " apakah yang dimaksudkan oleh Benjamin. Dapatkah akhirnya Benjamin memiliki wanita yang dia cintai?
5- SURAT CINTA UNTUK LELA Bermula sekadar melawak mengenai keluar tandas pada waktu malam boleh kembali ke masa lalu. Akhirnya benda itu betul-betul berlaku pada Lela. Sekembalinya dia ke masa sekarang. Hidupnya berubah. Apa yang Lela telah lakukan semasa dia berada di masa lalu? Kenapa kawan baiknya, Baiti menghilangkan diri? Macam mana Lela boleh bertunang dengan musuh zaman sekolahnya? Kemunculan Jerry dari masa lalu menambahkan lagi kekeliruan. Apa kaitan Jerry dengan Lela? Siapa sebenarnya yang menulis surat cinta untuk Lela?
6- NOTA YANG HILANG Untuk cerita nie..hmmm.. Sebenarnya saya masih speechless. Nota yang hilang ni buatkan saya termenung lama. cerita-cerita yg diatas pun buat saya termenung juga tapi tak selama Nota yang hilang ni. Sebab asyik-asyik termenung ni lah saya mengambil masa selama 3hari untuk habiskan buku ni. 😅 Betul la review salah seorang pembaca buku ni, setiap cerita dalam buku Missing Pages ni, disusun betul pada tempatnya. Meletakkan Nota yang hilang diakhir adalah satu pilihan yang tepat. Saya rasa Nota yang hilang adalah bahagian kemuncak untuk buku ni. Dan rasanya saya dapat teka kenapa buku ni dinamakan MISSING PAGES. Dan harapnya betul la tekaan saya. 😅😉
Untuk mengetahui jawapan persoalan diatas sila dapatkan dan baca buku Missing Pages. Tapi sekiranya ada persoalan yang tak terjawab itulah yang saya maksudkan yang Missing Pages ni betul-betul 'missing pages'. Sesuai dengan namanya Missing Pages.
Highly recommended kepada yang inginkan kelainan. Dan bacalah buku ni dengan hati & minda yang terbuka ya dan dalam keadaan tenang. 💆
p/s: Farrah Izzlorna, saya tak sabar nak tunggu sambungan kisah noah. Harap dalam masa terdekat diterbitkan. Jujur, saya beli buku ni sebab ada noah. Tapi bila dah baca semua cerita sangat best. 😉👍
p/s/s: kak Anna Lee, boleh request tak Nota yang hilang versi full atau akan ada kesinambungan cerita Nota yang hilang ni?apa yang dimaksudkan dengan 'kisah terakhir' oleh nik? Atau cerita ni kesinambungan dari novel mesej? Jujur, saya tak baca lagi novel mesej. 😅
p/s/s/s: Tahniah kepada semua penulis Prolog Media. Cerita anda semua memang best. Ada magis, mesej dan maksud yang tersendiri. 👍👍👍
Stress.. Sebab nipis sangat.. Tak puas baca okay.. Memang limited edition betul buku ini.. Tak rugi beli.. Ada 6 orang penulis dengan 6 kisah time travel masing-masing.. Setiap cerita penuh pesona yang tersendiri.. Rasa terperangkap dalam ruang waktu yang berbeza.. Memang berbaloi dimiliki.. 4 bintang tu sebab nipis.. Siap baca lambat-lambat okay, tak nak habis cepat.. Kikiki.. Cerita dalam dia superb.. Kena beli dan baca..
Adry menyandar sambil cuba menenangkan diri. Skrin direnung sampai hampir tembus, balasan Had tetap tidak kunjung tiba.
