MISTERI bermula apabila AQIRA mencari rumah sewa untuk tinggal pada semester tiga pengajiannya, demi memberi tumpuan kepada pelajaran dan hobinya, menulis. DIANA, kawan baiknya mempelawa Aqira serta dua orang rakan lagi untuk menyewa di sebuah rumah lama. Walaupun berasa aneh dan tidak sedap hati, Aqira menerima sahaja cadangan dan pelawaan itu kerana kesuntukan masa dan percaya tiada apa yang aneh akan berlaku. Aqira cuba memulihkan keadaan dengan memanggil kawan baiknya, Aulia untuk memagar dan memulihkan rumah itu serta rakan serumahnya yang diganggu. Namun ia berakhir dengan tragis. Aulia kemalangan setelah pulang dari rumah sewa itu. Ketika pengebumian Aulia, Aqira terpandang seorang perempuan misteri berbaju batik memegang sebuah buku hitam. Aqira cuba untuk mengenal pasti wajah perempuan itu namun terhalang oleh selendang yang dipakai. Malah perempuan misteri itu juga ghaib secara tiba-tiba. Sebuah buku hitam, perempuan berselendang dan berbaju batik, kejadian aneh saban waktu dan kematian yang tragis menghantui Aqira. Mengapa ia terjadi, mengapa dirinya menjadi mangsa gangguan, mengapa semua kejadian aneh itu berlaku bertimpa-timpa? Aqira bertanya kepada dirinya sendiri sehinggalah dia melihat dirinya sendiri. Aqira yang aneh. Siapa dia yang sebenarnya? Dari mana asalnya?
"Aqira,aku takutlah. Kenapa benda itu ganggu kita semua?”- DIANA "Tak payah takut, Diana. Benda itu takkan dapat masuk selagi aku ada dengan kau.” - AQIRA "Kita manusia dan Tuhan jadikan kita lebih mulia daripada makhluk lain. Kita ini khalifah di muka bumi. Mana mungkin boleh takut dengan makhluk yang Allah laknat.”- AULIA
Memang aneh.. Dari awal hingga ke hujung cerita penuh dengan keanehan.. Berjaya membuat Sha tertarik sebab semuanya bermula dengan pembulian.. Kalaulah mangsa yang tak sihat, dirawat dan dihantar untuk pemulihan dan tidak dibuli, mungkin keanehan itu tidak berlaku.. Yang pasti Aneh memberi rasa seram, sedih dan juga geram..
Sebuah novel bergenre seram-misteri. Idea jalan ceritanya menarik, tapi penceritaannya (gaya bahasa) sedikit lemah. Endingnya pula macam susah difahami sedikit.
Mengisahkan tentang Aqira, seorang gadis dengan latar belakang yang aneh. Dia tinggal di sebuah rumah sewa yang aneh, bersama beberapa orang rakannya. Aqira suka membaca sebuah novel tanpa tajuk dengan plot yang aneh. Anehnya, jalan cerita dalam novel itu seperti ada kaitan dengan Aqira. Sejak tinggal di rumah itu, berlaku pelbagai perkara2 yg seram dan aneh terhadap Aqira dan rakan-rakannya.
"Aku suka menulis cerita seram even kau tak rasa meremang" 'quote' dari akaun Twitter penulis.
Soalan saya mudah ja. Kalau tak seram atau 'suspen', buat apa tulis tema seram. Bukan penulis ja yang bipolar, malahan watak-watak dalam buku Aneh ni pun sama. Cakap A tapi buat B. Tema seram akhirnya jadi tema jenaka spastik.
Buku yang tak kesampaian tahap seram atau misteri atau 'suspen', menjadi tempat untuk penulis menegakkan ideologinya.
“Tahu. Tapi ni novel lain sikit. Macam ada roh yang buatkan kau baca dari awal sampai akhir.” Dia mempertahankan pendapatnya walaupun dirasakan tiada sesiapa yang akan menyokongnya. Biasalah zaman sekarang kan zaman teknologi, orang dah tak pandang bentuk fizikal lagi.
Apa kaitan baca buku fizikal dengan buku bukan fizikal (ebook)? Kedua-duanya tetap buku. Kedua-duanya memperkasakan budaya membaca. Cuma satu dalam bentuk buku bercetak dan satu lagi buku elektronik. Saya memilih ebook sebab selain menyelamatkan pokok, selalunya ia lebih murah. Tapi penulis mungkin tak nampak semua tu sebab buku dan ebook Aneh ni sama saja harganya.
Plot dah ada tapi penceritaan tunggang-langgang. Penulis seolah-olah memaksa pembaca untuk seram. Seperti menonton filem seram Indonesia gred B yang banyak 'jump scare' dan musik latar mendebarkan tapi tak seram pun.
