Nora berumur 29 tahun, telah diberi notis pemberhentian kerja sebulan lalu. Hingga kini, dia belum mendapat kerja baru. Dua minggu lepas, dia dan kekasihnya Faizal putus hubungan apabila dia mendapat tahu lelaki itu curang. Empat bulan sebelumnya, dia telah menggugurkan kandungan hasil perhubungan mereka. Ini adalah peristiwa yang terjadi pada dirinya pada hari kedua terakhir bekerja – bermula dari 6 pagi hingga 6 petang.
Nak kata macam mana ni ya Nora? Saya rasa macam sedang melihat apa yang Nora hadapi sepanjang 6 pagi sehingga 6 petang suatu hari ni. Ala, macam tengah menonton video rakaman telefon yang Nora benci sangat tu. Cuma kali ini saya baca kisah hidup Nora, perasaan Nora, kenangan-kenangan Nora.
Tapi itulah. Feel dia tak berapa sampailah, Nora. Saya suka bab 3.00 PETANG, tentang kisah selepas Nora dihantar pulang oleh Faizal sebelum Nora menggugurkan kandungan. Babak itu sedih sebenarnya, tentang perasaan seorang ibu terhadap kehidupan dalam rahimnya (walaupun hakikatnya embrio itu masih belum ditiupkan roh). Saya berharap sangat Nora dapat menceritakan babak itu dengan lebih mendalam supaya lebih meruntun rasa, agar hati ini lebih hiba, lebih pilu, tetapi Nora hanya bercerita sekadar di permukaan. Tak sempat saya meletakkan diri saya dalam sepatu seorang ibu yang terpaksa membunuh anaknya sendiri kerana tersepit tanpa pilihan.
Ada kalanya saya rasa luahan hati Nora meleret-leret tapi saya faham Nora sedang stres. Cuma itulah, benda-benda yang Nora bebelkan itu tak membantu saya untuk lebih menyelami perasaan Nora. Saya berharap dapat lebih memahami, dapat bersimpati dengan kejadian-kejadian yang menimpa Nora atau 'menjadi' Nora sendiri dalam tempoh waktu itu tetapi apa yang saya perolehi daripada naskhah ini -- saya cuma menjadi seorang pemerhati di tepi, seperti menonton apa sahaja yang berlaku kepada Nora dengan perasaan yang beku, nihil.
Oh nak cakap ni Nora, banyak juga kesalahan tatabahasa dan ejaan yang saya jumpa ni, Nora. Semoga berhati-hati apabila menulis pada masa hadapan ya.
Maaf Nora, saya cuma dapat beri 2.5/5 bintang sahaja untuk Nora.
Membaca buku ini seperti membaca diari seorang perempuan yang suka membebel, hampir kesemua benda ingin diulas dalam 'alang-alang' penceritaannya. Tapi yang peliknya, kita suka untuk terus membaca bebelannya. Kelakar dan tajam. Benda-benda sekeliling yang berlaku dalam kehidupan seharian yang mungkin kita tak sedari, terlanggar, atau tak ambil peduli.
Buku ini bercerita perihal Si Nora yang umurnya hampir menjangkau 30 tapi masih terumbang ambing hidup, dengan itu ini kejadian dan konflik, dia seperti perlu reset balik semula hidupnya dari seawal zaman tamat pengajian di universiti.
Karekter Nora yang tipikal gadis bandar, ego, straightforward, dan bersendirian buat aku terfikir nilai hidup, nilai persahabatan dan peri pentingnya menjaga hubungan dengan keluarga dan sahabat-sahabat untuk sekurang-kurangnya tidak sebegini sunyi menempuh hidup dan kesusahan. Jenis yang buat hal sendiri dan hanya meluangkan masa dengan teman lelaki.
Berkenaan watak-watak lain, karekter mereka memang menimbulkan berang. Walaupun Nora itu jenis begitu, sekurang-kurangnya dia masih manusia yang logik.
Setiap kisah-kisah yang berlaku, penulis menceritakannya semula dengan teknik throwback. Tapi sebenarnya satu buku ini hanya cerita satu hari punya benda sahaja. Seperti Murakami menulis After Dark kisah hanya satu malam, penulis menulis kisah Nora di suatu siang sambil mengulang kembali kejadian yang membuatkan harinya itu menjadi 1 dari 1000 hari yang paling malang dalam hidupnya.
