Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hikayat Satria-Satria Sejati #2

Hikayat Satria-Satria Sejati #2: Arus Perubahan

Rate this book
Enam bulan telah berlalu semenjak tragedi di Wagaganda. Ishmakil masih belum pulang menumbuh perasaan risau dalam diri Ariki dan rakan-rakan. Ibu Umeira menghantar mereka ke Timur untuk menjejaki Ishmakil. Destinasi pertama Ariki dan rakan-rakannya ialah Mastazadi, sebuah negara pahlawan yang dipimpin seorang budak.

Tanpa Ariki ketahui, perjalanannya ke Mastazadi itu bakal dipenuhi dengan konflik dan tragedi!

Pada masa yang sama, deklarasi Ariki di Wagaganda telah menginspirasikan pemberontakan. Kini pemberontak berkumpul mempertahankan Masjid Al-Aqsa dari cengkaman Lutello, Maharaja Mukan'Aja. Lutello bergerak ke sana untuk menghapuskan mereka, tanpa menyedari sesuatu yang besar sedang menantinya.

Kisah perjuangan epik penuh dengan mehnah dan tribulasi, bakal menggegarkan para pembaca!

409 pages, Paperback

First published February 1, 2018

29 people are currently reading
311 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books858 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
228 (71%)
4 stars
81 (25%)
3 stars
8 (2%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 60 reviews
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
July 20, 2022
Dalam buku kedua ini, terlalu banyak moment yang membuatkan bulu roma aku menaik. Aku jujur cakap yang aku lebih suka buku kedua ni. First sekali sebab dah familiar dengan semua watak walaupun ada beberapa (banyak jugak sebenarnya) watak baharu yang diperkenalkan.

Secara ringkasnya buku kedua ini sambungan kisah perjuangan Ariki, Aifer, Mikail, Yusuf, Jailani dan adiknya (aku selalu terlupa nama dia nanti inshaallah aku akan edit balik). Mereka meneruskan perjalanan mereka kat satu negara ni untuk mencari Ishmakil. Kalau nak tahu apa jadi kat Ishmakil korang kena baca buku ni. Negara tersebut diketuai oleh seorang kanak-kanak yang bukan seperti kanak-kanak biasa namanya, Arata. Tak silap aku Arata ni 10-11 tahun macam tu.

Dalam kisah ini, banyak sangat dugaan dan cabaran Ariki dan rakannya yang lain kena tempuhi tetapi tak sekalipun mereka ni berputus asa. Sejujurnya aku terkejut sangat dengan tindakan Mikail dan kebenaran tentang siapa Mikail tu sebenarnya.

Aku suka dengan banyak perkara dalam kisah ini. Antaranya, Ryuken yang merupakan satria sejati tetapi berputus asa kerana dikhianati pemimpin Tanah Suci. Aku tak boleh bagi lebih takut nanti terspoil 😭. Satu lagi, kisah dalam buku kedua ini sangat pantas dan tak rasa draggy langsung. Ending dia sangatlah bskauwhshjagdiwjqmve

Overall memang best dan highly recommended
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
May 2, 2020
Jalan ceria dan konsepnya lebih kurang sama dengan Takdir.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
June 25, 2021
Memang sambungan yang padat, penuh debaran dan mengejutkan.. Tak sangka pula salah seorang dari mereka merupakan keturunan Raja Yang Sebenar dan salah seorang lagi merupakan pewaris Tanah Suci.. Semuanya terbongkar semasa peperangan.. Bangkitkah mereka dari pengkhianatan atau mereka mengalah.. Memang terbaik..
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
November 9, 2024
Setelah 6 bulan pertarungan di Wagangada berlaku, Ariki dan rakan-rakan membuat rancangan untuk ke Mastazadi untuk menjejak Ishmakil yang senyap tanpa khabar berita. Di sana mereka bertemu Jeneral Ryuken yang pernah menjadi ahli Satria-Satria Sejati satu ketika dahulu. Bukan itu sahaja mereka juga dipaksa menghadap Maharaja Arata, maharaja cilik pemerintah Mastazadi. Ashawadi juga terus menjejak mereka hingga ke Mastazadi.

