Jump to ratings and reviews
Rate this book

PENUMPANG

Rate this book
Jai dihantar helaian jurnal sahabatnya Eddi yang mati membunuh diri. Dalam jurnalnya, Eddi telah menceritakan pengalamannya sebagai penumpang bas. Bagi Eddi, menumpang bas merupakan rutin yang membebaskan jiwanya.
Dalam usaha untuk menerima kenyataan tentang pemergian Eddi, dan memahami masalah yang telah membelenggu sahabatnya itu, Jai bertekad untuk mencuba menyelusuri jalan yang dipilih Eddi.
Pada masa yang sama, Jai dibebani masalah keluarga. Pemergian Eddi telah membuatkannya lebih mempersoalkan erti hidup. Di kolej, setelah kematian Eddi hampir sebulan, Nina pula memberitahu Jai bahawa dia teman wanita Eddi. Jai keliru dengan perasaannya sendiri: Adakah dia cemburu atau sangsi?

302 pages, Paperback

Published April 27, 2018

5 people are currently reading
86 people want to read

About the author

Fee Anyau

1 book20 followers
Fee Anyau menetap di Kuching, Sarawak. PENUMPANG merupakan karya sulungnya yang terpilih sebagai salah satu pemenang Sayembara Buku Fixi 2017/8.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
71 (33%)
4 stars
94 (44%)
3 stars
39 (18%)
2 stars
7 (3%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 74 reviews
Profile Image for farahxreads.
728 reviews268 followers
March 21, 2022
"Sesungguhnya, dalam hidup, kadangkala pilihan yang kita ada pun sebegitu. Pilihan kedua pun tidak jauh lebih bagus daripada yang satu lagi. Tapi sekurang-kurangnya kita ada diberikan pilihan serta kuasa untuk memilih,"

Sebuah kisah melankolik yang diceritakan oleh Jai yang cuba mencari erti disebalik keterujaan Eddi, sahabat baiknya yang telah membunuh diri, dalam menaiki bas. Suka momen-momen Jai di dalam bas - nampak monotonik tapi sebenarnya penuh makna, pertemuan pertemuan Jai dengan 'keluarga' barunya - yang sekurang kurangnya memberi sinar bahagia walaupun sedikit untuk Jai. Momen yang paling saya suka ialah momen di mana Jai dan seorang pakcik sedaya upaya cuba untuk menutup tingkap bas yang tersekat dalam hujan, saya sepertinya boleh rasa bahagia seperti mana yang Jai rasa.

Tema digarap dengan cukup baik sekali - tentang depresi dan stigma disekitarnya, persahabatan, dan keluarga yang berpecah belah. Penulisan yang kemas dan tersusun. Ingatkan buku ini bercerita hal hal perasaan saja, rupanya rupanya ada juga rencah misteri, saspens dan oh ya, plot twist boleh tahan juga. Macam macam perasaan saya rasa bila membaca buku ini - rasa sedih yang amat, rasa bahagia, rasa teruja, dan tak senang duduk pikir apa yang terjadi sebenarnya. Tiga bab terakhir jujurnya sangat meluluhkan hati saya - rasa mahu genggam tangan Jai untuk salurkan kekuatan buat Jai. Semoga kau kuat, Jai.

Watak watak yang pelbagai dan berwarna-warni juga menjadi daya tarikan buku ini. Kita ada kawan yang kemurungan, bapa yang tidak seperti bapa, manusia-manusia yang tidak berhati perut, dan orang luar yang kadang kadang, terasa seperti keluarga kita sendiri macam Pakcik Rokok, Pakcik Baju Seterika, Pakcik Muka Blank - seperti apa yang Jai luahkan di jurnal beliau - Ada insan insan di sekeliling kau yang tak tahu pun nama kau, tapi diorang sebenarnya simpan kau dalam ingatan.

Probably gonna be one of my best read this year. Semua orang wajib baca karya ini. Terima kasih Fee Anyau untuk penulisan ini. Jangan berhenti menulis!
Profile Image for Sahidzan Salleh.
Author 14 books77 followers
Read
May 27, 2018
Depression itu benar.
Suicide thought itu benar.
Kehilangan itu benar.
Kesedihan itu juga benar.

Sebuah karya mellow melancholic yang sesuai dibaca segenap lapisan masyarakat.

Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews44 followers
July 21, 2018
Sebenarnya, kan... lepas aku habis baca buku ni, aku ulang baca lagi buat kali kedua. Sebabnya aku tak puas hati.

Tak puas hati kenapa nasib Jai dan Eddi harus begitu. Kenapa lepas Eddi takde, semuanya baru nak terbongkar?

Tentang perasaan Eddi.
Tentang masalah kemurungan Eddi.
Tentang Eddi yang selalu kena buli di kolej.

Tentang semuanya.

Pedih hati woo baca buku ni. Melankolik sungguh. Dahlah endingnya buat aku mengeluh dan termenung semalaman. (Erk?)

Sungguhlah, tak tahu nak cakap macam mana ia punya perasaan tu. Aku boleh rasa apa yang Jai rasa, Eddi rasa.

Sedih.