Apa yang aku dapat belajar dari buku ini, aku dapat tahu bidang kerja orang dalam sektor perhubungan awam. Diceritakan agak detail sehingga kita boleh bayangkan cara kerja dan ke-stressan-nya. Lagi satu hal yang dapat dipelajari, elakkan road rage dan merakam video. Penulis macam betul-betul nak mengajar rakyat Malaysia supaya tidak usah menjadi perakam amatur video dalam buku ini. Semua benda boleh bincang baik-baik, tiada apa yang bagus jika selesai dengan cara menyebar aib.
Akhirul kalam, tahniah penulis! Berang anda memberangkan!
“Di mana nak aku mula dulu? Aduh terlalu banyak kebodohan sehingga sukar nak pilih mana satu kebodohan terbaik,”
Aku suka betul dengan bahagian prolog sehingga bab 7 pagi Berang, ia sungguh catchy, agresif, dan betul betul memberi idea dan bayangan buku ini secara keseluruhan. Buku yang setebal 232 muka surat ini menceritakan tentang apa yang terjadi pada si protagonis bermula dari pukul 6 pagi hingga 6 petang. Mengingatkan aku pada After Dark, tulisan pak Murakami yang bermula dari tengah malam sehingga keesokan paginya. Tapi buku ini jadi mendatar sikit pada bab tengah tengah dan agresif balik pada pengakhiran cerita. Mungkin aku tak berapa nak feel sangat bab-bab pertengahan tu kerana banyak cerita tentang kerja/bidang yang aku tak familiar sangat.
Diceritakan dari perspektif orang pertama, si protagonis yang berang itu sendiri, yang banyak diisi dengan throwback-throwback segala inci sudut kehidupannya, dari hal keluarga, seks, hal pekerjaan dan teman lelakinya. Nada penulisan kedengaran seperti bebelan, keluhan tetapi dilakukan dengan sangat kemas sehingga kita makin rasa kasihan dengan nasib hidup protagonis. Aku suka bagaimana penulis menggambarkan si protagonis. Protagonis ini kelakar, suka mengeluh, tak selalu bersyukur, menjengkelkan pun ada juga tapi bila aku lihat balik, sifat-sifat ini semua adalah sifat kita. Dan untuk itu aku rasa dekat sangat dengan si protagonis - semoga Tuhan memberi kekuatan untuk Nora selepas detik 6 petang.
Idea cerita yang menarik. Perihal satu hari dari jam 6 pagi ke 6 petang. Jadi pembahagian babnya mengikut kadar jam. Tentang apa jadi in between. Kisahnya simple-- 100% tentang Nora.
Bab awalnya catchy. Entah kenapa saya rasa seperti dipaksa mengikut komplot awal pagi Nora dalam misi 'hancurkan' sebuah kereta. Ia seperti membaca sebuah diari yang super lengkap dan terperinci, siap flashback dengan cerita dan memori di waktu kecil. Perasaannya semacam disedut oleh vakum masuk ke dalam kehidupan seorang perempuan dengan layar slide disusun satu-satu depan mata bercerita dari A hingga Z. Dari hal remeh dan random ke hal perhubungan, kerja dan cinta. Orang kata perempuan ini makhluk sukar difahami. Inilah salah satu contohnya.
Kadang rimas dan letih baca rungutan dan masalah Nora. Terasa diseret bersama untuk menanggung fikir. Ada bahagian agak meleret, ada juga yang menarik terutama bila Nora bercerita tentang hal kerja di bahagian perhubungan awam. Satu hal baru yang saya baru tahu.
Sub-fokus naratif sentuh hal keluarga, perhubungan dan persahabatan. Banyak hal moraliti boleh belajar dari kisah Nora ini. Bab akhir yang agak tragik tapi cukup untuk buat saya tersenyum lega. Semoga kamu baik-baik saja, Nora :')
Sedih.. Itu emosi akhir Sha lepas selesai baca novel ini.. Luahan hati Nora sepanjang 29 tahun hidupnya.. Novel ini menceritakan apa yang dilalui oleh Nora dalam masa satu hari dan juga diselitkan imbas kembali apa yang berlaku dalam kehidupan Nora.. Bagaimana semua perkara yang berlaku disimpan sehingga menjadikan Nora sangat stress dan akhirnya meletup pada perkara yang tak sepatutnya..
