Sejak tinggal di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, hidup Dahlia jadi huru-hara. Dia sering diganggu ‘sesuatu’. Apabila Dahlia mengadu pada Zairi, suaminya itu langsung tak percaya. Yang menghairankan, hanya Dahlia diganggu di rumah itu. Perangai Zairi turut berubah. Setiap hari Zairi balik lewat malam. Hubungan mereka tak lagi mesra. Dahlia kecewa apabila dapat tahu Zairi kembali bercinta dengan Reeha, bekas kekasihnya.
Lebih mengghairankan, Dahlia terdengar bunyi pelik dari rumah jirannya, Ana. Wanita yang tinggal sendirian itu berwajah hodoh dan berperangai pelik lagi misteri. Dahlia keliru. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Rumah itukah yang berhantu... atau ada ‘cerita’ lain tentang Zairi, Reeha dan Ana?
“Dalam rumah ni, macam-macam bunyi saya dengar. Semua yang pelik-pelik saya dengar setiap malam. Sampai saya tak boleh nak tidur. Saya jadi takut, jadi tak tentu arah kat rumah ni.” – DAHLIA
“Kalau bukan suami kau, maknanya bekas kekasih suami kau tu sebenarnya yang buat kau. Dia yang sihirkan kau!” – ANA
“Jiran baru kenal sehari dua dah percaya bulat-bulat. Kenapa senang-senang percaya dengan orang yang baru kenal?” – ZAIRI
“Aku cuma nak ambil balik hak aku, Dahlia.” - REEHA
Sejak berpindah ke Kuala Lumpur kerana suaminya Zairi dinaikkan pangkat, hidup Dahlia menjadi huru hara. Dia sering diganggu dengan bayangan hitam di dalam rumahnya. Suaminya pula kini kerap pulang malam. Makin menyakitkan hati apabila Zairi kembali menjalin cinta dengan bekas kekasihnya Reeha. Semua bertambah huru-hara.
Pelbagai rasa SH dapat bila membaca naskah ini. Geram dengan Reeha dan Zairi. Kesian melihat nasib Dahlia. Keliru dengan perangai Ana. Bagi SH penulis mampu memberikan emosi yang berlainan di babak yang berbeza. Terasa hidup penulisannya. Waktu Dahlia diseksa dengan lembaga hitam sampai babak belur tu memang kesian sungguh rasanya. Takde yang sudi membantu.
Angkara perasaan tidak bersambut, ilmu hitam digunakan untuk mengikat hati orang yang dicintai. Sememangnya amalan ilmu pemikat ini sering kita dengar di dalam masyarakat Melayu. Contohnya seperti minyak dagu, nasi kangkang dan sebaliknya. Namun pemilihan ilmu pemikat di dalam naskah ini agak unik. Menambahkan lagi daya tarik untuk membaca naskah ini.
Plot twist dalam naskah ini juga sangat menarik. Tak disangka-sangka. Banyak rahsia di sebalik rahsia.
Seharusnya kita sebagai manusia harus meminta kepada Tuhan bukannya kepada makhluk lain untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Dan jika ia didapatkan dengan cara salah biasanya akan berbalik kepada diri kita sendiri natijahnya.
Dan andai kata orang yang kita suka itu bukan jodoh kita, kita seharusnya redha dengan ketentuan Ilahi. Jangan melakukan perkara yang dicegah hanya untuk memuaskan tuntutan nafsu.
Andai hidup kita jauh dari Allah maka semakin mudahlah kita akan tunduk mengikut kata hawa nafsu. Jadi sebagai hambaNya hendaklah kita sentiasa mendekatkan diri denganNya.
satu nasihat, yang ada lelah jangan lupa bernafas baca novel ini. buat yang sihat pun sama, tarik nafas perlahan-lahan sambil baca sebab penceritaan dari awal hingga hampir ke penghujung memang buat anda akan sesak nafas!
kenapa? puan penulis cantik Novelis MuRni AqiLa tak membenarkan anda pembaca rehat walau sedikit pun. dari awal permulaan cerita anda akan sentiasa terganggu dan diganggu. tak ada intro, tak ada amaran. serangannya bertubi-tubi. makhluk hitam itu ada dari awal. gangguan yang dialami dahlia bermula di rumahnya di kelantan hingga mereka pindah ke kuala lumpur bila zairi dinaikkan pangkat. dahlia tidak mahu berpindah kerana dia mendapat alamat dalam mimpi yang dia akan diganggu!
