Jump to ratings and reviews
Rate this book

HERO

Rate this book
Hanya tiga perkara yang berlegar dalam hidup Hadi: Kebencian pada bapanya iaitu seorang bekas superhero; persahabatan dengan kawannya Ray; dan cintanya yang tak berbalas pada Aisya, rakan sekuliahnya.
Hadi ingin menjadi superhero setelah mengetahui yang Aisya meminati superhero. Setelah insiden di tempat kerja part-timenya dan insiden menyelamatkan Aisya dari diragut, cita-cita Hadi untuk menjadi superhero semakin menebal, tetapi bukan seperti bapanya.
Pencarian superhero baru negara pun bermula dan Hadi mendaftar sebagai peserta di Akademi Satu Superhero. Pemilihan superhero adalah berdasarkan program realiti TV. Di situ, Ray berkenalan dengan rakan dan lawan seperti Gel, Stone, Chick dan Aziz Hamidun. Siapa yang akan muncul juara?

288 pages, Paperback

Published April 27, 2018

5 people are currently reading
48 people want to read

About the author

Zakri Rahman

6 books9 followers
Bermula dengan penulisan cerpen, novel kanak-kanak, novel remaja hinggalah novel dewasa, Zakri Rahman masih mencari-cari genre yang sesuai dengan dirinya. Buat masa ini, dia selesa tidak terikat dengan mana-mana genre walaupun keputusan itu sebenarnya tidak begitu bagus untuk perjalanan kariernya. Merupakan salah seorang pemenang Sayembara FIXI 2017, salah seorang pemenang Sayembera Novel Kanak-Kanak Berita Harian 2017 dan Penerima Hadiah Penghargaan Sastera Darul Iman 2019.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (18%)
4 stars
43 (38%)
3 stars
32 (28%)
2 stars
11 (9%)
1 star
4 (3%)
Displaying 1 - 30 of 39 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
February 19, 2020
Hahaha, best novel ni. Memang syok dan kelakar. Kena dengan jiwa aku mungkin sebab aku boleh related watak Hadi dengan diri aku. Aku cuma tak puas hati dengan ending je, apa salahnya sekali sekala penulis gembirakan hati pembaca haduh.... patut 5 star dah.

Aku harap ada sequel la sebab aku nak tau development hubungan Hadi & Gel,dan lagumana depa nak musnahkan ASS, adakah Aisya akan gila talak?! . Serius aku rasa vibe "Boku No Hero Academia" dalam novel ni. Penulis pun mengaku diri dia otaku.

Tahniah tuan Zakri Rahman, teruskan menulis sekuel Hero! Hehe
Profile Image for Steff.
108 reviews17 followers
June 13, 2018
"Aku adalah The Big Red Man Who Fights For Justice and Freedom! Singkatannya adalah Tebiremanwhofifjaf!"

Antara banyak-banyak quote dalam buku ni, aku quote yang ni sebab inilah yang aku rasa ayat yang memberi kalian gambaran novel ni secara menyeluruh. Sebuah novel berkisarkan superhero dengan penulisan yang santai dan lucu.

Bagi yang gemar berhibur menonton filem-filem Marvel, ini buku buat kalian.

HERO membawakan kisah Hadi Jagat, anak superhero yang sudah bersara. Keinginan dia untuk memikat Aisya dan hutang Ah Long menyebabkan Hadi menyertai ASS (Akademi Satu Superhero), sebuah rancangan realiti TV yang mana setiap minggu, ASSET (Akademi Satu Superhero Elite Trainee) akan bertarung di ASSHOLE (Akademi Satu Superhero Hall of Live Event). Di ASS, Hadi bersahabat dengan Gel (seorang Gamora berupa Go Go Tamago), Stone (Drax berwajah Roman Reigns dan punya vocabulary seluas vocab Groot), dan Chick (nak kata dia ni Rocket, tak jugak, tapi mulutnya boleh tahan jugak).

Jadi apa? Adakah aku nak katakan bahawa Jagat ini Yondu? Atau Hadi ini Star Lord? Adakah mereka Guardians of The Galaxy? Bagaimana dengan LOSER—Liga Orang Super Edisi Retiree? Baiklah, I won't spoil the fun for you, walaupun jalan ceritanya merupakan jalan cerita klise superhero awal 2010-an. Aku tak katakan klise itu tak bagus, klise ni menghiburkan! Feel yang dibawa penulis ini seolah-olah juga melontar sarcasm kepada filem-filem superhero kini yang semakin predictable, seolah jalan ceritanya dibikin untuk hiburan dan diadun mengikut elemen-elemen yang klise diselitkan gurauan-gurauan yang meringankan kepala pembaca. That being said, buku ini bukan untuk mereka yang cenderung jajjj. Kalau mahu baca yang sastera-sastera, pergi tempat lain, syuh.

