Hidup Lyssa yang selama ini aman dengan rutin seorang penuntut di sebuah kolej, tiba-tiba berubah selepas Lyssa jatuh tergelincir di Ledang. Sudahlah didiagnos dengan Retrograde Amnesia, malah boleh mendengar suara-suara halus. Dan kebolehan itu akhirnya membawa Lyssa kepada penemuan satu mayat di dalam hutan.
“Jangan percayakan papa Lyssa, Saf dan Fitri.”
Itu yang dititipkan suara halus itu. Lyssa panasaran. Namun, ketenangannya sekali lagi berkocak. Kali ini, Lyssa bisa melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesuatu… Atau seseorang?
“Kau... Siapa kau sebenarnya? Kau nak apa daripada aku?” – Lyssa
“Aku cuma nak stay dengan kau aje. Aku nak ada kat sisi kau selalu, setiap masa...” – Hafiy
Dalam ketakutan, ada rasa bahagia yang menjalar. Dalam keengganan, ada rasa dilindungi yang menerpa. Menunaikan permintaan suara-suara itu ditemani Hafiy, Lyssa terpaksa akui dia juga mahukan Hafiy di sisinya.
Identiti mayat terbongkar. Cukup untuk buatkan dunia Lyssa jadi kelam namun semangat dikutip semula untuk mencari tahu punca kematian tersebut. Di setiap langkah Lyssa untuk mencari kebenaran, ada rahsia yang terbongkar.
Sesungguhnya kematian itu hanyalah titik permulaan untuk permainan kejar-mengejar di antara Lyssa dan Dia! Cinta. Keluarga. Sahabat. Semuanya menjadi pertaruhan. Dan juga… Nyawa. Kata Dia, ini semua takdir!
“Apa kata kita potong bulatan takdir ini?” – Lyssa
“Kematian aje caranya. Aku takkan mati jadi jawapannya ialah kau!” – Dia
Apa dan siapa Hafiy sebenarnya? Masih utuhkah rasa yang bertamu dalam hati walaupun mereka hanya menyakiti satu sama lain? Dan yang paling penting… Mampukah Lyssa melawan Dia?
Lyssa yang terjatuh ketika expedisi ke Ledang bersama rakan kolejnya, mendapati dirinya boleh mendengar suara2 roh yang meminta pertolongan. Penemuan mayat dalam hutan yang dipandu suara itu menguatkan hakikat dia memang mendengar suara tersebut, bukannay berkhayal. Walau pun takut pada mulanya, namun lama kelamaan dia mula membiasakan diri. Kemunculan roh Hafiy yang sering di sisinya membuatkan Lyssa keliru. Selama ini, dia hanya mendengar suara saja. Apabila identiti mayat yang ditemuinya dulu terdedah, Lyssa mula nekad untuk membongkar kejadian yang sebenar. Dengan bantuan Hafiy, sedikit demi sedikit memori Lyssa yang hilang akibat jatuh di Ledang dulu kembali dan kebenaran yang pahit terbongkar.
Buku ni mengingatkan sedikit dengan novel #rooftop tak silap, yang boleh dengar roh tu.. jalan cerita n idea not bad la, pasal boleh dengar roh n bantu selamatkan atau selesaikan hajat tak kesampaian.. roh tak tenteram la kiranya. And, sedikit thriller penyiasatan towards the end.
Cumanya, ada beberapa part yang pada saya perlu diperbaiki, antaranya motif Dia mengugut Anita untuk tidak berjumpa Lyssa, Fitri tidak membunuh Hafiy sedari awal dan beberapa perkara lagi yang kelihatan longgar.
overall, ok la bole layan kalau minat thriller camtu.. tapi olahan penulis mungkin boleh diperbaiki sedikit. Ada sesetengah perkara tidak perlu diterangkan secara details, contoh : "Lyssa menjongketkan bahu" -pembaca sudah maklum itu isyarat untuk 'tidak tahu' so tak perlu details seperti "Lyssa menjongketkan bahu menunjukkan tidak tahu". Tapi memandangkan ini buku kedua penulis, so saya rasa itu boleh diperbaiki di masa akan datang.
Jalan cerita dan idea, memang superb! Tahniah, penulis!
Kisah yang sangat menarik dan psiko giler.. Heroinnya ohsem sangat.. Walaupun menangis tapi tak lembik dan sangat berhati waja.. Demi sebuah kebenaran sanggup mengambil keputusan drastik.. Suka garapan dan olahan penulis mengenai watak Lyssa, Hafiy & 'dia'.. Tiga watak ini memang mantap.. Lyssa yang normal tiba-tiba boleh dengar suara lepas jatuh di Ledang.. Hafiy yang tiba-tiba muncul depan Lyssa.. Sikap ayah dan sahabat Lyssa yang berahsia.. Penemuan mayat misteri.. Semua ini umpama kepingan puzzle yang perlu dicanyumkan oleh Lyssa.. Memori apa yang telah hilang dari ingatan Lyssa? Apa sebenarnya yang berlaku pada Lyssa? Seronok Sha baca, tak sampai setengah hari dah habis..