di rumah yang zairi sewa di kuala lumpur, dahlia makin teruk diganggu dengan makhluk hitam tak berjasad. bukan itu saja ada juga jelmaan makhluk-makhluk lain. tapi dia saja yang terganggu. zairi pula mula bertukar perwatakan. dahlia diabaikan dan dia mula rapat kembali bersama bekas kekasihnya, reeha. apa saja yang diberitahu oleh dahlia semuanya lalu atas angin, zairi hanya anggap dahlia mengada-adakan cerita!
nak kata seram tu, mungkin pada yang agak takut akan rasa keseraman itu. elemen saspen memang best. itu yang menguatkan perjalanan cerita. semput jugakla akak dibuatnya sebab tak henti-henti dahlia diganggu. macam kita pembaca ni pulak yang kena.
tapi, sangat kagum. rupanya ada kisah besar sebaliknya. sangat besar, dan rahsia itu terbongkar jua akhirnya. apa yang dihidangkan depan mata rupanya tak sama dengan apa yang berlaku sebenarnya.. tak sangka... tak sangka... kuat sungguh jampinya. apa pun dalam dunia ni, ikhlas, usaha dan tawakal dalam sesuatu perkara. kalau bukan rezeki kita maknanya adalah yang lain untuk kita. jangan ketepikan agama. hati kosong, merana padahnya...
Dahlia tiada pilihan lain terpaksa akur ikut berpindah apabila suaminya Zairi dinaikkan pangkat sebagai penolong pengurus bank dan ditukarkan ke cawangan di Kuala Lumpur. Berat benar hatinya untuk berpindah tapi apakan daya tuntutan kerja Zairi, terpaksa la diturutkan juga.
Namun semenjak tinggal di kondominium baru itu, hidup Dahlia tidak lagi tenteram. Hampir setiap masa dia diganggu 'sesuatu'. Berkali-kali cuba diadunya perkara ini pada Zairi, tapi malangnya Zairi beranggapan Dahlia sengaja mereka-rekakan cerita agar dapat berpindah balik ke rumah lama mereka. Anehnya hanya Dahlia seorang saja yang diganggu, tidak pula Zairi mengalami perkara-perkara pelik seperti apa yang menimpa isterinya.
Dahlia semakin hari semakin tertekan. Bukan saja dia tak henti-henti diganggu, kebelakangan ini dia mula merasakan Zairi semakin berubah. Hubungan mereka tidak lagi mesra seperti dulu. Dan alangkah hancurnya hati Dahlia apabila mendapat tahu yang Zairi dalam diam menjalinkan kembali hubungan cinta dengan bekas teman wanitanya Reeha. Sungguh dia tak menyangka Zairi sanggup curang dibelakangnya. Dia benar-benar tertekan. Mana lagi dengan gangguan-gangguan yang terpaksa dihadapi seorang diri hampir setiap hari.
Berbagai-bagai persoalan kini berlegar-legar difikiran Dahlia. Adakah rumah mereka yang berhantu? Atau Zairi cuba menganiayanya dalam diam seperti apa yang dikatakan Ana, jiran sebelah rumahnya? Atau mungkin semuanya angkara Reeha yang ingin membalas dendam?
Bagi saya percubaan pertama adik penulis kita ni menulis dalam genre seram sangat menjadi. Olahannya dan ideanya juga menarik. Saya suka. Betul-betul saya tak sangka ada kisah disebalik apa yang menimpa Dahlia. Tahniah sekali lagi. Yang lain nak tahu kisah selanjutnya, kena la baca ya.. !!
