Jump to ratings and reviews
Rate this book

PADAM

Rate this book
Malik seorang dropout askar dan beberapa rakannya masuk ke hutan untuk melakukan aktiviti lasak. Namun, mereka ditimpa musibah apabila bertembung dengan penjahat yang membunuh sesuka hati. Terlepas daripada tragedi itu, Malik cuba menjalani hidup normal.
Tanpa disedarinya, dia diburu penjahat yang ditemuinya di hutan. Malik yang terambil pendrive tanpa sengaja daripada penjahat itu masih tidak menyedari hal itu hinggalah beberapa musibah melanda rakannya dan ibunya. Pendrive itu mempunyai maklumat rahsia organisasi pembunuh upahan negara atau BILL.
Dia kemudian bertemu seorang lelaki misteri yang menawarkan pertolongan. Tanpa mengetahui tentang identiti sebenar lelaki itu, Malik turut serta dengan rancangannya bersama beberapa orang lain dalam menumpaskan organisasi rahsia itu.

248 pages, Paperback

Published April 27, 2018

1 person is currently reading
61 people want to read

About the author

Ibrahim Jama Huri

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (27%)
4 stars
35 (48%)
3 stars
16 (22%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
Profile Image for farahxreads.
718 reviews261 followers
March 21, 2022
Padam dimulakan dengan bait bait lagu Who Did That To You nyanyian John Legend yang berbunyi begini:

"Now I’m not afraid to do the Lords work,
You say vengeance is his, but Imma do it first.
I’m gonna handle my business in the name of the law.
Now if he made you cry, oh, I gotta know,"


Rangkap ini saja dah maklum pada kita buku ini tentang apa sebenarnya. Ya, tentang hal dendam, hal melakukan kerja-kerja Tuhan kepada penjenayah, hal peraturan-peraturan di dunia - sama ada adilkah atau bobrokkah dan hal hal yang lain. Satu hal yang pelik (pelik yang ajaib, bukan pelik yang tak suka) dengan penggunaan lagu ini, pada pendapat aku, lirik ini bukannya menggambarkan cerita si Malik pun (nama yang terpampang di sinopsis), tetapi cerita seorang lelaki misteri yang bernama - ah kau baca dulu ya. Aku Google lirik lagu ini dan baru tahu ia merupakan soundtrack kepada movie Django Unchained, ada kena mengenakah?

Okay, seterusnya. Satu benda yang aku paling suka tentang Padam ialah cara penulisan si penulis. Ini buku pertama bergenre aksi/thriller yang aku baca tau. Dan aku boleh cakap yang penulis did a very splendid job in describing the scenes, especially the fighting and gruesome scenes. Sebab bagi aku bukan senang tau nak tulis hal hal aksi. Dan bagi aku, penulis berjaya buat dengan power, smooth dan tak meleret-leret. Macam kau boleh bayang dengan senang senang apa yang penulis cuba nak sampaikan kepada pembaca. Lagi satu benda yang aku suka ialah perbualan-perbualan di dalam naskhah ini - ia tidak janggal dan natural (ada satu dua bahagian yang sedikit janggal tapi tak apa sebab satu dua saja). Oh ya. Satu lagi benda yang aku suka ialah alatan-alatan moden yang digambarkan dalam naskhah ini - sangat futuristik dan aku seronok membayangkan cerita ini dengan alat alat moden ini didalamnya.

Ceritanya bagi aku biasa biasa saja. Straighforward, tak berapa misteri dan tak perlu pikir berat berat. Cerita tentang seorang Malik yang masuk ke hutan dan bertemu pembunuh gila dan Malik diburu oleh pembunuh ni sebab Malik ada terambil barang kepunyaan pembunuh tu - yang menyimpan informasi rahsia organisasi pembunuh upahan negara atau BILL. Bagi aku, kalau penulis boleh menekankan lagi tentang BILL dan hal-hal sekitarnya, mesti lagi buat pembaca rasa berdebar dan lebih terkesan dengan jalan cerita Padam. But overall, it was okay.

Aku recommend buku ini untuk sesiapa yang mahu berjinak dengan penulisan lokal dan suka dengan genre aksi/thriller. Apa apa pun, tahniah buat Ibrahim Jama Huri untuk penulisan debut anda, jangan berhenti menulis!