Aku dah lama tak baca penulisan yang santai dan lucu begini. Kali terakhir aku baca sesuatu yang santai dan lucu adalah ketika aku baca cerpen-cerpen Hasrul Rizwan di halaman-halaman belakang buku Lelaki No Persia tahun lepas. Sejujurnya, aku sangat terhibur. This is seriously my kind of humour! Dari segi penulisan dan bahasa santai, aku okey saja dengan laras bahasanya yang sederhana, kerana plot ceritanya akan jadi kurang feel kalau disampaikan dengan bahasa yang terlalu serius dan berseni. Pengunaan bahasa pasarnya tidaklah juga begitu banyak. Penulis cuba untuk mengurangkan penggunaan bahasa pasar dalam naratif dan banyak menggunakannya untuk dialog. Sepertimana buku-buku Fixi yang lain ditulis, buku ini mengandungi kata-kata kesat dan sedikit jenaka seksual realistik. Tidak sesuai untuk mereka yang tak gemar dan tak selesa membaca perkataan-perkataan seperti fuck, ass, asshole, oh kejap, akronim akademi pun bahasa kesat, kahkahkah.

Berkenaan watak pula, Hadi Jagat si protagonis merupakan watak tipikal superhero anda. Budak malang yang punya kebolehan dan kekuatan luar biasa memiliki niat yang bagus (dan nak ringankan nasib malang sendiri) naik menjadi superhero. Aku mahu tambah lagi, tapi nanti jadi spoiler, tapi yang klise ini senang diteka, maka aku biar saja kalian meneka. Seperti kebanyakan cerita, aku lebih suka watak sampingan dan di sini, Gel merupakan watak kegemaran aku. Bagi aku, dia watak paling bijak dan matang dalam buku ini, ah, Gamora lah katakan! (Yang kata Wanda paling kuat tu shush, kita tunggu kalau-kalau ada sekuel lah nanti.)

Selain hubungan Hadi dan Gel yang bersifat friends-turned-crushes-and-whatnot-because-Aisya-was-there-first, hubungan Hadi dan Jagat (ayah Hadi yang sudah bersara dari menjadi Supertaklut) juga salah satu elemen yang penting dalam plot buku ini. Setelah kematian ibu, Hadi memebesar menyalahkan ayahnya: apa guna jadi Superhero kalau tak dapat selamatkan Ibu?

Aduh, sukar juga saya nak mengulas buku ini tanpa spoilers. Tapi beginilah—kalau kalian mahu hiburan yang santai dan kalau kalian minat filem-filem superhero, bacalah! Tak menang Sayembara Fixi kalau buku ini tak best. Saya bagi Empat Ha! Jumpa lagi di Sayembara Fixi tahun hadapan.

Terima kasih, Fixi!
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 24, 2018
Hadi, anak seorang bekas superhero (pemenang Bintang Superhero Remaja -BSR) yang benci kan ayahnya kerana gagal menyelamatkan maknya. Apabila terbaca mengenai ujibakat program baru iaitu Akedemi Satu Superhero -ASS (rebranding daripada BSR), atas pujukkan Ray kawan baiknya dan Aisya, awek yang meminati superhero, Hadi menyertai ujibakat tersebut (untuk menarik minat Aisya je). Namun, dalama rancangan itu, dia semakin mengenali dunia superhero sebenar, dan bermulalah konflik dalam hidupnya, dalam perjuangan menjadi superhero sebenar!

Sebuah kisah aksi superhero komedi, gabungan Spiderman-Antman-Deadpool, hero yang nerd, tidka popular n so on, banyak juga kelakarnya (terutama Ray, fav kot dalam cerita ni) dan klise. Namun, masih tidak mengecewakan, tetap ada suntikan tersendiri, yang secara tidak langsung membuatkan pembaca ingat watak seorang Hadi.