Sebaik saja muncul watak Ariqa, saya berharap sangat penulis tak menuju ke arah Shutter Island. Kalau peminat tegar tema seram atau misteri masih tak nampak kaitan watak Aqira dan Ariqa, tak tau la nak kata apa.
Tubuh Fatin rasa seram sejuk. Mungkin nak demam. Selepas Isya, Fatin terus berbaring di sebelah anak lelakinya. Bilik agak berkuap sebab dah lama tak hujan. Kipas siling hanya menyebarkan angin panas. Tapi Fatin tetap mampu tidur walaupun kepalanya berdenyut sakit.
Terasa seperti di awangan ketika bantal peluk Fatin ditarik. Fatin abaikan saja. Tidur lebih penting. Kali kedua bantal peluknya ditarik, mata Fatin terbuka luas. Kedengaran tangisan sayu dari sekujur tubuh berbalut selimut menutupi seluruh badan di sisi Fatin. Jam dinding digital jelas menunjukkan hanya beberapa minit saja lagi waktu akan ke angka 12 malam.
Fatin tarik selimut menutupi wajah anak lelakinya. Perasaan cemas mula menjalar. Tidak pernah anaknya menangis sedemikian rupa.
"Kenapa dik?" tanya Fatin. Cuba disembunyikan cemas di hati.
"Adik nampak ada orang masuk bilik tadi."
Fatin terkaku. Pantas tangan mencapai telefon bimbit di tepi bantal lalu aplikasi lampu suluh dibuka. Serta-merta bilik yang gelap diterangi cahaya. Ke setiap sudut dihalanya telefon bimbit tapi tiada yang berbeza sehingga lampu terhenti di pintu.
Fatin yakin dia telah menutup pintu dengan rapat. Walaupun tidak dikunci tapi bukan mudah untuk menolaknya dari luar. Disebabkan salah pasang, pintu hanya dapat dibuka dari dalam sekiranya ia ditutup rapat.
Dari celah pintu hanya kegelapan yang menerjah. Telefon bimbit ditinggalkan di atas katil buat peneman anaknya. Fatin nekad melangkah keluar bilik. Tangannya meraba dinding sementara matanya menyesuaikan penglihatan bertemankan cahaya samar.
Sayup-sayup terdengar suara. Hanya Fatin dan anaknya di rumah. Jadi dari mana datangnya suara itu. Demi keselamatan anaknya, Fatin nekad mencari punca suara itu. Kakinya melangkah ke ruang tamu yang hanya beberapa tapak dari bilik tidur. Sesekali Fatin menoleh ke arah bilik. Anaknya telah kembali berkelubung.
Fatin menoleh semula ke ruang tamu yang sudah jelas kelihatan. Di sudut berdekatan pintu utama, jelas sesosok tubuh bertelekung putih seolahnya sedang beratib. Sekejap ke depan sekejap ke belakang hayunan tubuh itu.
Perasaan cemas bertukar rasa marah. Terbayang esakan hiba anaknya. Anak yang ditatang bagai minyak penuh itu tidak pernah takut sebegitu. Dan makhluk tidak diundang ini berani menakutkan anaknya. Fatin sudah tidak peduli. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat suci Al-Quran. Walaupun hanya beberapa surah pendek, Fatin yakin Allah akan melindungi hamba-Nya dari gangguan syaitan durjana.
Kaki Fatin terus melangkah ke hadapan. Ibarat tentera Islam yang tidak takut berhadapan musuh. Hanya beberapa langkah saja lagi, tubuh bertelekung putih itu tiba-tiba kaku. Suasana bertukar sepi. Tiada langsung hatta bunyi unggas sekalipun.
Dengan gerak perlahan tubuh itu berdiri. Tubuh Fatin pantas tegak, bersiap-sedia untuk semua kemungkinan. Demi anaknya, dia tidak boleh tewas. Dengan gerak perlahan tubuh di hadapannya berpaling.
Sekali-sekala saya memilih bertukar angin membaca karya seram. Namun saya sedikit kecewa kerana keseraman tulisan Khaidir Helmi tidak dapat saya rasakan sepenuhnya.
Jalan cerita Aneh kelihatan agak longgar. Saya mengharapkan penulis terus berusaha menghasilkan karya yang lebih seram sekali gus mampu menaikkan bulu roma saya ketika membaca novel seram.
Huh, Aneh memang aneh. 😂 starting agak slow menyebabkan lambatlah baca pun plus kena banyak fikir nak cari hubungkait watak-watak dalam tu then nak tahu hubungan dorang dengan rumah tu, lagi nak kena cari pulak buku apa dia baca coz sikit-sikit mention buku tu. Memang aneh. Jangan cuba lompat kalau rasa nak cepat, lagi lambat habis kalau main lompat-lompat. Betul-betul aneh. Dia macam cerita pasal rumah sewa tapi sebenarnya nak cerita siapa dudum rumah sewa tu sebelumnya tapi pada masa sama nak bagitau juga pasal novel tu dan beberapa watak tu sebenarnya pegang dua watak. Maksudnya... atau contohnya... Khalisha, kakak tiri dia. Ciptaan dia Khalisha kakak tiri dia, sebenarnya pun kakak tiri dia. Faham? Tak... okay-okay, contoh lagi si Diana... dia cipta Diana as kawan dia tapi sebenarnya Diana kawan Khalisha. Mesti semak punya korang nak cari... sebab tu disarankan jangan skip.