Untuk naskah ini SH rasa pace penceritaannya adalah lebih laju berbanding dengan naskah yang terdahulu. Juga turut terdapat banyak aksi- aksi pertarungan seperti naskah yang pertama.

SH meremang terus membaca bahagian pengislaman beramai-ramai tu. Tak tahulah kerana taksub ke terlalu percaya ke atau apa kepada raja mereka hinggakan sekalian yang ada di situ turut memeluk Islam di saat Sang Pemerintah menyatakan pengislamannya. Dan ini dapat memberi gambaran bahawa dalam pengislaman ini pemerintah sememangnya memainkan peranan penting. Teringat zaman Melayu Melaka dahulu sewaktu Islam baru hendak bertapak, para pemerintah turut memainkan peranan penting dalam hal pengislaman penduduk Tanah Melayu.

SH tak sangka rahsia yang ada pada Ariki dan juga Mikail. Yang paling tidak disangka Mikaillah. Rahsia Yusuf sahajalah rasanya yang belum terbongkar lagi. Tak sabar pula nak tahu apa pula rahsia yang disimpan oleh Yusuf.

SH sememangnya sakit hati dengan mereka di Tanah Suci yang kononnya tidak ingin mencampuri perang antara Ariki dan Lutello. Padahal tujuan Ariki dan rakan-rakan adalah untuk mempertahan syiar Islam. Kononnya Tanah Suci ingin jaga kebajikan rakyat sendiri sahaja. Rasa mereka itu sungguh pengecut.
Profile Image for Muhammad Zulhilmi.
41 reviews5 followers
April 24, 2018
Membaca novel ni sedikit sebanyak memberi aku motivasi dalam memperjuangkan sesuatu. Yelah, novel je kan, tapi watak-watak dalam ni memainkan peranan yang cukup terbaik. Aku petik satu dialog dari watak Arata, Maharaja Mastazadi;

"Kalian berjaya menunjukkan kepadaku apa itu islam yang sebenar. Bukan melalui ceramah, tidak melalui pakaian keagamaan, tetapi melalui sikap dan akhlak, kepercayaan yang teguh dan disiplin..."

Dalam scene ini, Arata berterus-terang kepada Ariki yang kenapa dia tiba-tiba menukar agamanya kepada Islam. Sebelum itu, Ariki menawarkan kepada Arata, jika dia memeluk Islam maka Satria-Satria Sejati Generasi Baru akan membantu Mastazadi melawan Mukan'Aja.

Realitinya kebanyakan manusia melihat Islam dalam diri si pembawa atau jurucakapnya. Seorang muslim adalah cerminan kepada agamanya. Kalau perilaku kita tak baik, banyak mencarut, tengok perkara-perkara yang tak bermanfaat, buat jahat kat orang percayalah kita masih belum muslim. Maka terbitlah kesalahfahaman kepada mereka yang non-muslim. Bukankah itu telah menimbulkan fitnah terhadap Islam?

Er, macam sesi bedah buku pulak rasanya. Apapun novel ini sangat bermanfaat. Aku habiskan bacaan dalam masa dua hari.

Moga-moga kupasan ini membawa manfaat. Silalah komen kalau ada penambahan atau kritikan.

*aku frust sebab buku ni ada lagi sambungan. Argh!
Profile Image for Nee (っ´▽`)っ.
68 reviews
July 19, 2025
Pertempuran antara Ariki-Mastazadi dengan Mukan aja tidak menghampakan. Berbaloi baca perjalanan dan cabaran yang ditempuhi Ariki dan rakan-rakan.

Raja yang sebenar sudah memang dapat diagak siapa orangnya.

Permulaan cerita dimulakan dengan prolog pengkhianatan. Bila Mikail mula berperangai lain macam, memang dah cop dia orangnya. Tapi ingatkan dia khianat sebab Gardin Ramsi jadi tawanan rupanya sebab dia putera pemerintah Tanah Suci.

