Jump to ratings and reviews
Rate this book

Biniku Ninja 2

Rate this book
Kepulangan pasangan viral ke Malaysia selepas pernikahan mereka di United Kingdom memberi nafas baru dengan ideologi nikah muda di Malaysia.
Kisah mereka bertemu dan minat mengembara dipaparkan di dada akhbar, majalah, radio, ditemubual di rancangan popular tv sehingga kisah pertemuan mereka diadaptasi menjadi drama bersiri di station TV terkemuka Malaysia.

Hampir 2 tahun berlalu. Kini cerita nikah muda bukan lagi sesuatu yang menghairankan di media sosial. Malah semakin menjadi trend sehingga ramai pasangan yang baru belasan tahun sudah mendirikan rumah tangga.
Ramai orang-orang yang lebih berusia, yang sudah lebih lama merasa garam melihat trend ini semakin risau. Mereka risaukan sesuatu yang tidak diketahui kebanyakan pasangan muda ini.

Iaitu realiti kehidupan selepas nikah.

Di saat itulah baru mereka menyedari apa yang dirisaukan oleh kebanyakan orang yang lebih berusia. Selamat datang ke dunia dewasa yang penuh mencabar.
Tanggungjawab yang digalas semakin terasa bebannya. Kini kehidupan mereka bukan lagi tentang mengejar inspirasi cinta jiwang-jiwang.
Tetapi mejalankan tanggungjawab dengan misi kehidupan yang lebih besar untuk survive.
Mode ninja switched on!
Mereka mengembara lagi demi sebuah kehidupan yang lebih baik. Mari ikuti kembara hidup Azlan dan ninjanya dengan lebih input islamik, lebih banyak pengalaman baru di negara-negara yang diterokai mereka seperti Korea, Jepun, German, Perancis, Belgium bersama 2 bayi kembar mereka yang pastinya penuh dengan kisah mendebarkan dan mencuit hati.

185 pages, Paperback

Published November 20, 2017

2 people are currently reading
29 people want to read

About the author

Azlan Andi

4 books11 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (80%)
4 stars
2 (8%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
3 (12%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
July 21, 2019
1. Sangat banyak kesilapan ejaan, tanda baca dan huruf besar kecil. Ayat tergantung juga banyak. Perenggan caca marba. Maaf. Saya membaca buku untuk menikmati cerita, tapi gangguan seperti ini sangat membuatkan mood merudum jatuh.

2. Ketahuilah, disebabkan perkara (1), penilaian yang selebihnya juga turut dipengaruhi.

3. Jadi, saya hentikan setakat komen nombor (1) sahaja, kerana komen seterusnya mungkin lebih dipengaruhi emosi. Tapi membaca memanglah seharusnya menyentuh emosi dan akal, kan?
Profile Image for Azlan Andi.
Author 4 books11 followers
April 7, 2018
Buku novel terBest dalam dunia hohoho wajib beli ni
February 11, 2019
Sambungan buku Biniku Ninja.

Memaparkan kisah Azlan Andi dan Sabatinj untuk meneruskan kehidupan di Malaysia bersama dua orang bayi kembar.

Kisah mengembara mereka di Jepun dan Korea sangat menarik dan boleh dijadikan iktibar dan pedoman.

Dan paling menyeramkan saat-2 mereka mahu kembali ke London untuk menyambung pelajaran.

Namun, berkat doa dan tidak putus asa, mereka berjaya sampai di London.

Kurang menarik berbanding BKN 1 kerana susunan ayat dan perenggan tidak teratur.
Profile Image for Raihana.
212 reviews4 followers
July 9, 2019
Both have quite interesting characters.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.