Memang ohsemlah.. Tak sangka okay siapa sebenarnya penjahat.. Sha teka orang lain tapi rupa-rupanya orang lain.. Memang menjadi sungguh Jampi penulis ini.. Kisah suami isteri yang terpaksa berpindah ke kota, malangnya si isteri mula mengalami gangguan.. Kemunculan Kak Ana dan bunyi ketukan yang misteri.. Adakah gangguan ini dari rumah yang ditinggalkan atau dengki khianat kekasih lama suaminya.. Semuanya terjawab dipenghujung buku.. Jampi memang best..
how should i put into words? tipah tertipu! haha. rasa macam i asyik tertipu je bila baca cerita ni. ingat si a tu yg pakai jampi, sekali si b, eh rupanya si c.
cerita ni keseluruhannya mengenai sihir dan kesannya pada pasangan suami isteri. dari awal cerita dah ditunjukkan gangguan2 yg dialami oleh dahlia. oh ya, ada kisah pasal pokok pemuja. selama ni i tahu kewujudan minyak dagu je (in case nak 'tunduk'kan orang). tapi bila baca novel ni, baru i tahu rupanya pokok pemuja pun orang boleh guna juga. good job author!
cuma bila dari awal dah ada mindset reeha tu jahat so sampai ke sudah i tak boleh nak terima sisi baik reeha. dan sisi jahat dahlia. hehe. and surprisingly i suka watak rakan imaginasi dahlia tu. errr
keseluruhannya, nak kata seram takut tu tak sangat, tapi lebih kepada "seram" melihat ketaksuban seseorang untuk memiliki.
Cerita ni tak baik tau. Awal2 lagi dah kena jegil mata. Tak sempat bernafas lagi dah terkejut kena kacau. Betullah ada 1 review tu kata, kalau ada sakit jantung atau lelah jangan baca. Sebab saya sendiri pun mengah tak rilek. Lepas satu, satu gangguan dia bagi. Padahal kat rumah je gangguannya tau.
Kesian je yg boleh saya cakap dgn watak Dahlia. Dia seperti terpaksa ikut suami dia pindah sebab suami dia si Zairi dapat naik pangkat. Sejak pindah tu lah macam2 gangguan dia kena. Suami dia annoying gila. Dah lah asyik tak ada kat rumah, lepas tu tak percaya isteri sendiri. Saya baca pun tension tau. Sesak dgn Dahlia, sesak lagi perangai si Zairi.
Gangguan dia bermacam sampai menyeksa fizikal si Dahlia. Ada jiran tapi menyeramkan. Entah wujud ke tak sebenarnya jiran tu. Seram dok bayang. Dgn suami pula dah mula ada orang lain. So kat sini lah kita akan mula fikir siapa dalang sebenar yg dok kacau Dahlia. Jiran? Zairi? Atau Reeha si bekas kekasih?
Sekali korang dah tahu kebenarannya, comfirm otak malfunction kejap. Dahsyat penulis twist cerita. Lepas tu apa yg kita rasa awal2 tu jadi berubah juga. Jadi pembaca pun mcm berdosa je rasa. Cerita yg sgt menarik. Bestnya cerita ni tak perlu berbelit2 pun nak buat kita faham keadaan.
Kalau ada di tbr korang, silalah buka dan baca. Biar sama2 rasa lelah dan sesak nafas. Lepas tu tepuk dahi rasa menyesal. Hahah. Yg dah baca mesti faham. Apa pun memang best!
Kisah ini mengangkat watak Dahlia yang sering diganggu — meskipun sudah berpindah ke tempat baharu berkali-kali, gangguan tetap menghantuinya. Dari awal lagi, pembaca dihimpit dengan tanda tanya: mengapa Dahlia sahaja yang diganggu?
Uniknya, novel ini bukan sekadar kisah seram. Ia turut menyelitkan isu kecurangan, insan yang “dijemput masuk” tanpa disedari, serta manusia yang sanggup menggunakan jalan terlarang demi mendapatkan cinta. Ada yang sanggup memuja, menggunakan minyak dagu, malah mengorbankan nyawa hanya kerana obsesi terhadap seseorang. Di sinilah pembaca dibawa merenung, betapa kejamnya manusia apabila terlalu mengikut nafsu.
Plot twistnya pula benar-benar mengejutkan. Ada ketika kita rasa “alahai, terkena aku—silap percaturan,” kerana apa yang disangka bukanlah kebenaran. Pengakhiran cerita juga dibiarkan tergantung: ada watak yang kembali bahagia, ada yang hilang kewarasan. Namun penulis dengan sengaja membiarkan pembaca berteka-teki — dia sebenarnya berada di mana?keadaan dia macam mana sebenarnya?🤨🙄😬
Keseluruhannya, Jampi bukanlah kisah seram semata-mata, tetapi lebih kepada peringatan. Jika sesuatu bukan milik kita, jangan sampai kita memilih jalan salah. Apa yang dipaksa tidak akan membawa bahagia, sebaliknya hanya merosakkan diri sendiri.