Mungkin disebabkan jarang genre sebegini diketengahkan, sedikit sebanyak perkara itu mempengaruhi keterujaan sepanjang bacaan. Plot yang tidak berbelit, watak jahat yang sudah boleh di agak, dan ke-loser-an superhero di awal hidupny, sama seperti kisah superhero lain di layar perak. Namun, itu tetap tidak menghalang keterujaan itu, di samping dialog kelakar dan santai daripada penulis, mungkin itu kekuataan novel ini.

Tahniah untuk penulis.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
April 26, 2020
BEST! Ada feel Boku No Hero Academia. Tulis sekuel pleaaaaaaaseee.

Itu salah satu contoh yang menunjukkan tak semua benda klise bermaksud tak bagus. Nak klise pun kliselah, kalau cerita kau power dan deliver dengan baik, ia tetap menjadi cerita yang berkualiti.
Profile Image for farahxreads.
717 reviews261 followers
March 21, 2022
Sejujurnya aku agak teruja bila nak mula baca buku ini. Ini buku pertama aku tentang superhero. Cerita tentang si Hadi Jagat, anak si Supertaklut dalam perjalanan menjadi superhero di dalam Akademi Satu Superhero (ASS. Ye, ASS).

Jalan cerita yang mengujakan sebenarnya, penuh saspens - mengapa Supertaklut berperangai begini, apa yang sebenarnya terjadi pada ibu Hadi, ada apa didalam bilik yang tidak bernama dan bermacam macam hal lagi - walaupun boleh dapat agak sikit sikit apa yang akan terjadi (tapi ada benda yang aku teka tersasar juga). Permulaan buku ini agak bosan sedikit tapi ia jadi makin seronok selepas Hadi tercalon sebagai peserta ASS (ini bukan spoiler, ada di sinopsis). Pace cerita agak laju bersesuaian dengan tema saspens, thriller yang cuba dibawa oleh penulis.

Suka apabila penulis mengangkat mesej tentang sisi sisi gelap program realiti - atau program kapitalis sebenarnya - wang yang didapati hasil undian peminat, tajaan-tajaan, betapa robot sebenarnya peserta peserta realiti kerana sedikit sebanyak hidupnya dikawal oleh penganjur. Ya, ini realiti. Dan aku suka bila penulis 'preach' bahawa sistem yang rosak itu harus terus ditukar, tidak cukup hanya dengan menukar orang orang didalamnya sahaja. Tetapi ada benda yang aku sedikit terganggu sebenarnya - di bahagian penulisan menceritakan tentang gay - kedengaran agak simplistik dan sedikit homofobia. Tapi tak mengapa, aku hormat pandangan penulis.

Watak-watak dalam buku ini semuanya adalah sangat da bomb. Seperti rencah kehidupan kita juga. Kita ada kawan baik, crush yang friendzone kita, ayah yang tak suka meluahkan isi hati, ada guru yang kita sentiasa suka, manusia yang kita menyampah dan sebagainya. Sangat suka dengan watak Gel dan Ray sebenarnya - kita semua perlukan Gel dan Ray dalam hidup kita - ataupun yang sebaiknya kita semua perlu berusaha menjadi seperti Gel dan Ray.

Apa-apa pun, penulisan yang baik - santai dan humor namun penuh mesej. Tahniah Zakri Rahman, jangan berhenti menulis!

Rating sebenar: 3.5/5 bintang.
Profile Image for hans.
1,160 reviews152 followers
September 9, 2018
Idea untuk sebuah kisah superhero itu sudah bagus, saya rasa ini pertama kali baca novel melayu tentang kisah superhero dengan kuasa luarbiasa sikit berbanding manusia normal. Karakter-karakternya unik, dan hal persahabatan antara Hadi dan Ray juga cerita tentang Gel itu, okay-lah not bad.

Namun adegan saspens dan thrill-nya agak kurang untuk sebuah buku bertema superhero dan aksi. Mungkin kerana motif mahu jadi superhero itu sudah cukup peribadi dan berkepentingan sendiri jadi agak kurang menarik buat saya-- cerita pasal Aisya itu paling rasa tak penting dan tak ingin nak tahu. Konflik keluarga dan isu kapitalis yang asyik disebut, kadang ada babak yang draggy dan sesi termenung panjang yang meleret. Mungkin kalau struktur plot digarap lebih kemas dengan impak bahagian aksi yang lebih original dan berlainan barangkali saya lebih terhibur. Perlawanan di The Hall patut boleh jadi adegan lawan yang menarik tapi penulis ambil jalan mudah jadikan aksinya begitu-begitu sahaja. Kadang rasa lebih banyak humor (tak jadi) dengan naratif sinis dan sarcasm, jalan cerita juga senang dijangka jadi surprise sudah tak ada.