Buku ni best. Menarik. Buatkan aku jd nak tahu dan semakin nak tahu apa yg jd bila baca dr bab ke bab.
Dan watak Hafiy itu sendiri yg jd satu tarikan besar utk buku ini. Tp, sygnya watak Hafiy taklah begitu mendominasi jln cerita. Sebaliknya, watak Lyssa yg menjd penggerak utama cerita ini.
Memandangkan itu, aku tak beri rating penuh 5 bintang. Sbbnya perangai keras kepala Lyssa yg kdg2 menjengkelkan buatkan aku tak boleh nk fall in love dgn watak dia.
Jujurnya, ini kali pertama aku baca karya Syu Ariani. Secara keseluruhan, dari segi jalan cerita dan konflik semuanya bagus dan smooth. Dari segi olahan juga bagus, tapi 'feel' tu krg. Cthnya, ada babak sedih antara Lyssa dan Hafiy iaitu semasa roh Hafiy mula 'menghilang' dari pandangan Lyssa. Sepatutnya kat scene sedih begini, kebarangkalian aku menitis air mata tu tinggi. Tp mungkin krn olahan yg tiada feel sgt, aku cuma baca babak itu tak beremosi. Tak rasa sedih langsung, sekadar baca.
Di situ sajalah kekrgnya dr segi olahan penulis; tiada penjiwaan.
Tp utk babak2 yang dikarang penuh suspens dan misteri, tiada masalah bagi aku. Agak menjd. Dan rasanya penulis boleh improve lagi utk karyanya yg lain akn dtg.
Apa2 pun, aku tetap sukakan Hafiy dan Yuskhairi. Kedua-duanya aku suka! 😍
Favourite scene aku masa Yuskhairi luahkan perasaannya kat Lyssa ;
"Aku suka kau. Sebab tu aku nak selalu ada dengan kau. Aku tak boleh dan takkan lepaskan kau pergi. Tak kiralah dalam real life atau dalam mimpi kau, aku tetap akan kejar kau. Kalau aku jadi hantu sekalipun, aku tetap akan cari kau. Jadi, kau pun janganlah lari daripada aku. Sebab aku betul-betul sukakan kau."
Yuskhairi ni walaupun baran, tp sweet tau sbb dia selalu ada utk Lyssa dan protect Lyssa. 😍
Lyssa dan Yuskhairi, dua insan yang dipertemukan dalam keadaan yang tidak dijangka. Daripada situ, Yuskhairi berjanji akan menjadi pelindung buat si gadis. Keakraban mereka membuatkan ada yang mula membenci semua itu. Safina... Fitri... Nama-nama yang mula membuatkan dunia Lyssa makin kelam. Tapi, di sebalik semua itu, ada dalang yang sebenar memulakan semua ini. Air mata... Darah... Dendam... Mula menjadi warna dalam hidup Lyssa. Adakah Lyssa dapat membebaskan dirinya daripada kegilaan ini semua? Atau, memang kematian yang patut dia dapat?
Seperti yang pernah saya review sebelum ini, saya lebih gemar penulis Syu Ariani menulis genre sebegini. Disebabkan rasa itu sampai, perasan ingin tahu saat membaca naskhah itu membuak-buak. Gitukan.
Plot penceritaan bagi saya diceritakan dengan baik. Tidak seperti Jagakan Aku, dalang sebenar untuk novel Aku Ada ini lebih mudah ditebak. Namun, penulis tetap berjaya menimbulkan rasa ingin tahu dalam hati pembaca. Apakah si Dia akan mati? Atau adakah Lyssa yang mati? Memandangkan dia hanyalah seorang gadis biasa.
Keseluruhannya, novel Aku Ada ini merupakan novel aksi/thriller/seram yang wajar dibaca buat peminat bergenre sebegini daripada penulis. Cuma hilang 1 poin disebabkan kurang gemar kegedikan Lyssa selepas sembuh. Yang lain-lain cun saja! Tahniah Syu Ariani!
Bila kau celikkan mata, Jangan ingat aku, Bila kau pejamkan mata, Jangan lupakan aku. .
Best!!! Gigih je baca novel ni waktu malam walaupun seawal prolog lagi dah dihidangkan dengan unsur seram. Tapi sebab best, laju je baca. .