Hampir² nak rate 3 bintang kalau ikut baran aku bila baca first half buku ni. Mujurlah masih dikurniakan kesabaran untuk meneruskan pembacaan sehingga habis.
Mana tak nya, dah beratus muka surat baca, sampai ke sudah tak tau hujung pangkal cerita. Si watak utama kalau tak menangis, kerjanya meratap meraban je, sikit² tak pandai berdikari, asyik la mengongoi tak boleh hidup tanpa suami tercinta. Tak masuk lagi bab penyondol, eh stress aku!
Tapi yang bestnya betul lah seperti yang diuar-uarkan cerita ni dari awal sampai akhir kena kacau dek hantu, membuatkan aku ter'jampi' sama. Jantung asyik bekerja keras mengepam darah, tak sempat nak bernafas, semput!
Bintang terbanyak hasil daripada plot twist yang kebabom, nak² lagi towards the end, kau rasa macam dah betul sangat tekaan kau tu, tapi alih² holy s**t i cannot believe it. So, need to give some applaud to the author.
Minus 1 ⭐ sebab walaupun jalan ceritanya sangat detail, tapi bagi aku draggy lah, selain banyak pengulangan description. Jadi, sedikit sebanyak mengurangkan elemen seram tu sendiri sebab benda dah boleh jangka. Overall, impressive!
Padan muka. Padan muka. Padan muka. Sapa suruh jahat sangat kan dah dapat azab dunia. Kena kacau balik dengan hantu diri sendiri punya.
Mula mula sumpah kesian sangat dengan dahlia. Sayu rasa. Hidup sebatang kara, suami buat hal, takda tempat bergantung. Lepas dah tahu, hmm ikut mung la dahlia nak terjun kolam ke apa
“Tapi aku tak sekeji kau” GURLLL BAGI LAGIII BOH LAGIII
Pengajaran cerita ni, jangan guna bomoh untuk pikat lelaki. Perempuan walaupun dah bersuami, kena pandai berdikari. Kita taktahu bila suami kita nak gone (diculik orang atau diambil tuhan) weh padahal kitonyo pun tak nikoh lagi hahhahahha
Setia seorang Reeha. Susah nak cari orang setia.
Tahniah penulis. Sedih, marah dan rasa nak bersorak bersatu padu waktu baca buku ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tamat sudah membaca Novel JAMPI.. Tahniah penulis kerana menghasilkan novel yang sangat best ni..tak jemu dibaca hingga ke penghujung..sbbnya citer ni digarap dengan sangat cantik, kemas dan tersusun… Walaupun kisah yang diketengahkan sebenarnya adalah kisah yang biasa kita dengar ttg sihir yang terjadi di antara suami isteri..tapi nampaknya penulis berjaya mengolah dan mengarap cerita ni menjadi sesuatu yang menarik dibaca… LUAR JANGKAAN..rasanya itu rumusan yang sesuai bagi keseluruhan novel ni..