Satu buku yang santai saja.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
October 12, 2018
Please remind me to do a review next week. This week is just chaotic. What with the project paper, guest on tv and tomorrow, personal coaching for my next novel. That's not even all of it.

I have to be productive today. Husna, please be productive!
Profile Image for Jessica.
353 reviews45 followers
April 26, 2020
Semua yang termaktub dalam review aku adalah subjektif. Aku hanyalah salah seorang pembaca yang men-review buku ini dengan pandangan aku tersendiri, tidak mempunyai niat lain, hanya ingin berkongsi pendapat.

Let's talk about the positive aspects of this book. I like the writing style and the language used is mostly very appropriate and different from most Fixi titles. I applaud the author for that. Also, the main issue that is highlighted is about corruption and media play on reality shows. I think that was nicely done. Lastly, there was plot development but the climax was not even that great and the plot twist wasn’t surprising. Hence, it didn’t add on anything. That’s basically it. Now let’s move on to the actual tea.

So many things went south for this book. This review is going to be full with spoilers. If you don't mind spoilers, go ahead and enjoy yourself.

1. The protagonist is so indecisive, contradicting and ridiculous. Hadi wanted to become a superhero because of a girl and for money, that was made quite clear at first. Then, he went to meet the father and all of a sudden, he wanted to become a better superhero than his father and I started to question what’s his actual motive? Even he questioned himself in the middle of the story. Also, he likes his crush but hated everything about his crush except her look, I’m just lost for words. I was confused af most of the time.

2. The author always invited the readers to talk about logic. I came across some parts where the author discussed about women and how strong is women’s influence in big decisions, etc. But then, he was describing it in very negative way as if women’s empowerment is dangerous and doesn’t bring any good outcome. This is my interpretation, so the author might not mean it that way. Because at the end of the day, the author really liked to invite readers to discuss about logic. To be honest though, at some point, it was getting wayyyy ridiculous.

3. Execution of the concept or idea. I can see the idea is there in Hero but the execution part is really weak. For instance, the process of choosing a superhero. Was it the same back then with the present? The reality show with the fights taking place in the Arena was not really great. The idea is taken from The Hunger Games but the depiction of the whole situation during the fights was so poor. It was frustrating to be honest. However, I must say there are some parts that the author did think thoroughly, which was the acronyms of the academy and the name of the hall, etc. They were funny at first but then it was overused and the acronyms were not funny anymore.

Ada continuation kepada review ini, link: Point 4, 5 & 6 ada di sini.
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
January 18, 2019
Sebuah novel cerita yang menghiburkan. Tentang persahabatan dan kekeluargaan. Part cinta tu macam terasa kureng. Rating sebenar: 3.8⭐
Profile Image for Lina Ali.
16 reviews1 follower
January 5, 2025
Best! Ceritanya menarik, kelakar dan santai. Terhibur baca buku ni.
Profile Image for Zaharah Muhammad.
2 reviews7 followers
January 11, 2019
Antara 6 novel yang menang Sayembara Buku Fixi 2017/2018, HERO bagi saya berada pada senarai pertama. Kebanyakan novel fixi kalau tak kena gaya baca, boleh buat otak kita rasa dikorek-korek, diputar-putar dan kemudian dihenyak-henyak dan akhirnya, kesudahan cerita tergantung atas langit tak turun-turun.

Hero adalah sebuah novel yang gembira (segar, lucu, manis, semangat dan sebagainya) walaupun ada banyak juga benda-benda sedih yang berlaku di dalamnya. Beberapa mukasurat awalnya, mula-mula rasa macam biasa-biasa saja. Tetapi, semakin lama ia jadi semakin matang dan sangat menarik. Plot yang lancar dan sangat munasabah untuk sebuah novel bertemakan superhero.

Tak perlu dihurai panjang lebar, kerana hanya orang yang membaca akan menemui bahagian-bahagian yang sangat gembira di dalam novel ini.
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
266 reviews56 followers
August 22, 2020
Hrmmmm hrmmmm tak tahu nak cakap macam mana tapi aku harap korang faham la ni personal view aku okay (jangan bash, saya tacod).