Sejenis perasaan yang sangat tak best. Bila kita ternanti-nantikan sesuatu yang tak kunjung tiba. Dalam kes Astra ni, perasaan tu muncul lepas kesian tgk Adry tertunggu-tunggu si Had ni. Tapi bila tahu kenapa Had tak muncul, rabak emosi dibuatnya. Masa saya baca cerita ni, saya WA Anna Lee. Beritahu dia... aku termenung dan masih termenung walaupun dah hampir sejam tamat. Kata Anna Lee, yalah, samalah kita. Kata saya lagi, oh well... great minds think alike. #propa #tapibetul Seriously. Best! 👍
Duniabaru - Emma Deesyiaqis ******************************* "Apabila kamu makan buah itu, bahasa kamu akan difahami dan kamu akan memahami..." I want that fruit! Itu yang saya jeritkan lepas baca bab tu. Untung weh kalau dapat. Nak pergi Russia tak yah belajar cakap Russia dah. Buah apa yang cool gila sampai orang boleh faham semua bahasa tu? Kenalah baca dalam cerita Duniabaru ni. Siapa yang dah baca Dua, kena baca Duniabaru sebab ada kesudahan baru bagi pasangan romantik Vesa, Noura dan cincin istimewa diaorg tu. Satu yang saya suka tentang penulis ni sejak saya baca Dua, bila dia gambarkan sesuatu tu, saya confident gila benda tu wujud. Tak de rasa nak Google tengok sahih ke tidak. Samalah perasaannya bila baca Duniabaru ni. Terdetiklah dalam hati... perghh... macam real benda ni dulu wujud. Gituuu..
Noah (Permulaan) ****************** “Aku tak adalah mak mertua terencat macam tu. Menangis-nangis depan orang. Buat jatuh standard aku je!” Whoa! Lepas baca dialog tu, rasa macam nak tampar orang aje. Saya WA Anna Lee, tanya satu soalan. Dengan harapan jawapan tu akan buat hati tenang. Dan alhamdulillah, jawapan dari dia buat saya senyum lebar. Beberapa minit lepas tu dia beritahu saya, eh.. kejap. Aku confirmkan balik. Beberapa jam selepas itu dia sampaikan berita yang buat saya nak flip table. Hilang sudah ketenangan aku! Terus saya cakap kat Anna Lee, kau make sure si Lorna ni redeem kaw-kaw si Yasmin Cantik ni dalam full novel. Kalau tak, boleh mendatangkan kemurungan kat aku dan seluruh Prologies! Serius, siapa yang dah baca Infiniti, kena baca Noah (Permulaan) ni. Dah baca Noah (Permulaan) ni, kena minta cik Lorna kita siapkan cepat full novel. Sebab perasaan tak sabar tu sangat berkobar-kobar jadinya.
Surat Cinta Untuk Lela - Jun ***************************** Ok. Ini berbeza dari kisah Time Travel (TT) lain yang pernah saya baca. Selalunya kalau genre TT ni, sama ada kita dibawa menggembara ke masa silam atau ke masa hadapan. Tapi SCUL membawa kita menyelami perasaan orang yang menyedari dia sudah melalui sebuah penggembaraan TT dan kini sedang menghadapi kesan daripada perubahan yang dibuat sewaktu pengembaraannya di masa silam dulu. Fuh! Berpusing jugalah otak nak kaitkan itu ini. Tapi rasanya ini memang trademark seorang Jun. Suka simpang siurkan fikiran pembacanya. Ceritanya kena dibaca dengan teliti barulah maksudnya sampai pada pembaca (pendapat peribadi saya). Apa-apapun, saya suka dengan novella ni kerana kelainan yang dibuat penulis. Tahniah!
Nota Yang Hilang - Anna Lee ***************************** Otai TT. :p Permulaan cerita saja dah buat kita tertanya-tanya. Watak-watak utamanya banyak rahsia. Banyak tekaan yang saya cuba buat. Walaupun tekaan tu betul, tapi ada lagi persoalan yang menganggu fikiran. Dan bila semuanya dirungkaikan di penghujung cerita, saya senyum puas hati. Cerita ini bersangkut paut dengan novel Mesej. Tapi tak baca Mesej dulu pun masih boleh faham cerita ni. Cuma kepuasan tu lebih terasa jika anda baca Mesej dahulu. Dan seperti orang lain, saya juga tak puas hati dengan NYH ni. Sebab ada satu lagi rahsia yang saya tak tahu.
Anya Dahlia - Pasha ******************** ❤❤❤❤❤❤❤❤
Anyway... secara keseluruhannya, tahniah kepada seluruh team yang menjayakan projek Missing Pages ni. Ia memang sebuah naskah yang baik dan berbaloi untuk dimiliki.
🌟 ASTRA ✍️ Ayumi Adry (2017) dan Had (2005) terhubung melalui KeysTalk. Bila Had menghilang, satu gambar lama membongkar tragedi yang disalah erti — dan Adry nekad mencari kebenaran.