Mula-mula payah juga nak cari ayat yang boleh jelaskan perasaan aku waktu baca buku ini. Sehinggalah aku jumpa satu ayat dalam buku ini:
Rutin seharian aku berjalan seperti yang aku jangka dan harapkan: bersahaja, selesa dan mendatar tanpa sebarang kejutan besar.
Berjalan seperti yang aku jangka dan harapkan. Seperti apa yang tertulis di kulit belakang buku, buku ini mengisahkan tentang Nora dan peristiwa yang terjadi pada jam 6 pagi hingga 6 petang di hari kedua terakhir dia bekerja. Dari tajuknya dan permulaan cerita juga dapat dijangka yang peristiwa-peristiwa yang terjadi itu merupakan peristiwa yang akan membuatkan Nora berang. Memang itu pun ceritanya. Seringkas itu saja. Tetapi yang buat aku tertarik dengan buku ni sebab tertanya-tanya bagaimana penulis nak panjangkan cerita yang berkitar dalam latar masa yang terhad sehingga memenuhi 200+ halaman buku ini.
Bersahaja, selesa. Adalah apa yang aku boleh cakap tentang penulisan cerita dalam buku ini. Ayat yang dikarang tidak terlalu berbelit atau terlalu cacamarba. Adalah kesalahan tatabahasa situ sini. Tapi kalau dah Fixi namanya, benda ni dah boleh letak tepi jelah. Setelah beberapa buku Fixi yang aku baca, tatabahasa yang sempurna tu boleh dikira sebagai anomali jugalah bila bercakap tentang buku-buku di bawah terbitan Fixi. Dan bagi memanjangkan cerita, diselitkan juga banyak babak-babak imbas kembali. Cara babak-babak ini diselitkan boleh dikira agak teratur dan tidak serabut, jadi senang juga untuk kenal pasti babak mana yang mengambil tempat pada waktu sekarang dan waktu silam. Membantu juga membuatkan pembacaan menjadi lancar dan selesa.
Mendatar tanpa sebarang kejutan besar. Cerita dimulakan dengan nada yang tinggi dengan babak Nora memecahkan kereta bekas teman lelakinya. Tetapi dari situ rentak cerita mula menurun dan seterusnya terus mendatar. Sepanjang cerita selepas itu kebanyakannya dipenuhi dengan rungutan atau kompelin bak kata buku ini daripada Nora mengenai perkara yang besar dan agak serius sehinggalah sekecil-kecilnya, selain daripada peristiwa-peristiwa malang yang menimpa Nora yang membuatkannya berang. Apa yang buatkan cerita terasa mendatar adalah disebabkan reaksi Nora terhadap semua perkara berada di tahap yang sama. Sama ada kejadian dia menggugurkan kandungannya ataupun isu air lambat sampai di kedai makan, rungutan dan berang Nora tiada banyak bezanya. Jadi, tidak dapat rasa banyak perbezaan tahap serius kejadian-kejadian yang berlaku. Cerita juga terasa mendatar kerana jalan ceritanya tidak banyak berkembang atau lari daripada sekadar rungutan dan peristiwa malang yang menimpa Nora. Jadi, tidak terasa sebarang kejutan mahupun klimaks dalam cerita kerana apabila terlalu banyak masalah dan konflik dimasukkan, ia menyebabkan cerita terlalu mudah dijangka dan seterusnya ya, mendatar dan tidak mengejutkan.
Bagaimanapun, secara keseluruhannya buku ini dikira sebagai satu bahan bacaan yang okay jugalah. Walaupun sejujurnya agak mudah dilupakan. Tak mustahil boleh dihabiskan tak sampai dalam masa sehari. Sesuailah untuk menjadi bahan bacaan bagi mengisi masa sebagai contohnya ketika sedang menunggu nombor dipanggil sewaktu berada di klinik dan kemudiannya menunggu monorail untuk ke stesen pertukaran ke LRT yang seterusnya membawa kepada stesen pertukaran ke MRT untuk pulang ke rumah. Contohnyalah.