Ini kerana pada awalnya….sebagai pembaca saya rasa… Geram+Rimas+Kesian+Pelik dengan watak utama iaitu Dahlia Geram & rimas sebab rasa kenapalah kau ni lembik sangat…lemah sangat..rimas dengan perempuan yang lemah macam dahlia..asyik2 nak meratapi nasib aje…tapi takde amik apa-apa tindakan…asyik nangis ajelah kejenya..Tetapi kemudiannya jadi kesian sebab mcm2 jadi pada dia dan dia terpaksa tanggung tekanan emosi kesakitan zahir dan batin berseorangan..ditambah pula bila tahu suami ada perempuan lain kan…haruslah sakitnya hati dia..terluka yang amat dalam lah kan… Akan tetapi ada juga rasa pelik..kenapa Dahlia ni langsung takde mengadu pada Allah..minta tolong pada Allah..bila kena gangguan pun dia langsung takde sebut nama Allah atau baca ayat suci Al-Quran sepatah pun tiada…solat pun tidak..yang tu mmg pelik…
Watak Zairi pula.. Rasa benci sungguh dengan lelaki poyo macam zairi..perasan handsome..gatal sangat dah ada bini pun dok nak menggatal dan melayan perempuan lain. Sampai lupa bini kat umah..Siap rasa bangga lagi tu sebab perempuan-perempuan kat ofis banyak beri perhatian pada dia…
Watak Reeha.. Ini lagi satu watak yang dibenci, rasa macam…eh pompuan ni apehal gatal miang sangat..laki orang pun nak digoda..sungguh rasa menyampah dengan perangai dia..dengan sombong, ego, bongkaknya…eksyen sangat perampas laki orang ni..mmg menyakitkan hati betul si Reeha ni..dah la siap berkomplot satu keluarga dengan pakcik dia pun bersubahat sekali..melampau sangat dorang ni satu family..hahaha
Watak sampingan, si Ana pula jirannya si Dahlia ni ada rasa sikit confuse..dok fikir ana ni hantu ke manusia sebenarnya…hahaha..dan rasa mmg ada something fishy dgn si ana ni..seolah ada something yang dia sembunyikan…
Akhirnya…bila tamat baca…barulah tahu kenapa semua tu berlaku…dan semua persoalan di atas tu terjawab..serta baru dapat relate cover novel ni dengan kisah di dalamnya… So kepada pembaca yang nak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan apa kesudahannya..Silalah baca cerita ni hingga ke penghujung..okay..
Mcm-mcm korang akan rasa bila korang menghayati cerita ni. Emo tau baca novel ni..Tahniah lah yer kepada penulis kerana berjaya mempermainkan emosi saya sebagai pembaca…sigh.. Thumbs Up.. Novelis Murni Aqila..
Harap lps ni ada lagi novel seram dari penulis ni.
Cubaan penulis mengetengahkan genre seram buat pertama kali nampaknya berjaya. Plot twist pun menjadi. Dari mula bacaan dah syak si jiran sebelah punya angkara. Eh tak rupanya. Lepas tu syak si perempuan perampas tu penyebab gangguan. Lagi la bukan. Segala-galanya terjawab di penghujung cerita. Good info dari penulis tentang pokok pemuja. Moral of the story memohon pertolongan selain daripada Allah adalah satu dosa besar.
Kehidupan Dahlia yang selama ni bahagia di samping suami, berubah sekelip mata sejurus perpindahan mereka ke rumah baru selepas Zairi dinaikkan pangkat. Rumah baru yang memegang seribu satu rahsia - menghantui Dahlia dalam lena dan jaga. Setiap saat, tak terkecuali dia diganggu dengan makhluk makhluk yang menyeramkan. Dahlia makin buntu, apabila semua gangguan tu cuma dia sahaja yang alami. Zairi seolah tak terkesan dengan semua tu - tidur nyenyak tanpa dia tahu isterinya yang sedang ketakutan dengar orang mengilai.
“Saya memang kena ganggu abang dalam rumah ni. Abang tinggalkan saya seorang diri, apa je yang abang tahu.”
Saat Dahlia berperang sendirian dengan ketakutan yang melanda, Zairi sedang berbunga hati memadu cinta dengan bekas kekasihnya. Dahlia tahu dia sedang dikhianati. Suami yang dianggap pelindung, sebenarnya dalam diam menghancurkan kebahagian mereka sendiri. Waktu ni sumpaaah, sayaaa harap hantu hantu tu pergi cekik Zairi - apa yang Dahlia cakap semua dia tak percaya. Sibuk nak menggatal dengan staff staff muda dekat office😭🥹 memang kena maki saja lah ek kau ni🤬😡 - Tak kisah lah kau ni kena jampi ke kena sihir pemisah ke, tapiii fuhhh. Menyakitkan hati.
“
Tiada tempat meluah, Dahlia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada wanita misteri yang tinggal di sebelah rumahnya, Ana. Ana - bermuka hodoh, berperangai jelik, muncul tiba tiba sekaligus menjadi tempat sandaran Dahlia. Setiap kata yang Ana lontar, Dahlia percaya.
“Aku rasa suami kau dah guna ilmu hitam untuk aniayai kau.” “Kalau bukan suami kau, mesti bekas kekasih dia.”