Dan terkilan. Sangat.
Profile Image for ⠀.
124 reviews35 followers
January 19, 2019
15 Januari 2019

Mula baca buku baru. Buku ke-12 untuk tahun ini. Buku dalam Bahasa Melayu yang ke-2 untuk tahun ini. Atau Bahasa Malaysia? Yang mana satu orang guna sekarang ni? Aku kena periksa nanti. Apapun, buku itu Penumpang tajuknya. Karya pertama penulis Fee Anyau untuk Buku Fixi. Salah satu buku antara 6 buku yang memenangi Sayembara Buku Fixi. PEMENANG SAYEMBARA BUKU FIXI 2017/18. Ada tertulis di bahagian bawah kiri kulit hadapan. Kulit hadapan berwarna hitam dan hijau yang dihiaskan dengan gambar sebuah bas. Mengikut sinopsis di belakang, gambar bas ini mungkin merujuk kepada bas yang dinaiki watak utama, Jai yang mahu merasa sendiri pengalaman menaiki bas setelah menerima helaian-helaian jurnal milik kawannya, Eddi yang telah mati membunuh diri. Dalam helaian-helaian jurnal Eddi itu, Eddi menceritakan pengalamannya sebagai penumpang bas. Oh, penumpang. Mungkin dari situ datangnya tajuk buku ini. Penumpang. Tapi siapa pula yang menghantar helaian-helaian jurnal itu kepada Jai? Satu misteri di situ.

Dah masuk 20 muka surat. Cerita setakat ini masih bergerak perlahan. Tidak cukup menarik bagi aku. Tetapi aku kena gagahkan diri juga untuk teruskan sebab buku ini ramai kata best. Buku ini juga aku baca ada sentuh tentang masalah mental. Depresi. Depresi? Kemurungan ke tu? Apa beza depresi dan kemurungan? Apakah depresi itu perkataan Depression yang diMelayukan? Tak sedap bunyinya. Aku lagi suka kemurungan. Kemurungan lagi sedap. Okay, cukup. Apa yang aku cuba nak katakan sebenarnya aku suka buku-buku yang sentuh tentang masalah mental dan kemurungan. Jadi, mungkin aku akan suka buku ini. Mungkin.

Tapi aku mula teringat sesuatu. Kisah seseorang menerima helaian jurnal orang yang telah mati? Ada sesuatu yang aku rasa familiar kat sini. Teringat pula cerita P.S. I Love You, karya Cecelia Ahern. Pasal terima surat daripada orang yang dah mati. Teringat lagi satu cerita. 13 Reasons Why, karya Jay Asher. Tetapi yang ini watak utama dia terima kaset. Daripada orang yang mati juga. Mati bunuh diri juga. Aku dah baca buku dan tengok kedua-dua musim adaptasi Netflix 13 Reasons Why ni. Ramai orang kata siri 13 Reasons Why ni bermasalah cerita dia. Aku bersetuju juga di situ. Adaptasi siri Netflix ini terlalu fokus dengan babak-babak dan jalan cerita yang mengejutkan sampai terlupa akan kesannya kepada penonton-penonton muda remaja yang senang terpengaruh. Sampaikan cara seorang watak dalam siri ni membunuh diri pun berlainan dengan cara dalam buku. Dalam siri Netflix, cara watak itu membunuh diri lebih dramatik dan aku rasa tidak sesuai untuk paparan budak-budak dan remaja yang merupakan penonton yang disasarkan untuk siri ini.

Penumpang! Penumpang! Aku sedarkan diri aku semula untuk bercakap pasal buku ini. Dah masuk 50 muka surat dan otak aku mula berhenti berfungsi. Buku ini bergerak terlalu perlahan dan terlalu membosankan. Tak ada apa yang jadi. Hanya Jai baca helaian jurnal Eddi, cerita pasal apa yang dia buat dan nampak. Naik bas. Baca helaian jurnal Eddi. Cerita lagi pasal apa yang dia buat dan nampak. Turun bas. Baca helaian jurnal Eddi dan cerita lagi apa dia buat dan nampak. Naik bas lagi. Turun bas. Naik bas. Berkenalan dengan pakcik pemandu bas. Sebab itu perkara normal.

Tutup buku. Letak tepi. Tepi lagi. Lagi tepi. Tepi lagi sikit. Tidur.

18 Januari 2019

Akhirnya selesai juga. Selesai juga aku tengok kesemua 4 musim siri TV Norway, Skam. Boleh tahan juga siri ini. Musim pertama biasa-biasa je. Musim kedua dan ketiga menjadi kesukaan aku. Musim keempat, akhirnya salah seorang watak yang aku suka diketengahkan ceritanya. Tetapi malangnya, cerita dia agak bermasalah sikit. Isu yang dibangkitkan tidak disampaikan dengan baik. Apapun, aku fahamlah akhirnya kenapa siri ini terkenal di kalangan remaja.

Dan sekarang mungkin aku patut sambung semula baca Penumpang.

Okay, episod pertama adaptasi drama Jepun Murder on the Orient Express. Murder on the Orient Express, karya asal oleh Agatha Christie. Aku dah tengok adaptasi filem tahun 2017. Aku suka filem itu sepertimana aku suka bukunya. Jadi, aku rasa tak salah untuk cuba tengok adaptasi drama Jepun pula. Dua episod saja dramanya. Pendek saja. Tapi sangkaan aku silap. Episod pertama saja dah lebih 2 jam. Dan meskipun ada pelakon-pelakon yang aku minat seperti Matsushima Nanako dan Tamaki Hiroshi, drama ini mula mengecewakan aku. Detektif Hercule Poirot versi Jepun aku rasakan terlalu macam kartun. Aku tak tahu macam mana diorang nak drag cerita ni sampai ke lebih dua jam untuk satu episod.

Aku tak dapat habiskan episod pertama. Tak boleh. Kena buat benda lain dulu. Tak ada pilihan, aku buka semula buku Penumpang.

Ya, begitulah. Hanya buku yang bosan boleh buat aku layan siri TV semula dan hanya siri TV yang bosan boleh paksa aku baca buku yang aku rasa bosan semula.

19 Januari 2019

Akhirnya selesai juga. Selesai juga aku baca Penumpang. Akhirnya, aku bebas. Aku bebas.