Rating sebenar: 3.6/5 bintang
Profile Image for ωαη  ïzzαz.
56 reviews12 followers
May 20, 2020
Disebabkan aku memang suka genre action ni,memang 5 bintang lah aku bagi.Watak pun diolah dengan baik oleh penulis.Cuma bila tahu pasal 'SITI' tu aku teringat dekat satu movie yang pernah aku tengok iaitu UPGRADE.
Profile Image for Dieyana Ayuni.
93 reviews15 followers
July 9, 2018
Sewaktu diawal pembacaan novel ini, pada helaian-helaian di bab permulaan, aku mengeluh "ahh lagi satu novel bunuh-bunuh." Aku sebolehnya ingin mengelak membaca novel-novel sebegini kerana rasa sungguh tak logik nyawa manusia diperlakukan semurah ini. Bunuh orang seperti nyawa itu tiada nilai.

Namun, aku teruskan juga dengan harapan pembacaan aku berbaloi. Masuk sahaja watak Malik, aku sudah mulai rasa seronok membaca. Ada sesuatu yang dah grip aku untuk terus baca.

Watak Razak yang kelihatan macho dan dingin awalnya aku kira lucu pula bila dia sudah membuka suara. Jarang jumpa watak pembunuh yang sebegini chill. Dalam tegasnya ada gila-gila juga.

Di pertengahan novel ini baru aku perasan yang ruang waktunya adalah dimasa hadapan (menghampiri tahun 2100), bila sudah lihat senarai BILL itu jadi aku kena setting balik bayangan dalam otak aku, dan ia mulai masuk akal. Dengan tangan bionik, SITI dan segala macam hal canggih lagi.

Aku tak ingat berapa banyak sudah aku baca novel aksi tapi selalunya aku tak enjoy. Pelik juga kali ini aku boleh baca terus menerus. Mungkin juga sebab jalan ceritanya kemas, motifnya jelas dan penulis pandai bermain dengan kuriositi pembaca.

Pada awalnya aku ingin kasi 3 bintang saja memandangkan buku ini bukan jenis genre kesukaanku. Tapi 3 bintang terlalu tidak adil untuk buku sebaik ini penceritaannya. Maka aku hadiahkan lagi 1 bintang. Tahniah kepada penulis!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 25, 2018
Malik tanpa sengaja terlibat dalam sindiket kongsi gelap yang melibatkan sebuah organisasi rahsia yang menjadikan beberapa orang ternama sebagai sasaran pembunuhan. Secara tidak sengaja, pendrive milik penjahat tersebut terlepas ke tangan Malik. Bersama kawannya, Kamal dan Razak, penyiasat persendirian yang telah lama cuba membongkar kegiatan organisasi tersebut, bekerjasama membanteras kejahatan dan sekaligus menyelamatkan orang-orang tersayang.

Sebuah kisah yang penuh dengan aksi,ala-ala filem Jason Statham, adengan kejar mengejar, kereta terbalik, tembak menembak dan teknologi gadget terkini lagi canggih dalam memburu penjahat. Demi sebuah pendrive, sanggup membunuh orang yang tidak bersalah.

Ceritanya bergerak laju, walau pun di awal agak keliru dengan pelbagai watak dan lokasi yang berbeza, namun semakin diteliti semakin faham rentak penulisan penulis. Agak banyak watak dalam cerita ini (terutama penjahat), namun tidak menghalang tumpuan pembaca (kerana mati seorang demi seorang *spoiler).

Secvara peribadi, saya rasa olahan penulis perlu diperbaiki, ada beberapa plot yang seakan tidak sampai maksudnya, ayatnya sedikit tidak tersusun. Namun, semua itu seakan tertutp kerana banyak aksi dan pelbagai konflik yang timbul. Sepertinya, jika sedang menonton filem, tak sempat nak bernafas penonton dibuatnya. Setiap saat mendebarkan, setiap minit mencemaskan.

Mungkin agak klise, namun tetap segar bagi saya. Tahniah untuk penulis.
Profile Image for hans.
1,162 reviews152 followers
July 11, 2018
Permulaan PADAM yang bawa saya ke aksi cemas dan gerun. Perkenalan watak dalam plot masing-masing. Tragik tetapi puas hati. Masih teringat insiden kemalangan ngeri dan tetakan kapak di tengah jalan.