Ditambah pula dengan kehadiran bekas kekasih suaminya, perubahan yang tiba tiba suaminya dan kejadian mistik yang menimpa Dahlia. Dahlia tahu ada seseorang yang bertanggungjawab atau lebih tepat ‘sesuatu’. Persoalannya siapa atau apa?
Awal awal tu macam rasa draggy - tapi TAK PUN. Semua ayat dalam ni, semua pegang hint untuk apa yang akan jadi sebenarnya.
Sumpah bila baca ni, tangan asyik tergenggam genggam nak tumbuk orang. Tak takut (tipu je. takut jugaaa 🤭😂), tapi rasa geram mendominasi. At the first, saya assume ini melibatkan sihir pemisah. Tapi bila baca, macam rumah yang diorang duduk pulak yang bermasalah. Eh, baca lagi - Ana ni pulak yang macam sus. AKU TAK TAHU NAK PERCAYA SIAPAAA.
Bila sampai part suami dia “bersama” dengan ‘dia’ tu sumpah goosebump sangat. Takuttt, and kalau saya jadi Dahlia - EI AKU BOLEH GILER LAH.
Makin nak jumpa penamat, makin terlerai satu satu. AND SETIAP KALI TU MESTI JAW DROPPED 🤯 Dia punya rasa curious nak tahu tu, rasa nak selak page belakang laju lajuuu. Nak tahu ending, nak tahu punca dia siapa. Tapi sumpahh unexpected semua yang jadii
At the end, pengajaran dia cuma Allah je yang kita boleh bergantung.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sumpah seram! Baca dalam suasana sunyi selepas tidurkan anak, terbayang-bayang setiap scene depan mata! Telinga ni macam terdengar semua bunyi pelik macam dalam cerita ni!
Memang tabik spring pada my new favourite author! Sungguh hebat penceritaan beliau, memang tak bosan dan terlalu suspens!
Cerita bermula dengan Dahlia dan suaminya nak pindah ke KL dari Kelantan. Masa inilah, Dahlia selalu bermimpi buruk, diganggu oleh lembaga hitam.
Berpindah ke rumah baharu pun sama. Tapi yang peliknya, hanya Dahlia yang diganggu. Suaminya, Zairi tidak diganggu tapi cintanya kepada Dahlia mulai pudar.
Reeha, bekas kekasih Zairi kembali dalam hidupnya,menagih secebis kasih, hendak mengambil semula Zairi sebagai haknya.
Timbul kisah Dahlia disihir. Tapi, oleh siapa? Rasa sangsi timbul ke atas semua watak dalam cerita ni. Encik Razak, bos Zairi, selalu bagi dia minum air. Kenapa? Dan entah-entah dia yang santau izteri Zairi ke atau sihirkan Zairi supaya pisah dengan isterinya?
Julie, staf bawahan Zairi pun nampak pelik dan selalu belikan makanan untuk Zairi. Mungkinkah dia ada muslihat tertentu, ada hati pada Zairi yang kacak?
Ada watak Kak Ana, jiran rumah Dahlia, berwajah hodoh dan menimbulkan syak wasangka.Kedengaran bunyi pelik dari rumahnya. Siapa pula Ana ni? Diakah tuan kepada lembaga hitam yang Dahlia selalu nampak?
Semakin jauh Zairi dari Dahlia, semakin banyak gangguan yang dia hadapi. Dari mendengar suara bayi menangis, hinggalah ke bayangan yang hanya dia saja nampak. Semuanya sungguh menakutkan!
Ashraf datang tanpa dipanggil. Siapa pulak dia ni yang selalu perhatikan Dahlia? Dia ada hati pada Dahlia. Diakah yang nak menghancurkan rumahtangga Dahlia?
Twist plot novel ini melangkaui jangkaan logik akal. Sebak membaca endingnya yang penuh dengan pengajaran. Sesungguhnya, dosa syirik itu antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah!😭
Paling terkesan apabila membaca ruangan ilham penulis. Saya sangat mengagumi ketabahan dan keberanian penulis membawa cerita yang realistik sebegini. Dah lama tak baca novel yang membuatkan saya berdebar dan memang tak sabar nak habiskan kerana terlalu suspens!