Apalagi malang yang belum menimpa Norashikin aka Nora? Di buang kerja, ditinggalkan kekasih, bertemu gengster jalanan, cyber buli, dan segalanya berlaku hanya dalam masa 12 jam, bermula jam 6 pagi sehingga 6 petang, sehari sebelum hari terakhinya bekerja.
Mungkin, andai ingin menyelami lubuk hati seorang wanita, boleh menekuni naskhah ini. Berkisar tentang gejolak hati Nora, dalam setiap saat hidupnya bersulam dengan trow back apa yang terjadi, rasanya cukup untuk mengetahui semua perkara (sekurang-kurangnya) yang berlaku dalam hidupnya, sejak di bangku sekolah, bertukar-tukar kerja dan saat ini. Padat dan tepat segala inofrmasi diberikan.
Tak dinafikan, menggunakan teknik penceritaan ini sesuatu yang baru dan segar untuk menarik pembaca (seperti saya) untuk meneruskan pembacaan. Namun, adakalanya ellah menghadam emosi Nora dan amukkan yang tak berkesudahan, dalam masa yang sama mungkin berserabut dengan kejadian yang menimpa. Namun, itulah perempuan (agaknya).
Walau bagaimanapun saya puji dengan pengakhiran dan tema sebenarnya penulis cuba ketengahkan, iaitu hubungan kekeluargaan, diselit rapi dalam setiap penceritaan. Hanya kerana ego, hubungan yang sepatutnya terjalin mesra seakan ada jurang pemisahnya.
Mungkin bukanlah yang terbaik, namun tetap sampai ke hati.
3.5 bintang. Perjalanan hidup Nora selama satu hari itu memang berjaya bawa lelah dan geram pada aku. Aku tahu watak Nora ini mewakili ramai orang di luar sana. Cerita tentang pergelutan meneruskan kehidupan. Sehinggalah satu tahap ada yang mempersoalkan Tuhan tentang ujian yang bertimpa-timpa. Tapi percayalah ada jalan keluar yang tidak disangka-sangka. Nora akhirnya menjumpainya di hujung cerita ini.
Rasa bersalah pula nak baca buku ni sebab ianya semacam membaca diari seseorang. Diari harian yang dicatat di sebuah buku untuk melampiaskan segala maki hamun tentang hari sial penulis. Apapun, pengakhirannya saya suka. Itulah satu-satunya penyejuk hati selepas seharian bersemuka dengan nasib malang.
bagi aku author punya idea menarik! tapi dari segi penceritaan tu, aku tak minat. sebab aku mcm confuse. sekejap cerita ni kejap cerita ni. too much throwback. pastu cerita dia mcm mix up. sama la macam tadi. mcm takde fix storyline. dalam each bab tu i would say, panjang-panjng (i mean bamyak muka surat just for a chapter), dan meleret banyak. dah nk hujung buku baru dpt tngkp.
however, tahniah author! aint easy to write! keep it up, i know u can improve slowly! tahniahhh
This entire review has been hidden because of spoilers.
Mulanya macam seronok gak baca buku ni. Tapi baru lepas separuh chapters, dah jadi jelak. Agak berulang-ulang, dan pembangunan wataknya dari segi "keberangan" tak cukup untuk mengekalkan minat saya. Klimaksnya boleh dikatakan tak cukup rasa.
Tapi permulaan dia memang syok, dan format buku ini kreatif. Hanya perlu improve on execution.
Maaf. Cerita ini tidak kena dengan selera aku. Ganas, erotik, ada unsur-unsur itu secara sipi-sipi. Keseluruhannya, satu naskah yang heart-warming tetapi rasa itu merayap dengan sangat perlahan. Bukan salah penulis. Memang sebab aku secara peribadinya memang suka cerita yang bergerak, ada aksi, bukan seperti nota kuliah atau artikel. Maka cerita ini jatuh dari segi ranking dalam kacamata aku. Apapun, mesejnya baik, direct, tak payah fikirpun. Ia bagus sebagai bacaan untuk peringatan buat kita semua yang kadang-kala sudah tahu natijah yang bakal memburu namun tetap memilih untuk hanyut dibuai rakus nafsu.