Penceritaan yang fast-paced. Aktiviti lasak di hutan yang bawa bencana, dendam dan pembunuh upahan-- gabungan Malik, Razak dan Kamal yang superb. Setiap satu punya peribadi dan kepakaran sendiri. Bahagian aksi dengan naratif yang kemas, tak perlu tunggu lama untuk tahu plan seterusnya. Babak pergaduhan dan tembak menembak sangat real-- nervous dan berdebar. Huraian setiap langkah pada pertempuran boleh dibayang depan mata. Motif yang jelas dan rancangan balas dendam yang bawa saya mengenal Razak dan Malik dengan lebih perinci. Suka watak Malik yang tegas dan tak mengaku kalah. Cekal dan kuat. Razak juga yang semacam kebal, yakin dengan undang-undang sendiri.

Penulis bijak beri kepentingan pada watak-watak kecil. Tidaklah nampak mereka cuma pengisi plot semata dan hilang bila tak perlu. Watak pengemis itu terutamanya-- tak sangka kegunaannya beri manfaat utama dalam babak ceroboh masuk bangunan orang.

Sub-fokus hal kepolisiannya juga just nice sahaja walaupun saya lebih gemar baca bahagian ini tapi faham fokus PADAM adalah balas dendam dan misi selamatkan Malik daripada pertuduhan jadi hal-hal polis itu boleh tolak tepi. Selain itu hubungan keluarga dan persahabatan ada disisip sekali-- tentang Kamal yang emosi lepas adegan gaung itu saya terasa sedih juga. Tentang Azhan yang mahu balas dendam untuk Qistina tapi akhirnya Malik yang tekad selesaikan. Tak sangka tentang watak Erena yang tak sengaja jadi watak utama.

Novel aksi dan jenayah yang benar-benar tak terpesong daripada tema. Puas hati dengan ending-nya walau boleh dijangka tapi tak sangka Sean yang booked the BILL. Tahniah untuk penulis!
112 reviews3 followers
August 15, 2018
Suka!! Kagum!! Tak cukup 5 bintang tu sbenarnya. Aku nak bagi ++ 😬

Ok. Jika Hero aku sukai kerana ia seperti bercakap tentang apa yang bermain di fikiran aku, naskah ini aku sukai kerana ia bergerak dalam bentuk yang aku ingini. Thrilling, modern, straightforward, kemas. Stylenya mcm yang aku inginkan. Pembaca tahu, tapi watak-watak di dalam cerita itu belum tahu dan pembaca tertunggu-tunggu bila kebenaran itu akan diketahui oleh watak-watak.

Cerita ada polis-polis. Dah tentulah aku suka. No discount on that. Huhu 😁

Dialog dan naratif yang natural. Isi yang logik tapi bagi aku, agak cetek. Mungkin sengaja penulis tak mahu sentuh tentang sesuatu dengan lebih terperinci? Namun, plotnya bergerak baik. Watak-watak yang ada juga relevan. Benci aku pada watak Inspk Suzana. Lembap la dia ni. Tak guna. Memang patut pun dimalukan mcm tu, lol.

Sronok aku baca buku ni. Unputdownable. Banyak buku yg berkelas ini di mata aku tapi tak banyak yang aku betul-betul ke sampai tahap ketepikan perkara-perkara lain demi memberi keutamaan menghabiskan bacaan. But for this book, I put other things aside 😊

Betulkah ini karya debut? Penulisannya macam dah berpengalaman. Anyway, please write more stories, dear author ☺️ And many thanks for writing this and also thanks to Fixi for publishing it 💯💯👍
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
September 26, 2021
[eBOOK 130]

Padam by Ibrahim Jama Huri.
.

Ni sebuah cerita aksi. Bunuh-bunuh orang.
.

Di permulaan cerita lagi, ada sorang sniper ni, tembak tayar kereta je pun, tapi boleh mengakibatkan kematian tragis seorang penunggang motosikal mati digilis lori. Lepas tu, penemuan mayat 5 orang di satu pondok dalam hutan. 2 daripadanya hangus terbakar. Dalam tragedi itu, hanya Kamal, Malik dan sape entah sorang lagi. lupa dah.
.

Ingatkan lepas tu, tenang je. Rupanya, disebabkan, Malik terambil jaket si pembunuh yang di dalamnya ada satu pendrive, mereka masih diburu.
.