Kalau pernah baca Kanvas oleh Ayumi, part orang-orang terdekat yang mengkhianati heroin tu, lebih kurang la. So, sepanjang baca novel ni, aku jadi paranoid ngan ayah Lissa dan juga kawan Lissa sape nama entah. .
Lissa ni pelajar diploma in tesl. Ada sorang member rapat. Ada sorang lelaki nama Yuskhairi yang sentiasa protect Lissa ni. Sehinggalah pada satu hari, Lissa hilang ingatan selepas terjatuh di Ledang. Sejak itu, dia mula mendengar suara meminta tolong. Lepas tu, dia jumpa mayat la. Quite scary. .
Beberapa tahun kemudian, dia masih mendengar suara roh. Dan dia juga boleh nampak Hafiy. Siapa Hafiy ni? .
Aku suka sebab genre nya misteri. Lebih kepada kau dikurniakan anugerah, supaya kau boleh menyelesaikan misteri dalam kehidupan kau yang selama ini tersembunyi. .
cuma persoalannya, selama 3 tahun tu, mana Yuskhairi disembunyikan? Dan macam mana dia boleh bertahan hidup untuk selama itu? (entah. mungkin ada diceritakan kot, tapi aku terlepas pandang) .
Sesiapa yang tak pernah lagi baca novel ni dan sukakan genrenya, silakan baca.
Berjaya juga habiskan baca novel ini sebelum 2018 berakhir :)
Prolog saja dah buatkan aku seram sejuk. Aku tak suka baca cerita seram sebab aku penakut, haha, cuma lebih baik baca cerita seram daripada tengok cerita seram :D
About the novel, Lyssa gila, memang gila, bila dia ikutkan hati untuk menuntut keadilan. Aku suka watak Lyssa yang kuat walaupun dia gila. Hii.
Hafiy Yuskhairi. Sebenarnya aku pun baca as Yus saja bila nama Yuskhairi muncul dalam novel ni. Susah sikit nak sebut nama Yuskhairi. Seorang lelaki over-protective to Lyssa dan mencintai Lyssa.
Jalan cerita menarik cuma aku agak pening dengan semua watak yang ada. Aku sampai lupa nama Anita. Jenuh fikir siapa pulak Anita ni? Bab penghujung novel ni (last battle) rasa berlarutan pula. Mungkin boleh dipendekkan sedikit. Terlalu banyak aksi sampai aku pun pening jugak.
But overall, aku suka novel ini. Tema supernatural, mistik, ala-ala ghost whisperer. Rating 4🌟. Tak boleh bagi full 🌟 atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.
p/s: Syu Ariani telah aku masukkan dalam list penulis yang akan aku beli setiap novel baru beliau. Good job, Syu 👍🏻
For me die ade unsur2 fiction/ fantasy..sng cerita unrealistic la…selalu aq kureng cerita mcm ni..tp blh layan gak… cerita tentang heroin yg blh dgr bisikkan roh yg berkeliaran… heroin short term memory lost..die rase die ade kehilangan some1 along her memory tp die tak blh ingt… hero seorg yg sgt la tak reti nak ckp elok2..tp dgn heroin die jdi protective gile..aq mmg mudah fall dgn watak2 mcm ni..si i enjoy the reading so much..love the story..
Aku ada mengisahkan kehidupan Lyssa yang dulunya boleh dikatakan introvert dan takut dengan keadaan sekeliling. Lyssa tidak mempunyai kawan rapat kecuali Safina. . Yuskhairi datang secara tiba-tiba dan berperanan sebagai hero untuk melindungi Lyssa jika berlaku sesuatu kepadanya. Lyssa mula2 annoy dengan perangai Yus tapi lama-kelamaan kedegilan Yus dibiarkan. Suatu hari, Lyssa mengikuti Kem di Ledang. Bermula dari situ, pelbagai peristiwa yang menyebabkan sikap dan diri Lyssa berubah 360 darjah. Lyssa yang dulu dikenali tidak lagi lemah. . Lyssa berkebolehan mendengar suara-suara yang meminta tolong. Pada mula, Lyssa merasakan dirinya gila dan takut. Kata Dr Kareena, Lyssa mengalami Retrograde Amnesia (RA) dan suara2 itu mungkin effect daripada penyakit tersebut. Amnesia? Lyssa ingat semua nama dan familiar dgn semua tempat, tapi hanya satu orang yang Lyssa tak ingat iaitu Yuskhairi. Kenapa pulak? . Oleh sebab Lyssa sudah terbiasa dengan suara2 itu, suara2 itu seakan memberi hint kepada satu rahsia besar berkaitan hidupnya. Konflik dan persoalan yang berlaku sangat related. "Jangan percaya papa Lyssa, Saf dan Fitri" . Kebolehan Lyssa bukan sahaja boleh mendengar suara2, tetapi boleh melihat satu roh. Kehadiran Hafiy sebagai pelindung kepada Lyssa dan bagi aku sikapnya sangat caring. Sayangnya, roh itu tidak dapat melakukan apa2 jika Lyssa disakiti dan hampir mati💔. Rupanya, "Dialah" yang merancang segalanya dan memburu Lyssa. . Persoalan sekarang, apa yang terjadi kepada Yuskhairi? Siapa sebenarnya Hafiy? Apa kaitan Papa Lyssa, Saf dan Fitri? Siapa Dia? Apakah rahsia besar itu? . Rating: 4.8⭐ Aina rasa nak marah dengan KakSyu. My first bittersweet ending ever😭.. Aina nak 'tutttttt' dapat rasa apa yg Lyssa rasa😭 dorang fight ssme kot😭😭.. Dahhh nnt kang spoiler lak🤣😂
Kejadian pada malam itu sangat memberi impak yang besar pada Lyssa. Dia mula dengar suara yang tidak kelihatannya. Takut? Semestinya. Tapi tidak berani untuk memberi tahu orang lain termasuklah kawan baiknya dan ayahnya.