Okay aku baca ni takde la dengan expectation yang tinggi mana pun tapi *insert meme cardboard expectation*

First benda yang aku tak minat dalam cerita ni- plot.

Okay aku suka bila dia buat konsep akademi sebab ada vibes Boruto dengan Boku No Hero Academia gitewhh tapi bagi aku konsep akademi ni sebenarnya boleh dikembangkan lagi (walaupun cuma 10 weeks ja). Aku rasa penulis terlampau laju nak habiskan fasa akademi sampaikan banyak benda yg tak diexplore. Bagi aku, bila buat cerita berkonsepkan akademi, better the whole book tu pasal akademi ja. Baru banyak benda dapat diexplore dan boleh develop character dengan lebih baik. Bila campur fasa akademi dengan post akademi dalam satu buku, dia jadi macam tak ngam la. Aku rasa dalam buku ni cuma ada match untuk first week dengan final je (????) + sesi uji bakat.

2nd - motivasi character

Secara jujurnya, aku tak faham Hadi ni nak jadi superhero sebab apa? Sebab Aisyah? Wang? Nak tengok orang happy? Aku faham penulis cuba gabungkan pelbagai motoivasi Hadi sebab itu perwatakan Hadi, cuma bagi aku lebih sedap kalau ada satu motiasi dominant. Baru pembaca boleh attach dengan character dengan lebih baik.

3rd- Penulisan

Aku tak tahu samada aku sorang ja yang encounter benda ni atau tak, tapi aku rasa dialog2 yang digunakan dalam cerita ni cringe namati. Terutamanya dialog Hadi dengan Ray. Aku bila baca macam mmmmmmm whutt iss dizzz??? Aku suka bromance, tapi dalam ni macam try hard sikit la. Hah bila cakap pasal try hard, aku perasan penulis macam cuba untuk letak societal critics. Tapi dia punya situasi macam tak kena sangat dan ayat dia pun nampak try hard nak preach.

4th- World building

World building dalam buku ni tak padu sangat. Bila aku baca aku tak dapat rasa hero vibes dalam cerita ni. Tapi tu la aku rasa ni macam berpunca daripada tindakan penulis yang agak rush dalam habiskan arc di akademi. Kalau la penulis dapat fokuskan satu buku ni di akademi, aku rasa masalah ni takkan timbul.

Lagi satu, aku kurang minat pasal penceritaan kuasa2 yang ada dalam cerita ni. Boleh buat lagi menarik kott aku rasa. Kuasa Hadi just a freaking super kuat???? BIJ THAT'S STRAIGHT UP ONE PUNCH MAN

Aku bila baca buku yg memerlukan world building, aku sangat particular. Aku tahu dalam buku2 tempatan jarang nak jumpa buku bertemakan super hero (bahkan novel inggeris pun), dan ini menyebabkan sumber rujukan akan terjurus kepada komik/anime. So bila aku baca buku ni, aku cuba faham la kesusahan penulis untuk dapatkan sumber rujukan.

Sebenarnya aku ada benda lagi nak komen tapi sebab aku nak tidor, so aku stop kat sini (dan mungkin takkan sambung sebab aku mudah lupa).

Anyway, ni pendapat peribadi aku je la. Aku tengok ada orang yg enjoy baca, so taste masing2 gitewhhhhh
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
August 23, 2018
Cerita superhero melayu paling cool dewasa ini.
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
December 22, 2020
[152-2020]

#Hero #ZakriRahman

HERO - Sebuah novel yang santai dan tidak memberatkan kepala. Elemen jenaka yang diselitkan juga berjaya membuatkan saya ketawa. Tanpa sedar, cerita ini juga punya nilai dan pengajaran tersendiri. Tak semua superhero itu nampak 'sukses' selalu. Kadang kala ada juga cerita duka disebalik usahanya menyelamatkan masyarakat. Tahniah buat penulis! Teruskan berkarya.
112 reviews3 followers
June 2, 2018
Best! Tak tau macam mana nak gambarkan bestnya naskah ni. Aku bukan pakar tapi dari pandangan marhaen ni, aku boleh katakan yang aku tak temui sebarang kekurangan.

Plot bergerak dengan sangat baik, kemas, lancar dan menarik. Watak2 berkesan. Tiada sebarang lewah. Bahasa yang bagus. Penceritaan yg mengagumkan sebenarnya. Sebagai pembaca Fixi (dlm proses menjadi pembaca tegar, huhu...) aku rasa naskah ni memberi nafas baru dan kelainan yang tak disangka.