Part naga tu macam tiba tiba pula. Hahaha. Tapi apa Arata tak boleh ke jadikan naga tu sebahagian daripada plan perang. Baru syok.

Akhir sekali tak sangka ayah kandung Ariki masih hidup. Dan pula ketua Satria Sejati. Plot yang langsung tak dijangka.
Profile Image for libraryofaisha.
61 reviews5 followers
March 21, 2023
Seribu bintang pun takkan cukup kalau nak rate tahap kebest-an buku ni.

Another amazing book by Hilal Asyraf. Siapa yang belum pernah baca karya penulis ni tolonglahh give it a try, confirm tak nyesal tau !!
Everything in this book is just soo appealing including the characters, plot twist and the storyline. This is a very twisted islamic fiction so if you nak baca buku yang boleh buat otak you jatuh ha sila baca siri ni !

Serious suka sangat dengan gaya penulisan tuan penulis yang sangat matang yang membuatkan buku ni jadi lagi fast pace faham dak ?? And yang paling penting, tak bosan langsung okayy masa baca. Kalau buku ni ada 1000 pages pun patik sanggup menghabiskan masa membaca karya sebegini. Sifat Ariki dan kawan ii betul ii berjaya menyuntik semangat saya agar tidak berputus asa dalam memperjuangkan sesuatu. This book will definitely have a special place in my heart forever 🤍
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,545 reviews41 followers
June 18, 2019
Baca back to back selepas Generasi Baru dalam masa dua hari. Memang best. Setiap minit masa yang diluangkan membaca kisah satria sejati ini bagi saya amat berbaloi. Pengembaraan Ariki dan sahabat serta sifu nya - tak lupa kisah mereka yang bermusuh dengannya, tidak terasa masa berlalu. Yang kita tahu, mesti baca laju sebab nak tahu cerita selanjutnya. Diharapkan lebih ramai dapat luangkan masa baca karya Hilal Asyraf yang bertemakan peperangan menegakkan panji-panji Islam. Percayalah
.. anda akan jadi sedarjah atau 180 darjah insan yang lebih baik.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
July 30, 2021
Pengembaraan generasi baru Satria-satria Sejati bersambung lagi dalam buku yang kedua. Hubungan antara mereka pula semua semakin rapat, dah macam keluarga. Lebih banyak aksi yang padu. Tetapi ada babak yang aku dah dapat agak dari awal.
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
November 15, 2021
Dalam buku dua siri HSSS ini, banyak arus perubahan telah berlaku dalam pengembaraan Ariki dan rakan-rakan seperjuangannya.

Ariki dan rakan-rakannya membawa diri ke Mastazadi selepas berlakunya tragedi yang tak diingini di Waganada dalam HSSS1.

Di negara Mastazadi, Ariki berjaya mengislamkan raja negarabtersebut iaitu seorang kanak-kanak yang bijak dan mempunyai semangat pejuang, Arata.

Sementara itu, Lutello mengeluarkan surat ugutan kepada negara2 yang berhampiran dengannya untuk bersatu padu menentang Mastazadi dan anak angkatnya,Ariki.

Di sini, pembaca akan tertanya-tanya siapakah Yusuf? Mengapa Mikail melarokan diri dalam peperangan? Siapakah raja sebenar?

Kesimpulannya, buku ini sesuai buat pembaca remaja kerana mereka akan dapat sesuatu dari cerita ini terutama sekali semangat setia kawan di mana mereka akan berfikir dan menilai melalui pengembaraan yang dilalui oleh wira wirawan ini.
11 reviews
September 5, 2022
Habis baca siri ke 2 dlm masa 1 hari. Pertarungan yg sengit. Story line mmg terbaik.. 👍🏻👍🏻
"Ya Allah, mengapa Engkau menguji kami dengan pengkhianatan sebegini?!"