Retrograde Amnesia, kehilangan short-term memory buatkan Lyssa makin keliru. Disaat matanya memandang lelaki itu, kenapa air matanya mengalir? Lyssa kenal lelaki itukah? Dan kenapa Lyssa rasa hanya dia yang nampak? Ah sudah, takkanlah dia sudah biasa dengar suara itu, kini matanya mula nampak benda yang bukan-bukan?
Rahsia yang selama ini dia simpan, kini ada seseorang yang cuba menguji diri Lyssa. Siapa Hafiy? Siapa pula lelaki itu? Siapa Fitri?
Dalam buku ni ada ramai sangat watak yang buatkan zu kena ingat single details sebab tak nak ada yang terlepas.
Can we talk about ‘dia’? At first, zu tak syak dia. Tapi makin lama and makin lama, wahh makin sakit hati pula aku bila baca apa yang dia dah buat. Boleh dia bagi suprise kat Lyssa macam tu je? Korang tahu tak apa hadiahnya? Ha rasa rasanya apa? 🙂🙂
Wuhuuu karya Syu Ariani yang aku suka. Aku suka idea novel ni sebab lain dari yang lain. Cuma ada beberapa perkara yang lack sedikit. Kalau ditambah watak mungkin bahagian plot twist tu agak sukar diteka. Novel ni kalau plot tu dikembangkan seperti kebolehan Lyssa dengar suara-suara mistik tu aku rasa novel ni deserve lebih dari 5 bintang. Tapi ini pun bagi aku dikira tahap okay. Mengingatkan aku Kdrama Lets fight ghost lakonan Taecyeon 2pm. Overall, aku suka jalan cerita and kesian yee Hero uhuhu. Aku lebih suka dia version hantu dari yang manusia. Ehhh gitu pulak. Tutup kata, tahniah Syu Ariani kerana Berjaya menjadi salah satu fav author aku <3. I am always looking forward your next project especially genre action/mistik begini. Hehehehhe! ❤
Kisah yang sangat menarik. Sejujurnya ini karya ke tiga daripada penulis syu ariani yang saya pernah baca dan wow tak dapat dinafikan beliau merupakan penulis yang hebat dan berbakat
Kisah bermula dengan Yuskhairi dan Lyssa yang sangat rapat dan sentiasa berdua ke mana sahaja mereka pergi tetapi suatu hari Lyssa tersedar di hospital dan mendapati dirinya boleh mendengar suara suara yang orang lain tidak dapat dengar.
Tiba-tiba Hafiy muncul namun, hanya Lyssa yang boleh melihat dan mendengar suara Hafiy.
Persoalannya, kenapa Lyssa sahaja yang dapat melihat dan mendengar Hafiy ? Kenapa ada ‘suara’ yang berbisik kepada Lyssa untuk tidak percaya kepada papa, Saf dan juga Fitri ? Mana Yuskhairi menghilang ? Siapa ‘Dia’ yang dimaksudkan oleh ‘suara’ itu ? Siapa Hafiy yang sebenarnya ? Macam mana Lyssa boleh berada di hospital semasa dia tersedar sedangkan sebelum itu Lyssa menjalani aktiviti lain? Kalau nak tahu semua ni kena baca novel ini.
Serius buku ni sangat best bagi saya dan tiada satu saat pun yang membuatkan saya rasa bosan.
