Jump to ratings and reviews
Rate this book

Andai Lenaku Terhenti

Rate this book
Tanpa prasangka, DIANDRA menerima MALIQUE sebagai suami dan perkahwinan mereka direstui keluarga Malique. Namun kebahagiaan seakan-akan berakhir setelah Diandra berjaya membongkar niat sebenar Malique mengahwininya selama ini. Dunianya seakan-akan gelap kerana hidup dengan keluarga yang berpura-pura. Konflik yang mula tercetus telah menanmbahkan kelukaan hati Diandra. Dia rasa dikhianati suami sendiri!

Sejak awal lagi Diandra sedar yang rupanya biasa-biasa saja. Cantik dan bergaya memang jauh sekali. Dalam fikirannya, lebih fikirkan nak cari duit untuk teruskan hidup daripada melawa. Dah hidupnya hanya sebatang kara dan dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Hanya kerana seorang lelaki, tiba-tiba hidupnya berubah. Berubah 360 darjah. Tak sangka!

Muncul Malique memberi jambangan hati biarpun pada mulanya Diandra rasa curiga terhadapnya, namun akhirnya dia terpaut pada kesungguhan lelaki itu. Lagipun selama ini lelaki langsung tak pernah memandang dirinya yang selekeh. Masih terngiang-ngiang perbualannya dengan Malique dahulu, sebelum dia menerima lelaki itu…

“Hati saya tak semurah muka saya. Baik awak cari perempuan lain kalau dah terdesak sangat..” – DIANDRA HASSAN

“Kalau saya nak perempuan lain, dah lama saya kahwin. Masalahnya, tak ada perempuan yang buat saya rasa nak berkahwin kecuali dengan awak sorang aje. Bukan itu namanya jodoh ke?” – MALIQUE

Rupa-rupanya kata-kata manis Malique itu palsu belaka… Dan Diandra mula bertindak balas atas segala perbuatan Malique terhadapnya. Diandra bangkit membalas dendam. Namun, bahagiakah dia setelah mendapat apa yang dia mahu?

Mampukah dia membuang rasa cinta yang mendalam pada lelaki itu?

Sementara itu, perasaan Malique pula mula tidak keruan… Pemergian Diandra membuatkan Malique tersedar yang dia sebenarnya mencintai Diandra. Mampukah dia meraih semula kasih isteri yang telah padam buat dirinya?

688 pages, Paperback

First published April 1, 2018

3 people are currently reading
43 people want to read

About the author

Mia Kiff

37 books165 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (32%)
4 stars
11 (22%)
3 stars
13 (26%)
2 stars
7 (14%)
1 star
3 (6%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
August 19, 2018
Another book which bagi sayalah, boleh tahan juga. Nak rate pun payah juga sebabnya ada part tu saya rasa selesai begitu je. Macam muka tak tahu malu pulak watak2 tu. Feeling mereka ended like that tanpa ada residual. Hanya part yg satu tu je.

Diandra
Kurus. Hodoh? Bagaimana buruk sebenarnya rupa perempuan ni? Author ada gambarkan dirinya tapi saya amat musykil kerana bagi saya dia okay je. Ada kelulusan tapi kurang keyakinan diri. Adakah kerana pakaian selekeh di jadikan issue? Then, Diandra seharusnya berpakaian ikut keadaan asalkan sopan bukannya sentiasa selekeh. Maksud selekeh saya kat sini bukan pakaian lusuh tapi more to sloppy or utterly shabby. Mudah je, bukan? Bila dah setiap kali dia merendah diri dan di kutuk oleh orang sekeling terutama sekali dari teman baik saya jadi bingung pulak. Diandra pula semakin lost her self confidence.

Eina
Sahabat karib pada Diandra. Bagi saya, tak ada sahabat begini pun takpe. Even if she is the last person on earth. Sebabnya, dia lah sahabat yang tak tahu bersyukur seadanya, tak tahu berterima kasih, tak sedar diri tu gemuk dan menumpang kesenangan Diandra yang tak seberapa dan tiada civik.