Dan setelah aku rate buku ini di Goodreads, mungkin aku patut cuba tulis ulasan pasal buku ini.

Aku rasa aku nak buat ulasan aku dalam bentuk catatan jurnal seperti catatan jurnal Eddi dalam buku Penumpang ini. Dan lepas tu aku akan ceritakan satu per satu benda yang aku buat dengan cara sebosan yang mungkin. Aku harap aku berjaya buat macam tu untuk menyampaikan betapa seksanya aku menahan kebosanan cuba untuk menghabiskan buku ini.

Aku juga patut tulis SPOILER ALERT! SPOILER ALERT! Sebab aku akan letak beberapa spoiler pasal buku ni. SPOILER ALERT!

Masalah aku bukan sahaja dengan Jai dan hidup sehariannya yang membosankan dan diceritakan satu per satu, yang sebenarnya bukanlah gaya penceritaan yang baru sekalipun. Ada beberapa penulis yang aku pernah baca suka buat benda yang sama tetapi hanya beberapa yang berjaya buat aku tak mengamuk baca.

Bagi aku apa yang lebih buat aku terasa seksa kebosanan baca buku ni adalah kerana ceritanya terlalu fokus akan kehidupan seharian Jai yang membosankan dan terlupa dengan perincian lain yang aku rasa patut diceritakan. Buku ini juga sepatutnya ada sedikit sebanyak tentang Eddi. Seperti macam mana pula Eddi boleh berkenalan dengan pakcik-pakcik pemandu bas sampaikan mereka mengambil kisah akan kematian Eddi. Aku rasa kalau diselit satu dua cerita pakcik-pakcik bas itu dengan Eddi mungkin lebih berkesan lagi ceritanya. Sebab ada pun yang telah diceritakan tidak dirasa begitu meyakinkan bagi aku. Meyakinkan aku macam mana orang asing boleh ambil berat tentang orang asing yang lain. Benda ini bagi aku penting sebab juga membenarkan aku faham macam mana orang asing yang sama mula ambil kisah pasal Jai dan turut libatkan diri mereka dalam masalah Jai. Selain itu setiap perubahan plot dalam buku ini juga aku rasakan seolah-olah dimasukkan saat-saat terakhir. Macam baru nak guna point tu, jadi bab sebelumnya baru akan bangkitkan isu tu. Sebagai contoh, hubungan bapa Jai dan teman wanita. Tiba-tiba entah dari mana datang benda tu dan tahu-tahu Jai dah kena tumbuk di bab seterusnya sebab hubungan bapanya itu. Dan bila masa pula si Jai ni tak hormat teman wanita bapa dia sampai kena belasah lagi dengan bapa dia pula? Bila pula watak teman wanita bapa Jai ni muncul? Otak aku dah padam ke waktu baca bab tu? Banyak benda yang hilang kat sini.

Lepas tu cerita dah mula bertukar genre. Thriller dan suspense pula dah. Tiba-tiba Nina, seorang perempuan yang mengaku dirinya sebagai teman wanita Eddi dah jadi penulis? Dan dah tentulah buku dia ada kaitan dengan Eddi! Lepas tu dah jadi cerita gangster pula dah ada babak kejar-mengejar kereta. Apa benda? Jadi korang nak bagitahu aku Jai yang dibantu oleh orang-orang dewasa lain takut dengan Nina seorang tu? Aku tak tahulah ancaman macam mana yang buat diorang lari sampai macam tu sekali. Sebab apa yang Jai dapat hanyalah surat-surat ugutan tiga empat helai. Okay, ya, lepas tu mereka berjumpa kat hutan dan Nina tu ada pistol. Tapi diorang tak tahu pun pasal pistol tu waktu kena ikut dengan kereta Nina tu, jadi nak takut apa? Makin lama makin terlebih dramatik cerita ni sampai dah macam mengarut dah aku rasa.

Cerita ni jenis yang suka mengabaikan macam tu saja plot-plot yang dah tak mahu guna. Macam helaian-helaian jurnal tu hilang macam tu saja lepas separuh buku dan aku rasa tak ada dedahkan pun siapa yang hantar? Dan sebab apa? Apa tujuan dia kasi helaian jurnal tu pun aku tak tahulah. Masih lagi misteri.

Ada terlalu banyak perkara yang tidak dijelaskan dengan baik, plot yang diabaikan untuk membentuk plot baru dan juga pertukaran rentak cerita secara tiba-tiba sampaikan aku dah mula tak tahu apa buku ni cuba nak sampaikan sebenarnya.

Lepas tu, tamat.
Profile Image for Dieyana Ayuni.
94 reviews14 followers
July 15, 2018
Serius tak best.
Bukan buku ni tak best. Tapi feeling yang ditinggalkan lepas baca buku ni. Tak dapat nak describe kecewa dia macam mana. Berkecamuk betul perasaan aku bila habis baca.

Jadi sebenarnya buku ni best ke tidak?

Aku rate 5 stars.
Tak pernah-pernah aku bagi Buku Fixi 5 stars, ini kali pertama. Padahal bukunya mudah saja, pasal penumpang bas. Tapi entahlah.. Sebab buku ni boleh buat aku sakit hati teramat dalam ke sebab boleh buat aku menangis ke entah apa. Ishk taktau dah nak tulis apa ni. Lost.

Mahu beberapa hari jugak aku lost ni.
Profile Image for Kafka Firdaus.
56 reviews5 followers
July 13, 2018
Buku ini tentang depresi. Tentang persahabatan. Tentang kasih sayang. Tentang kehilangan. Tentang kesedihan. Tentang kekeliruan. Tentang emosi. Tentang kesunyian. Tentang hubungan sesama manusia. Tentang masa lampau. Tentang penyesalan. Tentang Jai. Tentang Eddi. Tentang ting ting tang ting tang tang ting ting tang ting.