Paling best ialah isinya bagai sgt dekat di hati, seperti diri kita meluahkan apa yang selama ni tak terluah. Relatable. Ending dia ok bagi aku sebab boleh difahami, kesan dari keseluruhan perjalanan dan pengalaman dia sebagaimana yang diceritakan sebelumnya.

Well done, Zakri. Harap terus berkarya dan hasilkan novel-novel hebat ☺️
Profile Image for Hasif Rayyan.
Author 13 books120 followers
July 6, 2018
Very enjoyable! Ada vibe Boku no Hero Academia sikit pada saya. Klise, ya. Tapi klise yang ini tak membunuh keseronokan jalan cerita sedikitpun!
Profile Image for Fatin Allen.
117 reviews36 followers
June 7, 2018
Amazing! I expected superhero stuffs and the writer delivered amazing content. Quite original but somehow I don’t know why I got marvel vibes at the end of the novel. I hope for a sequel tho!
Profile Image for Rivalence.
3 reviews
April 8, 2019
Tajuk HERO membuatkan aku tertarik nak membaca. Lagi2 terbitan dari FIXI. Mesti ada kelainan dari segi penceritaan dan jalan cerita. Tapi bukan itu yg aku dapat.

Permulaan - Mula2 ok, cerita starting to build up. Perkenalan watak utama dan watak2 yg lain. So far so good tapi bila start masuk akademi tu penceritaan dah mula jadi kucar-kacir.

Pertengahan - Aksi2 superhero kurang, tournament yg diceritakan sangat hambar, plot cerita yg lemah, penulis macam tiada idea untuk menceritakan aksi2 perlawanan. Ada part2 yg aku tak dapat nak hadam.

Pengakhiran - Masa last fight ada rancak sikit dengan banyak aksi but still masih kurang ummphh. Patut kena lebih fokus kat bahagian tu. Dan yg paling WTF adalah part ending. Such a loser hero you created. Kalau ada "keadilan" kat hero tu setelah apa yg berlaku pada dia, aku rasa semua akan ok. Tapi tidak, really not a good ending for me.

Ada part lawak, kelakar tapi penulis macam try hard nak buatkan ia lawak dan kelakar. But its not work for me. Aku ambil masa sebulan lebih untuk baca habis buku ni walaupun tak tebal mana pun. Sebabnya aku dah nyatakan di atas.

Sorry for my honest review.
Profile Image for Maira.
398 reviews30 followers
September 7, 2018
Rasanya dah lama saya tak baca novel Melayu. Kekok pulak rasa nak reviu dalam Bahasa Melayu.

Novel Hero ni satu 'twist' yang menyeronokkan dalam konsep superhero. Ia mengingatkan saya pada cerita-cerita lain contohnya My Hero Academia (Sports Festival Arc) dan Marvel. Bukan itu sahaja, watak Superzumi dan Superingan mengingatkan saya pada Mermaid Man and Barnacle Boy daripada siri kartun SpongeBob mungkin disebabkan diskripsi yang diberikan oleh penulis 😂.

Walau bagaimanapun, saya macam rasa tak puas membaca mungkin sbb banyak 'plotholes' yang tidak dijelaskan. Contohnya fasiliti-fasiliti di ASS, motif batu yg tidak boleh diangkat itu, serum kuat dan watak-watak lain serta kemahiran mereka. Dan juga Stone. Apa jadi sebenarnya? Huhuhu...

Tambah lagi, saya macam tak berapa meminati tona penulisan komedi penulis. Ini bukan salah penulis tau 😂. Mungkin saya mengharapkan tona yang agak serius seperti novel Pengembaraan Suzaimi oleh Hani Ismail yang mempunyai konsep Akademi Hero yang hampir sama tetapi tanpa unsur program realiti TV. Tapi mungkin tak adil untuk saya bandingkan dengan novel ini sbb ini novel PTS ONE Teen yang diterbit tahun 2007. Tapi apa yang cuba saya katakan ialah, saya mungkin lebih mengamati cerita jika tona penulisan lebih serius dan karakter-karakter lebih kompleks dari segi latar belakang dan motivasi mereka. Ini supaya pembaca lebih ingin tahu tentang semua karakter.