Kerana cinta dia sanggup menyekutukan Tuhan, Kerana cinta dia jadi buta tidak dapat membezakan antara dosa dan pahala,
Mengisahkan Dahlia seorang gadis yatim piatu yang bekerja di sebuah restoran.Kerana tertarik hati dengan Zairi dia sanggup berjumpa dengan Tok prai iaitu seorang bomoh bagi mendapatkan cinta dan perhatian dari zairi agar menjadi miliknya.
Tok prai menawarkan pokok pemuja kepada Dahlia sebagai syarat untuk memilik Zairi.Pokok itu harus dibawa ke mana saja Dahlia berada dan wajib dipuja tepat pada 12.30 malam setiap hari dan setiap bulan perlu di siram dengan air darah kotor Dahlia sendiri tanpa gagal.
Tak berapa lama , hajat Dahlia untuk memiliki zairi telah berjaya.Zairi berkahwin dengan Dahlia hingga sanggup meninggalkan tunangnya reeha.
Kerana cinta reeha yang mendalam terhadap zairi serta rasa curiga terhadap tindakan zairi yang memutuskan tali pertunangan dengannya tanpa sebab dan alasan yang kukuh serta tergesa-gesa menikahi dahlia yang baru dikenali beberapa hari , reeha mengambil keputusan untuk menyiasat siapa dahlia sebenarnya.Dengan bantuan pak long reeha yang mahir dalam ilmu perubatan islam , akhirnya perbuatan jahat dahlia dapat dibongkarkan dan zairi dapat dipulihkan dari ilmu sihir dahlia.
Dahlia diceraikan setelah semua rahsia terbongkar , dan zairi memulakan hidup baru bersama reeha manakala dahlia menjadi tidak waras kerana sihirnya telah memakan diri kerana melanggar arahan untuk memuja pokok itu tanpa gagal.Dia sering diganggu dan dihantui dengan jin yang dipuja.
Suka dengan jalan cerita novel Jampi.Cerita yang tak boleh dijangka siapa sebenarnya yang bomohkan zairi.Pada mulanya ingat reeha yang bomohkan zairi kerana berdendam tunangnya dirampas.Tetapi sebaliknya yang terjadi,memang tak diduga...Jalan cerita pun tidak membosankan , setiap helaian penuh debaran.
Jampi hasil tulisan penulis Murni Aqila mengisahkan kisah Dahlia dan Zairi yang berkahwin dan hidup bahagia sehinggalah rumah tangga mereka tergugat apabila Zairi dinaikkan pangkat sebagai timbalan pengurus bank dan berpindah dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Keadaan ini mengakibatkan mereka juga perlu berpindah rumah.
Sejak Dahlia berpindah rumah, dia sering kali kerap diganggu dengan bayangan hitam yang menakutkan. Bayangan hitam ini pula mengganggu Dahlia sehingga menyebabkan kecederaan dan luka pada tubuh badan Dahlia. Hal ini memaksa Dahlia mengajak suaminya supaya berpindah semula kerumah lama mereka. Apa yang lebih pelik lagi suaminya, Zairi tidak pernah diganggu sama sekali. Ini menyebabkan Dahlia mengesyaki sesuatu ditambah pula Zairi yang kerap pulang lewat kerumah dan perlu bekerja pada hari cuti.
Keadaan menjadi bertambah teruk apabila Zairi menjalin hubungan dengan cinta pertamanya Reeha. Persoalanya, kenapakah Dahlia sering dikacau dengan bayangan tersebut? Paling saya suka, plot twist dalam cerita ini. Memang tidak disangka pengakhiran nya begitu. Yang pasti naskhah ini sangat menarik jalan ceritanya.
Jampi is a chilling Malaysian horror-mystery novel that kept me hooked from start to finish. The story follows Dahlia, a woman who begins experiencing strange disturbances after moving into a new condominium. Her husband Zairi starts acting cold and distant, and things become even darker when he reconnects with his ex-girlfriend.