Bagaimanapun, aku harus juga memuji kerana penulis mengisahkan dengan sangat realis. Memang itupun yang berlaku dalam masyarakat sekarang. Sakit. Selagi tak kena ke batang hidung sendiri, kata orang. Ada bahagian yang relatable bagi aku. Banyak juga yang tidak tapi sampailah juga feelingnya tu. Ok jugalah.
1.5 bintang . Novel ni bagi aku sangat bosan dan sangat perlahan. Dan tersangatlah panjang huraian tentang benda yang tak perlu, nak panjangkan muka surat novel kod. Contohnya, penulis buat huraian sampai 10 pages tentang kawan lama dia. Padahal kawan lama dia tu cuma nak interview dia kerja je pun. Endingnya pun tak memuaskan dan buatkan aku berfikir "lol mcm tu je ke ending dia?". Jalan cerita pun mendatar je buatkan jalan penceritaan slow, ada beberapa babak sahaja yang membuatkan aku rasa tak mengantuk, contoh scene lelaki pecahkan cermin kereta nora dekat traffic light, scene kejar mengejar sebab lelaki motorcycle tu patahkan cermin sisi kereta nora dan scene yang nora terlanggar kereta mak cik dekat bahagian ending tu.
Awalnya menarik, makin lama makin bosan sebab terlalu meleret di dalam menghuraikan sesuatu perkara. Timeline dia juga sukar untuk dikenalpasti sama ada cerita waktu sekarang atau flashback. Anyway, keep it up!
Semua benda asyik nak membebel jer Cik Nora ni. Bila dia pokpek2 pasal kerja hilang minat aku nak terus baca tapi aku gagahkan dan hasilnya berbaloi. Ending yang heart-warming.
Membaca naskhah ini seumpama membaca tulisan diari seorang Nora pada hari kedua terakhirnya di agensi tempat dia bekerja selepas. Pertama kali jumpa bacaan yang seperti ini. Not bad.
Boleh dikatakan 70% of this book is a flash back scenes. Tapi sayang dia punya time frame tidak dinyatakan secara khusus. Pandai-pandaila pembaca mencarinya. Ada sesetengahnya tidak diketahui pengakhirannya seperti hubungan antara Mirul, abang Nora dengan Nora dan Faizal selepas dia mengaibkan Nora.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Nora, kisah satu hari yang diselit dengan throwback melampau-lampau sampai rasa nak skip je. Itu belum dikira dengan bebelan-bebelan yang diselit.
Apa pun, tahniah sebab karya ni berjaya diterbit dan dibukukan. Satu kebanggaan juga tu untuk diceritakan kepada anak dan cucu. Jangan dibuang-buang pula isi kandungan rahim tu.
novel fixi yang juara sayembara ni jarg la x best. tapi this time agak bosan skit. buku ni seolah kita baca pov perempuan yg suka tantrum or ade anger issue. pembacaan bertambah bosan bile masuk bab2 PR,agensi blabla. mgkin sbb aq xleh relate. but at the end aq rse kesian gile. sbb hidup mc novel sumpah keras gile😭 tiba2 rse mcm tkut nk hidup as adult dkt kl hmm...
Kalau depresi, di larang baca buku ini. Sebab kemalangan dan kecelakaan yang dihadapi Nora sebagai karakter utama ini sangat keterlaluan. Sudah lah semua terjadi dalam satu hari. Namun, kadang kala penulis ada sertakan monolog yang relatable, bahawa kita bukan keseorangan menghadapi perasaan tersebut. Sebagai pembaca, saya faham dengan perasaan Nora, walaupun kehidupan kami tidak langsung sama.
For me, ceritanya membosankan. Banyak throwback yang bercampur baur. Plot cerita kelam kabut. Takde issue pun sebenarnya lebih kepada kisah orang kena berhenti kerja, lepas tu dia review balik kisah kisah lama dia. So bored !! Dan tidak MF.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tak tahu nak describe macam mana 😂. Ambil masa dua bulan lebih juga nak habiskan. Kejadian yang berlaku dalam waktu satu hari dekat Nora ni betul-betul mencabar.
Mungkin sikap dia yang panas baran tu buatkan saya rasa agak sakit hati 😂. Tu jelah.