🤓🤔 tak boleh nak buat kesimpulan sendiri. Dia macam kau order laksa, tapi bila makan rasa tomyam. Rupanya kau ambik salah order. Dah order laksa, dapat laksa baru makan yang pergi makan tomyam orang lain order tu kenapa?
Sronok bca buku ni best sgt2..dri awal bab xrasa bosan pon sdih kisah ni..klau kita xhayati mgkin akn rasa keliru ahaha tp mmg best n seram..apa pn awak dh buat sya minat bca buku jnis seram..ni first cita seram yg sya bli selalu novel cinta ja..pas ni kna minat smua buku cita seram..awak tmasuk list penulis seram yg sya minat..👻
Yang menariknya dan telah buatkan bulu roma aku berdiri tegak ( jarang terjadi ni hehe) bila ada 2 benda secara KEBETULAN berlaku.
1. Aku ada post di FB mengenai sindrom orang yg suka membaca ni seolah dirasuk dan dipukau apabila dah mula membaca. Waktu tu aku baru baca 5 bab pertama novel ANEH ni. Bila masuk bab 12 ada satu ayat yg Aqira cakap mengenai novel hitam tanpa tajuk ni lebih kurang sama apa yg aku post di FB. Dah la baca waktu malam.. Terus tegak bulu roma hehe.
2. KEBETULAN kedua berlaku bila aku dan wife bersembang mengenai kes budak-budak yang selalu main coin spirit. Time tu aku belum mula baca novel ANEH ni. Wife aku bersembang mengenai cerita kwnnya yg main spirit guna darah sebagai cara memanggil roh. Aku belum lagi penah dgr cmtu lg, selalu main guna coin je. Tapi bila masuk bab 12 juga ada pula scene Aqira dan kawan-kawan main spirit dalam hutan belakang rumah sewa mereka menggunakan darah. Ok, naik lagi bulu roma aku hehe..
Banyak insiden-insiden misteri yang berlaku sehingga Aqira tidak pasti dia berhalusinasi atau tidak. Tapi cukup untuk naikkan bulu roma jantan aku bila dibaca ditengah malam. Hehe
Tak perlu dioleh panjang, elok dibaca sendiri. So tidak hilang anehnya itu. Hehehehe Cuma pendapat aku sebagai pembaca, kalau dihujung novel ini kisah kawan-kawan Aqira diceritakan lebih details mungkin ianya mampu buatkan pembaca sanggup membelek semula di awal-awal cerita.. Namun secara keseluruhannya, memang ada kelainan dan tak rugi untuk dibuat koleksi. Good job
Minta maaf penulis. Tapi cerita seram ni langsung tak sampai. Plot macam berterabur. Lepas tu banyak sangat scene yang dia mimpi, berkhayal. Baca pun jadi pening. Sampai lost. Lepas tu, boleh tak pakai nama lain skit untuk 2 watak. Ini Aqira dengan Ariqa. Memula baca tu ingat typo, tapi baru tau Ariqa tu watak dalam novel yang dibaca oleh Aqira. Baca sampai last terus macam, what???? Omaiii... Sesuai lar kot tajuk aneh tu, buku ni memang aneh, langsung tak sampai jiwa saya. Minta maaf penulis, cuba lagi.
For me novel aneh ni okay.. Feel seram tu ada.. Yelah, mula2 tak faham kenapalah hantu tu suka sangat ubah2 rupa jadi kawan2 Aqira.. Dari seram sampai level bole agak "mesti bukan kawan Aqira yg sebenar".. Tapi bila reveal, baru faham.. Cuma Yam rasa mcm, tak cukup.. Yelah sepanjang journey dia "diganggu" benda tu real ke tak? Ke khayalan dia semata atau apalah.. Yang penting rasa mcm tak puas gitu😅
"Aneh" memang seaneh tajuknya. Watak Aqira, latar belakangnya, dan perjalanan ceritanya turut dibalut dengan keanehan yang buat aku tertanya-tanya. Siapa sebenarnya Aqira, dan apa hubungannya dengan semua kejadian misteri di rumah sewanya?
Aku tertarik untuk membaca buku ini kerana ia membawa aku kembali ke zaman universiti—cuti semester, rumah sewa, makanan di kantin atau dewan makan, tugasan yang bertimbun, dan segala momen yang penuh nostalgia. Ia menghidupkan kembali kenangan yang aku rindui dan buat aku tenggelam dalam suasana yang pernah aku alami dulu.