🌏 DUNIABARU ✍️ Ema Deesyiaqis Mimpi, blog masa depan, dan kehilangan membawa Noura ke Duniabaru. “Two Soul” menjadi kunci — tapi siapakah musuh sebenar dunia itu?
🌒 NOAH (Permulaan) ✍️ Farrah Izzlorna Cinta, ego dan keistimewaan luar biasa memisahkan Noah dan Yasmin. Kehilangan, penyamaran dan misteri kembar membuka kisah yang belum selesai.
🌺 ANYA DAHLIA ✍️ Pasha Anya hilang dalam koma — dan masa beralih tiga tahun ke belakang. Setiap bahaya memanggil satu bayang pelindung… yang tak pernah boleh pulang.
💌 ALUMNI ALPHA (Surat Cinta Untuk Lela) ✍️ Jun Sepucuk surat cinta membuka perjalanan masa. Cinta, pilihan dan takdir bertembung — tidak semua yang diubah akan menjadi milik.
📝 NOTA YANG HILANG ✍️ Anna Lee Sebuah buku nota membawa Bhinda ke misteri lama. Rahsia silam, lukisan dan takdir bersatu — meninggalkan persoalan yang terus menghantui.
Sedih menyentuh perasaan. Chat bersama insan yang telah tiada. Tetapi mempunyai rahsia yang perlu dibongkarkan. Dunia Astra adalah Had, teman yang dikenali dlm dunia siber. Begitu juga Had, teman yang dipercayai tetapi tidak pernah bersua Wajah. Segalanya terbongkar siapakah Had? "Sesungguhnya tiada yang mustahil Dalam kehidupan ini. Perkara ajaib sentiasa ada, Antara kita sedar atau tidak." 😢sedih la weiii 😭 🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃 My Ranting:3.5⭐ 📚Dunia Baru ✏Ema Deesyiaqis
Saya rasa dunia baru adalah sambungan novel penulis yang bertajuk 2️⃣. Memandangkan tak pernah baca novel penulisan beliau jadi akan timbullah di kepala otak ni eh! apa tu two soul? Cincin apa ni? ada sakti ke? Hebatnya. Walaubagaimana pun bila baca "dunia baru" ini terasa masuk ke dunia filem cartoon animasi weiii. Hebat juga penulis ini. Kalau suruh aku buat karya sebegini jangan haraplah. Kritik pandai laaa 😆😆 🎬🎬🎬🎬🎬🎬🎬🎬🎬🎬 My Ranting: 3.5⭐ 📚Noah (Permulaan) ✏Farrah Izzlorna
Noah kembar kepada Andrian dalam novel #Infiniti. Sesiapa yang tak tahu siapa Andrian perlu baca novel Infiniti ini, maka akan terjawab dan lebih jelas siapa Noah kepada Andrian. Cuma watak yang menyampah pada aku bila wujud Yasmin "cantik". Rasa nak lempang banyak kali si Yasmin ni. Aku rasa penulis berkemungkinan Akan keluarkan novel penuh yang lebih detail kisah Noah selepas ini, Dan Aku harap sgt Yasmin aka perasan cantik tak jadi bersama Noah. 😂😂😂 🎭🎭🎭🎭🎭🎭🎭🎭🎭🎭 My Ranting: 4⭐ 📚Anya Dahlia ✏Pasha
Paling geram watak Naufal, OMG! baru jadi tunang dah berani bagi kekasaran kepada Anya. Maka di sini akan tertanya² siapa Benjamin dalam hidup Anya.
Sebenarnya, saya tak puas baca cerita ini. Banyak yang membuat saya tertanya² sepjg pembacaan. Tapi ia tetap best dan saya lebih suka penulis menulis cerita sebegini dari cerita novel²nya sebelum ini menggunakan nama Pena lain. 🖼🖼🖼🖼🖼🖼🖼🖼🖼🖼 My Ranting: 3.5⭐ 📚Surat Cinta Untuk Lela ✏Jun
Cerita ini pening sedikit, tapi mampu untuk dihadam walaupun perlu ambil sedikit masa. Mencari Jawapan surat Cinta untuk Lela menjadi satu pertanyaan sepanjang pembacaan. 📬📬📬📬📬📬📬📬📬📬 My Ranting: 5⭐ 📚Nota Yang Hilang ✏Anna Lee
Penulis yang tak boleh sangkal penulisan "time travel". Cukup rencah cukup rasa... Mula² cerita dah buat aku tergelak😆 membacanya. Kemudian, datang pula debaran bila Bhinda menyurusi perjalanan arahan dalam nota yg tercatat dlm sebuah buku yg tertinggal oleh seseorg di Cafe tempat dia bekerja. Ada yang menyedihkan😢 bila Bhinda sedang berusaha untuk mendapatkan semula hak penjagaan anaknya dari bekas suaminya... dan.... yg paling mengejutkan siapa sebenarnya "Am"???😱OMG! Lagi mengejutkan😱😱😱... bila penulis seperti tahu² sahaja apa yang akan berlaku selepas 9 Mei 2018.