Cerita ini bergerak perlahan. Perlahan yang melekakan. Feel yang selalu saya dapat apabila membaca buku Abah (Murakami). Berjalan dari satu bab ke satu bab. Menyelami hati Jai yang runtun, menumpang dari satu bas ke satu bas yang lain, Jai cuba mencari setiap kepingan memori Eddi. Tidak mahu ia hilang ditelan waktu, Jai mahu perjalanan ini ada akhirnya, biar ia seteruk mana, Jai mahu ia ada jawapan yang pasti. Justice for Eddi.

Buat Eddi, berehatlah kawan. Masa lampau itu memang menyakitkan.

Buat penulis Fee Anyau, terima kasih. Buku ini bagi saya closure. Bagi saya satu kesedaran yang saya tak mampu nak kongsi. Teruskan menulis ya.

5 bintang dari saya.
Profile Image for hans.
1,184 reviews152 followers
June 23, 2018
Ia bermula dengan Jai dan berakhir dengan Jai. Ia satu kisah merangkum perasaan dan emosi, bermain dengan minda dan boleh buat kau termenung jauh. Ia super personal bagi seorang Jai, mengganggu fikiran dan meramaikan beban luggage monster di bahu.

Permulaan yang agak perlahan namun plotnya kemas. Idea bagus dan berani-- hal psikologi dan suicidal. Jadi saya faham bila penulis agak cermat mengatur susur bab dan naratif setiap satu. Saya tak gemarkan Nina (oh i love my instinct). Saya suka Jai-- saat dia dipukul dan dibuang keluarga saya juga bersedih hati. Apa lagi nasib kamu ini, Jai? Beritahu saya :'(

Keutamaan karakter lebih fokus kepada Jai walaupun point of story ia tentang Eddi. Dua watak ini dikembang setara dalam babak yang saling melengkapi (walaupun Eddi cuma wujud dalam kotak memori). Sepanjang bacaan saya nervous dan risau. Ia satu perjalanan bacaan yang mengajar saya erti persahabatan dan kekeluargaan. Tentang kemurungan dan depresi. Tentang ambil berat dan kepercayaan. Juga jangan ambil kesempatan atas 'kekurangan' orang lain.

Walaupun hal kematian Eddi agak draggy bagi saya (sejenis kurang sabar!) dan kisah perasaan Jai kadang berbunyi repetitive juga, tapi transisi bab ke bab itu tidak membosankan. Tahap menariknya berperingkat with so damn much feels. Sangat melankoli. Oh saya teringat inciden mi jawa di Serian. Ouch.

Ralat sikit dengan bahagian hujungnya. 10 bab akhir yang agak laju dan padat, semacam semua dilonggok ke situ and me trying to catch up. Banyak kejadian terjadi, ada aksi, ada kisah sebenar (yang buat saya terfikir ia mungkin benar di dalam diri kita semua sedang ada raksaksa yang menunggu masa) dan ada helaian jurnal yang masih berbaki.

Mukasurat terakhir yang agak buat saya terkedu. Namun tahniah buat penulis. Satu debut yang menarik dan bagus. Tahniah juga untuk menang sayembara ini. Terus menulis ya!
Profile Image for Nur Elvina.
70 reviews20 followers
January 17, 2021
Buku ini berada dalam wishlist untuk sekian lamanya sehinggahlah buku ini sudah dihenti cetak, aku menyesal kerana bertangguh dan bahagia semula. Bahagia menemui buku ini dalam bentuk ebook. Lagi bahagia dengan pengakhiran buku ini.

Namun Penumpang bukanlah tentang kebahagian malahan lebih jauh daripada itu, depresi. Kisah seketul Jai dengan pengembaraannya menjadi penumpang bas demi memahami erti keterujaan Eddi menaiki bas selepas kematiannya. Agak lucu sedikit sebab aku merasa diri aku Jai. Mungkin sebab dulu aku kerap menaiki bas dari kampus ke terminal bas Batu Pahat hanya sebab mahu membuang bosan. Lagi-lagi Jai pun sejenis minum Nescafe tin sambil memerhatikan gelagat manusia. Tanpa dirancang, pertemuan Jai dengan Pak Cik Baju Seterika dengan Pak Cik Rokok akhirnya merungkai punca Eddi menamatkan riwayatnya. Maka bermulalah adegan-adegan saspens dan kemunculan watak yang membuatkan aku terlopong dengan plot twist nya.

Sikap ayah Jai yang tidak menganggap Jai sebagai anak menambah bengkak hati lagi-lagi apabila Jai menjadi mangsa perbuatan skandal ayahnya. Persabahatan antara Jai dengan pemandu-pemandu bas usang membuatkan aku tersenyum seorang dan aku juga mahu kamu pun tersenyum bersama saya.
Profile Image for ωαη  ïzzαz.
56 reviews12 followers
August 17, 2018
Pertama kali aku membaca buku yang melankolik sebegini.Aku rasa pegun sekejap selepas selesai menyelak ke helaian terakhir.

Kenapa takdir begitu kejam terhadap Jai dan Eddi? Adakah kerana nyawa mereka tidak bernilai jadi mereka tidak layak untuk merasa kebahagiaan?Jai dan Eddi,ketahuilah bahawa bukan nyawa kau berdua yang tak bernilai,tapi orang2 di sekeliling kau yg tidak pandai menilai nyawa kau berdua.