Memang tak disangka².. NEXT....
Profile Image for Fey.
226 reviews12 followers
May 22, 2021
“𝑃𝑒𝑟𝑗𝑢𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑝𝑒𝑟𝑗𝑎𝑙𝑎𝑛𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔, 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑑𝑖𝑏𝑒𝑛𝑡𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑚𝑎𝑖𝑑𝑎𝑛𝑖 𝑚𝑒𝑟𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑎𝑏𝑢𝑟𝑖 𝑏𝑢𝑛𝑔𝑎-𝑏𝑢𝑛𝑔𝑎𝑎𝑛. 𝐼𝑎 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑗𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑛𝑢ℎ 𝑑𝑢𝑔𝑎𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑝𝑒𝑛𝑢ℎ𝑖 𝑝𝑢𝑙𝑎 𝑑𝑢𝑟𝑖-𝑑𝑢𝑟𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑟𝑝𝑎𝑐𝑎𝑘.” -𝐴𝑖𝑓𝑒𝑟

Bismillah...
Cuba teka siapa yang dah habis baca jilid ke-2 Siri Hikayat Satria-Satria Sejati? Sebelum ini, penulis berjaya buatkan aku kagum dengan buku pertama dalam siri ini, dan penulis berjaya lagi membuat aku kagum dengan buku kedua siri ini.

Mashaallah, boleh dikatakan aku lebih suka jilid yang ke-2 ini berbanding yang pertama. Kenapa? Sebab dalam buku kedua ini, aku boleh nampak characters development setiap watak yang ada. Dari Ariki ke Aifer ke Mikael ke Yusuf ke Jilani dan ke Runihara. Memang terbaik!

Aku suka dengan jalan ceritanya juga. Ianya lebih kepada tema pengkhianatan (kalau baca, mesti tahu kenapa hehe). Sebab akhirnya, aku tak sangka yang 'dia' lah yang mengkhianati Ariki dan rakan-rakannya. Rasa marah pun ada. Dahlah karakter kegemaran aku hesh!

Scene yang paling aku gemar dalam buku kedua ini? Scene dimana, seluruh Mastazadi mengucap syahadah selepas Maharaja Arata, maharaja mereka memasuki Islam selepas melihat perilaku orang Islam yang sebenar-benarnya. Terharu habis!

Dan scene yang buat aku meleleh air mata non-stop? Scene kematian salah seorang Satria Sejati Generasi Pertama di Hutan Maut. Meleleh habis weh air mata aku. Tak baik penulis buat macam ni huhu...

Seperti biasa, penulis banyak berkongsikan tentang ayat-ayat Al-Quran yang amat relatable dengan kehidupan setiap insan. Jempol terbaik untuk penulis.

Epilog tu buat aku makin tak sabar nak tahu apa terjadi selepas ini sebab ianya tergantung dan meninggalkan aku tertanya-tanya.

Keseluruhannya, aku beri 5 bintang untuk penulis kerana berjaya buat aku tertanya-tanya dan goosebumps. Mashaallah!

Semoga berjumpa lagi,
Fey.
Profile Image for SCARLETT DREAM.
38 reviews21 followers
December 21, 2020
HSSS : Arus Perubahan

Perjalanan ke Mastazadi bukan perjalanan yang senang bagi Ariki dan kawan-kawan. Pelbagai cabaran dan dugaan yang berlaku. Kadangkala melemahkan mereka.


Novel kedua selepas HSSS : Generasi Baru. Jalan cerita yang ditambahbaik. Setiap susunan alir cerita juga bersambung dengan baik berbanding dengan HSSS Generasi Baru. Kalau di Generasi Baru permulaan kepada cerita Ariki dan Aifer serta rakan-rakan yang lain untuk meneruskan perjuangan. HSSS Arus Perubahan pula menceritakan perubahan yang berlaku dalam diri Ariki serta rakan-rakan dan juga perubahan dalam sebuah negara yang tidak mengimani Allah SWT menjadi kepada meletakkan Allah SWT sebagai sumber utama dalam kehidupan. Saya juga suka apabila HA meletakkan kanak-kanak berusia 10 tahun dalam menjadi Maharaja iaitu Arata kepada sebuah kerajaan. Kematangan Arata yang diolah oleh penulis agak menakjubkan.