Dato Bakar: "Pada tahun 2018 Parti mana akan merintah Malaysia? Siapa PM Malaysia?"🤔 📖📖📖📖📖📖📖📖📖📖
yeahh, buku ni sesuai dibaca kalau mood membaca tenggelam di lautan. Ia dapat membantu membangkitkan mood membaca anda. .
Dalam ni, ada 6 cerita. .
1. Astra - Ayumi - Apa ni, Ayumi? Aku nangis kot baca cerita ni. .
" Saya ada kawan, tapi kawan saya jauh" .
"Mak, 12 tahun lagi, Astra akan datang rumah kita" .
- Sedih dan sayu bila habis baca buku ni. Akhirnya, misteri kejadian bunuh diri Had yang berlaku 12 tahun lepas berjaya dibongkarkan. .- at the end of this story, ada part lelaki berhud dan lelaki bermata biru tengah bercakap. Okay, aku terfikir, apa kena mengena dengan buku ni kan? .
2. Duniabaru - Ema Deesyiaqis - ni ialah sambungan kepada novel Dua. True Soul dan Dream Soul akhirnya diserahkan kepada penghuni Duniabaru untuk membantu mereka menentang kejahatan. - oh ya, waktu munculnya watak Idraki, aku literally berlari turun dari katil dan terus ambil buku Kanvas di rak buku. Weh, Ed jadi cameo dalam ni. Dan inilah part yang disebutkan dalam Astra. .
3. Noah (permulaan) - Farrah Izzlorna - Farrah, please siapkan Noah secepat mungkin. Mana cukup baca secoet ni je. Oh ya, adakah heroinnya nanti si Yasmin yang kekwat ni? Oh Nooo, Noah deserves better. It's either a better girl or a better version of Yasmin. .
4. Anya Dahlia - Pasha - Benjy kembali ke masa silam untuk mengubah takdir Anya, sekaligus mencipta takdir baru buat mereka semua. Aku suka part perkenalan Anya dan Benjy di studio. haha, sebijik macam yang Benjy pernah bagitahu. .
5. Surat Cinta Untuk Lela - Jun - Bukan novel Jun la kalau tak buat kau pening. Biasanya bila cerita time travel, kita akan baca part dia travel to other dimension kan? Kali ni, kita baca part apa yang jadi selepas dia buat time travel tu. Sebab tu aku cakap cerita ni pening, sebab Lela sendiri pening dengan apa yang jadi sekarang. Kejadian sekarang tidak sepatutnya berlaku. - Banyak kali aku kena selak part depan cerita ni, sebab aku jadi confused. So, kesimpulannya memang pening la. Nasib baik yang bagi surat cinta tu bukan Adli. .
6. Nota Yang Hilang - Anna Lee. - best giler. Sesuai sangat diletakkan sebagai penutup buku. Bermula dengan buku nota yang ditinggalkan oleh customer di kafe, dan perlu dipulangkan kepada pemilik asalnya, Bhinda sering dikirimkan nota misteri. Siapakah pengirimnya? - weh, Nik interframe lagi dalam ni. Patutlah Mesej 2 tak siap-siap lagi, sebab Nik ni suka menyibuk dalam cerita orang lain.
Ada 6 cerita berlainan yang mempunyai tema yang sama iaitu time-travel.
Setiap cerita sangat best dan membuatkan aku berterusan membacanya. Apabila ada penulis yang mengabungkan watak daripada dua novel berbeza daripada Prolog Media, aku rasa happy sangat! Rasa macam wow!! Watak bergabung! Wow! 😍
Disyorkan agar membaca novel Prolog Media terlebih dahulu seperti Kanvas, Mesej, Dua agar anda lebih memahami cerita dalam novel ini. Baru rasa “ohh bijaknya penulis tulis cerita macam ni”. Hihi.