Sungguh,semasa ak membaca novel ni,entah kenapa terasa dekat sangat dengan hati dan jiwa..Sakitnya memendam itu hanya tuhan yg tahu.Tiada tempat untuk diluahkan,tiada sesiapa untuk dikongsi.

Aku rasa aku akn akan murung untuk beberapa hari.

TAHNIAH buat penulis yg dah berjaya bermain dengan emosi aku.
Profile Image for Lanzz.
816 reviews26 followers
May 22, 2020
Sebuah novel yg membicarakan tentang depresi. Pada mulanya, agak slow sikit ceritanya. Tapi misteri dan rahsia yg cuba disampaikan membuatkan pembacaan menjadi lancar kerana perasaan ingin tahu. Cuma, tak berapa faham apa yg terjadi pada Jai pada akhirnya.

Mengisahkan tentang Jai, seorang pemuda yg baru kehilangan sahabat baiknya, Eddi akibat bunuh diri. Suatu hari, dia mula menerima nota2 tulisan Eddi, dan dia mengambil keputusan untuk menyiasat rahsia kematian sahabatnya itu. Dia mula meniru rutin harian Eddi, iaitu menjadi penumpang bas henti-henti. Dia mula berkenalan dengan beberapa individu, dan semakin banyak rahsia dan jawapan yg dia temui.
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
January 27, 2024
Usai bacaan, aku rasa sangat 🤯. Aku suka plot twist dan pengakhirannya yang tidak disangka-sangka. Jatuh kesian kepada Jai dan Eddi kerana menjadi mangsa kepada manusia-manusia yang mementingkan diri sendiri.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 26, 2018
Zainal aka Jai, cuba mengikuti saranan Eddi, kawan baiknya yang baru meninggal kerana membunuh diri. Jai cuba memasuki dunia Eddi, yang gemar menaiki bas lama tanpa air cond dan merasai pemikiran Eddi. Kenal dengan watak-watak yang sering Eddi nukilkan, perasaan 'wujud' dan diterima, sekurang-kurangnya di dalam 'komuniti' bas itu.

Sedikit sebanyak, mengingatkan J (yang belum habis di baca), sebuah kisha yang tak kurang melankolinya. Bebanan perasaan Jai dek rasa bersalahnya kerana tidak perasan perubahan sikap Eddi sehinggan membawa kepada tragedi itu, dia cuba untuk menyelami perasaan Eddi, meletakkan dirinya dari sudut pandangan Eddi sendiri. Dan, tanpa disangka membawa kepada penemuan yang tidak dijangka.

Banyak isu yang diangkat penulis dalam ni, namun banyak yang tidak memihak kepada Jai dan Eddi, sehingga mereka menjadi mangsa dan cuba untuk saling melengkapi. Sayangnya, Jai hanya menyedari hakikat itu selepas Eddi pergi. Betapa ruginya mereka.

Entahlah, permulaan saya merasakan seolah-olah Eddi mendorong Jai untuk turut mengikuti jejak langkahnya (atau pun persepsi Jai sendiri dek rasa bersalahnya), ditambah pula dengan masalah keluarga dan kolej yang melanda. Kalau di tempatnya, saya sendiri rasanya sudah depress.

Namun, semakin menyusuri naskhah ini, dan bila ia menjadi sedikit thriller (agak kurang suka, mungkin mengharapkan melankolik berterusan ke akhir cerita),semakin banyak konflik dalaman yang disampaikan penulis, dan semakin ramai yang senasib dengan Jai. Mungkin, kerana itu mereka teguh beridri di belakang Jai, walaupun baru pertama kali berjumpa. dan, betapa begitu besarnya impak tekanan perasaan kepada seseorang, sedang masyarakat kebanykkannya tidak mengambil peduli, malah secara tidak langsung menyumbang kepada tekanan tersebut.

Ah, betapa dunia tidak adil untuk Jai dan Eddi (dan begitulah perasaan di akhir cerita ini).
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
October 14, 2018
Selepas membaca novel ini, aku rasa sangat dekat dengan Jai. Ada bahagian kisah hidup Jai yang berjaya buat aku mengalirkan air mata sebab aku faham situasi tersebut.

Untuk semua 'Jai' yang ada di dunia ini, anda kuat dan sebab itu anda terpilih untuk menghadapi hidup sebegitu. Doa untuk anda semua.

Tahniah, penulis. Teruskan berkarya.
Profile Image for cutesyreader ツ.
123 reviews57 followers
March 5, 2020
Ermm, sebenarnya tak tahu nak review lagu mana ni. Agak terkejut jugak dengan ending tu sebab tak sangka begitu puncanya.

Kesian.

Tapi time macam ni lah kita ingat balik bahawa qada' dan qadar tu benar.

Apa pun, permulaan cerita sangat slow dan mendatar sampai aku hampir nak give up, hence mengambil masa yang lama jugak untuk habiskan bacaan.

Actual Rating
3.8 bintang
Profile Image for Farah Hawa.
7 reviews6 followers
December 12, 2018
Macam menonton siri Detektif Conan. Watak2 yg ditemui dlm novel ini semua digarap kemas. Ada bhg yg sedih, tapi tidak sampai menangis. Kesunyian yg digambarkan pada jalan cerita watak utama mmg terasa. Mungkin bukan genre saya. Jadi saya tak mampu bagi bintang lebih. Pujian utk penulis yg pandai menggarap plot. Semakin baca, semakin tak lepas buku di tangan. Tahniah penulis! Tak rugi beli, cuma ini bukan genre saya 😊
Profile Image for Jessica.
353 reviews45 followers
May 17, 2020
Actual rating: 2.5 star

Let me start this review by saying that I loved this book when I first started reading it. I envisioned myself giving it a 4 star at the very least. The writing style was so beautiful. It was slow but it was giving this melancholy vibe and there were also a lot of beautiful quotes. I was in love with the vibe of the book. I also really liked how the author actually did some kind of research about suicidal thoughts, depression and anxiety. This book has some focus and the theme was obvious, it was extremely promising.