Semoga penulis dapat meningkatkan lagi penulisan dan juga mengolahan ayat supaya menjadi lebih menarik.

#terus bersambung HSSS : Badai Perjuangan
Profile Image for amireadbooks._.
48 reviews3 followers
July 18, 2022
🌟🌟🌟🌟🌟 (5/5)

tags : Islamik, persahabatan, anti-Islam, unsur, kuasa

Sarat dengan aksi, pengajaran dan nilai-nilai murni yang diselitkan dalam setiap bab. Tidak lupa juga 'plot twist' yang menanti...

Sesuai dengan tajuknya, HSSS 2 : ARUS PERUBAHAN berkisarkan tentang perubahan yang dibawa oleh satria-satria sejati generasi baru terhadap bukan sahaja diri mereka sendiri, malahan orang lain dan tidak mustahil terhadap dunia.

Berbanding HSSS 1, buku ini lebih padat dengan aksi-aksi peperangan kerana di sini bermulanya pertarungan Ariki melawan ayahandanya sendiri. Tapi, ini bukan pengakhirannya. Di sini bermulanya perubahan, di sini juga bermulanya satu pengkhianatan. Setiap watak di dalam buku ini punya rahsia tersendiri.

Secara jujurnya, aku mengambil masa yang agak lama untuk habiskan buku ni, sebab ianya sebuah buku yang perlu dibaca dalam keadaan tenang supaya imaginasi penulis di dalam bukh ini sampai kepada pembaca. Jika kita dapat animasikan aksi-aksi peperangan dalam kepala kita, tahniah. Anda benar-benar menghayati cerita ini 😄
Profile Image for SARAH.
18 reviews1 follower
October 26, 2021
buku 2 ini berkisah tentang perjalanan Ariki dan rakan-rakannya mencari Ishmakil yang sudah 6 bulan tidak pulang di Mastazadi. di situ juga mereka mengetahui tentang Raja Yang Sebenar dan pertempuran antara Mukanaja dan Mastazadi akhirnya berlaku.

wah epik sumpah pertarungan mereka! i cannot stop crying, feeling upset and also lose hope when there's every twist happened. apa-apa pun, aku tetap kecewa dengan Mikail :( tapi aku masih mahu bersangka baik terhadapnya, kerana tak mungkin dia melakukan perkara tersebut tanpa sebarang sebab yang munasabah! i will wait for his explanation in next book 😤

Maharaja Arata pula aku sangat hormat kepadanya, meremang bulu roma aku setiap kali dia mengatakan sesuatu, terutama sekali sewaktu dia sendiri yang mengingatkan Ariki supaya tidak gentar kerana Allah bersama mereka. Allahuakbar!

Profile Image for Afifahshai.
8 reviews2 followers
May 25, 2019
Saya sangat beremosi bila membaca siri ini. Bagaimana watak2 dalam siri2 yang lepas adakah mereka akan bertahan dan sebagainya. Aduh emosi juga pada awalnya. Jalan cerita yang masih lagi konsisten dalam menyusun setiap jalan situasi bagi semua watak. Panjang tanda tanya yang memang terjawab diakhir bab dan bersambung disiri seterusnya menyebabkan saya gigih bersabar.

Cukup tekun penulis menyelesaikan setiap situasi. Imej agama yang masih dijaga dengan perkongsian ibrah dan muhasabah dari sirah2 rasul.

Ayat2 al quran yang digunakan juga mendalam dan masih segar dan relevan di alam realiti. Kagum dengan perjalanan semua watak. Emosi yang sentiasa bergolak dengan unsur2 tidak dijangka walaupun diakhir bab.