Interesting plot. Tapi not giving me the impression much for me. Sbb tak rasa sangat thriller nya. Puas hati bila villain tu dapat balasan yg setimpal 😾
Ini karya Kak Syu paling saya suka buat masa ni😜 Plot yang tersusun cantik, emosi turun naik dan banyak suspen menyebabkan bacaan sikit pun tak rasa bosan. Best gila!😍
Tapi saya tolak bintang sikit sebab tak puas hati dengan perempuan yg tolak Lysa tu (lupa dah apa nama dia)😂
Tahniah kepada kak syu kerana berjaya membuatkan saya berdebar-debar dan tak senang duduk baca buku ni. Seperti yang dijangka Karya daripada kak syu Ariani x pernah mengecewakan..👍👍thumbs up..
Sejujurnya saya suka dengan watak lyssa ni.ni membuktikan bahawa perempuan mampu mengubah segalanya.bukan tipikal lembik dan lemah. Keberanian lyssa berjaya menjentik hati saya untuk menjadi berani mengambil risiko dalam keputusan. Lyssa mmg kuat untuk pengadilan.
Sebenarnya saya sudah fall in love dengan watak hafiy..suka apabila dia setia dengan lyssa. Protective terhadap lyssa. Suka sangat.. cinta tak perlu diluahkan cukuplah dengan perbuatan.suka sangat dengan hafiy yuskhairi..bila baca bnyk ii nama yuskhairi ni baca jadi Yusri je😂😂
Bnyk pengajaran yg Dapat daripada novel. Saya belajar tntg terutama part Fitri tu.. uih gila.
Buku kak syu sentiasa berada di hati saya..gaya penulisan yg cantik..suka dengan ayat ii madah akk..mesti diselitkan dengan cinta-Nya..skrg ni masih setia menanti utk novel B pulak twisted taless..semoga berjaya kak syu.👍👍👍
Best jalan ceritanya… dari mula baca bahagian prolog dah buat kita tertanya… sedikit demi sedikit kisah dibongkarkan… Dari pertama kali jatuh di Ledang lyssa diberi kebolehan boleh mendengar suara suara halus… sedikit demi sedikit akan tahu siapa sebenarnya org yg dilupakan dan kenapa orang yang penting dihati Lysaa dilupakan… bagus Dr karena yang melindungi lyssa daripada trauma akibat diberikan kelebihan mendengar suara halus…ini kerana Dr karena juga diberi kelebihan yang sama dan pernah melalui apa yang Lyssa rasakan pada waktu itu…
Tapi setelah jatuh kali kedua Lyssa sudah tidak dapat mendengar suara halus lagi…akhirnya terbela nasib mak cik Rubiah dan ibu Lyssa yg sentiasa rindukan Lyssa tp tidak dapat bertemu anaknya…cerita pun happy ending…walaupun emran dan fitri tidak kembali ke pangkal jalan semula….
Kita tak suka semua yang berkaitan dengan hantu. Novel, drama, filem dan semuanya lah. Bila baca prolog untuk novel ni, homennn kita salah beli novel ke? 😅
Yang menariknya tentang novel ni...
1. Prolog pun dah buat kita seriau haha penakut yakmat aduhaiiii
2. Masuk bab 1 kita dah mula tertanya kenapa cerita macam ni?
3. Bab seterusnya buat kita makin tertanya dan teruja. Tak sabar nak tahu apa yang jadi seterusnya.
4. Ada banyak kisah dan kesemuanya berkait. Jadi kalau skip baca akan tertinggal beberapa klu. Paling suka kisah Said. Suka dan teramat sedih.
5. Dah terbuka satu rahsia datang lagi rahsia lain yang buat kita makin curious dan takleh stop baca.
6. Banyak bab yang ditinggalkan dengan tanda tanya jadi nak tak nak kena sambung bacaan cepat cepat kalau nak tau kisahnya. Haaa pandai betul penulis grab attention pembaca.
7. Kita lebih suka Hafiy berbanding Yuskhairi sebab nama Yuskhairi tu macam susah nak sebut. Kita asyik sebut Yukhushairi aje ahahaha
8. Rasa sayu sangat bila Hafiy peluk kemas Lyssa pastu cakap "aku ada" waktu yang diorang jatuh tu. Aduhaiii cakap gitu aje pun kita dah rasa sweet sangat kehkeh.
9. Kita suka perubahan watak Lyssa. Dia sangat kuat dan berani. Sangat sangat berani phewww.
10. Sangat terkesan dengan pengakhiran hidup Fitri. Short cut dia tu *geleng kepala*
Kita tak pernah baca teaser yang penulis share kat fb. Thumbs up for her sebab rajin promo novel. Randomly picked novel ni waktu teman Anieq beli komik 😂 perasaan puas hati tu lain macam betul bila kita beli novel random camtu dan hasilnya sangat memuaskan.