Unfortunately, it didn’t last long. I noticed that after page 100, the plot wasn’t moving that much. All of the sudden, the second half of the book was all about making the plot moving. For me, it was messy. A lot of unnecessary scenes and people were added into the book, just for the plot to move. It feels as though the author was just plucking idea from here and there and trying so hard to make the plot works and to finish up the story. If only the author took some time to develop the plot properly and did not make things so convenient for the protagonist, I think this book would be one of my favourite this year. Can you imagine reading a book that was so calm in the first half, then you are served with dramatic, full of action plus lots of paranoid thoughts in the second half of the book?

link: Ulasan penuh di sini
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
273 reviews55 followers
June 25, 2020
Buku ni mengisahkan mengenai seorang lelaki bernama Jai yang baru sahaja kehilangan rakannya, Eddi. Dan kematian Eddi disebabkan oleh bunuh diri.

Awalan cerita bergerak dengan helaian-helaian jurnal yang ditulis oleh Eddi, sebelum dia meninggalkan dunia ini (ada vibes 13 Reasons Why gitewhhh). Pada bahagian awal cerita aku boleh katakan cerita bergerak dengan penuh perlahan, tetapi untuk kisah yang berkisarkan kesihatan mental, aku rasa pergerakan sebegitu yang mampu menyentuh jiwa.

Pada awalnya aku dapat rasakan "yasss buku ni kena dengan jiwa aku" sebab i'm a sucker for this kind of story. Friendship dan mainan emosi. Ditambah lagi dengan penulisan yang begitu melankolik. Dan banyak quote yang ada dalam buku ni hits to the soul, yang memang aku boleh relate.

Tapi...

Bila masuk bahagian kedua cerita aku rasa "eh buku ni dah tukar genre ke?" Pada awalnya kita disajikan dengan cerita2 penuh emosi, bahagian kedua cerita aku rasa macam tengah baca buku thriller. I'm not saying it's a bad thing, tetapi aku rasa gabungan dua genre ni macam tak masuk sangat??? Mungkin ramai je yang minat cerita macam ni, tetapi aku lebih suka kalau vibes melankolik tu diteruskan sehingga penghujung cerita. Tapi tu la, ni buku fixi kan. Kena la ada twist sana sini.

Dan lagi satu aku macam tak boleh terima adalah motif watak antagonis dalam ni. Bila aku baca benda2 yg dia buat dan reason dia buat macam tu, aku macam "WTF sebab tu je??? SEBAB TU JE??!!" Sekali lagi, tu ungkin aku je la kott..

Overall it's a good read untuk aku, dan benda yg betul2 aku minat dalam kisah ni adalah cara penulis mengolah 'the feeling of despair' yg dialami oleh Jai. Bila aku baca tu, aku dapat rasakan apa yg dirasakan oleh Jai.
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
May 24, 2020
Jai memilih untuk menjadi penumpang bas setelah menerima helaian-helaian kertas daripada mukasurat jurnal sahabat baiknya -- Eddi -- untuk merasai sendiri perkara apa yang membuatkan keterujaan Eddi setiap kali bercerita tentang pengalamannya menaiki pengangkutan awam tersebut. Dan cuba untuk melihat dunia daripada kaca mata Eddi.

Menjadi penumpang bas, Jai dapat mengenali sendiri watak-watak yang disebut oleh Eddi di dalam jurnalnya. Antaranya ialah Pakcik Mon dan Pakcik Rokok, yang seterusnya telah memainkan peranan penting dalam kehidupan Jai sepanjang menjadi seorang penumpang bas dan juga mengenali sisi lain tentang kehidupan juga kematian Eddi.

______

Penumpang; sebuah kisah yang berkisar dalam sebuah hubungan persahabatan, kepincangan hubungan kekeluargaan, buli dan gangguan kesihatan mental. Sebuah cerita unik yang menjadikan pengangkutan awam bas, menjadi latar yang terasa begitu signifikan.

Perkembangan plot sangat menarik pada saya -- bagaimana perkara harian biasa dijadikan signifikan; hubungan yang dicipta antara Jai dan pemandu-pemandu bas; entah bagaimana, tapi penulis mampu membuatkan saya turut teruja dengan 'pengalaman' menaiki pengangkutan bas ini. Apatah lagi dalam waktu yang sama adalah untuk Jai mengalami sendiri rutin hidup sahabat baiknya Eddi -- perkara itu buat saya sendiri berasa dekat dengan Eddi.

Saya juga gemar dengan gaya penceritaan penulis sedari awal, terasa lancar. Setiap unsur saspen pada saya juga sangat berjaya dicipta. Membuatkan saya segera ingin tahu bagaimana penulis akan merungkai semuanya. Tetapi graf penceritaan terasa merundum memasuki ke beberapa bab terakhir, seperti penulis kekurangan idea bagaimana untuk menyimpulkan cerita ini dan berharap hanya untuk dapat menamatkannya.

Walaupun saya berharap yang pengakhiran cerita ini dan bagaimana segalanya disimpulkan adalah dengan jalan yang lain, tapi saya puji kemampuan penulis yang dapat menangkap emosi saya sepanjang perjalanan cerita, dan bagaimana saya serta-merta terus tersangkut dengan cerita ini. Semestinya sebuah buku yang buat saya terus membelek ke muka surat seterusnya.
Profile Image for H0ney_ruby .
38 reviews2 followers
July 7, 2018
"Hirup kopinya umpama menghirup kepahitan dalam kehidupan. Dalam hidup ini kita kena telan yang pahit, macam kita telan kopi."