Apapun, novel ni sangat best!! Tak rugi beli. As always, novel Prolog Media memang best!!
p/s: akan update full review novel ni di blog aku nanti :)
----- Alumni Alpha (Surat Cinta Untuk Lela) - Jun ♡ 3 Abit complicated here and there, but still i like it.
----- Nota Yang Hilang - Anna Lee ♡ 10* 😄 WTH! I love this one. I kindoff guess who wrote the letter. But what was Bhinda's rahsia? Did I miss it or was it what I think it was?
You need to read this book if you are a fan of Happy Death Day To You, II Mare (Korean Movie) and also if you ever read Harry Potter The Cursed Child, then this is the right book for you.
Syabas kepada para penulis kerana dapat menghasilkan karya yang gemilang seperti ini.
Time travel? Ramai sangka sekiranya boleh kembali ke masa lalu ianya boleh mengembalikan kebahagiaan yang kita selalu impikan, perkataan yang selalu diulang 'kalaulah itu dan ini, mesti aku sekarang..'. Tapi betulkah bersikap sesal akan masa lampau dan diberi peluang untuk kembali kita mampu untuk mengubah jalan hidup kita sekarang? Adakah sekarang kita sangat tidak punya apa2 sedangkan kita sendiri yang tidak mengubah keadaan kita sekarang kepada yang lebih baik?
Novel ini mempunyai pelbagai teladan - kebaikan dan juga keburukan apabila messed up dengan masa lampau. Saya tidak lari dari teringat tentang Happy Death Day 2 biarpun itu adalah kisah tentang parallel version, but I think the value work on boths. Kita tak akan mampu mengubah apa yang telah pun berlaku dalam hidup kita, semalam adalah sejarah yang perlu kita tempuhi biarpun pahit seperti kopi. Kita tak akan dapat semuanya dalam dunia ini, apabila memilih satu pilihan kita akan terpaksa melepaskan yang lain.
Apapun apa yang saya suka pasal novel ini selain konsep time travel yang diterapkan, beberapa penulis berjaya memainkan watak mereka dengan emosi. Which I like, barulah terasa macam ada persamaan begitu, like seeing in other person life, itulah yang sepatutnya penulis bekalkan kepada pembaca, bahawa mungkin watak-watak dalam novel fiksi ini juga hidup dan mempunyai beberapa pilihan penting yang perlu dibuat. Terasa dekat di hati begitu, hehe.
Saya turut geram dengan perangai Yasmin tapi melt dengan perangai Noah, Fendi, Benjy also Adry if I must said. Adry is sweet okay biarpun dalam cerita ni dia adalah yang sebaliknya. All of the stories ada tarikan masing-masing and seriusly I need a moment to think untuk digest cerita-cerita ni after finished reading it, like.. I need more of this. Baru nak berapi semangat eh tengok-tengok dah last page pula buku ni. Hahaha.
Most of all, terima kasih kerana memberikan buku ini kepada saya dan saya bersyukur kerana diberi peluang untuk membacanya.
Awesome! The only word to describe this book! Though there is a story that makes me want to throw the book to the wall because I am not satisfied with the ending, but, I think overall, this books is awesome. And I will hunt for the ending of that story.
Adry, seorang pendiam yang mengalami masalah selective mutism, sering menyendiri dan dianggap pelik oleh kawan-kawan sekuliahnya. Hanya Had, rakan chat yang rapat dengannya. Sehinggalah satu hari Had tiba-tiba senyap dan hilang begitu saja. Adry mula menyiasat siapa sebenarnya Had dan membawa kepada kes yang pernah berlaku di kolejnya pada tahun 2005.
Still dengan perhubungan dalam waktu yang berbeza, dan diselit dengan sedikit kisah penyiasatan. Agak menarik sebenarnya, namun sedikit keliru kerana begitu mudah diklasifikasikan sebagai membunuh diri tanpa siasatan yang lebih terperinci. Secara peribadi, andai kisah persahabatan yang melangkaui zaman ini tiada, ianya hanya sebuah kes pembunuhan yang biasa tanpa banyak misteri yang tinggal.