The author’s writing style is simple but powerful, making each twist and suspenseful moment truly gripping. (I love how she writes) I can't even laid down the pages as the book keeps on gettin twisted! still the plot twist.. were cool 👌🏻🔥
This book cleverly blends supernatural folklore with emotional storytelling. Highly recommended for fans of Malaysian horror fiction. For those wanna tests their curiousity and needs a twist and turns, u may read this novel as i recommended 5⭐️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Akhirnya,penipuan selama ini terurai ! Tertipu bila baca buku ni 😂 Tak disangka-sangka dalangnya siapa selama ni 😡 Aku ingatkan-lah dia ni baik tapi..hurmm 🤬Memang ada irony-nya di situ 👍🏻 Kesian pulak pada watak yang dituduh selama ni 😅 Tapi jalan cerita memang..tabik spring lah..🤗 Memang sakit hati mula-mula baca tapi plot yang makin menarik kita untuk teruskan membaca 😎 Cuma kisah ni banyak mengimbas kembali kenangan lampau dan ada masanya terasa meluat pulak bila baca watak dalam buku ni 😁 Tapi overall memang best 👌🏻 Satu sahaja nasihat 1️⃣ Setiap niat kita,sama ada baik atau jahat,tidak akan sesekali menghalalkan perbuatan yang haram 😠
Best cerita ni. Mula-mula baca, rasa nak sekeh je si Zairi dan Reeha ni. Dah tahap mengamuk nak baling-baling buku. Hahaha. Tapi as the story progress, baru faham ape terjadi. Jalan cerita dan plot twist yang sangat menarik. Good job Murni Aqila!
Best cerita ni! Saya suka cara penulis menyampaikan dialog buatkan saya juga ikut sama berdialog bersama mimik muka sekali... apapun best plot twist! Tahniah penulis... teruskan hasil karya yang best macam ni lagi ok... 👏👏👏
Okey best..ada perasaan berbuku didada bila membaca novel ini. Seram dan tanda tanya. Semua tu terjawap bila kita hampir ke penamat. Mesti korg yg belum baca nanti akan kata ko ni kacau dek hantu tak ingat Allah ke? Hahaha..
Jampi ialah novel seram karya Murni Aqila yang mengisahkan Dahlia, seorang isteri yang mengalami gangguan misteri selepas berpindah ke sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Suaminya, Zairi, tidak mempercayai pengalaman Dahlia, dan hubungan mereka semakin renggang apabila Zairi kembali berhubungan dengan bekas kekasihnya, Reeha. Dahlia juga curiga terhadap jirannya, Ana, yang berperangai pelik. Novel ini membawa pembaca menyelami misteri gangguan yang dialami Dahlia dan konflik rumah tangganya, dengan plot yang penuh kejutan dan pengakhiran yang sukar dijangka.
Ya, Jampi sangat sesuai untuk peminat novel seram, terutama mereka yang gemarkan kisah gangguan misteri dan unsur mistik. Novel ini bukan sekadar menampilkan elemen seram tetapi juga membawa konflik rumah tangga dan persoalan kepercayaan, menjadikannya lebih menarik dan beremosi. Dengan plot yang penuh kejutan dan pengakhiran yang tidak dijangka, ia pasti memberikan pengalaman bacaan yang mendebarkan.
Review mana cakap yang pembaca takkan boleh teka punya? Betul, semua tekaan aku salah. Segala teori semuanya salah. Kau akan rasa macam kau boleh agak plot twist dia, tapi oops sekali baca plot twist dia, terus terdiam aku kat situ 🤣.
Cerita dia pasal Dahlia asyik kena kacau dekat kondo yang dia dan Zairi baru duduk. Persoalannya, nape Dahlia sorang jer yang kena? Sedangkan Zairi ok jer duduk kat kondo tu.
Kat situ pembaca akan mula senaraikan suspek yang mungkin hantar sihir kat Dahlia. Jiran dialah, ex dialah, suami dialah or mungkin bos suami lah. Tapi siapa sebenarnya? Haaa kenalah baca untuk tahu.
Plot twist dia memang superb giler. Penulis bagus dalam "diverting the reader's expectation" dengan plot yang teratur.
Benar, segala-galanya akan terjawab selepas dah masuk separuh buku ni. Seram dia bolehlah. Like around 7/10 punya seram. Ending? Ending dia happy ending(?) haha depends pada pendapat masing² 😂.
EDIT : Tema utama buku ni pasal sihir. Saya takleh nak reply komen (problem ah goodreads hm)