Novel ini sedikit sebanyak meruntun jiwa. Mengisahkan Eddi, sahabat Jai yang mati bunuh diri. Jai menerima jurnal dari Eddi sempena hari kelahirannya. Sedikit sebanyak, dia ingin mecari jawapan atas tindakan Eddi yang telah meragut nyawa dia sendiri. Penulis pandai bermain dengan emosi. Sedih, marah malah perasaan ketika Eddie menceritakan ketenangan dia ketika menaiki bas lama. Kisah kehidupan Jai tidak kurang sedihnya. Ada sesetengah bahagian boleh mengelirukan kita ketika Jai ingin mencari jawapan, apa yang berlaku di sekelilingnya itu realiti atau ilusi semata-mata. Jika ingin tahu lebih lanjut, baca lah novel ini! Syabas saya ucapkan kepada Fee Anyau. Sangat menarik penceritaannya
Profile Image for Cindy.
38 reviews
May 11, 2018
Didn’t expect a mundane routine which is easily taken for granted turn into a heartfelt story depicting mental illness. Somemore with a spin involving the two bus drivers haha. I had initially expected that Jai woke up to being told it was all a dream and that it was his imagination of being stuck in a mental illness all along haha. Nevertheless... Tak bolehlah settle for this ending haha. There has to be a sequelae to this! What is next in store for Jai? Manslaughter? His struggle with mental illness? Haha. Man, I was so furious with the father. Whatever happened to the father? Hahaha. Anyway, a well-written piece of work. Keep it up!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Anthophile &#x1fab4;.
382 reviews7 followers
January 21, 2024
"Dalam hati, aku berbisik, sekarang pun aku tak ok tapi bukannnya dapat senang-senang cakap 'hey, aku tak ok'. Rasa tak ok tu susah untuk digambarkan atau dijelaskan. Rasa tak ok tu bukan berpunca daripada satu sumber nyata yang dapat dikenal pasti dan dihapus serta merta. Aku tak pasti sama ada aku sedih marah atau risau, atau gabunga. ketiga-tiga nya. atau none of the above at all". -So true, the exact feeling of depressed.

❏ Orang selalu suruh rest tapi 'raksasa' yang selama ini tidur kembali bangun, tiada istilah rehat bagi mereka yg berlari penuh keletihan. Saat larian terhentilah raksasa kembali mengejar.

Orang depressed ni akan terhimpit dgn rasa serba salah, nak buat tapi banyak fikir. Dunia mereka memang sunyi in slow motion dan 'pecah' sehingga hidup terasa tiada alasan lagi.
______________________________

❏ Protagonis bercerita tentang pengalaman sebagai penumpang bas ditambah dgn refleksi nya sendiri. Ada elemen hiperbola dalam pengisahannya, membuatkan karya ni seakan-akan cuba kelirukan pembaca utk biarkan mereka tertanya-tanya sama ada cerita nya rekaan atau tidak.

❏ Buku ni bukan lah best atau tak best langsung, penerapan element depression and a little bit of suspense and thriller tu on point 👍🏻 buku yg melancholic dan sunyi tiada rasa because that is how it is.

Cuma aku agak hilang fokus dan minat bila di tengah2, mungkin sebagaimana karakter utama yg juga hilang minat pada hidup walaupun masih waras. Berbaloi juga stay till the end walaupun pace dari slow ke tiba2 terburu2, but memang tak sangka ada plot twist tu 👌.

❏ Dia naik bas nak try jadi penumpang mcm arwah kawan dia Eddie yang misi nya ingin merasa dan tahu apa penyebab Eddie bunuh diri, so dia kena cari pemandu2 bas yg Eddie mention. Setiap hari dia akan dihantar satu page of Eddie's journal, why and who? Dunno.

Agak opaque and keliru, banyak twist and turn, itu yg aku suka tp bila di tengah2 mcm 'lari' sikit. Ending dia pn 50/50, baca lah if you want to dive into one's thoughts of depression. Kelakar buku ni haha tapi 'sunyi' if you know what i mean, dunia org depressed mana ada riuh kan.
Profile Image for meenie.
394 reviews3 followers
January 25, 2026
i tried to like it but nope, this was not for me.

setelah baca buku ini, baru saya dapat trace cara pembacaan saya. rupanya saya ini seorang yg kurang gemar dgn karya melankolik. saya lebih sukakan kisah yang straight to the point. saya tak suka kisah yang terlalu describe everything in one surrounding. contohnya macam dalam bas. saya hanya akan ambil peduli tentang kisah watak utama dan perbualannya. saya takkan ambil peduli dengan warna besi bas. kerusi yang sudah reput. besi yang hampir terkopak dari kedudukannya. jadi saya putuskan karya ini bukan untuk saya.

permulaannya agak promising. kisah tentang jai yang cuba menebus kesilapannya terhadap kematian rakan baiknya, eddy. jai naik bas seperti apa yang eddy nak. jai kenal semua org yg eddy mentioned dalam jurnal eddy. semua org. tapi dalam masa yg sama jai pun ada masalah sendiri. bapak ada pun tak guna. menyundal dengan wife org sampai anak sendiri hilang motor pun tak ambil peduli. anak sendiri kena tumbuk dekat uni pun balik tu dia pergi tibai anak dia sendiri. sejujurnya hidup jai ini sedih. so kepada eddy yg dah mati, ye jai dah tak cool lepas kau mati.