3 bintang untuk kisah Hero yang santai dan menyeronokkan.
Profile Image for Azida Ishak.
28 reviews7 followers
September 3, 2021
Novel Sayembara Fixi yang menjadi favorite saya setakat ini. Ceritanya santai, lucu dan penulis berjaya buatkan saya rasa dekat dengan watak-wataknya. Hadi ialah tipikal remaja yang selalu kita jumpa - berperangai selamba, selalu rasa insecure, tak suka serabut, tak berapa nak ada cita-cita dan jarang fikirkan masa depan. Dia join Akademi Superhero pun sebab nak mengorat awek dan nak duit, normal pemikiran budak remaja.

Saya tak kisah dengan kekurangan aksi-aksi bombastik, dan tak ada plot yang meletup sana sini. Apa yang saya cari dalam pembacaan novel adalah perjalanan watak-wataknya, lebih-lebih lagi jika heronya berjaya menempuhi character arc dengan baik. Di sini penulis berjaya membuat Hadi merubah dirinya daripada seorang yang blur, kepada seorang yang lebih peka dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia akhirnya sedar pentingnya kasih sayang keluarga, nilai persahabatan, mengambil berat hal orang susah, melawan manipulasi dan menentang penindasan.

Suka dengan persahabatan yang ditonjolkan antara Hadi-Ray dan Hadi-Gel. Rasa nak join berkawan dengan geng-geng ni semua. Jika penulis nak tulis sekuel Hero 2, saya orang pertama yang akan membelinya. Tahniah Zakri Rahman atas penghasilan novel ini.
Profile Image for Hikaoru.
952 reviews25 followers
February 14, 2021
Terima kasih kepada Buku Fixi yang memberi peluang kepada pembaca untuk mendapatkan buku ini secara percuma. Yay.
Cuma tak kena dengan jiwa agaknya.
Cerita meleret, tak berapa sangat aksi dia.
Membosankan bagi saya.
Adalah sedikit sebanyak kritikan sosial mengenai tanggapan terhadap superhero (rhetorical because it doesn't exist but hey), mengawal media untuk kepentingan peribadi, tidak lupa juga sistem demokrasi. Ada juga diselit jenaka siiiiiiikit.
Kelakar ke? Mungkin.
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
May 21, 2020
Hadi merupakan anak kepada seorang bekas Superhero -- Supertaklut -- seusia kanak-kanaknya ayahnya itu merupakan satu imej yang sangat dia banggakan, namun tidak lagi setelah kematian ibunya. Dan Hadi membesar dengan perasaan benci kepada ayahnya.

Menyertai program superhero bukan lah kerana ingin mengikut jejak ayahnya. Tetapi dek tuntutan untuk membayar hutang pada Ah Long dan mahu mencuri hati Aisya.

Di Akedemi Satu Superhero, Hadi bertemu dengan perserta yang akan menjadi kawan dan lawan. Setelah dia sendiri berhadapan dengan tentangan, Hadi akhirnya menemukan sebuah kebenaran tentang ASS daripada Gel, daripada superhero-superhero yang lama dan paling utama daripada ayahnya sendiri -- Supertaklut.

_______

Hero; buku ini pada saya merupakan satu idea yang menarik, dan tidaklah terlalu rumit. Perjalanan cerita juga terus berkembang sehingga ke akhir dengan plot yang tersusun, menjadikan buku ini pada saya bacaan yang mudah dan ringan.

Penulis mengangkat tentang isu yang boleh mengajak kita berfikir -- ekploitasi yang dilakukan oleh mereka-mereka yang berkuasa, peranan media, hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