Just because she is pretty (according to her self declaration) and has a boyfriend whom she can rely on, dia set kan blind date for Diandra dengan Mat Jonet yg, maaf cakap, hodoh. Hodoh tu saya tak kisah sangat tapi hati pun turut hodoh. Expectation tinggi. Kerana Eina, Diandra di malukan di khalayak ramai. Tak bolehkah dia set kan date dengan orang yang senonoh sikit? No. Tak boleh sebabnya dari awal pembacaan, kedengkian hati Eina detected. Dia tak boleh tengok Diandra lebih darinya.

Padan muka dia. Kena tinggal juga dengan kekasih hati. Bertemu pula dengan Mikael. Nasib lah ketika ini, Mikael dah berubah jadi a better man, kalau tidak, jangan mimpi lah nak berdiri bersebelahan dengannya. Mikael akan pandang sebelah mata je pun. Itu pun nasib lah sebelah mata je. Sekurang2nya pandang juga. Paling2 pun jika Eina menggedik, dia buat teman geli2 je. Itulah Mikael dulu2.

Malique
Awalnya saya suka dengan perwatakkan dia sehinggalah saya tahu motif dia bernikah dengan Diandra. Tapi bila dia treat her well, saya semakin okay until dia mengutuk dan mentertawakan Diandra bersama Juliana (nama ni agaknya) di belakangnya. Terkantoi pulak tu. Saya pun tak faham hubungan diorang ni bagaimana. Nak kata kekasih tapi mudahnya dua2 ni ketepikan feeling masing2 demi kepentingan dalam kelangsungan hidup. Kahwin demi harta. Nak kata kawan baik pun tidak. Teman tapi mesra agaknya. Juliana pula gorgeous.

________*****________

Jalan cerita dia begini. Sambung dari sipnosislah ya. Malique dapat tahu yg Diandra adalah orang yang dicari2nya selama ini atas arahan bapanya. Kerana ingin menguasai share dalam company which partly (partly lah sangat) belong to Diandra, dia started to woo Diandra. Kerana baginya, this is their family hard earned money not Diandra. Rampasan harta sebenarnya. Jadi dia rahsiakan segalanya dari Diandra even after marriage. Even rumah peninggalan keluarga Diandra, kakak Malique tinggal. Dan tanpa rasa malu mengaku itu pemberian dari bapanya as hadiah perkahwinan. Keji betul perangai manusia ni.

Setelah beberapa bulan tanpa pengetahuan Malique, Diandra mula menyiasat setelah berjumpa dengan ex peguam arwah bapanya. Peguam lah sangat. Semua yang Diandra jumpa ni penyangak besar. Termasuklah shareholders. Gunting dalam lipatan. Cuma insaf ke tidak je watak2 yang author nukilkan. Dengan terkantoinya sikap Malique initially, bertambah parah luka di hati Diandra. Dia semakin tawar hati dan mula menjauh serta menyindir. Kepercayaan dia pada orang sekeliling juga become zero.

Dengan hati yang walang, dia menyuruh Eina berfikir berkali2 sebelum masuk dalam keluarga tu. Knowing Eina, u rasa perempuan ni akan buat apa? Of course, tahap penghinaan dia pada Diandra naik lagi beberapa level. Dia masih tak sedar diri. Dia ingat Diandra ni kucing kurap jalanan agaknya. Jika saya Diandra, dah lama Eina makan penyepak. Eh bukan, penumbuk. Seriously, geram betul dengan orang begini. Im a violent person tapi dalam imaginary image ajelah. Nak buat betul2 kan, kena tangkap polis. Berdosa pulak tu sebab takde kesabaran. Buat rugi je marah2.

Eina was the last straw. Diandra began to change and started to take action against all people involve. Tapi, dia tetap meletakkan kepercayaan pada orang yang salah. Nyawa dia di hujung tanduk sahaja. Bila kebenaran tentang apa yang di tinggalkan Diandra di bentangkan oleh peguam Diandra pada keluarga Malique, masing2 mula berasa kesal. Masih ada lagi kah hari esok untuk berdamai?