bila menghampiri ending saya rasa macam apo? asal drastik sangat? dah kenapa nina macam ni? macam takde connection tau. rasa macam hilang dari plot utama cerita ini. saya jelah rasanya sebab tgk review org lain semua kata ok. hm ...

pape pun saya tak satisfied dgn ending dia. jalan cerita ok. cuma some pages saya skim sebab terlalu banyak describe benda yg saya rasa better cut untuk fokuskan kepada watak utama. itulah.
Profile Image for Chew Pin.
2 reviews
March 18, 2019
Mental illness is the backbone of this story. This book not only highlights the detrimental effects of bullying, discrimination and homophobia, it also pinpoints the importance of support and understanding from friends and family. This core topic is beautifully wrapped up in an unexpectedly refreshing plot with a flawed, turbulent yet relatable protagonist. Though it starts off slow, the momentum builds and seemingly random, scattered pieces fit together perfectly at the end. Very well written.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hikaoru.
967 reviews25 followers
September 27, 2018
This book is so meta!

I was kinda floored that Malaysia actually have an act on driving kids or mad people towards death. Like is that a real deal? I don't have my FC on me to check. It's at the hostel right now which sucks. The narrative was very relaxed and slow going despite the fact that it deals with grief, abuse and child abandonment. However the last few chapters was a tad rushed or perhaps the scenes were made to seem like that....I had to reread some parts to get it. Because it gies with the theme of being a passenger in a bus, I was kinda jolted awake at the twist, kinda like when a bus screeched to a halt. I knew that Eddi's death could be because of something nefarious but you gotta warn us a bit...or probably make it longer somewhere three quarter before the end.

Definitely mixed feelings over this. Like...was this supposed to be a closure for someone grieving or a mystery we need to solve.

Though props to Jai for surviving...
And bonus: the book is set solely in Sarawak. Haven't come across many books that have that.
Profile Image for Aqiela.
58 reviews1 follower
October 14, 2018
BEST! Ceritanya simple je, tapi setiap helaian page yang dibaca buat rasa curious dan tertanya2 sampai rasa tak boleh stop baca. Ambik masa lebih kurang 7/8 jam saja untuk habiskan buku ni. Sepanjang pembacaan tu memang banyak andaian2 sendiri yang dibuat tapi satu pon tak tepat, impressed dengan penulis! This book deserved to get 5 stars! ❤️
Profile Image for Pak Badrul.
Author 9 books6 followers
November 20, 2018
Keseluruhannya aku amat suka dengan cara penulis menggarap ceritanya. Tapi penulis cuba menamatkan kisah ni dengan sedikit terburu-buru. Itu yang tak bestnya. Murung aku jadinya. Semoga murungku ini tidak menjadi lebih parah lagi. Ok, aku kena naik bas untuk mencari punca kenapa boleh jadi begitu. Hahah!
Profile Image for lunabksw.
85 reviews1 follower
August 27, 2023
Buku ni agak slow pace pada awal bab nya.Rasa mcam naik bas jugak,nk cuba faham kenapa kawan dia suruh naik bas dan kau likes nk cari jawapan apa ni? Plot twist agak mind blowing jugak tk expect langsung igt ni novel healing kenang mengenang sahabt handai yg telah pergi meninggalkan kita
Profile Image for Sha Mohamed.
2,546 reviews1 follower
February 9, 2020
Sha suka buku ini sebab bawa tema depresi dan bagaimana tingkah laku orang disekeliling kita mampu menjahanamkan hidup kita.. Kawan yang tanpa sengaja melakukan sesuatu dan mengakibatkan bala bencana sehingga manusia yang sememangnya dalam kemutungan di hentam dan ditekan untuk terus hanyut dalam kemurungan sehingga membawa kepada kematian.. Setiap tindakan kita ada akibatnya.. Bukan sahaja pada kita tapi orang disekeliling kita..
Profile Image for Siti.
Author 3 books18 followers
July 11, 2022
Sedih la buku ni habis macam ni. Huhu.
Profile Image for SyaMimi.
153 reviews12 followers
December 29, 2018
Ada perasaan suka-benci semasa baca naskah Penumpang ni.

Kisah Jai yang ingin menyelami pengalaman Eddi yang suka menaiki bas. Liku hidup Eddi yang Jai dapat rasakan selepas Eddi meninggal dunia.

Plot perlahan, sejenis perlahan yang sesuai dengan transisi dari bab ke bab yang lancar, perlahan yang selesa. Cuma graf cerita yang tiba-tiba menjunam (sekitar selepas Jai melarikan diri daripada jiran-jiran di rumah Eddi), dengan berbaki 50-60 muka surat, terasa agak mendatar sehingga habis cerita.

Aku tak suka plot twist dia. Tak suka Nina sejak dari mula. Tak suka 10 bab terakhir. Jujurnya, memang terbuai dengan cerita pengalaman Eddi dan Jai, berkenalan dengan pakcik-pakcik pemandu bas, aku suka sebab dapat rasa apa Jai rasa. Kehidupan keluarga dan sahabat selepas kehilangan. Entahla..aku rasa macam pelik, dari rasa sedih, risau dan rasa "tolong la sesiapa perasan, Jai needs help!', bertukar kepada rasa nak jadi detektif, misteri. It just doesn't match.

Aku macam harap orang sekeliling Jai perasan keadaan Jai dan Jai dapat bantuan dan meneruskan kehidupan..not that Nina plot. Bagi aku Nina macam menganggu keunikan Penumpang yang berkisar tentang depresi dan kehilangan, jatuh dan bangun semula.

Aku murung baca Penumpang sebenarnya, sebab Nina. Haha

Tak, aku murung sebab Jai dan Eddi.

.4.0/5.0
Displaying 1 - 30 of 74 reviews