Tahniah untuk siri ini. 👏👏
Profile Image for Yana.
28 reviews2 followers
May 25, 2019
Buku kedua dalam siri HSSS.
Pengembaraan yang lebih panjang dan mengundang bahaya.
Ending yang buatkan aku menanti sambungan buku seterusnya, sebab nak tau apa jadi dengan Ariki.
Dan ya, aku suka watak Mikail dan Yusuf makin banyak dalam ni. Hehe.
.
Andaian aku pada buku-buku seterusnya:
1. Ariki bersama dengan Aifer (sebab dua-dua hero dan heroin).
2. Salah seorang antara Rafiq & (nama tak ingat) mungkin akan mati. Sebab kebiasaan kalau cerita lawan-lawan yang ada beberapa watak sampingan yang membantu hero, ada yang akan terkorban.
3. Harap Yusuf bukan watak jahat (ada kemungkinan tu sebab watak dia misteri sangat, belum diceritakan dalam ni asal usul kisah dia)
4. Klimaks, Laksamana betray Lutello (ini kalau betul jadi, plot twist sungguh ni)
Profile Image for shifa hanani.
98 reviews2 followers
May 8, 2024
Serius rugi kepada siapa yang tak baca.

Dalam HSSS2 ini,karya Tuan Hilal memang penuh rencah. Memang setiap bab itu ada saja goosebumps dan elemen "twist" yang kita tak jangka.Memang pada akhir bab saya sentiasa akan "Eh?", sebab yang kita teka itu lain daripada plot. Serius memang best. Laras bahasa yang tinggi, sedap dibaca.

Memang puas hati, tambah-tambah lagi peristiwa Ariki yang tiba-tiba bangkit dari pengsan dan melawan musuh dengan penuh bergaya, fuhh saya masa itu rasa macam ada dekat medan perjuangan pulak, HAHA. Tak henti mulut saya dengan perkataan " Lawan mereka, bantai habis-habisan, ".

Epilog memang cun. Tak pernah terdetik dalam fikiran. Membuatkan kita tak sabar untuk membaca novel seterusnya!

5 bintang!
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
June 26, 2021
Nampaknya sambungan kisah ini tidak mengecewakan saya dan iya, mainan emosi dan saspennya sentiasa ada. Boleh kata plot twist berganda2. Atau aku terlampau lambat untuk meneka. Dan lagi menarik bilamana tetap ada perbezaan dengan novel tRILOGI Takdir walaupun seperti kita duga, ujiannya dan kalahnya tetap akan ada selagi novek ni tak habis.

Dan suka novel kedua ni yang lebih chill dan relax serta ada bibit2 cinta walaupun tak banyak. Dan ayat Al-quran tidak banyak dan kerap pada semua tempat ingin disebut seperti novel pertama. Tak sabar nak baca novel ketiga. Pastinya akan ada cabaran baru kan?
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
July 30, 2018
Saya suka kerana kisah perjuangan Ariki dan rakan-rakannya lebih getir dan penuh dengan pancaroba. Ada banyak misteri dalam kisah ini rupanya. Jika dalam buku pertama, saya ingatkan kisah ini hanya perjuangan Ariki dan rakan-rakannya. Hanya dibantu sedikit oleh Satria-Satria Sejati yang dulu. Namun, setelah habis buku ke-2, erm...bijak rancangan mereka.

Kisah ini belum berakhir di sini, perjuangan belum selesai. Masih panjang dan banyak usaha yang perlu mereka lakukan. Perlu bersabar menanti buku ke-3 terbit.
102 reviews2 followers
January 13, 2021
Ariki dan sahabat-sahabat perjuangan meneruskan perjuangan untuk menegakkan kebenaran bersama dengan guru mereka. Perjalanan yang mencetuskan debar dan tanda tanya.

Mereka anak muda yang berpegang teguh dengan ajaran islam dan tidak mudah digoyahkan dengan apa jua dugaan. Islam bukan sahaja pada pakaian mereka tapi juga pada diri mereka sehinggakan Maharaja Arata terbuka mata hati untuk memeluk Islam kerana adab dan tingkah laku mereka.