* rating : 3.8*
2. DUNIABARU by Ema Deesyiaqis
Kesinambungan daripada DUA, masih berkisar mengenai cincin two soul yang mempunyai kuasa tersendiri. Kali ini, ada makhluk lain yang memburu cincin itu. Oleh sebab itu, Noura dan Vesa tercampak ke sebuah dunia asing yang dipanggil Duniabaru.
Ala2 filem makhluk asing, kali ni Noura di bawa masuk ke dunia asing yang sedang bergolak. Batu cincin itu diperlukan untuk menyelamatkan dunia tersebut yang di ancam oleh ahli sihir. Macam the oz pulak.
Idea yang menarik walaupun ending seakan tidak lengkap. Mungkin hanya menumpukan kepada Noura-Vesa saja. Menarik jika dikembangkan, tapi nanti totally different dengan konsep #prologmedia pulak.
* rating : 4.0*
3. NOAH (PERMULAAN) by Farah Izzlorna
Mengambil kisah Noah, kembar Andrian dalam #infiniti, sedikit sebanyak latar belakang dan kehidupannya bersama Yasmin, ibu mereka.
Tak banyak yang nak diperkatakan, namun menarik dengan kebolehan Noah dan Yasmin cantik. Sedikit macam ghost hunter pun ada. Cuma, sedikit keliru dengan watak Yasmin cantik dan Yasmin, ibu Noah dek kerana persamaan nama mereka.
Walau bagaimanapun, kisah yang nenarik dan kesudahan yang tak dijangka. Semoga kisah Noah dan Andrian dikembangkan lagi dalam. novel berikutnya.
* rating : 4.2*
4. ANYA DAHLIA by Pasha
Demi Anya Dahlia, Benjamin sanggup melakukan apa saja. Dan, peluang muncul apabila tiba-tiba Benjamin mendapati dirinya berada di tahun 2015. Mampukah Benjamin mengubah takdair yang tertulis untuk Anya Dahlia?
Time traveller diangkat dalam naskhah ini. Kali ini lebih tersusun dan teratur, memang kena baca betul2 kalau tak confused jugak nak menghadam jalan cerita dia.
Overall, not bad la.. mungkin isu yang lebih kurang, tapi diadun dengan sedikit pengembaraan masa, saya kira berpuas hati dengan karya Pasha kali ini.
* rating : 4.0*
5. ALUMNI ALPHA (SURAT CINTA UNTUK LELA) by Jun
Lela, kembali ke masa persekolahan yang penuh kenangan dan misteri tentang surat yang diterimanya dulu terungkai.
Ini kisah paling berbelit dalam ni, tapi saya suka dengan olahan penulis. Plot tetap terusun kemas, cuma perlu lebih tumpuan untuk memahami apa yang sebenarnya terjadi.
Suka dengan tema growing age zaman remaja yang membawa kepada akibat di masa akan datang. Bertanggungjawab atas setiap keputusan yang dibuat. Entah, saya suka pulak dengan cerita ni. Sekurang-kurangnya, terasa dekat dan diolah baik.
* rating : 4.2*
6. NOTA YANG HILANG by Anna Lee
Bhinda menjumpai sebuah buku nota yang ditinggalkan oleh pelanggan Kafe Bukopi. Membacanya, seolah2 penulis sedang berbual dengannya. Perlahan-lahan, Bhinda mengikuti arahan dalam buku nota tersebut. Ketika terperangkap dengan Fendi, bossnya di kafe, kisah silam Bhinda dirungkai. Fendi yang selama ini dingin dengannyaa terus bersetuju untuk membantu. Berjayakah Bhinda menuntut kembali haknya? Siapakh yang menulis nota2 itu?
Tak lari dari kisah time traveller lagi, tapi kali ini olahan Anna Lee lagi kemas. Plot twist yang tak dijangka dan segalanya tersusun elok. Tak de la yang tertinggal or diabaikan. Mungkin sebab pendek, maka cerita lebih padat dan tidak meleret. Cerita fav la dalam ni.
* rating : 4.5*
Overall, kalau nak something different boleh layan buku ni. Tapi, suka lagi kalau dipelbagaikan kisah, berbanding hanya time traveller je.. mungkin boleh masuk ala2 intersteller or annihilation ke.. tapi apa pun not bad la. lagipun memang tema time traveller kan buku ni. Tahniah untuk semua penulis!