Overall, cerita ni best. Cuma saya kurang puas hati part Malique dan Juliana dan juga Eina. Malique dah terima balasan tapi lagi dua ekor ni, mudah betul hidup mereka. Buat salah minta maaf and move on. How I wish they could suffer a little bit more for their words and actions. Life pun mcm ni. You cant have everything. Dan saya juga rasa, Diandra ni tak smart dalam urusan business. Mungkin sebab dia tiada experience. Bukan look down on her, she can build up her career jika ada bimbingan. Sayangnya, dia telah menyingkir orang2 yang berkebolehan dalam bidang itu. She should stick to memasak. 🤭
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
August 26, 2018
jalan cerita so far okay, walaupun agak klise sikit tapi ada gak pemambahan part rahsia semua tu.. cuma olahan penulis dan ayat perlu diperbaiki pada saya, ada sesetengah tak perlu diceritakan, sebaiknya biarlah watak-watak dan perwatakkan yang menggerakkan plot cerita tanpa ada penjelasan mengenai situasi yang cuba digambarkan.. pendapat peribadi saya.

apa pun, tahniah untuk penulis.
338 reviews15 followers
December 28, 2018
Kali pertama membaca novel Mia Kiff terbitan Karya Seni. Diandra yang membesar di rumah anak yatim bertemu dengan Malique yang mewarisi perniagaan korporat keluarga. Dua latar belakang yang amat berbeza, Diandra yang selekeh dan Malique yang bergaya, bertemu jodoh sungguhpun sedaya upaya cuba diela oleh Diandra. Ada rahsia tersembunyi sebalik jodoh mereka.
Profile Image for Introvert Insane.
552 reviews7 followers
November 15, 2025
This was actually decent...

It tells the story of Diandra who discovered that she's the long lost daughter of a friend of Datuk Kamil and her presumed childhood sweetheart, Malique is eager to marry her. But she discovered that their intention might not be too innocent and there are secrets to uncover about her past.

Things that I like:
1. Diandra is described as "not pretty". She's kind of messy and doesn't care much about her appearance due to her state of living. Thus, her appearance and transformation led her to experience the truth about "pretty privilege".
2. Diandra's character flaw is believable and justified. She's guarded and overthinking due lack of self-esteem which led to her constant self-sabotaging behaviour. Her low look on herself led her to think she's not worthy of love from someone as handsome as Malique, and sees his actions as suspicious - which is justified because irl what Malique did to marry her is considered love-bombing.
3. No OWD or evil MIL trope, thank God.

Now, I don't understand why Mikael need to be Malique's twin because it doesn't affect the plot whatsoever but minor stuff. I felt a bit turn off when the author explain verbatim about Eina's true thoughts about Diandra like you don't have to do that. Based of Eina's dialogues it is blatantly clear that she looks down on her own BEST FRIEND because of her looks. Whilst their banter is rough like among friends but even before her intentions was stated verbatim, I can already tell she's the type of friend that doesn't like it when their supposed "ugly" friend has a handsome guy chasing after them. It is clear that Eina is the type of girl who has "ugly" friends to boost their ego.

My biggest gripe with this story is Diandra still being friends with Eina. I actually don't like the whole family too and I wish it ends with them going their separate ways. Yes, I know Malique truly love Diandra, his words & actions proved that. Even from the beginning, he's the type to care more about character than looks. But the lie was too much, and her MIL actually was the reason she had to live in the orphanage. Like, I don't think I can live with such people who are the cause of my misery.
56 reviews2 followers
September 17, 2018
Malique yang berkahwin dgn Diandra di atas satu sebab. Bila semuanya terbongkar, Diandra menuntut kembali haknya. Tak dipedulikan kawan baiknya, abg ipar, bapak mentua, mahupun suaminya sendiri. Dier sanggup buat apa saja demi haknya.

Namun begitu, bila dier tahu kebenaran sebenar, baru dier menyesal.

Kawan baiknya, saya rasa taklah begitu baik. Kwn baik apanya kalau simpan perasaan cemburu terhadap kehidupan baru Diandra selepas berkahwin. Memang patut pun apa yg Diandra lakukan terhadap suami kawan baiknya
Profile Image for Lynn Nina.
8 reviews
May 25, 2018
Nukilan mia kiff kali ni mmg superbbbb!!
Tahniah ..Novel yg patut ada dlm checklist...💙💙💙💙
Profile Image for Always smile.
52 reviews15 followers
August 29, 2020
Saya jual novel ni Rm8.00(preloved)
Mesej saya kalau korang berminat.
Profile Image for Melsriana.
116 reviews1 follower
February 24, 2021
Sangat best dan kelakar buku ni 😂 Malik ni memang masuk air betul 😂 jalan cerita pun best. Good job! ❤️
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.