Kisah cinta luar biasa antara lyssa dan hafiy. Walau byk cabaran, hafiy sentiasa ada disamping lyssa. Selepas terjatuh dari Ledang, Lyssa yang boleh mendengar suara-suara ghaib mula menyelongkar misteri kematian maria dan seterusnya kisah rahsia hidup lyssa mula terbongkar sedikit demi sedikit. Cinta antara lyssa dan hafiy bagi saya sangat sweet. Walau dalam koma pon hafiy masih mencari dan berada dekat dengan lyssa bersesuaianlah dengan tajuknya Aku Ada.
Hidup Lyssa berubah selepas satu peristiwa di mana dia terjatuh sewaktu menyertai kem di Ledang. Benda yg paling merubah Lyssa adalah dia langsung tak ingat tentang Yuskhairi, lelaki yg selalu melindungi Lyssa. Ke mana Yuskhairi menghilang?
Sejak itu juga Lyssa mendapat satu keistimewaan, dia dpt mendengar suara halus. Suara org yg telah meninggal. Suara yg meminta pertolongan dari Lyssa utk menunaikan hasrat atau perkara yg tak dpt mrk selesaikan sewaktu masih hidup. Krn itu juga, Lyssa dihantar utk mendptkan terapi melalui Dr. Kareena.
Satu persatu kejadian berlaku dgn penemuan mayat seorg wanita. Suara itu juga meminta Lyssa utk tidak mempercayai ayahnya Razak, Safina dan Fitri. Adakah mrk yg membunuh wanita yg mayatnya dijumpai itu? Haaa dgn inilah Lyssa Cuba menyiasat apa yg berlaku sebenarnya yg akhirnya menyebabkan "Dia" makin mengawasi Lyssa. Siapa "Dia" itu?
Lyssa juga ditemani Hafiy, roh yg mendampinginya. Hafiy masih belum meninggal tp rohnya sentiasa berada di samping Lyssa. Hanya mampu menemanj tp Hafiy terbatas utk menolong Lyssa krn dia cuma roh. Hafiy adalah satu-satunya roh yg boleh Lyssa lihat.
Pada aku karya ini best. Peminat genre misteri thriller wajib baca tau. Cuma aku je yg terlambat baca ni. Hehe.. Plot tersusun dgn kemas. Emosi turun naik masa baca novel ni. Tp tak puashati sbb ada beberapa persoalan tak terjawab pd pandangan aku la. Semoga Syu akan menulis lagi genre sebegini pd masa akan datang.
Aku Ada. Penulis bercerita terlampau berhati-hati sehingga menjadikan cerita ini terlalu kompleks ibarat manusia namun sebenarnya robot. Maaf. Tidak masuk dengan jiwa saya. Ada banyak bahagian yang dilihat bercelaru dan meleret.
Nak describe macamana... This book is unique.. Ko nak tgk ghost whisperer versi melayu, baca buku ni. I love how the hero always be with the heroin along the way. Memang nampakla yg si hero and heroin is one. Memang x blh dipisahkan, ditakdirkan untuk bersama.
X dpt bayangkan ada org yg psycho mcm 2 ekor malaun tu. Memang psycopath. X rasa apa2 pun.. 😣😣😣😣😣 Memang x mengecewakan. 💗💗💗💗💗💗💗
Aku Ada by Syu Ariani . 'Bila kau celikkan mata, jangan ingat aku. Bila kau pejamkan mata, jangan lupakan aku.' . Untuk mereka yang sukakan 'Misteri', #AA patut ada dalam list bacaan anda. Aku Ada, buatkan sel-sel otak ni berhubung bagi memikirkan segala punca dan angkara yang terjadi dalam hidup seorang Nur Lyssa. . Beroleh kebolehan untuk mendengarkan suara-suara tanpa penampakkan, buatkan Lyssa rasa yang dirinya gila. . "Jangan percayakan papa Lyssa, Saf dan Fitri." . Itu bisikan dari suara halus itu. Persoalannya, kenapa?? . Dan bila mata mampu melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, lagi la Lyssa penasaran. . Sesuatu atau Seseorang yang dilihatnya?? . Hafiy, Fitri dan DIA, Muncul dalam hidup Lyssa. Persoalannya, siapa mereka?? Apa kaitan mereka dengan dirinya?? . Dan di mana Yuskhairi?? Wujud di awal cerita, kemudian tiada?? . Untuk mereka yang bercuriosity tinggi, dan punya naluri PI ala-ala Detective Conan atau Sherlock Holmes, maka disini keterujaan dan skill anda akan teruji. . For me, I draw a vision board inside my mind. Segalanya seakan satu