Ada 6 cerita pendek yang diolah dengan pelbagai rempah ratus oleh 6 penulis hebat. Aku rasa macam satu pinggan yang lengkap dengan segala rasa sedih, gembira, suspen, misteri dan kasih sayang.
Astra oleh Ayumi: Soalan untuk Ayumi, tak nak kembangkan ke cerita ni, tak puas baca kisah Adry dan Had. Cerita ni sempoi, tapi misteri dah kesedihannya terasa.
Duniabaru oleh Ema: Kesudahan Two Soul dinoktahkan dalam kisah ini. Cuma aku rasa terlalu banyak watak baru muncul yang menyebabkan kisah pengembaraan Vesa & Noura dirasakan terlalu singkat untuk dinikmati. Mungkin kalau cerita ini dipanjangkan sikit, akan menjadikan kisah mereka lebih menarik.
Surat Cinta Untuk Lela oleh Jun: Nampak macam kisah cinta biasa tapi di sebalik kisah ini ada satu pengajaran yang penting. Kadangkala kita sebagai manusia selalu berharap kembali ke masa silam untuk mengubah sesuatu tanpa mengetahui yang telah terjadi itu adalah yang paling baik untuk kita. Baca kisah ini kena fokus, sebab Jun banyak bermain dengan masa. Kalau tak, memang korang tak faham apa jadi.
Anya Dahlia oleh Pasha: Sweet love story. Pasha pandai mengayakan kisah ini dan memikat hati pembaca. Perubahan masa lalu yang menjadikan masa depan lebih bahagia.
Nota Yang Hilang oleh Anna Lee: Mula-mula baca aku ingat ada seorang hero misteri dalam kisah ini. Pelik juga macam mana dia boleh bagi arahan dalam buku nota tu. Masa heroin tu kahwin, wah aku ingat that the one la. Salah, anggapan yang salah sama sekali. Sesuatu yang tak disangka berlaku.
Noah (Permulaan) oleh Farrah Izzlorna: Ok, aku tak suka Jasmin (si diva). Kenapa tah Noah suka dia. Geram aku. Tolonglah Farrah, buat Noah suka orang lain dalam novel penuh nanti.
So memang tak rugi baca novel Missing Pages. Lagi satu, buku ini dicetak 2k saja. Kalau habis, habislah. Kalau belum beli, belilah ya.
Buku ini merupakan kompilasi enam buah cerpen bergenre merentas masa gabungan enam orang penulis.
Kenapa berjudul Missing Pages? Saya mengandaikan yang ianya berkaitan dengan jalan cerita daripada cerpen yang terakhir, Nota Yang Hilang. Atau juga cerpen-cerpen yang ditulis merupakan babak dalam karya lain oleh penulis-penulis, berikutan saya dapati ada perkaitan antara cerpen Noah (Permulaan) dan novel Infiniti yang juga ditulis oleh penulis yang sama, iaitu Farrah Izzlorna.
Kesemua cerpen berhasil meninggalkan rasa terkedu di dalam jiwa dek ditinggalkan persoalan selepas dihambat harapan yang menggunung, hubungan akrab namun tidak ketemu, misi mengejar cinta yang terlepas dari gapaian serta hasrat mencipta peluang kedua. Maka segala yang dipersembahkan menimbulkan rasa ada sesuatu yang "hilang" sebaik menamatkan satu-satu cerpen, yang mengukuhkan lagi asbab tajuk "Missing Pages". Walaupun saya belum pernah membaca novel-novel lain oleh penulis, jalan cerita yang diselitkan masih jelas untuk difahami. Perkara-perkara menonjol yang pada saya perlu diperbaiki ialah struktur ayat, ejaan dan kekerapan simbol yang digunakan. Ini kerana saya kurang gemar akan penggunaan simbol "()" yang kerap dalam salah satu cerpen, tambah-tambah lagi yang ianya merupakan fiksyen. Ada juga yang bagi saya jalan ceritanya berserabut, maka saya merasakan perjalanan membacanya berliku-liku namun masih bersulam keterujaan bagi melerai misteri yang membelenggu.
Ada 6 penulis, 6 cerita. Temanya time travel. Menarik bagi aku sebab boleh baca cerita time travel yg menghimpunkan penulis2 best.. tp cerita kelima, mcm syok sendiri. Tak best, carca marba. Aku bertahan diri utk skip, tp aku teruskan membaca but then menyesal pulak baca. Gitulah. Tp yg lain semua citer best.