Lepas tu, Malik dan Kamal jumpa Razak. Dan mereka bekerjasama hancurkan sindiket dadah dan jenayah lain.
.

So, sebenarnya watak utama ialah Razak kot. Dia ni unik. Tak takut mati. Misinya untuk mendapatkan keadilan yang mana undang-undang negara culas.
.

Sebenarnya, ada banyak watak. Aku mula-mula confused jugak. Berapa ramai pembunuh sebenarnya.
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
December 17, 2019
Ini sebuah novel aksi/jenayah yang kemas. Setiap watak ada peranan yang menggerakkan plot cerita, maka watak-wataknya tidak terbazir. Kalau sesiapa yang menyukai babak aksi, berlawan memang ia sebuah novel yang sangat sesuai. Adegan-adegan berlawan memang 'very graphic', diterangkan dengan teliti satu per satu. Kau boleh rasa betapa sakitnya kena tusuk, kena tumbuk semua. Aku fikir, mungkin penulis bekerja dalam bidang kesihatan, jadi penerangannya itu memang real.

Cuma... kadang-kadang terlalu banyak babak aksi sampai aku mengeluh penat duk baca watak-watak ni asyik berlawan.

Namun plot ceritanya kemas dan bergerak laju. Kau tak akan bosan. Pendek kata, ia bukan sekadar cerita lawan-lawan semata-mata.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
January 5, 2021
Padam mengingatkan aku pada filem-filem tipikal aksi Hollywood: tembak-menembak, gaduh-gaduh, dendam, bos besar, antihero. Sedikit elemen kekeluargaan, setiakawan dan cinta diselitkan. Tak terlalu teruk, tetapi tak terlalu bagus juga. Ia cuma –ok.
Profile Image for Kafka Firdaus.
56 reviews5 followers
June 24, 2018
PADAM mengisahkan tentang Malik, seorang dropout askar bernama dan Kamal penuntut universiti bersama rakan mereka yang lain telah masuk ke sebuah butan untuk melakukan aktiviti lasak. Namun nasib mereka tidak berapa baik kerana telah bertembung dengan penjahat yang telah membunuh rakan-rakan mereka. Malik dan Kamal berjaya melepaskan diri dari tragedi itu tetapi tanpa disedari mereka, penjahat itu telah memburu mereka kerana Malik telah terambil pendrive milik penjahat tersebut. Pendrive itu mempunyai maklumat sulit organisasi pembunuh upahan negara atau BILL dimana mangsa mereka adalah orang-orang penting dan terkemuka. Malik dan Kamal kemudian bertemu dengan seorang lelaki misteri bernama Razak yang menawarkan pertolongan ketika mereka hampir dibunuh salah seorang pembunuh upahan didalam organisasi BILL. Tanpa mengetahui identiti sebenar Razak, Malik dah Kamal turut serta dengan rancangan Razak dalam menumpaskan organisasi itu bagi membalas dendam atas kematian rakan-rakan mereka.

PADAM yang ber-genre Aksi/Thriller ini membawa tema dendam, pembunuhan, kekeluargaan, suspen, kasih sayang dan diselitkan sedikit unsur-unsur komedi yang tidak keterlaluan. Membaca novel ini mengingatkan saya tentang filem-filem aksi/thriller dari Hollywood. Plot dan jalan ceritanya juga menarik, teliti dan kemas serta tidak membosankan. Dari helaian pertama penulis telah berjaya membuatkan saya meneruskan pembacaan dengan bagaimana beliau memperkenalkan setiap watak dengan babak-babak aksi dalam membina perjalanan keseluruhan cerita. Penulis berjaya menggambarkan babak aksi terutama 'fighting scene' yang tidak meleret dan memasukkan elemen suspen dalam penulisan beliau. Peralihan dari satu babak ke babak yang lain boleh dikatakan 'fast-paced' membuatkan saya tidak jemu dan bosan sepanjang pembacaan. Laras bahasanya juga santai dan natural tapi masih menjaga disiplin di dalam penulisan. Jalan cerita yang predictable juga sebenarnya telah berjaya diadili dengan gaya penulisan yang pada saya agak bagus.