garisan putus-putus. Jika kita ingin tahu maksud atau imej sebenar gambaran yang terlakar, maka setiap garisan putus-putus itu perlu disambung. Kaitkan setiap kejadian yang menimpa Lyssa dengan setiap bukti yang ada, dan dari situ segala misteri akan terungkai. Di kala itu, anda akan tahu juga siapa DIA yang Syu Ariani maksudkan.. . Once again, Great job my dear, . I almost jadi ASP, To solve this case, . #AkuAda, sangat best untuk dibaca. It's like completing a set of crossword puzzle, tak pun playing hide and seek games atau going for treasure hunt. I feel that kind of excitement when reading this book. Worth to read.. . Jadi silakan cari, beli dan baca ye.. . #AkuAda #SyuAriani #KaryaSeni #BooksReview #ByH2dA2dN2dI
lebih kurang separoh hari je aku ambik mase untuk habiskan novel ni... aku mule tertarik dengan novel ni bile bace sinopsis...novel ni ade berkaitan ngn kelebihan heroin yg mampu mendengar suara org yg dh meninggal... macam mistik sikit la kan.. soo ni first time aku bace novel yg genre camni... biase romantik ibarat lori gule tumpah... novel ni lebih kpd pengembaraan heroin dlm menyelesaikan satu misi... aku suke 😄..dgn keberanian heroin.. mmg tabikla...pd mulenye aku agak ragu nak beli novel ni.. agak2 berbaloi x aku beli.. yelah.. ni first time aku bace novel dr penulis syu ariani... tp lepas je aku bace...aku rase mmg aku tak rugi langsong beli.. bg aku novel ni sgt padat..tahniah buat penulis.. semoga terus berjaya dlm bidang penulisan..
Review post from ig: @azie.librocubicularist ✨Aku Ada(AA) by Syu Ariani✨ . The story of a girl with supernatural abilities and the deadly secret she's about to discover. . "𝑩𝒊𝒍𝒂 𝒌𝒂𝒖 𝒄𝒆𝒍𝒊𝒌𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒂𝒕𝒂, 𝒋𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒊𝒏𝒈𝒂𝒕 𝒂𝒌𝒖. 𝑻𝒂𝒑𝒊 𝒃𝒊𝒍𝒂 𝒌𝒂𝒖 𝒑𝒆𝒋𝒂𝒎𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒂𝒕𝒂, 𝒋𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒍𝒖𝒑𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒖.𝑲𝒂𝒖 𝒌𝒆𝒏𝒂 𝒊𝒏𝒈𝒂𝒕...𝑨𝒌𝒖 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒍𝒖 𝒂𝒅𝒂". . AA bukan sekadar kisah cinta biasa. Membaca novel ini mengingatkan saya pada drama Ghost Whisperer lakonan Jennifer Love Hewitt.Kebolehan yang dimiliki oleh Lyssa sama seperti watak Melinda dalam drama tu.Kedua-dua mereka boleh mendengar dan melihat roh dan kelebihan yang dimiliki digunakan untuk membantu dan melunaskan hasrat yang tak kesampaian.
Novel AA ni buat saya rasa adventurous.Pembaca ikut sekali dengan Lyssa untuk cuba satukan kepingan-kepingan 'puzzle' daripada memorinya yang hilang.Dan yang paling menarik scenes@kes suara halus yang Lyssa bantu sebenarnya build up way untuk Lyssa membongkar misteri yang paling besar pada penghujung cerita.
Walaupun identiti watak Hafiy, dan 'Dia' predictable daripada awal cerita,saya tak rasa bosan membaca sebab watak Lyssa itu sendiri.Lyssa's character is the one that moves the storyline and her character development is the most enjoyable part to read.She slowly changes from introverted girl at the beginning of the story and then more active, brave and independent after her amnesia and revengeful at the end of the story.Every confrontation between her and 'Dia' is like a catharsis for me!.Can't help but to applaud her bravery.
Karakter lain seperti Yus, Hafiy, 'Dia', Fitri, Razak dan Saf melengkapkan jalan cerita AA.Setiap daripada mereka menyimpan rahsia daripada Lyssa dan rahsia tu sendiri boleh dikatakan macam plot twist dalam novel ni.Contoh rahsia watak Razak,papa Lyssa. Memang terkejut bila baca sebab rahsia tu berkait dengan masa lalu keluarganya dan Hafiy.