Sungguh. Setiap minit yang dihabiskan untuk buku ini adalah berbaloi.
Profile Image for airazira.
34 reviews3 followers
March 10, 2022
Perjalanan di siri kedua lebih menarik apabila Ariki dan rakan2 dapat meningkatkan aura mereka di Hutan Lagenda. Bertemu dengan Maharaja termuda berumur 10 tahun dgn memiliki ketahanan aura dan pemahaman yang sangat tinggi. Bermulanya peperangan di siri ini menggarapkan lagi isi cerita. Kebangkitan semula semangat yang dah lama terkubur menyemarakkan semangat pembaca. Seakan menonton filem bila baca di siri kedua ini. Lebih padat dengan aksi yang semakin terkawal dari Ariki, Aifer, Jilani, Runihara, Mikail dan Yusuf.
Profile Image for Huda.
12 reviews
July 5, 2025
Buku kedua dalam siri Hikayat Satria-Satria Sejati ni lagi best dari yang pertama! Jalan cerita penuh plot twist, aksi menarik dan perkembangan watak Ariki yang makin matang dan bijak. Pengembaraan ke Mastazadi untuk selamatkan Ishmakil penuh cabaran, diselit dengan konflik besar di Masjid Al-Aqsa. Hilal Asyraf berjaya hasilkan kisah penuh nilai Islam yang menyentuh hati. 5/5! Tak sabar nak baca buku ketiga! 💫📖

Boleh baca full review saya di: https://bookreviewbyhuda.blogspot.com...
5 reviews
May 27, 2019
Novel ini adalah sambungan dari HSSS : generasi baru. Perjuangan Ariki diteruskan dengan ujian demi ujian yang harus mereka hadapi. Walaupun diuji, Ariki berjaya mengislamkan seluruh Mastazadi, sebuah negara yang dipimpin oleh seorang budak yang mempunyai kelebihan luar biasa dan mengaku dirinya sebagai Tuhan.

Peribadi yang ditunjukkan Ariki mampu menarik minat orang sekeliling tentang indahnya islam. Ariki telah menunjukkan akhlak seperti Rasulullah, yang mana dakwah yang baik bukanlah secara paksaan, tetapi dengan perbuatan.
26 reviews
October 16, 2021
Penulisan aksi yang menarik dari penulis. Babak digarap dengan baik dan perkembangan karektor juga sangat lancar.

Buku yang tentu saja menjadi syor utama saya jika mencadang naskah kepada anak muda, baik pemuda mahu penulis pemudi.

Naskah segar dan laku dek setiap waktu, mahupun keadaan. Ceritanya digarap segar.

Tahniah. Dan tentu, kebaikan naskah ini kenaikkan lagi ekspektasi saya kepada naskah berikutnya. Kita tunggu. Haha
5 reviews1 follower
May 26, 2022
Setakat penulisan ini, baru saja selesai jilid ketiga. Dan secara peribadi, jilid kedua ini paling impactful. Puncanya simple - perkembangan drastik salah satu watak utama di dalam novel yang boleh membuat kita rasa meremang. Boleh terasa influence babak watak Penjejak Neraka daripada komik Pendekar Laut ketika memberi ucapan pada rakyatnya, tapi tak disangka apabila diberikan konteks Islamic terus bawa satu vibe yang amat berbeza.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ainn.Shafian.
8 reviews
April 7, 2019
Tahniah penulis. Memang khusyuk baca nak membayangkan semua gerakan unsur-unsur tu. Memang imaginasi tinggi. Tapi sangat suka dengan plot cerita. Tak rasa bosan walau buku tebal dan jalan ceritanya panjang. Pengislaman Maharaja budak Arata dan keseluruhan negaranya memang meremangkan jiwa. Terus terbayang-bayang macam mana Islam menang di Syria dan Palestin. Tahniah!
Profile Image for Najwa Al Helsy.
61 reviews7 followers
March 25, 2021
Pasca pembebasan Ibu Umeira, Jilani dan Yusuf, sangka mereka perjuangan makin hampir ke garisan penamat. Hakikatnya, perjuangan baru mahu bermula!

Pengkhianatan Mikail menimbulkan tanda tanya.

Babak-babak latihan seni tempur agak panjang dan menimbulkan rasa bosan bagi saya.

“Apabila kita memilih untuk membelakangkan agama Allah, Allah tidak rugi. Yang rugi ialah kita.”
Displaying 1 - 30 of 60 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.