Travelog ini memang menarik. Kalau pengikut HannahonEarth pasti tertarik dengan tulisan Hannah yang lebih detail dalam Journal ini. Kita difahamkan bahawa US bukan saja terdiri dari New York & Washington tapi banyak lagi negeri yang kita sendiri tak pernah tahu.
Paling mengesankan saya bila ada dipaparkan Hannah sempat ke negeri kelahiran Kurt Cobin. Wargh...touching sikit part ini.
Buku backpacker kali ini sedikit berbeza daripada yg telah saya baca sebelum ini. Jalan cerita dalam 'Journal USA' kali ni benar-benar menarik, di mana penulis pada 2/3 pertama dalam buku ni menulis pengalamannya sepanjang menjadi pengembara di USA dan di sini semua pembaca akan sentiasa terpukau dari setiap helaian ke helaian. 1/3 terakhir buku ini pula barulah diletakkan panduan dan tips untuk ke USA. Sangat sistematik !👍🏼
Dalam penceritaan journalnya , banyak tempat-tempat menarik USA yang ramai di antara kita tidak pernah ambil tahu atau tak pernah dengar langsung akan kewujudannya. Kawasan-kawasan di luar bandar USA sangatlah banyak untuk kita terokai dan melawat. Buku ini pada saya berjaya membidas segala persepsi, tanggapan dan stigma buruk masyarakat kita tentang negara USA. Negara Uncle Sam ni bukan hanya terkenal dengan bandar metropolitan seperti NYC , banyak lagi tempat yang best kita taktau!
Seperti ayat terakhir penulis dalam buku ini : "Saya berharap buku ini berjaya membuka mata dan mengubah fikiran kita tentang Amerika Syarikat."
Tahniah penulis! anda berjaya buka mata dan ubah fikiran saya tentang Amerika.😉
"Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat.
Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah.
Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan.
Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.
Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri.
Sekiranya ia mengalir, ia akan baik., sekiranya ia tak mengalir, tercemar.
Singa sekiranya tak keluar daripada kepompong dunianya, nescaya ia tak akan dijinakkan.
Anak panah, kalau tak berpisah dengan busurnya, nescaya tak akan mengena sasaran'.
- Imam Syafie rahmatullahi alaih
Ayat ni rasanya untuk kembara mencari ilmu dan berdakwah, bukan jalan2. Tapi ayat inilah yang digunakan penulis sebagai motivasi untuk mengembara ke 50 negeri di negara Amerika Syarikat. Boleh ikuti penulis di facebook dan ig, dia pakai nama sama Hannah On Earth. Penulis memang amerika hahaha.
Saya tak pernah terfikir untuk melancong di AS. Mungkin atas faktor kewangan. Selepas baca buku ni, Saya rasa AS sememangnya menyeronokkan. Saya suka melihat keindahan alam semula jadi. Rasa tidak puas dengan hanya melihat gambar² di dalam buku ini. Rasa ingin mengalaminya dengan sendiri !
Saya rasa buku ini tidak dapat memuatkan kesemua perkongsian penulis menjelajah ke 50 negeri di AS. Tetapi masih lagi mampu membuatkan pembaca terpukau dengan kecantikan AS. Tips yang diberikan juga sangat berguna. Terima kasih penulis!
Ada rezeki teringin nak mengembara sekali dengan penulis.
Menariknya buku ini, yang berbeza dari buku travelog atau rakaman perjalanan yang lain, ialah pada pilihan tempat yang disinggahi penulis. Tidak ramai yang memilih suasana yang semata-mata berkisar alam dan persekitaran namun penulis dapat memaparkan keistimewaan Amerika Syarikat dari kaca mata seorang pecinta alam sekitar. Banyak tempat menarik, yang tidak disinggahi ramai, kurang pengunjung malah ada kalanya terjumpa secara tidak sengaja, menjadikan buku ini berjaya menyerlahkan keistimewaan sebuah negara bernama Amerika Syarikat dari sudut yang berbeza.
Sebuah catatan jurnal penulis, seorang warganegara Malaysia mengembara seantero Amerika Syarikat merentasi 50 negeri menjelajah sejauh 80,000 km dalam tempoh 3 tahun bersama suami beliau yang merupakan warganegara Amerika Syarikat.
Beliau berkongsi tempat-tempat menarik termasuk gambar-gambar yang sangat cantik di Amerika Syarikat yang mereka pergi termasuk kawasan-kawasan yang tidak menjadi tumpuan pelancong.
Beliau juga memberikan tips tentang mengembara di Amerika Syarikat seperti aplikasi untuk menempah tempat penginapan, tiket penerbangan, peta, tukaran wang, makanan halal, etc.
alternative and quick reference if you want to know more where else you can visit in USA. this book is really interesting! previously i have no idea where else than Niagara Falls, Las Vegas, New York but now i do
Journal Hannah ini sangat best. Padat dengan sharing pengalaman beliau terutamanya beberapa hidden gems. Buat saya rindu trip ke Western states. Juga insprasi yang sangat bagus untuk trip trip saya ke Midwest dan Eastern states yang akan datang.
What a wonderful informative book. And the size is just perfect. Really enriching book. Thank you Hannah for sharing your travel story. I would read this over and over again. Love it a lot! 👍👍👍👍