Berkenaan watak pula, Malik digambarkan seperti seorang yang berani, serius, garang, serta prihatin dengan orang-orang disekeliling. Berbeza dengan watak Razak yang lebih cool, pandai berlawan, tenang dalam apa jua keadaan serta suka menganjing, namun berjaya diimbangi dengan watak Kamal yang agak kebudak-budakan, kelakar, tidak tahu berlawan tetapi masih boleh diharap. Kombinasi ketiga-tiga watak ini dalam setiap plot memang menghiburkan.

Kurang kejutan pada penamat cerita kerana sudah dijangka. Apapun syabas untuk penulis kerana berani mencuba idea sebegini. Untuk pembaca yang mahukan novel aksi/thriller memang ini naskhah untuk anda.

4 Bintang dari saya.
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
December 20, 2020
[150-2020]

#Padam #IbrahimJamaHuri

Okay buku ni best ceritanya. Genre aksi/thriller yang diketengahkan ditulis dengan baik. Jalan cerita mudah difahami walaupun pada awal bab macam konfius gitu. Biasalah kebanyakan cerita genre sebegini, akan membuatkan pembaca agak keliru pada permulaan. Kesimpulannya, novel PADAM antara novel bergenre aksi/thriller yang bagus di bawah penerbitan Fixi. Tahniah buat Ibrahim Jama Huri!
66 reviews3 followers
July 13, 2021
Jalan cerita bergenre action macam ni memang seronok dibaca, setiap watak membawa peranan dengan baik sekaligus mencantikkan jalan cerita. Memang tak bosan baca, penulis cuba sedaya upaya untuk menerangkan setiap gerak geri pada babak aksi. Boleh baca versi ebook di esentral https://www.e-sentral.com/book/info/2...'
30 reviews
December 10, 2025
Reads like a movie. Plot yang menarik dan engaging, put it in mind that it is fiction so anything can happen.
Penulisan yang detailed dan humorous in nature.
Profile Image for Isya'.
1 review
April 28, 2018
NO SPOILER*
Bab 1 memang baik sebab terus buat aku absorbed into the story. Penyusunan plot PADAM sangat bagus dan membina (it all make sense). Watak-watak yang ikonik (especially razak) membuatkan aku membaca PADAM dengan semangat inkuiri yang tidak pernah luntur. Lenggok bahasa yang santai. Aksi dan thrill moment yang secukupnya ,walaupun fight scene sedikit meleret tetapi still quite awesome. Satisfying ending (for me). Walau apapun, sebagai seorang penggemar fixi good effort kepada penulis terhadap naskah pertamanya kerana tidak melakukan pembaziran terhadap keupayaan aku membeli naskah PADAM.
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
July 25, 2018
PADAM. Sebuah kisah thriller sains fiksyen. Malik dan rakannya berada di tempat pada waktu yang salah. Akibatnya, mereka telah terlibat dalam satu kes pembunuhan yang tidak disangkakan. Menjadi buruan polis dan penjahat pada masa yang sama. Mereka terpaksa melarikan diri demi mencari kebenaran.

Malik seorang dropout askar, jadi situasi ini tidak begitu sukar baginya. Kemahirannya banyak membantu dalam usaha menyelamatkan diri. Malik dan Kamal bertemu dengan Razak yang mempunyai kemahiran di bidang teknologi penyiasatan. Mereka bekerjasama dalam mencapai matlamat masing-masing.

Plot yang disusun kemas. Jalan cerita pantas. Bila membaca, terasa seolah-olah sedang berlari mengejar perkataan demi perkataan. Penjelasan tentang sesuatu babak padat dan tepat. Banyak teknologi canggih yang digunakan antaranya adalah SITI, program ciptaan Razak. Program yang banyak memudahkan kerja-kerja penyiasatan. Bijak SITI ni.

Plot apabila Inspektor Suzana dipanggil ke Secret Branch, digarap dengan baik. Terbayang satu scene dalam movie Harry Potter, waktu kali pertama Harry dipanggil ke pejabat Dumbledore, naik tangga berpusing.

Setelah habis baca buku ini, aku rasa organisasi rahsia BILL yang menawarkan tugas kepada pembunuh upahan perlu dilibatkan secara lebih mendalam pada keseluruhan cerita. Penglibatan BILL akan memberi impak yang lebih kuat pada watak antagonis dalam kisah ini.

Plot serangan terhadap ketua polis kelihatan terlalu mudah. Bagaimana seorang VIP yang memegang status pemimpin tidak dikawal rapi oleh pegawai-pegawainya. Penyerang menang mudah tanpa tentangan hebat dari pihak polis.