Bahagian penghujung cerita bagi saya agak draggy sedikit.But still, it doesn't lessen the excitement I felt at the beginning of the story. For those who enjoyed thriller novel with love as a sub plot of the story, AA by Syu Ariani should be on your list.
since baca Jagakan Aku by Kak Syu saya jadi addicted dengan buku action by akak hehe 😆 dah lamaa aim buku ni tapi preloved mark up harga yahudi ya. sibbaik jumpa yang murrr kita terus grab!! hehehe
First of all, buku ni action, thriller with a bit of romance. Lyssa and Yuskhairi crumbs dalam ni memang chefs kiss. Storyline fast-paced!! LURRVEEEE!! 😍 memang tak bosannn plot-twist punnn if you guys baca, boleh agak who is who, who is who. BUT STILL AKAN TERFIKIR CAM KENAPA KO BUAT MACAM NI?!?! ha gitu
Nur Lyssa — she is such a strong woman. Bak kata Emran, Lyssa ada 9 nyawa. She has gone through too many life-death situations but still survive. After one accident, dengan speciality yang dia ada, dia discover the truth tentang orang orang sekeliling dia. Khianat, pembunuhan, jumpa mayat, tolong sampaikan pesanan si mati. I must say Lyssa is one yang kuat semangat.
Hafiy Yuskhairi — bila guna nama Yuskhairi, dia jadi lelaki yang degil, muka beku, semua nak kena ikut cakap dia. Tapi dengan nama Hafiy, dia jadi seorang yang ceria, goofy. Mana mana ada Lyssa, ada dia juga. Mulanya atas sebuah janji untuk lindungi Lyssa, tetapi lama-lama, atas kerelaan sendiri.
Sedih yaaa part ni. Cerita ni ala ala ghost doctor tapi part doctor tu je la. Hafiy ni in a coma. He approached Lyssa yang ada kebolehan untuk nampak roh orang yang tengah koma, and dengar suara orang yang dah mati.
Antagonis dalam cerita ni memang layak makan tapak kaki aku je. And the betrayal yang Safina buat to Lyssa memang minta penampar. Baran wehhhh baca bila sampai part Safina ni 😩 FRUSTTT!!! dia punya jealous sampai sanggup buat kawan baik dia macam tu 🥴
Thankyou kak @syuariani terbit cerita ni 🤍 kepala saya memang imagine macam dalam kdrama!! GEMPAKKK!!!
p/s : dah takde reprint keee ni pun cetakan pertama yang saya beli ni 🤭
Aku suka buku ni, memang puas hati 😆. Disebabkan buku ni genre panaromal dan first time juga aku baca genre buku sebegini. Bila dah baca, teringin nak cari genre yang sama. Baik, sebenarnya bukan tu aku nak cerita 😂 . Aku suka watak Lyssa sebab dia tabah dalam menghadapi setiap cabaran. Serius, aku penat juga nak nangis baca buku tapi tu lah aku menangis part Hafiy hilang tu wei masa Lyssa kena kurung tu, dah lah baru lepas confession love..penat dah bersedih😭 . Lyssa ni memang boleh tahan gila, berani dia jumpa "Dia" tu😒kalau aku pun tak seberani tu. Tapi pantang ajal sebelum maut. Setiap kali baca buku ni, buat jantung aku berdebar tanpa henti 😬 . Buku ni buat aku terfikir "tak penat ke buat kerja gila sampai nak tiba ajal dah😟" aku sebagai pembaca risau kan Lyssa walhal aku tahu selalu hero heroin tak mati.. harapan aku punah bila fikir Hafiy gone.. rupanya 😏 . Karya ni memang best dan aku harap kak Syu buat buku genre macam ni lagi. Maka, lengkaplah karya thriller kak Syu Ariani yang aku kumpul.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Yang pasti mula mula aku ingat buku ni ada lah sweet sweet 😝 tapi sekali nahh jauh panggang dari api ye gais.
Cerita yang penuh dengan liku liku dan agak berselirat namun serious aku kena fokus gila gila and tak boleh terlepas even satu patah perkataan kalau tak goodbye lah nanti tak faham. 🥲 aku jarang baca cerita macam ni sebab aku malas nak susahkan otak🤣 tapi yang ni memang best even otak kena berusaha lebih hehe. Pastu penulis pandai betul buat orang tertanya tanya😭 dua hari ke tak smpai pun baca terus settle sbb aku curious nak tahu 🤣
Sumpah misteri betul kisah hidup Lyssa ni. Sampai aku pun macam hah hah hah? 🤣 pastu aku seram plus takut sikit dengan kelebihan dia. Bila imagine lebih sikit mula lah otak ni bukan bukan. 😂 Tapi Lyssa power ya boleh hidup keadaan macam tu. Hidup dalam keadaan penuh persoalan. Gilos. Sumpah korang kena baca. 💝
Watak2 lain pun misteri jugak ya Allah apani semua misteri. Tak boleh nak decribe lebih sebab takut spoil jadi sila beli dan baca! Hmmm yg pasti Kesian Lyssa kena rungkai semua. Waktu baca tu saya penat sekali untuk Lyssa.. 🥲