Sinopsis : Bila pergi kenduri kahwin dan tengok ada benda yang tidak kena di mata kita, terus kita mengata tanpa fikir dah.
"Eee! Hitamnya laki dia tu. Dia tu putih. Dan macam tahi cicak." "Gemuknya bini dia. Tak padan langsung dengan dia. Kalau dengan aku padanlah." "Kenapa ye dia pilih janda? Anak dara bersepah di luar sana tu."
Fuh, ada masanya kita ni dah macam Tuhan. Suka hati saja nak tentukan hidup orang itu. Macam ni pun ada ke?
***
Pujangga ada menyebut, "Senyum itu kelopak dan ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya."
"Saya tidak dapat menawarkan wang berjuta buat anda. Saya cuma mampu mengarang cerita sebagai penawar kepada duka lara semua."
hmmm... naskah terbaru dari cikgu Sofuan Saadon. sangat menarik isi dan penyampaian. belum lagi gambar warna-warni yang menarik perhatian pandangan.
isinya? haa.. semuanya terpalit kat batang hidung bila baca. terkena saja... tapi semua yang disampaikan adalah kebenaran dalam kehidupan ni. takkan tak pernah terdetik, masuk universiti tu pandai yang tak masuk tu tak pandai. takkan tak pernah terdetik dalam hati masa pi kenduri kahwin ada kutuk sana sini serba sedikit. takkan tak pernah buat ambik gambar berkali-kali pastu guna aplilasi dan pilih gambar yang paling molek untuk di upload dalam FB atau IG?
banyak kata-kata sindiran dan juga nasihat spontan yang ada. kena baca dengan penuh kesedaran diri yang kita ni manusia memang banyak onarnya, banyak masalahnya. cantik isi kandungan. dan paling menarik yang ada dalam buku ni ialah bab sudut kenangan. permainan zaman kecik-kecik dulu.. peerghhh... memang terbaik cikgu! kalau korang nak buku ni, jangan mintak cikgu ni. beli. sebab cikgu pun mengaku dia tak pandai bisnes. dan lagi, siapa lagi nak support industri buku kalau tak kita, pembaca sendiri. nak, mintak. nak, mintak.. korang ingat penulis dapat buku free?? (malu sendiri dah ni)
Tak perlu ambil masa yang lama untuk habiskan buku ni. Sambil rehat tu... selak-selak, santai-santai membacanya. Sebuah buku dengan isi yang menarik. Designnya juga comel.
Sebuah buku yang santai. Terbahagi kepada beberapa bab seperti bab kehidupan, persahabatan, islamik, cinta & kasih sayang, lelaki vs perempuan, dan lain-lain lagi.
Sudut pandangan dan luahan dari sisi penulis sendiri yang mana realitinya memang ada segelintir masyarakat (termasuk diriku) berfikiran seperti apa yang dilontarkan oleh Tuan Sofuan ni.
Buku ni juga berjaya buat aku ketawa sambil mengangguk-anggukkan kepala membenarkan pendapat beliau itu. Halaman buku ini semuanya berwarna dan benar menarik perhatian aku untuk terus selak dan baca.
Paling best adalah bab akhir iaitu Bab Sudut Kenangan. Semua yang tertulis di situ semuanya pernah aku lalui kecil-kecil dulu. Kalau anak-anak/adik-adik kita sekarang baca buku ini, dapatlah mereka ketahui apa yang ada pada zaman kita dulu-dulu (gaya macam aku ni senior sangat hidupnya 😂😂).
Nah, aku petik salah satu kata yang aku suka dalam buku ni,
"BAHAGIA bukan beerti segalanya SEMPURNA. Cukuplah kita dapat terima semua itu SEADANYA."