Secara keseluruhan, novel ini menarik untuk dibaca. Untuk mereka yang sukakan novel aksi, jalan cerita yang pantas dan babak yang mendebarkan maka buku ini sememangnya patut anda miliki. Dari segi gaya penulisan, bahasanya santai dan mudah difahami.
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
January 10, 2020
Permulaan cerita macam padat sangat dengan nama-nama sampai keliru sendiri. Bila dah sampai bahagian ke-5 , baru dapat rentak, siapa yang hero 1, hero kedua dan hero tambahan. Hahahaha.

"Peraturan dunia memang macamni. Bila ada orang jahat,akan ada orang baik yang akan cuba menghalang. Samada dengan mengikut undang-undang atau tidak" - Razak

Bagi aku perbualan antara Razak dengan Inspektor Suzana ada betulnya. "Kau percaya undang-undang lompong negara kita ni? Yang dipakai-buang ikut reputasi? Yang berpengaruh selalu terlepas, yang dibawah ditekan habis-habisan?..."

Jalan penceritaan dan penamat memang, tak bosan langsung 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
Profile Image for Atiqah Ahmad.
207 reviews2 followers
June 1, 2024
Awal² pembacaan tu macam pening sikit nak hadam nama² watak, sebab agak banyak dan sedikit bersimpang-siur bagi aku. Tapi bila dah perlahan-lahan dapat rentak tu automatik feel pun dapat.

Kisah padat aksi yang berlatar belakangkan sedikit Sains fiksyen, diselit dengan persahabatan, keluarga, dan a lil pinch of romance.
Profile Image for Maira.
398 reviews30 followers
May 2, 2020
★★★★.5

Saya boleh nampak kenapa buku ni salah satu pemenang sayembara 2017/18. Jalan cerita yang sangat menarik dan ditambah pula dengan watak-watak yang diperkembangkan dengan sangat baik. Melebihi expektasi saya. Well done!
Profile Image for Ezzan Haqis.
64 reviews4 followers
January 27, 2019
Suka penceritaan tang gerakan aksi. Aksi yang diceritakan dengan sangat detail. Hingga buatkan pembaca seakan 'menonton' action movie.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
October 3, 2022
Nice...

Sekali baca macam cerita wanted pon ada. Best best!!

Puas hati. First time aku dengar tentang chromosome six deletion!

Overall nice lah cite neh... heee

Ebook free dari @bukufixi thankss!
Profile Image for Fredx Sahadan.
39 reviews1 follower
September 7, 2022
Mula2 baca agak mengelirukan sbb disajikan dgn byk nama2.
Agak lambat untuk aku tangkap watak2 dr permulaan cerita. Bukan salah pencerita. Tp mmg salah aku yg lambat pickup. 😆

Start faham cerita selepas Malik, Azhar & Kamal balik dr hospital. Dr situ br senang nak tau watak2 mereka.

Makin lama membaca, makin seronok ceritanya.

Ending mcm biasa.. kebanyakan buku2 fixi yg aku baca akan suruh kita cipta happy ending sendiri… atau smmgnya akan ada sequal utk cerita2 mereka? Untuk buku ni, I really hope so.. tak puas membaca aksi2 razak dgn sistem canggihnya.

Btw, agak x faham dgn siti.
Boleh tak sesapa bgtau siapa siti?
Dia bernyawa atau mcm jarvis ironman? 😆
Profile Image for Hafeji A.D.
257 reviews1 follower
April 16, 2022
Permulaan cerita ni susah untuk aku nak kenal pasti setiap watak.

Setiap bab ada watak yang ditimbun. Buat kepala gua pusing sejenak.

Melangkaui (bukan Langkawi ya) ke pertengahan novel cerita dia makin menarik. Penuh aksi sehingga ke penghujung.

Untuk penulis yang tidak dikenali, aku rasa dia dah tulis dengan baik sekali.

Sekali eh? Seminggu..

Seminggu sekali kau datang padaku membawa cinta yang suci...

Amboi-amboi enak!
Profile Image for Najmi Selamat.
47 reviews3 followers
October 30, 2022
Idea yang menarik. Tetapi mungkin penulis terlalu cepat untuk menghabiskan cerita.
Displaying 1 - 27 of 27 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.