Penggunaan bahasanya santai dan dengan menggunakan POV pertama sering diselit dengan unsur lawak, menjadikan cerita ini tidak terlalu tegang. Pada saya juga, fokus penceritaan buku ini lebih kepada jalan cerita yang tidak kepada pemerian terperinci. Dan kalau sahaja buku ini tiada unsur-unsur 18 tahun ke atas, pada saya akan menarik untuk pembaca kanak-kanak juga.
Profile Image for Naim Fazrin.
96 reviews
June 24, 2020
Hmmm... Actually, I like and I don't like this book... LoL
•••••
The things that I don't like is because of Hadi... Gosh!!! He's okay but annoying and too much of a loser... It's typical superhero personality... Some kind of Captain America and Spiderman... But yeah still... Idk... I can't really digest his pathetic life... Sorry... It's just me 💀💀💀. And I don't like how the author stereotyping other superheros as kejar glamor and bla bla bla... Except for Hadi, Gel and Stone... And the story lines are unfinished sometimes... Like what happened to Stone and Redvillain just dead like JUST DEAD!!! Too easy... Okay move to the parts that I like which is more that the parts I dislike lol...
•••••
I like that the story is very straight to the point... And fast... I love the ending... Except of what happened to Supertaklut ... I almost cry not gonna lie... I love the other characters... And how the author highlighted about family and friendship... I love family and friendship stories more that love so I really adore of the friendship between Hadi and Ray... And how Hadi makes friends with other ASSETs like Gel, Stone and Chick... I might say the some parts are too easy and unfinished but that's actually makes this book not boring... Or else it will be too draggy... Guess if you're getting bored in the middle of your reading, just take a break but finish the book... Because honestly for me, I am rating 4 for this book is because of the ending... Like you forget all the annoying parts because at the end, the ending could change everything... Good job, author for being creative and dare to publish this kind of book... Unlike some other typical romance books which I can't even differentiate which is which and I can even guess the storylines... Like duhh... Kbye...
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Erin95.
150 reviews5 followers
November 2, 2019
Sebuah buku yang light dan ringan. Idea dan jalan cerita agak lain dari yang lain punya buku fixi yang aku pernah baca setakat ni. Aku suka sebab lenggok bahasa yang digunakan pun light-light je plus ada unsur lawak yang aku boleh cakap santai ketika membacanya. Jalan cerita yang tak berapa nak boleh diagak sangat bagi aku. Mungkin buku superhero sebegini baru bagi aku. Overall fun and menarik.

Semua watak dalam cerita ni diterangkan dengan baik, dan aku dapat bayangkan karakter seorang demi seorang. Ray dan Gel dua individu yang sempoi dan ber'otak'. Aku harap dua individu ni muncul dalam hidup aku.

Ending tu aku harap Hadiwira (nama baru) kahwin dengan Gel. Tapi ya, inilah hakikat hidup apa yang kita nak tak semestinya kita dapat.

"Nenekku pernah bercerita yang dahulu, dia menangis apabila ada orang membaca diarinya. Tetapi sekarang, orang menulis diari di alam maya dan mengharapkan tulisan mereka dibaca."
Profile Image for Fredx Sahadan.
39 reviews1 follower
November 26, 2022
Aku bg bintang penuh sbb aku bukan expert menilai hasil penulisan penulis.

Di awal bacaan aku rasa yakin aku xkan habis baca cerita ni.
End up, aku habiskan kurang dr 24 jam.
Serius berat rasa hati nak berhenti membaca.
Cerita sgt mengarut.. tp aku bayangkan mcm cerita kick-ass dgn rambut kalerful & kostum bodo2.. mcm baca komic & kelakor byk.. terasa muda kembali teringat mcm baca komic zaman remaja dulu.
Sepanjang bacaan aku bygkan Ray tu cina.. x tau knp aku anggap dia cina. Hahahah
Terima kasih Zakri Rahman. Akak terhibur! Harap boleh tulis byk pg novel2 santai & komedi mcm ni. Lebih tebal kalau boleh.
Profile Image for N.otabene.
192 reviews3 followers
January 17, 2021
A story of an indecisive wannabe trying hard to impress a girl he liked by becoming a hero but little did he know that there's so much more at stake.

Santai, kelakar. Seronok untuk bacaan ringan di hujung minggu. Teringin nak tahu lebih lagi tentang ASS . Bagi aku ianya terlalu ringkas dan penulis macam nak cepat je habiskan diorang punya perlawanan. Tengok-tengok dah masuk final . Lagi detail lagi best supaya pembaca dapat bayang lebih lagi situasi dan perasaan protagonis ketika berhadapan dengan lawan.
Profile Image for Su Zainudi.
148 reviews
January 1, 2026
Overall 3.5 🌟 .

Hadi Jagat terpaksa menjaga ayah, bekas Superhero. Hadi die ade konflik dengan ayahnya. Kalau orang lain bangga ayah pernah jadi superhero, Hadi pulak sebaliknya. Hingga la satu hari Hadi sendiri yang jadi superhero demi nak impress Aisya.

Maybe storyline dia simple, tapi mesej yang ingin disampaikan penulis itu sampai. Tentang erti persahabatan, erti kekecewaan, erti setiakawan. Penulis berjaya masukkan elemen-elemen ini tanpa membuatkan pembaca terasa over. Nice one 👍
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 30 of 39 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.