Cerira yang paling best, ialah Anya Dahlia. Cerita tak best, pastinya penulisan yg ke-5 itu. Hahah. Overall, kalau nk baca try test baca berkisah time travel, mehla try cerita pendek ni dlu. Nnti bole cari buku lain pulak..
Wow! Goosebumps! Pada awalnya, cerita dia biasa je..tertunggu jugak bila watak dia nak time travel..tapi bermula bila Adry terjumpa gambar dalam buku, sampailah habis kisah tu, memang meremang masa baca..bukan sebab seram tapi agak tak sangka dengan plot twist tu..dan sedihnya ending dia..😭😭😭😭
2. Duniabaru by Ema Deesyiaqis
Pengakhiran kisah cincin Two Souls.. Batu cincin two souls diperlukan oleh penduduk Duniabaru untuk menamatkan perang..haihh baru nak fefeeling baca kisah Duniabaru, tetiba cerita dah habis..
3. Noah(Permulaan) by Farrah Izzlorna
Untuk cerita ni, cuma nak cakap, tak sabar nak baca sambungannya sebab cerita ni je yg confirmed ada sambungan.. 😁😁😁
4. Anya Dahlia by Pasha
Lepas habis baca, kena duduk termenung jap dan susun semula timeline untuk cerita ni supaya lebih faham...kalau tak, memang akan confused..dan ceritanya a bit cute and sweet..😍😍
5. Surat Cinta Untuk Lela by Jun
Plot twist cerita niiii.. Pusing sana, kona sini, then denggg!! Mesti best kalau cerita ni ialah sebuah novel, bukan mini novel..
6. Nota Yang Hilang by Anna Lee
Penuh dengan kejutan.. Walaupun dah baca Mesej dan Magisial, tetap terasa betapa misterinya cerita ni dan nota2 yang muncul tu.. Dan bila kebenaran terbongkar tu,... Woww!! 👍👍👍Kak Anna Lee tak henti2 bagi kejutan dan plot twist..
Baca ni memang betul2 teras missing pages belum puas nak terokai jalan cerita alaa dh habis. Sungguh tak puas nk baca semua best blh masuk dlm ruang tu walau berbeza. Di karang oleh 6 org penulis maka terhasillah 6 kish yg bertemakan " time travel" Disebabkan ending pun macam jeng3...barangkali penulis nak pembaca pulak sambung imaginasi masing2 dengan hint diberi. Pandai2 laa kan.. bebas nak fikir apa.
Di susun rank paling aku suka dlm naskah ni. Nota yang Hilang - Astra - Anya Dahlia - Surat Cinta untuk Lela - Noah : Permulaan - Dunia Baru
Masing2 punya kekuatan sendiri pd mulanya rasa keliru nk sesuaikan dengan jalan cerita buat pembaca berimaginasi seolah dlm dunia anime mcm kisah Dunia Baru tu (pandangan peribadi) Memang berbaloi...jjang👍
Astra 4* ok la bole layan lagi Dunia baru 3.agak bosan sikit pengembaraan dia biasa je tentang two soul hehe.xde apa yg menarik sgt Noah 3.**.agak geram pulak watak yasmin.nak je ku cili mulut tu.watak agak biasa dah tengok kat drama2 Anya dahlia 4*..cerita ok la.bole layan Alumni alpha Surat cinta untuk dahlia 2*...aduiiii pening nak fahamkan cerita ni.watak terlalu banyak.dan penceritaan x tersusun.susah nak faham Nota yang hilang 5*.senang faham dan sangat besttttt.
Tak dpt nak digambarkan dgn kata-kata bila habis baca Missing Pages. A very big thumbs up buat smua penulis, prologmed mmg tak pernah menghampakan. Really unpredictable ending in every stories. Rasa tak puas bila habis baca setiap satunya. Yeah! congrats buat semua penulis & honestly sgt2 tak rugi beli, baca & simpan this novel. 5 🌟 for this novel.
Paling fav cerita 'Nota Yang Hilang'. Mind blown habis. Asyik tertanya-tanya je siapa, siapa dan siapa. Bila dapat tahu jawapan tu, rasa macam "macam mana Anna Lee boleh dapat idea macam ni?! Gila wei!".
Paling penting, lepas baca 'Nota Yang Hilang', rasa nak baca 'Mesej' balik, ahahahah!